Anda di halaman 1dari 8

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Parameswari A/P Vinayagam


(b) Sektor / Unit / Organisasi :
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : Tiada
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca :

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku Pengenalan Pedagogi – Pengurusan Bilik Darjah

2. Pengarang Esah Sulaiman


3. Tahun Diterbitkan 2004
4. Diterbitkan oleh Penerbit UTM
5. Sinopsis Buku
Buku Pengenalan Pedagogi hasil karya Esah Sulaiman,
Yang Dibaca
pensyarah di Fakulti Pendidikan UTM ini dapat membantu
kaum pendidik memahami dan menguasai kemahiran
mengajar di dalam bilik darjah seiring dengan saranan dalam
etika perguruan yang memerlukan guru meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran.

Buku ini mengandungi 12 bab yang merangkumi segala


aspek berkaitan pedagogi untuk membantu para pendidik
melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud
pedagogi, kepentingan guru menguasai ilmu pedagogi, dan
elemen dalam P&P. Selanjutnya, perbincangan mencakupi
model pengajaran dan ciri-ciri pengajaran yang berkesan.

Strategi pengajaran di bilik darjah juga dibincangkan dan


merangkumi beberapa pendekatan serta gaya P&P yang
diaplikasi pada masa kini. Antaranya strategi pengajaran
KBSM yang menghuraikan pendekatan bersepadu yang
meliputi Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMMK), nilai
merentas kurikulum, dan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif.

Selain itu, penggunaan objektif pengajaran dalam sesi


pengajaran, khususnya objektif tingkah laku turut
dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam
perancangan pengajaran dan menyediakan beberapa contoh
perancangan pengajaran bagi memenuhi keperluan guru
pelatih.

Aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik


meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah juga dihuraikan
dengan berkesan. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan
pengajaran guru, isu berkaitan profesionalisme guru turut
dibincangkan. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan
kepada semua pendidik dan sesiapa sahaja yang berminat
tentang bidang

Esah Sulaiman mengatakan bahawa guru perlu memahami


dan mempunyai kemahiran dalam aspek pengurusan bilik
darjah, menanangi masalah disiplin di kalangan pelajar dan
juga teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah. Buku
yang ditulis oleh Esah Sulaiman ini merupakan buku panduan
yang khusus ditujukan bagi pendidik yang berdedikasi yang
Manfaat /
ingin mempromosikan pengajaran yang berkesan dikalangan
pengajaran yang
6. pelajar
diperoleh daripada
Dengan menarik perhatian pelajar cerdas pada subjek yang
buku yang dibaca
diajarkan, untuk mendengar lebih dekat apa masalah yang
dihadapi pelajar; untuk lebih menafsirkan keputusan ujian dan
memanfaatkan positif dari maklumat yang mereka kumpulkan,
Buku ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan kaedah
dalam pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah serta
merupakan bahan tambahan penting untuk rujukan.

7. Tandatangan
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Parameswari A/P Vinayagam


(b) Sektor / Unit / Organisasi :
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : Tiada
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca :

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku Domain Penilaian Dalam Teknologi Pendidikan

2. Pengarang Abdul Latif bin Haji Gapor

3. Tahun Diterbitkan 2003

4. Diterbitkan oleh Penerbit UPSI


5. Sinopsis Buku
Buku ini membicarakan khusus mengenai domain penilaian
Yang Dibaca
dalam teknologi pendidikan. Domain penilian merupakan
satu daripada lima domain yang terdapat dalam teknologi
pendidikan. Domain penilaian amat penting untuk digunakan
bagi mengenalpasti dan mencari jalan kearah
penambahbaikan pelaksanaan kursus dan amalan teknologi
pendidikan baik di peringkat maktab maupun universiti.
Kursus teknologi pendidikan merupakan komponen penting
dalam pendidikan guru untuk menyediakan guru-guru yang
berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengendalikan
pengajaran berkesan dengan berintergrasikan teknologi.

Buku ini mengandungi 12 bab. Isi kandungan buku ini yang


cukup menyeluruh dengan huraian yang cukup terperinci
tentang domain penilaian dalam teknologi pendidikan akan
dapat membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
kepada pelajar khususnya yang mengikuti program perguruan
baik di maktab maupun universiti. Buku ini juga amat berguna
kepada guru-guru yang ingin mengetahui perkembangan ilmu
terkini tentang penilaian, teknologi pendidikan khususnya mod
penyampaian e-learning.

Pengarang menghuraikan maksud domain Teknologi


Pendidikan yang mencakupi Domain Penggunaan, Domain
Reka Bentuk, Domain Pengurusan, Domain Pembangunan
Manfaat /
dan Domain Penilaian. Perihal mengenai Kurikulum dengan
pengajaran yang
6. kandungan kurikulum, sumbangan teks atau buku dalam
diperoleh daripada
kandungan kurikulum, pelaksanaan kurikulum, penilaian
buku yang dibaca
kurikulum, reka bentuk kurikulum, hala tuju kurikulum, masa
hadapan, model perkembangan kurikulum dan model
penilaian kurikulum.

