Anda di halaman 1dari 34

BAB 5

PENGELUARAN DAN PERDAGANGAN

OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh :

1. Pelajar akan memahami peranan sektor-sektor ekonomi di


Malaysia.
2. Eksport komoditi utama di Malaysia merupakan saluran
utama yang mendatangkan hasil kepada negara, pelajar
akan memahami peranan ini.
3. Kadar pertukaran asing merupakan satu cabang yang
penting dalam globalisasi, pelajar juga akan memahami
pergerakan atau peranan sektor ini.
 
  
 
5.1 Sektor Pertanian

Sektor pertanian Malaysia mengalami pembangunan agak pesat sepanjang tempoh


Dasar Ekonomi Baru (DEB; 1971-1990). Perkembangan ini adalah disebabkan oleh
beberapa faktor. Pertama, pembangunan sektor ini sebahagian besarnya dihasilkan
melalui pembukaan tanah-tanah baru oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA), agensi-agensi di peringkat negeri dan syarikat-syarikat swasta. Keduanya,
melalui pembangunan in-situ seperti Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu
(IADP), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga
Kemajuan Perusahaan Pekebun-pekebun Kecil Getah (RISDA) dan Lembaga
Pembangunan Wilayah (LPW). Kesemua agensi yang terlibat telah meningkatkan daya
pengeluaran melalui penggunaan teknologi baru dan tanaman bermutu tinggi. Tidak
ketinggalan juga pertumbuhan dalam subsektor perikanan dan penternakan melalui
penggunaan teknik penangkapan ikan yang lebih baik dan pengurusan ternakan yang
serba moden.

94 

 
Pada tahap awal pembangunan sehingga akhir 1970-an pencapaian sektor pertanian
sangat menggalakkan. Kerajaan telah membuat banyak pelaburan untuk
membangunkan sektor berkenaan. Program yang memberi sumbangan kepada
ekonomi negara dalam tempoh tersebut termasuk pembukaan tanah baru untuk aktiviti
pertanian, program penanaman semula getah, pelbagai tanaman serta pembinaan dan
pembaikan sistem pengairan dan saliran.

Walau bagaimanapun, sejak tahun 1980, sektor pertanian mula memperlihatkan aliran
menurun dan kemerosotan ini menimbulkan keresahan kepada kerajaan dan golongan
yang terlibat dalam pembangunan pertanian. Kelembapan prestasi sektor ini
disebabkan beberapa faktor seperti. kejatuhan dalam harga eksport komoditi utama dan
kenaikan harga import keperluan ladang. Sebagai contoh, harga komoditi pertanian
mula menurun pada tahun 1982 dan akibatnya akaun dagangan Malaysia mencatatkan
defisit sebanyak RM1.926 bilion iaitu nilai defisit tertinggi yang pernah dialami negara ini
(Malaysia, 1988). Akan tetapi, dalam tempoh 1983-1994, akaun dagangan mencatatkan
prestasi bertambah baik dengan pertambahan lebihan kerana harga eksport dan harga
pasaran kelapa sawit yang tinggi. Lebihan akaun dagangan tertinggi yang pernah
dicapai dalam tempoh tersebut ialah pada tahun 1987 dengan lebihan sebanyak
RM14,703 bilion. Walaupun lebihan akaun dagangan menjunam pada tahun 1995 ke
paras RM233 bilion sahaja, ia meningkat semula pada tahun-tahun berikutnya. Pada
tahun 1997, akaun dagangan dijangka mencatat lebihan sebanyak RM10 bilion.

Arah aliran yang menurun dalam sektor pertanian ini telah mendesak kerajaan untuk
menggubal Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN) pada tahun 1984 dan DPN Kedua
(DPN II; 1992-2010). Umumnya, tujuan utama DPN ialah untuk memaksimumkan
pendapatan petani serta meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada
perkembangan ekonomi melalui penggunaan sumber sedia ada dan sumber baru
secara lebih cekap. Teras DPN adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran,
kecekapan dan daya saing dengan sektor moden sambil mengkomersialkan sektor
pertanian. Untuk mencapai tujuan itu, perlu digunakan kaedah pembangunan tanah
baru serta memperbaiki segala khidmat sokongan seperti pembekalan input,
pemasaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta pemberian subsidi dan kredit.

DPN juga menggalakkan penglibatan pihak swasta secara lebih aktif dengan
menggunakan kepakaran mereka untuk mempercepatkan pembangunan sektor
tersebut dan meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
serta kadar pertumbuhannya. Namun sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi
negara menunjukkan arah aliran yang menurun dari tahun ke tahun. Terutamanya,
fenomena ini dapat dibuktikan melalui sumbangan sektor pertanian kepada KDNK,
guna tenaga dan nilai ditambah. Jelas sekali arah aliran sumbangan yang menurun ini
tidak mungkin dapat diperbaiki lagi. Jika kadar perkembangan ekonomi yang lebih
95 

 
memihak kepada pembangunan yang berterusan dalam sektor perindustrian dan
perkhidmatan, seperti yang dialami ketika ini, ia akan hanya menanti saat-saat apabila
keseluruhan sektor pertanian tidak lagi mempunyai apa-apa pengaruh dalam ekonomi
negara. Keadaan ini telah lama dialami kebanyakan negara Barat yang telah mencapai
status negara perindustrian sehinggakan dalam proses tersebut sumbangan sektor
pertanian kepada ekonomi mereka secara relatifnya menjadi semakin tidak bererti lagi.
Dalam kata lain, kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian ini mencerminkan suatu
perubahan struktur yang berlaku kepada sumbangan ekonomi Malaysia yang diiringi
peningkatan relatif yang pesat dalam sumbangan dari sektor perkilangan dan
perkhidmatan.

