BM Lisan 2

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 6

Sekolah Menengah Kuen Cheng

ULBS Sr1
Taksiran 2 Kumpulan

Nama : Hwang Eve (010707-14-1368)


Chang Ya Yun (010106-14-0802)
Tee Min Ee (010118-14-0746)

Tajuk: Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial kepada Pengguna Internet.

Hwang Eve : Selamat Sejahtera guru dan rakan-rakan. Bersama saya adalah dua orang ahli
kumpulan yang tidak asing lagi. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli
pertama,saudari (Chang Ya Yun). Seterusnya ahli kedua, (Tee Min Ee). Topik kita
pada hari ini ialah ” kebaikan dan keburukan laman sosial kepada pengguna
internet.”. Internet sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan masyarakat
zaman ini. Pelbagai pihak mula mempersoalkan penggunaan internet ini dalam
kalangan masyarakat terutamanya pelajar. Jadi, apakah faedahnya apabila
masyarakat menggunakan internet dalam kehidupan harian itu?

Chang Ya Yun: Antara kebaikan laman social yang boleh dimanfaatkan ialah dapat
berkomunikasi di antara jarak jauh dan jarak dekat malah merentasi lautan
seantero dunia. Internet memudahkan perhubungan kita dengan saudara mara
kita yang jauh. Kemudahan perhubungan internet seperti 'Facebook', 'Twiter',
'email' dan lain-lain dapat menghubungkan kita dengan seseorang di mana-mana
sahaja. Berikutan itu, dengan adanya kemudahan internet, keselamatan juga
terjamin.

Tee Min Ee: Tamsilnya, ibu bapa yang menghantar anaknya untuk belajar di luar negara selalu
berhubung menggunakan perkhidmatan 'skype'. Ibu bapa boleh berhubung dengan
anak malah boleh melihat wajah mereka juga. Internet amat penting bagi
mengekalkan hubungan yang erat kerana air dicincang tidak akan putus. Lantaran
itu, Internet membolehkan kita berhubung dengan keluarga dan kawan tidak kira di
mana sahaja kerana internet tiada sempadan untuk berhubung antara satu sama lain.
Internet sememangnya memberi kelebihan untuk kita berhubung dengan orang lain
tidak mengira jarak sama ada dekat atau jauh.

Hwang Eve: Kebaikan yang seterusnya adalah mencari dan mengumpul maklumat dalam masa
yang singkat. Internet sememangnya membolehkan kita mencari maklumat dalam
masa yang singkat. Sama ada kita mencari dengan menggunakan telefon pintar
atau komputer, hanya ada satu keperluan yang membolehkan kita melayari internet
iaitu hubungan internet. Pada zaman ini, perkara ini menjadi satu kewajipan
sehingga pada tahap remaja. Mereka sudah giat menggunakannya untuk berhubung
dengan kawan-kawan mereka. Remaja juga boleh mencari maklumat untuk
menyiapkan kerja sekolah mereka. Internet juga merupakan perkara yang 'mesti
ada' dalam kalangan orang yang bekerja. Ianya memudahkan pencarian dan
pengumpulan maklumat kepada sesiapa yang menggunakannya.

Chang Ya Yun: Tamsilnya, kita boleh mencari maklumat tentang destinasi yang ingin kita lawati
dan memudahkan pencarian dengan menggunakan aplikasi GPS. Dengan itu,
kita boleh membuat pilihan destinasi mahupun menyediakan bajet atau kos
untuk percutian tersebut. Sejajar hal ini, masyarakat dapat meluaskan pandangan
mereka bukan sahaja di dalam negara tetapi luar negara juga. Di samping itu,
penggunaan internet menggalakkan masyarakat Malaysia untuk bercuti dan juga
orang luar melawat ke negara kita. Kesannya, internet menggalakkan pergerakan
masyarakat dari serata dunia untuk melawat ke negara-negara lain. Internet juga
boleh memberikan maklumat tentang apa-apa sahaja dengan menggunakan
hujung jari sahaja.