7. Tandatangan
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Parameswari A/P Vinayagam


(b) Sektor / Unit / Organisasi :
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : Tiada
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca :

Bil. Perkara Catatan


Instuctors Manual to Accompany on How To Design and
1. Tajuk Buku
Evaluate Research in Education

Jack R.Fraenkel dan Norman E.Wallen, San Francisco State


2. Pengarang
University

3. Tahun Diterbitkan 2005

4. Diterbitkan oleh Mac Graw Hill International


5. Sinopsis Buku
Buku iringan kepada sebuah teks penuh ini ditujukan kepada
Yang Dibaca
guru dan pensyarah yang mengajar khursus penyelidikan.
Buku setebal 240 muka surat ini dibahagikan kepada 20 bab
dimulai dengan saranan reka bentuk kursus penyelidikan
yang hendak dikendalikan. Bab dua tertumpu kepada cara
menyediakan masalah penyelidikan , soal jawab dan ujian
aneka pilihan bagi mengukur penyampaian kursus. Bab 3
menyentuh etika dalam penyelidikan ,termasuk perlindungan
terhadap subjek / responden kajian,kerahsian, persetujuan
berpengatahuan dan hak kanak-kanak jika mereka dilibatkan.

Bab 4 mengkategorikan pembolehubah, serta


membandingkan hipotesis dengan soalan penyelidikan.Bab 5
ialah tentang tinjauan bacaan yang perlu diterangkan dari
segi kaedah dan sumber akses yang autentik.Bab 6
menyarankan tunjuk ajar pemilihan sample supaya dapat
digeneralsasikan kepada populasi. Bab 7 pula,
mengetengahkan tentang proses instrumentasi bagi
mentadbirkan penyelidikan yang sejajar dengan sejenis data
yang hendak dikutip.Bab 8 menjurus kepada cara
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan 6nstrument
dalam kutipan data ,serta jenis kesalahan pengukuran yang
mungkin berlaku.

Selain itu, bab 9 membincangkan sejumlah persembahan


statiistik deskiptif dalam laporan penyelidikan .Bab10
tertumpu kepada statistic inferensi .Bab 11 tentang signifikan
keputusan penyelidikan .Bab 12 memberi penegasan
terhadap kawalan kesahan dalaman. Bab 13 hingga 18
mengkajikan kaedah penyelidikan : eksperimental, kolerasi,
perbandingan sebab musabab, tinjauan, kualitatif dan
pensejarahan. Bab 19 memberi panduan tatacara menulis
kertas cadangan dan laporan penyelidikan. Bab terakhir
membincangkan pelaksanaan penyelidikan di sekolah yang
disertakan dengan contoh dan lampiran.

Buku ini memberikan perspektif yang boleh dikatakan


lengkap dan menyeluruh kepada guru dan pensyarah yang
diamanahkan mengendalikan kursus penyelidikan. Walaupun
pada asalnya buku ini berfokus kepada pengajaran kursus
prasiswazah dan ijazah tinggi, guru dan pensyarah yang
Manfaat / mengendalikan kursus penyelidikan di sekolah juga
pengajaran yang memperoleh input penting tentang bidang pendedahan yang
6.
diperoleh daripada perlu disampaikan kepada peserta asas kursus penyelidikan,
buku yang dibaca sama ada guru atau pelajar prauniversiti. Langkah
penyampaian, bahan ujian, ulasan penyelidikan dan contoh
yang disediakan dalam setiap bab disusun dengan begitu
jelas dan teratur supaya dengan lebih mudah digunakan
semasa penyampaian kuliah, atau semasa mengendalikan
kelas tutorial tentang penyelidikan.

7. Tandatangan

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Parameswari A/P Vinayagam


(b) Sektor / Unit / Organisasi :
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : Tiada
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca :

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku Murid Dan Proses Pembelajaran

2. Pengarang Ee Ah Meng

3. Tahun Diterbitkan 1995

4. Diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti, Shah Alam

Buku ini membicarakan aspek psikologi pertumbuhan dan


perkembangan, dan implikasinya terhadap pengajaran dan
pembelajaran . Penulis juga menghuraikan proses
pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Seterusnya, penulis
Sinopsis Buku menjelaskan juga pelbagai peranan guru dan pelbagai
5.
Yang Dibaca peranan guru besar sebagai pendidik. Kemahiran komunikasi
dan interaksi dalam bilik darjah turut dibincangkan.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan turut dihuraikan oleh
penulis. Buku ini sesuai untuk rujukan guru-guru pelatih
khasnya, serta seluruh warga pendidik amnya.

Seseorang guru mestilah menguasai bidang psikologi untuk


membantu kanak-kanak mengalami perkembangan optimum
dari segi fizikal, rohani dan mental. Guru yang baik juga perlu
menguasai kebolehan komunikasi dan interaksi yang
berkesan. Seorang guru mestilah menguasai konsep
Manfaat / pembelajaran, proses pembelajaran, jenis-jenis
pengajaran yang pembelajaran, prinsip-prinsip pembelajaran dan faktor-faktor
6.
diperoleh daripada dalam pembelajaran. Guru juga amat berperanan dalam
buku yang dibaca memupuk dan menggerakkan muridnya dengan berbagai-
bagi cara dalam aktiviti pembelajaran. Guru perlu
mengaplikasikan ilmu psikologi, kemahiran komunikasi dan
interaksi, proses pembelajaran serta pengurusan bilik darjah,
agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar.
7. Tandatangan