Perubahan yang berlaku kepada sektor pertanian mencerminkan satu cabaran yang
amat sengit kepada negara. Fenomena ini sebenarnya menandakan satu lagi cabaran
yang lebih hebat daripada cabaran yang dihadapi ketika zaman pelaksanaan DEB.
Oleh itu penelitian yang lebih terperinci perlu dibuat dan cara penyelesaian yang
berkesan perlu direka bagi menjamin pembangunan serta kestabilan yang berterusan
kepada kumpulan masyarakat yang masih lagi bergantung kepada sektor pertanian.
Dengan itu, bab ini cuba memaparkan pengalaman pembangunan sektor pertanian
Malaysia, menganalisis prestasi, isu-isu dan permasalahan semasa serta prospek masa
depan. Usaha untuk mengkaji dan meneliti permasalahan semasa yang dihadapi oleh
sektor pertanian adalah penting bagi tujuan menyediakan langkah-Iangkah berkesan ke
arah menangani cabaran yang tidak mungkin dapat diselesaikan dengan mudah seperti
yang dijangkakan.

5.2 Pembangunan Sektor Pertanian

Sebagai satu gabungan kepada program pelbagaian ekonomi, Malaysia menekankan


kepada usaha meningkatkan taraf sosioekonomi sektor luar bandar. Umumnya,
pembangunan sektor luar bandar samalah dengan pembangunan sektor pertanian. Di
antara ciri-ciri utama sektor ini ialah kewujudan kadar kemiskinan tinggi, penggunaan
saiz ladang tidak ekonomik, daya pengeluaran rendah serta lebihan tenaga buruh yang
tidak berkemahiran.

Dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, program yang khusus
telah dirancang. Sebagai contoh, aktiviti perikanan yang serba moden serta bercirikan
nilai-nilai komersial diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan para petani; teknik
bam penternakan haiwan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup para penternak;
manakala subsektor perhutanan dapat berkembang melalui pengurusan sumber-
sumber hutan secara moden, komersial dan saintifik. Bagi sektor tanaman pula, tiga
program pembangunan tanah yang kesemuanya bertujuan meningkatkan hasil keluaran
dan daya pengeluaran telah diketengahkan melalui penggunaan teknologi Revolusi
96 

 
Hijau. Usaha ini meliputi projek pembukaan tanah-tanah baru, pembangunan tanah in
situ dan pembangunan wilayah.

5.3 Prestasi Sektor Pertanian

Pencapaian ekonomi negara sebelum ini telah membawa banyak perubahan terhadap
sektor pertanian. Antara beberapa penunjuk penting tentang prestasi sektor pertanian
ialah sumbangannya terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), guna tenaga
dan nilai ditambah.

5.4 Sumbangan kepada KDNK

Nyata sekali pembangunan ekonomi melalui dasar pelbagaian dan perindustrian yang
bermula pada tahun 1950an telah membawa perubahan pesat terhadap struktur
ekonomi negara. Paling jelas sekali ialah perubahan dalam sumbangan pelbagai sektor
terhadap KDNK. Perubahan ini bukanlah menjadi satu masalah, malah fenomena ini
turut dialami negara-negara lain yang berusaha membangunkan ekonomi mereka.

Sehubungan itu, sumbangan sektor pertanian (sektor yang menjadi tumpuan kepada
sebahagian besar masyarakat Melayu) telah menurun dengan hebatnya. Dalam tempoh
30 tahun sahaja, sumbangan sektor pertanian jauh ketinggalan jika dibandingkan
dengan pencapaian sektor perkilangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, daripada
sejumlah 35.1 peratus sumbangan sektor pertanian kepada KDNK pada tahun 1965,
menurun kepada 13.1 peratus sahaja pada tahun 1995. Sumbangannya dijangka terus
menurun kepada 10.5 peratus dalam tahun 2000. Bagi tempoh yang sama, sumbangan
sektor perkilangan mampu melonjak ke atas daripada 10.4 peratus sahaja kepada 32.2
peratus. Sumbangannya bagi tahun 2000 dijangka meningkat lagi kepada 37.5 peratus.
Manakala sumbangan sektor perkhidmatan pula menetapkan penurunan yang kecil
sahaja daripada 45.0 peratus pada tahun 1965 kepada 43.0 peratus pada tahun 1995.
Sumbangannya dijangka menurun lagi kepada 41.5 peratus pada tahun 2000.

Tanda-tanda ini jelas menunjukkan pola dan fenomena tersebut akan berterusan pada
masa akan datang. Akibat daripada perubahan ini, sektor pertanian dianggap sebagai
sebuah "industri senja" (sunset industry) yang sedang menanti malam gelap gelita
(Abdul Aziz: 994). Perubahan yang berlaku ini mungkin menjadi lebih hebat lagi dengan
perlaksanaan dasar kerajaan yang ingin membawa negara kita 'setaraf negara
perindustrian' menjelang tahun 2020. Perubahan sumbangan berbagai-bagai sektor
terhadap KDNK dari tahun 1965 hingga tahun 1995 dapat dijelaskan dalam Jadual 6.5.

5.5 Sumbangan kepada Guna Tenaga

97 

 
Satu lagi fenomena yang sering menonjol ialah kemerosotan sumbangan guna tenaga
dalam sektor pertanian berbanding sektor lain, terutamanya perkilangan dan
perkhidmatan. Kemerosotan ini didapati selari dengan penurunan dalam sumbangan
pertanian terhadap KDNK.

Kemerosotan dalam sumbangan guna tenaga ini berlaku akibat beberapa faktor yang
mencengkam sektor pertanian yang mana jalan penyelesaiannya terlalu sukar. Masalah
ini mempunyai kaitan rapat dengan kejatuhan dan keadaan turun naik tingkat harga,
kerendahan kadar upah dan pendapatan serta kemerosotan kawasan tanaman dan
pengeluaran beberapa keluaran pertanian utama.

Data dari jabatan statistik menunjukkan sumbangan guna tenaga sektor pertanian telah
menurun dari 52.1 peratus pada tahun 1965 kepada 19.1 peratus pada tahun 1995 dan
seterusnya dijangka menurun lagi kepada 13.1 peratus dalam tahun 2000. Ini
merupakan penurunan yang amat pesat sekali. Sebaliknya, sumbangan sektor
perkilangan didapati meningkat daripada 8.3 peratus sahaja pada tahun 1965 kepada
25.6 peratus (1995) dan dijangka mencapai 28.9 peratus pada tahun 2000. Bagi
tempoh yang sama, sumbangan guna tenaga bagi keseluruhan sektor perkhidmatan
meningkat daripada 32.7 peratus kepada 46.6 peratus. Sumbangannya dijangka
meningkat lagi ke paras 47.2 peratus pada tahun 2000. Namun sumbangan guna
tenaga sektor perkhidmatan kerajaan didapati menurun dari 17.1 peratus dalam tahun
1965 kepada 11.1 peratus dalam tahun 1995 dan seterusnya akan hanya tinggal
sebanyak 9.9 peratus sahaja pada tahun 2000. Sebahagian besar daripada arah aliran
sedemikian disebabkan oleh perlaksanaan dasar penswastaan sejak tahun 1984.
Berdasarkan kepada keadaan yang berlaku, ini jelas menunjukkan sektor pertanian
tidak boleh lagi diharapkan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi
kepada penduduk yang kian berkembang. Khusus untuk anak-anak masyarakat luar
bandar, mereka harus melengkapkan diri dari segi pendidikan, fizikal dan mental untuk
mengharungi era perkembangan ekonomi zaman ini dengan melangkah ke alam
pekerjaan di sektor perkilangan dan perkhidmatan. Persoalannya, mampukah mereka
berbuat demikian?

5.6 Cabaran Sektor Pertanian

Kemerosotan yang berterusan dalam prestasi sektor pertanian merupakan akibat


daripada beberapa masalah, sama ada masalah dari dalam negara ataupun dari luar.
Antaranya berkaitan dengan tingkat harga komoditi, daya pengeluaran, kemiskinan,
proses pengambilan tanah, persaingan dalam penggunaan tanah dan tanah terbiar.

5.7 Tingkat Harga Komoditi

98 

 
Tingkat harga komoditi, sama ada ditentukan oleh pasaran dunia atau pasaran
domestik, memainkan peranan penting untuk kemajuan dan perkembangan sesuatu
sektor. Tingkat harga yang sentiasa mengalami keadaan naik turun akan
mengakibatkan pendapatan petani yang tidak menentu, apatah lagi sekiranya
kekerapan kejatuhan harga komoditi lebih ban yak berbanding dengan kekerapan
peningkatannya.

Masalah utama berhubung kemerosotan prestasi sektor pertanian ialah kejatuhan


dalam harga komoditi, terutamanya komoditi utama. Akibatnya, telah berlaku
penurunan berterusan dalam pengeluaran, nilai eksport dan seterusnya pendapatan
eksport negara. Nyata sekali pertumbuhan dalam keluaran pertanian adalah jauh lebih
lembap berbanding dengan prestasi yang ditunjukkan oleh barangan keluaran kilang.
Data menunjukkan prestasi beberapa komoditi utama bagi tahun 1992-1997.

Sehubungan dengan tingkat harga komoditi, pertumbuhan yang lembap dalam


subsektor padi boleh dijadikan panduan penting. Dalam pengeluaran padi negara, pihak
Kerajaan melalui Lembaga Padi dan Beras Negara - LPN (mulai Ogos 1994 telah
diswastakan dengan nama BERNAS) telah menentukan harga belian padi dari para
petani dengan berpandukan kepada tawaran Harga Minimum Terjamin. Bagi setiap 100
kg padi yang dijual, petani akan dibayar dengan harga tawaran sejumlah RM46.30 dan
tambahan sebanyak RM25.81 melalui subsidi harga. Anehnya, tawaran ini tidak banyak
berubah sejak 20 tahun lalu walaupun ekonomi negara mengalami pertumbuhan
berlipat kali ganda dalam tempoh tersebut.

Dengan berpandukan kepada kadar inflasi yang berlaku dalam ekonomi maka jelas
sekali para penanam padi sebenarnya sedang mengalami penurunan dalam
pendapatan benar mereka. Justeru, tidak hairanlah jika matlamat negara seperti yang
tercatat dalam DEB, terutamanya berhubung dengan kedudukan sosioekonomi
masyarakat penanam padi tidak banyak menghasilkan perubahan yang
membanggakan. Keadaan ini juga dapat memberi alasan yang kukuh tentang
kegagalan kerajaan untuk menghasilkan beras yang mencukupi bagi keperluan negara
walaupun pelbagai teknologi baru telah diperkenalkan dalam memajukan subsektor
padi. Sebenarnya, pengeluaran beras domestik pada tahun 1994 hanya mencapai
sekitar 80 peratus dari tahap mampu-diri dan bakinya terpaksa diperoleh melalui beras
import (Malaysia, 1994). Rekod terkini pula menunjukkan pengeluaran padi negara
hanya mampu memenuhi 65.0 peratus sahaja daripada permintaan negara. Jadual 6.9
dapat menjelaskan tentang harga tawaran padi bagi tempoh 1972-1994.

