Anda di halaman 1dari 1

Naturalis merupakan salah satu aliran pemikiran moral yang menggambarkan

seseorang. Seseorang yang berfikiran naturalis akan tertumpu kepada pemikiran yang
menggambarkan keadaan sebenar dan melihat objek sebagai sesuatu yang sebenar. Orang
yang naturalis mempunyai akal dan boleh bertindak secara rasional semasa melakukan
sesuatu perkara. Mereka juga sangat jujur dan lurus dalam menilai sesuatu perkara. Mereka
akan terkongkong dalam peraturan-peraturan yang ditetapkan dan tidak akan cuba untuk
melanggarnya. Oleh sebab itu, mereka sering hidup dalam keadaan yang tidak bebas serta
tertekan kerana mereka jarang mengeluarkan pendapat mereka serta lebih rela untuk
menerima sesuatu keadaan. Contohnya, seseorang yang berfikiran naturalis selalu merendah
diri, kurang berinteraksi dengan orang lain, tidak mempunyai pandangan sendiri, sentiasa
bergantung kepada orang lain, cepat memenuhi kepuasan hidup tanpa mencuba untuk
meningkatkan kemajuan diri. Oleh itu, mereka merupakan seorang pengikut setia yang kurang
membantah.

Aliran pemikiran intuitionis melibatkan gerak hati atau bisikan hati kerana kemahiran
intelek seseorang. Ia merupakan satu proses melihat dan memahami secara spontan. Aliran
ini memerlukan ilmu, kematangan fikiran dan timbunan pengalaman hidup yang lama
sehingga dapat membaca isi yang tersirat dalam sesuatu peribahasa atau situasi harian.
Sebagai contoh: seorang gadis yang mudah tertipu dengan lelaki kaya kerana pengalaman
hidupnya yang cetek. Bukan itu sahaja, seseorang yang intuitionis juga cepat membuat
keputusan, mudah menerima arahan, selalu ubah fikiran dan tidak stabil dari segi pendirian
Namun begitu, pemikiran ini mempunyai kelemahan di mana ia banyak bergantung kepada
pengalaman hidup yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai