Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KONSEP

KEJOHANAN FUNBALL
PRASEKOLAH ZON 3
DAERAH KUALA MUDA/YAN 2016

DISEDIAKAN OLEH,
UNIT KOKURIKULUM,
SK KEM LAPANGAN TERBANG
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN FUNBALL
PRASEKOLAH 2016

1.0 PENGENALAN

Sukan Funball adalah disertai oleh murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Ia dilaksanakan
sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial ( JERIS ).

2.0 MATLAMAT

2.1 Menguasai kemahiran psikomotor asas- kemahiran motor halus dan kasar.
2.2 Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai.


3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.
3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.
3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid Prasekolah KPM berumur 5 atau 6 tahun.


4.2 10 orang murid perempuan dari setiap pasukan.

5.0 CADANGAN PERTANDINGAN

5.1 Dijalankan selama 1 hari di premis yang ditetapkan oleh jawatankuasa kejohanan.
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUNBALL
PRASEKOLAH 2016

1.0 PERLAKSANAAN & PERATURAN PERTANDINGAN

1.1 Setiap pasukan perlu menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 7 orang pemain dan
3 orang pemain simpanan.
1.2 Peraturan-peraturan semasa pertandingan adalah berdasarkan peraturan am MSSM
dengan diberi kelonggaran mengikut kesesuaian murid prasekolah.
1.3 Semua keputusan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik adalah muktamad.

2.0 BILANGAN PEGAWAI & PESERTA

2.1 Setiap pasukan terdiri daripada :


Pengurus Pasukan : 1 orang
Jurulatih : 1 orang
Peserta : 7 orang pemain dan 3 pemain simpanan.

2.2 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.
2.3 Borang pendaftaran yang disediakan oleh pihak penganjur hendaklah diisi dengan
lengkap dan diserahkan kepada jawatan kuasa pengelola bersama-sama dengan salinan
Sijil Kelahiran / MyKid yang telah disahkan.

3.0 TEMPOH PERLAWANAN

5 – 3 – 5 (5 minit pertama – 3 minit rehat – 5 minit kedua )

4.0 SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Liga dalam kumpulan


4.2 Pusingan Suku Akhir
4.3 Pusingan Separuh Akhir
4.4 Perlawanan Akhir
5.0 PENENTUAN KEMENANGAN

5.1 Penentuan kemenangan berdasarkan pengiraan sistem mata.


5.2 Pasukan yang menang akan diberikan 3 mata, 1 mata bagi pasukan yang seri dan 0
mata bagi pasukan yang kalah.
5.3 Jika terdapat mana-mana pasukan yang menarik diri daripada pertandingan tanpa
sesuatu sebab akan dikira kalah. Kemenangan akan diberi kepada pasukan lawan.
5.4 Keputusan seri jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang
akan ditentukan dengan perbezaan jaringan gol.
5.5 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan
Akhir, pasukan akan diberi masa rehat 1 minit dan tambahan masa pertandingan 4 minit
(2 - 2).
5.6 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan diteruskan sehingga
satu pasukan mendapat kelebihan gol.

6.0 PERTUKARAN PEMAIN

6.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak 3 kali di
setiap perlawanan.
6.2 Setiap pemain yang telah ditukarkan, dibenarkan bermain semula dan pertukarannya
akan diambil kira.
6.3 Setiap pasukan boleh membuat penggantian / pertukaran posisi semasa rehat atau
permainan diberhentikan atas sebab kecederaan atau sakit.

7.0 PAKAIAN

7.1 Setiap pasukan hendaklah memakai ‘bib’ seragam.


7.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set ‘bib’ yang berbeza warna.
7.3 Saiz ‘bib’ berukuran 42cm x 35cm dan huruf bercetak. (Rujuk lampiran)
7.4 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek.
7.5 Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan
memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.
8.0 GELANGGANG DAN PERALATAN
(DIUBAH SUAI MENGIKUT KESESUAIAN MURID PRASEKOLAH)

1. Cadangan luas padang bola jaring ialah 21 m X 10.5 m ( panjang(p) X lebar(l) )

21 m

0.6m
10.5m

3.5 m

8.1 Tiang Gol : Tinggi tiang 1.7 meter


- Tiang hendaklah dibalut bagi mengelakkan kecederaan kepada pemain
8.2 Bulatan tiang gol mengikut ukuran diameter 380mm.
8.3 Panjang jaring secara horizontal dari tiang berukuran 150mm.
8.4 Jenis bola ‘rubber’ dan bersaiz 4.