5.8 EKSPORT KOMODITI UTAMA

99 

 
GETAH

Getah yang dahulunya merupakan tanaman eksport utama menunjukkan prestasi yang
semakin menurun.

Masalah utama yang dihadapi oleh tanaman ini ialah : turun naik harga, pulangan dan
daya pengeluaran yang rendah, pertandingan daripada getah tiruan, masalah
kekurangan buruh kenaikan kos buruh, saiz tanah yang tidak ekonomi serta pokok-
pokok yang sudah tua. Pengeluaran getah telah merosot pada Kadar 10.8% setahun
pada RMK7. Kemerosotan ini disebabkan terutama oleh pokok yang tidak ditoreh
berikutan daripada kekurangan buruh serta pengurangan kawasan tanaman.

Pekebun kecil menyumbang sebanyak 79.7% daripada keseluruhan pengeluaran dalam


tempoh tersebut, manakala selebihnya dihasilkan oleh sektor estet. Pengeluaran yang
rendah ini adalah disebabkan oleh penukaran berterusan kawasan tanaman getah
kepada lain-lain kegunaan, kekurangan tenaga buruh dan harga yang rendah juga tidak
menggalakkan penorehan.

Pengeluaran getah tidak banyak berubah dalam tempoh 1981-85, tetapi bahagian
getah dalam keluaran pertanian telah berkurangan daripada 23.4% pada tahun 1980
kepada 18.7% pada tahun 1985. Bahagiannya diambil alih oleh tanaman lain seperti
kelapa sawit, lada hitam dan sebagainya.

Seterusnya pengeluaran getah Malaysia merosot pada Kadar 2.6% setahun iaitu: 1.29
juta tan metrik pada tahun 1990 dan 1.1 juta tan metrik pada tahun 1995 dan 616,000
tan pada tahun 2000 dan Merosot kepada 560,000 tan pada tahun 2005 (Jadual 3.10).

SEBAB-SEBAB KEMEROSOTAN

Kemerosotan pengeluaran ini adalah disebabkan oleh kejatuhan harga yang besar
daripada paras harga tahun 1987 yang membawa pengabaian kebun-kebun kecil,
sementara estet pula kesukaran mendapatkan buruh. Sumbangan getah kepada
pendapatan eksport juga telah berkurang dari pada 33.4% pada tahun 1970 kepada
hanya 7.5% pada tahun 1985. Pengekalan sumbangan ini akan bergantung kepada :
penanaman semula dengan klon-klon yang bermutu tinggi, memperbaiki pengurusan,
penyelidikan terhadap penggunaan, penggunaan getah serta -menggalakkan industri
berasaskan getah. Malaysia tidak lagi mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar
nombor satu dunia dalam pengeluaran getah. Malahan bahagian ini telah berkurang
daripada 25% pada tahun 1990 kepada 22% pada tahun 1993. Prospek tanaman getah
yang kurang menguntungkan menyebabkan pengurangan berterusan kawasan ditanam

100 

 
kepada 1,781,000 hektar pada tahun 1993, 1,723,900 hektar (1995), 1,672,500 hektar
(1996), dan - 1,663,400 hektar (1997) dan menurun ke - 1,430,700 hektar pada tahun
2000.

KELAPA SAWIT

Kelapa sawit merupakan tanaman yang mengambil alih peranan utama getah yang
sebelum ini menjadi sumber pendapatan eksport utama daripada sektor pertanian. Oleh
itu tidak hairanlah banyak estet getah telah ditukar-gantikan dengan tanaman kelapa
sawit.

SUMBANGAN KEPADA EKSPORT

Sumbangan minyak dan isirung kelapa sawit kepada pendapatan eksport meningkat
daripada 5.1 % pada tahun 1970 kepada 12.6% pada tahun 1985. Pendapatan eksport
daripada minyak kelapa sawit meningkat sebanyak 13.4% kepada RM10,703. 9 juta
(1996: -9.2%, RM9,435.1 juta). Jumlah eksport meningkat sebanyak 5.7% daripada
7.29 juta tan metrik pada tahun 1996 kepada 7.70 juta tan metrik pada tahun 1997.
Peningkatan eksport seunit minyak kelapa sawit sebanyak 7.4% pada tahun 1997
adalah disebabkan :

- Permintaan dari luar yang kukuh

- Kesan daripada nilai ringgit yang rendah

- Serta keadaan penawaran dunia yang

ketat bagi minyak sayuran dan lemak

SUMBANGAN KEPADA EKSPORT

Pengeluaran kelapa sawit negara merupakan kira-kira 60% daripada pengeluaran


dunia. Pengeluaran minyak sawit mentah meningkat : Daripada 2.6 juta tan metrik pada
tahun 1980

Kepada 4.1 juta tan metrik pada tahun 1985, dan meningkat kepada 6.5 juta tan metrik
pada tahun 1993 serta berkembang pada kadar sederhana sebanyak 4.5% setahun
dengan mencapai 7.82 juta tan metrik pada tahun 1995. Pengeluar minyak sawit
mentah (CPO) meningkat pada kadar 6.8 % setahun daripada 7.82 juta tan pada tahun
1995 kepada 10.8 juta tan pada tahun 2000 disebabkan :

-peningkatan hasil pengeluaran dan

101 

 
-keluasan tanaman yang matang.