Tee Min Ee: Bukan itu sahaja, internet juga memudahkan urusan pembelian barang sekali gus
menjimatkan masa, tenaga dan kos. Masyarakat sekarang semakin sibuk dengan
rutin harian mereka iaitu bekerja untuk mencari rezeki supaya dapat mengurangkan
beban inflasi yang meningkat pada kebelakangan ini. Lanjutan daripada isi
sebelumnya, kebanyakan masyarakat tiada masa untuk meluangkan sedikit masa
untuk beriadah. Internet memberi jalan lain yang memudahkan kehidupan
masyarakat dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan lain.

Hwang Eve: Bagi seseorang yang tidak mempunyai masa untuk beriadah atau membuat urusan
lain, Internet boleh memudahkan urusan pembelian barang terutamanya barang
runcit. Jika dibandingkan dengan negara lain, negara seperti Jepun dan Korea telah
mempraktikkan amalan ini dalam kalangan masyarakatya. Sejajar hal ini, kita dapat
mencontohi amalan mereka dan mempraktikkannya di Malaysia. Dengan
menggunakan Internet. masyarakat boleh menjalankan rutin harian mereka dengan
lebih cepat dan berkesan.

Chang Ya Yun: Selain itu, Internet turut membawa perubahan dalam sektor pendidikan negara
apabila diasimilasikan dalam bidang ini. Pelajar akan menggunakan pelbagai
jenis komputer dalam urusan pendidikan sehingga proses pembelajaran menjadi
lebih mudah dan menarik buat mereka. Sesungguhnya, teknologi ini akan
menjadikan pelajar negara ini lebih berjaya dalam pendidikan sehingga
melangkaui masyarakat dunia yang lain.

Tee Min Ee: Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah
mendatangkan kesan negatif iaitu penggunaan laman sosial melalui internet
menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini dikatakan
demikian kerana terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam
kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru
dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua
kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut.

Hwang Eve: Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial
menghantar sistem pesanan ringkas (sms) untuk membuat temu janji dengan
menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan
pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian,
setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka
mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

Chang Ya Yun: Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang leka dan lalai.
Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam
laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini
menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk
menyempurnakan urusan mereka.

Tee Min Ee: Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi
kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini akan menyebabkan
negara kita mengalami kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara.
Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat
dilahirkan ekoran daripada penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu,
penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja yang kurang berkualiti.

Hwang Eve: Keburukan laman social yang seterusnya adalah banyak pengguna internet terutama
pelajar melayari laman web yang kurang berfaedah dan bermain permainan video,
mereka membazirkan masa yang berharga dan turut mengabaikan pelajaran. Pelajar
akan menghabiskan masa di depan komputer dan akhirnya gagal dalam pelajaran.
Misalnya, remaja pada masa kini terlalu leka dalam dunia siber dan tidak sanggup
membesar menjadi modal insan yang bermutu. Fenomena ini akan menjejaskan
pembangunan negara kerana remaja yang bakal menentukan kesejahteraan serta
kemakmuran negara kita pada masa hadapan.

Chang Ya Yun: Laman sosial sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal
ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu
memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala,
terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi
komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang
terlibat dalam laman web sosial.

Tee Min Ee: Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan
keburukan kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi
perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai
manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk.
Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati".
8th January 2018

Taylor’s International School (Puchong)


Attn : Principal and Teachers,

Re : Bring Handphone to School


We refer to the above matter, I would like to request approval for Student Chang Chung Cheok
From Class Year 8 ‘O’ to bring handphone to school for contacting with parents to fetch him
back after school.

We will fully responsible in case the handphone is lost inside the school compound.

Thank you.

Best regards,

__________________________.
Mother : Foo Oi Yin
(I/C : 730506-05-5290)

Anda mungkin juga menyukai