Anda di halaman 1dari 3

Tahun Baru Cina (Cina ringkas: 春节; Cina tradisional: 春節;

pinyin: Chūn Jié) merupakan perayaan terpenting orang Cina


bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama haiwan.

Haiwan Dahan bumi Tarikh


Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008

Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009

Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010

Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011

Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012

Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013

Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014

Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015

Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016

Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017


Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018

Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik


permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun
baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru.

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan


bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai
simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih
bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan
tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut,
dan limau mandarin.
Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan
menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi
melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.

Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,


dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima
belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan
Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-


wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah
Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia,
Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina
di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan
bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina
(termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk
Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan
Sar),Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873
(Oshogatsu).