Pada masa yang sama keluasan tanah bagi kelapa sawit terus meningkat akibat
pertambahan pembukaan tanah baru dan penukaran tanaman getah kepada kelapa
sawit secara besar-besaran oleh sektor estet. Keluasan penanamannya meningkat
daripada 1.02 juta hektar (1980) kepada 1.35 juta hektar (1985), 2.28 juta hektar
(1993), 2.51 juta hektar (1995), 2.62 juta hektar (1996) serta meningkat 2.68 juta hektar
(1995) dan meningkat ke 3.5 juta hektar (2000) (lihat Jadual 3.11). Kadar hasil juga
terus meningkat daripada 3,562 kg/hektar (1990) kepada : 3,763 kg/hektar (1993),
Tetapi pada tahun 1995 kadar hasil menurun kepada 3 490 kg/hektar, tetapi meningkat
semula kepada : 3 550 kg/hektar (1996). Situasi yang memberangsangkan berlaku
pada tahun 1997 di mana kadar hasil meningkat kepada 3610 kg/hektar.

KOKO

Koko merupakan barangan eksport pertanian yang ketiga penting selepas kelapa sawit
dan getah. Tanaman ini mula diperkenalkan secara meluas mulai akhir tahun 1970-an
sebagai usaha untuk mempelbagaikan tanaman di sektor estet dan sektor pekebun
kecil. Sebahagian besar pertambahan kawasan koko berpunca daripada kegiatan
penanaman koko sebagai tanaman selingan yang diusahakan oleh pihak estet. Tetapi
pada tahun 1990-an apabila harga koko merosot, sambutan kepada tanaman ini kurang
menggalakkan.

Pada tahun 1990, estet yang kebanyakannya terdapat di Sabah merupakan 55%
daripada jumlah keluasan yang ditanam dengan koko manakala pekebun kecil yang
kebanyakannya terdapat di Sabah. Pengeluaran koko negara meningkat daripada
37,000 tan metrik (1980) kepada 103,000 tan metrik (1985) dan 131,800 tan metrik
(1995).

Tetapi penurunan berlaku bagi tahun-tahun seterusnya iaitu : 131,800 tan metrik
(1995), 83,700 tan metrik (1999) dan 88,000 tan metrik (2000). Semenanjung Malaysia
merupakan 45% daripada keluasan yang ditanam. Oleh sebab itu, pengeluaran koko
dalam tempoh 1991-2000 telah turut mengalami pengurangan tahunan sebanyak
18.0% (Jadual 3.12).

Keluasan tanah bagi koko meningkat daripada 123,800 hektar (1980) kepada 420,000
hektar (1990), tetapi berkurangan kepada 150,000 hektar (2000). Dalam tempoh 1991-
1995, kawasan tanaman koko meningkat pada kadar 1.5% setahun sehingga mencapai
453 ribu hektar pada tahun 1995.

102 

 
Kebanyakan daripada kawasan tanaman koko yang baru telah dimajukan oleh sektor
estet yang cekap di mana sebahagian besarnya di Sabah, tetapi antara tahun 1996-
2000, keluaran koko berkurangan sebanyak 24.7% setahun.

Pengeluaran rendah ini adalah disebabkan oleh penurunan keluasan, harga koko yang
tidak menggalakkan dan cuaca yang kurang memuaskan.

Jumlah keluasan tanaman koko dijangka akan terus menurun. Kejatuhan harga biji
koko telah memaksa estet-estet beralih ke tanaman lain yang lebih lumayan. Masalah-
masalah yang dihadapi oleh tanaman koko termasuklah turun naik harga dan daya
pengeluaran yang rendah.

Walau bagaimanapun, tanaman ini memberikan pulangan yang lumayan terutamanya


sebagai pendapatan tambahan kepada pekebun kecil kelapa. Tanaman koko akan
kekal sebagai tanaman tunggal dan tanaman selingan dengan kelapa. Usaha-usaha
masih diteruskan untuk mempergiatkan penyelidikan untuk meningkatkan daya
pengeluaran dan meluaskan pemasaran.

Pengeluar biji koko berkurangan daripada 131,000 tan (1995) kepada 70,000 tan
(2000) berikutan daripada pengurangan kawasan tanaman daripada 234,500 hektar
kepada 105,000 hektar. Ini adalah kerana keadaan cuaca kurang baik, kekurangan
buruh, dan kos pengeluaran yang tinggi.

Dengan pengurangan pengeluaran, pendapatan eksport telah jatuh daripada RM626


juta (1995) kepada RM493 juta (2000). Walau bagaimanapun, berikutan daripada
penggunaan klon berhasil tinggi dan amalan agronomi yang teratur, hasil koko sehektar
telah meningkat daripada 700 kilogram (1995) kepada kira-kira 950 kilogram (2000)
(Malaysia, 2001).

LADA HITAM

Harga lada hitam yang kukuh pada tahun 1985 dan 1986 serta pemberian bantuan oleh
kerajaan telah menggalakkan pengusahaan tanaman tersebut dengan lebih meluas dan
perkembangan ini telah meningkatkan pengeluaran lada hitam antara tahun 1989-1990.
Pengurangan berkurangan pada tahun 1995 tetapi meningkat semula pada tahun 2000.
Lada hitam merupakan tanaman eksport yang semakin merosot sumbangannya.
Permintaan dunia serta harga yang rendah menyebabkan pengurangan pengeluaran
lada hitam. Pengeluaran lada hitam berkurang daripada 32,000 tan metrik (1980)
kepada 23 ribu tan metrik (1993), iaitu pengurangan sebanyak 39.1%.