9.0 BILANGAN PEMAIN

9.1 Setiap pasukan terdiri 7 pemain di dalam gelanggang dengan posisi :


C, WD, WA, GA, GD, GK dan GS
10.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN
(Ada kelonggaran mengikut kesesuaian di peringkat murid prasekolah )

10.1 Semua pemain bebas berada di mana-mana kawasan kecuali kawasan tengah sewaktu
memulakan permainan. Pemain mestilah menerima bola di kawasan tengah bagi
memulakan permainan. Setelah bola diterima, hantaran seterusnya boleh dibuat terus
ke dalam bulatan gol.
10.2 Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir.
10.3 Seorang pemain TIDAK dibenarkan bergerak dengan bola. Dibenarkan menggerakkan
kaki untuk mendapatkan imbangan dan bukan bergerak ke arah rakan atau bulatan gol.
Pemain dibenarkan ‘pivot’(berpusing dengan 2 kaki) untuk menghantar bola. Pemain
dibenarkan melangkah untuk menjaringkan gol dengan ‘menggantung’ salah satu kaki.
10.4 Semua pemain bebas bergerak di dalam kawasan permainan kecuali di dalam bulatan
gol. Hanya 2 orang pemain dari setiap pasukan dibenarkan berada dalam bulatan gol.
10.5 Seorang pemain TIDAK dibenarkan memegang bola terlalu lama sebelum membuat
hantaran. Bola tidak dibenarkan dihantar dari tangan ke tangan.
10.6 Halangan dan sentuhan tidak keterlaluan.
10.7 Jaringan hanya boleh dibuat dalam bulatan gol.

11.0 KELEWATAN

11.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang 30 minit sebelum perlawanan


dimulakan. Pasukan yang lewat 15 minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan
yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan
jaringan 5 - 0.

12.0 BANTAHAN DAN RAYUAN

12.1 Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari 1 jam selepas
tamat perlawanan. Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan
sebanyak RM100.00. Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang
dikemukakan itu didapati tidak wajar.
12.2 Juri Rayuan terdiri Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Pengerusi Jawatankuasa Teknik
Pertandingan dan 3 orang wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkecuali.
12.3 Keputusan yang dibuat oleh juri rayuan adalah muktamad.
13.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

13.1 Jawatan kuasa tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang atau harta benda
kepunyaan pegawai atau peserta.
13.2 Sebarang kecederaan atau kemalangan adalah di bawah tanggungan setiap pasukan
masing-masing.
13.3 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan First Aid Kit masing-masing.

14.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

14.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan
lebat, petir dan kilat, keadaan padang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka
pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik berhak
menangguhkan perlawanan. Penangguhan ditentukan seperti berikut :
14.1.1 Sekiranya perlawanan pada hari yang sama, maka perlawanan disambung
mengikut baki masa yang tinggal.
14.1.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan
hendaklah dimainkan semula.
14.2 Jawatan kuasa pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu
jadual dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta.

15.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

15. 1 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu
akan dibatalkan dan pasukan tidak dibenarkan memasuki sebarang pertandingan
seterusnya. Mata akan diperolehi oleh pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan
yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.

16.0 LAIN-LAIN

16.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Permainan ini akan diputuskan
oleh Jawatan kuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah
muktamad.
JADUAL PERTANDINGAN PUSINGAN LIGA FUNBALL

KUMPULAN A

A1 A2 A3 JARINGAN KENA MATA


A1
A2
A3
KUMPULAN B

B1 B2 B3 JARINGAN KENA MATA


B1
B2
B3
KUMPULAN C

C1 C2 C3 JARINGAN KENA MATA


C1
C2
C3
KUMPULAN D

D1 D2 D3 JARINGAN KENA MATA


D1
D2
D3
KUMPULAN E

E1 E2 E3 JARINGAN KENA MATA


E1
E2
E3

KUMPULAN F

F1 F2 F3 JARINGAN KENA MATA


F1
F2
F3
KUMPULAN G

G1 G2 G3 JARINGAN KENA MATA


G1
G2
G3

Johan dan Naib Johan Kumpulan akan bertanding pada peringkat suku akhir.
LAMPIRAN

‘BIB’
TIANG GOL BERBALUT KETINGGIAN MURID
DAN TIANG GOL

SAIZ BOLA JARING (SAIZ 4) YANG DITETAPKAN