Anda di halaman 1dari 5

1.

SYARAT PENYERTAAN

i. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Program Teknologi Elektronik


Kolej Vokasional Beaufort.

ii. Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu atau berkumpulan


dengan bilangan ahli tidak melebihi lima (5) orang.

iii. Kos projek bagi kategori 1 adalah di atas tanggungan Program Teknologi
Elektronik.
iv. Kos projek bagi kategori 2 adalah di atas tanggungan individu dan kumpulan
masing- masing.

1. TATACARA PERMOHONAN
Setiap penyertaan hendaklah mematuhi tatacara permohonan berikut :

i. Melengkapkan borang penyertaan seperti di Lampiran A.

ii. Menghantar borang penyertaan kepada Urusetia Pertandingan.

2. MAKLUMAT PENTING PERTANDINGAN

BIL. PERKARA TARIKH


1. Hebahan Pertandingan
15 Februari 2018
2. Tarikh akhir penerimaan borang penyertaan
2 Mac 2018

3. Sesi penilaian dan demonstrasi 18 Julai 2017


2. SYARAT PERTANDINGAN
Syarat-syarat bagi menyertai Pertandingan Tangan Emas 2018 adalah seperti
berikut :

i. Projek Tangan Emas yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema


pertandingan.
ii. Cetusan idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan
plagiat.
iii. Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan sebelum hari
pertandingan adalah tanggungjawab peserta.
iv. Penggunaan bahan-bahan terbuang atau kitar semula dalam penghasilan
projek adalah sangat digalakkan.
v. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek
penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.
vi. Idea rekabentuk mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau
diajukan kepada sektor pembuatan.
vii. Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-mana
pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru / menciplak idea adalah
TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. Pihak Urusetia
Pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik sebarang
bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati mengemukakan
penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini.
viii. Penggunaan sebarang perisian adalah dibenarkan selagi ia sah di sisi
undang-undang pengkomputeran Malaysia.
ix. Penggunaan perisian adalah tanggungjawab peserta dan sebarang
kemudaratan adalah tanggungjawabnya.
x. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.
3. PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN
Proses penilaian pertandingan adalah mengikut peringkat seperti berikut :

Peringkat Pertama : Tapisan Oleh Pihak Urusetia

i. Semua permohonan beserta kertas cadangan yang diterima akan


dibuat tapisan di peringkat Urusetia Pertandingan untuk memastikan
permohonan memenuhi syarat-syarat penyertaan dan tatacara
permohonan yang telah ditetapkan.

Peringkat Akhir : Penilaian Berasaskan Pameran dan Sesi Penerangan

i. Semua peserta peringkat akhir akan membuat pameran dan


demonstrasi projek pada hari pertandingan. Pertandingan akan dinilai
oleh Panel Penilai yang dilantik.
ii. Keperluan semasa pameran dan sesi penerangan :
a. Setiap peserta akan disediakan tapak pameran yang
merangkumi satu meja dan 2 kerusi untuk mempamer dan
membuat demontrasi projek sepanjang pameran berlangsung.

b. Peserta diberi masa selama 5-7 minit sahaja untuk


membentangkan hasil projek termasuk sesi soal jawab.
c. Peserta perlu menyediakan bahan keperluan untuk
mempamerkan dan demontrasi projek.
d. Semua projek hendaklah berfungsi pada hari pertandingan.
e. Setiap penyertaan digalakkan menyediakan bahan pameran
yang menarik.
iii. Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria seperti berikut :
a. Penilaian Projek (70%)
b. Penilaian Pameran (30%)