Pada tahun 1995 pengeluarannya telah merosot kepada 13,000 tan metrik sahaja.
Pada masa yang sama keluasan tanaman lada hitam juga berkurang daripada 13,000

103 

 
hektar (1980) kepada 10,000 hektar (1990), iaitu pengurangan sebanyak 23.0%.
Pengurangan pengeluaran dan keluasan tanah akan berterusan, dengan kawasan
tanah ditukar kepada tanaman lain yang lebih menguntungkan.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh permintaan dunia yang terus lemah. Pengeluaran
lada hitam dijangka meningkat sebanyak 33.3% pada tahun 1997 kepada 16,075 tan
metrik disebabkan oleh keluasan tanaman baru yang telah mula berhasil, pengurusan
yang lebih baik dan harga yang lebih menggalakkan. Perluasan kawasan tanaman lada
hitam daripada 10,620 hektar (1996) kepada 11,215 hektar (1997) adalah berikutan
daripada harga lada hitam yang menggalakkan dan juga "Skim Subsidi Lada" yang
telah membantu pekebun kecil dalam menanam tanaman baru dan penjagaan ladang
yang matang. Tanaman lada hitam lebih diusahakan oleh pekebun kecil. Ia bersifat
intensif buruh dan intensif modal.

Masalah yang dihadapi oleh tanaman ini ialah penyakit dan pengurusan yang kurang
cekap yang menyebabkan daya pengeluaran rendah. Dasar, strategi dan program bagi
tanaman ini pada masa hadapan ialah untuk mempergiatkan penyelidikan bagi
mengurangkan kos, meningkatkan gred, meluaskan pasaran dan industri-industri
memproses. Pada tahun 2000, disebabkan pertambahan hasil berikutan daripada
pengurusan ladang yang lebih baik, = pengeluaran lada hitam meningkat pada kadar
12.6% setahun daripada 13,000 tan (1995) kepada 24 000 tan (2000). Kawasan
tanaman lada hitam juga telah meningkat daripada 8,600 hektar (1995) kepada 11,500
hektar (2000) didorong oleh harga yang lebih tinggi (Malaysia, 2001).

KELAPA

Kelapa merupakan satu lagi tanaman eksport yang mengalami kemerosotan dalam
sumbangannya.

Sebanyak 90% penanam-penanam kelapa adalah pekebun kecil. Mereka menghadapi


masalah kejatuhan harga dan daya pengeluaran yang rendah yang menyebabkan
pendapatan yang rendah.

Pengeluaran kelapa kering berkurang daripada 788,000 tan metrik pada tahun 1980
kepada 250,000 tan metrik pada tahun 1985, iaitu kadar pengurangan sebanyak 68.3%.
Pada masa yang sama keluasan tanaman bagi kelapa berkurang daripada 349,400
hektar (1980) kepada 331,000 hektar (1990), iaitu kadar pengurangan sebanyak 5.2%.
Pada tahun 1995, keluasan tanaman kelapa terus berkurangan kepada 298,740 hektar
dan 220 000 hektar (2000) dan dijangka berkurangan kepada 201,000 hektar pada
tahun 2005. Adalah dijangkakan bahawa pengeluaran dan keluasan tanaman kelapa
akan terus berkurang dan pekebun kecil semakin bertukar kepada tanaman yang lebih
menguntungkan. Dalam tempoh 1986-95, pengeluaran kelapa telah turun pada kadar
104 

 
3.1% setahun. Dasar dan strategi bagi tanaman kelapa pada masa hadapan ialah untuk
meneruskan penanaman semula dan pemulihan tanaman kelapa yang tidak ekonomi
iaitu dengan memperbaiki sistem saliran dan perparitan. Tanaman selingan seperti
koko atau kopi digalakkan untuk ditanam bagi meningkatkan pendapatan kebun petani.
Selain itu, industri-industri memproses kelapa kering, minyak kelapa dan barangan-
barangan lain daripada kelapa perlu dipergiatkan untuk meluaskan pasaran kelapa
sama ada pasaran antarabangsa ataupun pasaran tempatan.

5.9 TEORI-TEORI DAN STRATEGI PERDAGANGAN

5.9.1 PERINGKAT INDUSTRI DI MALAYSIA

Pada zaman pemerintahan British, penekanan ekonomi Malaysia adalah terhadap


bahan-bahan mentah (seperti hasil getah asli, bijih timah dan sebagainya) untuk
keperluan eksport dan hasil-hasil keluaran lain yang diperlukan untuk kepentingan
penjajah. Kegiatan dalam bidang perindustrian adalah terlalu kecil. Banci penduduk
1947 menunjukkan 6.7% penduduk Semenanjung sahaja yang terlibat dalam bidang
perindustrian (V. Kanapathy, 1970 : 135).

5.9.2 PENGGANTIAN IMPORT DI MALAYSIA

Pada dekad 1950-an dan 1960-an, program perindustrian di negeri ini dijalankan
sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat
bergantung pada getah dan bijih timah. Industri hanya tertumpu kepada industri
penggantian import. (Ini bermaksud penggantian barangan asas yang pernah diimport)
Keseluruhan industri adalah berbentuk industri-industri ringan seperti membuat sabun,
minuman, kasut, pakaian dan barangan getah yang lain. Ini selaras dengan manifesto
Kerajaan.

Perikatan dalam pilihan raya 1955, yang berjanji akan memberikan galakan kepada
pemodal-pemodal tempatan dan penarikan modal asing. Dasar ini bertujuan
mengurangkan import dan memenuhi permintaan dalam negeri melalui pengeluaran
barangan sendiri. Dengan cara ini, imbangan pembayaran dapat diperbaiki.

Pada peringkat perindustrian ini (industri barangan asas atau barangan pengguna),
terutamanya sehingga akhir tahun 1960-an, proses perindustrian masih berada di
tingkat yang mudah dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Peringkat ini
bolehlah dianggap sebagai peringkat pengeluaran barang-barang pengguna. Sedikit

105 

 
demi sedikit perusahaan telah mula meningkat kepada pengeluaran barang-barang
modal dan barang-barang perantaraan terutamanya pada akhir tahun 1960-an.

Antara tahun 1959-63, industri penggantian import telah menyumbangkan hampir 41%
daripada keseluruhan pertumbuhan output industri, manakala sumbangan industri
eksport adalah negatif (tiada eksport langsung malahan lebih banyak import). Pada
tahun-tahun ini peranan barang-barang pengguna adalah lebih tinggi daripada peranan
barang-barang perantaraan dan pelaburan.

Pada tahun 1963-68, peranan barang-barang pelaburan dalam pertumbuhan output


industri melebihi peranan barang-barang pengguna dan begitu juga dengan barang-
barang perantaraan yang telah menyamai peranan barang-barang pengguna (iaitu
keluaran barangan pelaburan semakin meningkat). Di samping itu, dalam jangka waktu
tersebut, sumbangan industri eksport dalam pertumbuhan output industri telah
berkembang daripada -1.29% kepada 12.2% (rujuk Jadual 4.1)

5.9.3 ORIENTASI EKSPORT MALAYSIA (PENGGALAKAN EKSPORT)

Pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, beberapa usaha mempelbagaikan
industri telah dilaksanakan termasuklah memperkenalkan Akta Galakan Pelaburan
1968, sebagai kempen menggalakkan industri intensif buruh dan industri
berorientasikan eksport. Kedatangan modal asing semakin digalakkan terutamanya
selepas penubuhan Lembaga Kemajuan Perindustrian Persekutuan (FIDA) pada tahun
1965. Sehingga akhir tahun 1972 projek-projek perindustrian Malaysia berkeupayaan
untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan pasaran dunia (J. Jegathesan,
1975: 59). Didapati perluasan eksport akan dapat menyerap lebih banyak buruh per unit
output dan modal berbanding industri penggantian import dan perluasan permintaan
domestik. Contoh-contoh industri di peringkat ini ialah barang kimia, logam, jentera-
jentera dan alat-alat pengangkutan. Sektor perkilangan berkembang lebih pesat
menjelang tahun 1970-an. Peranan sektor perindustrian dari segi guna tenaga dan
KDNK juga semakin berkembang. Hal ini demikian kerana dasar perindustrian pada
tahun 1970-an disusurgalurkan untuk mencapai tingkat pertumbuhan industri yang lebih
cepat dan untuk mencapai matlamat-matlamat DEB.

INDUSTRI BERAT MALAYSIA

Bermula dari dekad 1980-an, sebagai langkah untuk memperkukuh dan mempertingkat
sektor perindustrian, maka kerajaan telah menggalakkan penubuhan industri berat yang
melibatkan pelaburan yang besar, tempoh perancangan yang lebih panjang serta
pulangan modal yang hanya dapat diterima dalam jangka panjang. Di samping itu,
106 

 
keutamaan yang tinggi juga akan terus diberi kepada penubuhan industri barang modal
dan perantaraan dan industri berorientasikan eksport.

Penubuhan industri berat dengan teknologi yang tinggi dirasakan perlu untuk
mengurangkan pergantungan kepada negara-negara maju. Bagi tujuan ini, kerajaan
telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980.
Beberapa projek di bawah HICOM telah dilancarkan seperti penubuhan kilang simen,
loji keluli, enjin dan projek kereta nasional Malaysia iaitu Proton. Malaysia mempunyai
faedah berbanding dalam penawaran tenaga buruh dan bahan mentah bagi industri
seperti ini. Diharapkan melalui berbagai-bagai industri yang ada termasuk industri berat
akan dapat menggerakkan pencapaian matlamat Wawasan 2020. Industri tidak lagi
ditumpukan ke kawasan maju dan bandar sahaja, tetapi juga di kawasan luar bandar,
pedalaman dan negeri-negeri kurang maju.

5.10 KADAR PERTUKARAN MATAWANG ASING (KPA)

Kadar pertukaran mata wang asing bererti harga mata wang tempatan berbanding
dengan mata wang negara-negara lain. Misalnya RM3.60 = U.S 1 dollar atau US 0.266
dollar = RM 1.00. asing diperlukan untuk tujuan import barang-barang dan
perkhidmatan. Jika peniaga Malaysia ingin mengimport barang dari Jepun, mereka
mesti memiliki Yen Jepun dan sebaliknya jika Jepun ingin mengimport barang-barang
dari Malaysia, mereka mesti memiliki ringgit. Dalam konteks ini berlakunya permintaan
dan penawaran mata wang asing.

5.10.1 Penentuan Kadar Pertukaran Asing

Terdapat dua cara menentukan KPA :

i. Melalui kadar pertukaran bebas


ii. Melalui kadar pertukaran tetap

i. Melalui kadar pertukaran bebas

Ia ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing. Permintaan wang
asing dibuat untuk tujuan mengimport. Misalnya peniaga Malaysia meminta Yen untuk
mengimport barang-barang dari Jepun. Jika Yen murah, banyak Yen diminta dan jika
Yen mahal, ia kurang diminta. Hubungan antara harga dan kuantiti Yen yang diminta
107 

 
adalah secara songsang atau negatif. Sifatnya sama seperti hubungan di antara harga
dan kuantiti yang diminta bagi barang-barang biasa. Oleh itu keluk permintaan Yen
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

Keterangan rajah:

Jika Yen mahal dalam sebutan ringgit, misalnya RM2.00 = 100 Yen, kuantiti Yen yang
diminta ialah 2 juta. Jika Yen murah, misalnya RM0.50 = 100 Yen, kuantiti Yen yang
diminta meningkat kepada 6 juta. Semakin tinggi harga Yen, semakin kurang kuantiti
Yen yang diminta dan sebaliknya semakin rendah harga Yen, semakin tinggi kuantiti
Yen yang diminta.

Manakala penawaran mata wang asing mempunyai hubungan yang positif di antara
harga dan kuantiti yang ditawar. Biasanya jika harga mata wang mahal, jumlah yang
ditawarkan adalah tinggi dan sebaliknya, jika harga murah, jumlah yang ditawarkan
sedikit, misalnya, jika peniaga Jepun import barang dari Malaysia, mereka akan
meminta ringgit dan menawarkan Yen. Keluk penawaran mata wang Yen ditunjukkan
dalam rajah di bawah:
108 

 
Keterangan rajah:

Jika Yen mahal, misalnya RM2.00 = 100 Yen, jumlah Yen yang ditawarkan ialah 6 juta,
sebaliknya jika Yen murah iaitu RM0.50 = 100 Yen, jumlah yang ditawarkan ialah 2 juta.
Semakin tinggi harga, semakin tinggi kuantiti Yen yang ditawarkan dan sebaliknya
semakin rendah harga semakin rendah kuantiti Yen ditawarkan.

5.10.2 Keseimbangan Kadar Pertukaran

Keseimbangan berlaku apabila kuantiti mata wang asing yang diminta sama dengan
kuantiti yang ditawarkan. Ditunjukkan dalam rajah di bawah:

109 

 
Keterangan rajah:

Jika Yen mahal, didapati penawaran melebihi permintaan (jarak ab). Sebaliknya jika
Yen murah, permintaan melebihi penawaran (jarak cd). Proses perubahan dalam kadar
pertukaran akhirnya mengujudkan satu kadar pertukaran keseimbangan pada titik E. Di
mana akhirnya didapati pasaran telah menentukan RM1.00 = 100 Yen dan 4 juta Yen
yang digunakan dalam urus niaga.

ii. Melalui kadar pertukaran tetap

Kadar pertukaran yang ditentukan oleh kerajaan dinamakan kadar pertukaran tetap
atau Kadar Tukaran Rasmi. Dari rajah, didapati kadar tukaran yang ditentukan oleh
pasaran bebas ialah RM1.00 = 100 Yen (titik E). Jika kerajaan Malaysia mendapati
kadar tukaran ini kurang sesuai, ia boleh menetapkan kadar tukaran yang baru.
Misalnya kerajaan Malaysia tetapkan 100Yen = 2.00 (kadar tukaran I). Di dapati
sekarang ringgit lebih murah atau dinilai lebih rendah dinamakan terendah nilai.
Sebaliknya jika kerajaan Malaysia menetapkan pada 100 Yen = RMO.50 (kadar tukaran
II). Di dapati sekarang ringgit lebih mahal atau dinilai lebih tinggi, dinamakan terlebih
nilai.

110 

 
Biasanya kerajaan campur tangan untuk menetapkan kadar pertukaran yang baru
kerana untuk mengurangkan import dan menambahkan eksport. Contohnya, bila ringgit
murah atau terendah nilai, secara relatifnya barang-barang Malaysia menjadi lebih
murah pada pandangan rakyat asing, ini akan menambahkan eksport Malaysia dan
mengurangkan import barang-barang dari luar negara. Seterusnya ia dapat membaiki
masalah imbangan pembayaran.

5.10.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Asing

i. Harga relatif

Jika harga barang-barang di Thailand lebih murah berbanding di Malaysia, rakyat


Malaysia akan banyak membeli barang-barang dari Thailand. Oleh itu permintaan
terhadap Bath Thai akan meningkat. Baht akan naik nilai manakala ringgit akan turun
nilai, atau dikatakan kadar pertukaran mata wang asing telah meningkat. Analisa ini
ditunjukkan dalam rajah di bawah:

111 

 
Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada titik E, dengan kadar pertukaran RM1.80 = 100 baht. Jika
diandaikan pada kadar pertukaran ini harga barang-barang di Thailand relatifnya lebih
murah berbanding Malaysia, maka banyak barang Thai akan diimport oleh rakyat
Malaysia. Oleh itu permintaan bath naik dan keluk permintaan berubah dari Do ke Di.
Pad a masa yang sama, pada pandangan rakyat Thai, barang-barang Malaysia lebih
mahal. Oleh itu rakyat Thai akan kurangkan import, maka kesediaan mereka untuk
menawarkan wang baht akan merosot dari SoSo ke SiSi. Akhirnya keseimbangan
kadar pertukaran baru akan berpindah iaitu dari E ke Ei, pada kadar yang baru ini
didapati RM2.00 = 100 baht, iaitu Baht naik nilai dan ringgit turun nilai.

ii. Kadar bunga relatif

Jika kadar bunga diandaikan lebih tinggi di Malaysia berbanding Thai, maka banyak
modal Thai akan mengalir ke Malaysia, permintaan ringgit meningkat. Oleh itu ringgit
naik nilai dan bath turun nilai. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

112 

 
Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada E dengan kadar pertukaran iaitu RM2.00 = 100 bath. Jika
diandaikan kadar bunga di Malaysia tinggi, maka banyak modal luar akan masuk ke
Malaysia. Jika negara itu adalah Thai, maka permintaan bath akan merosot di kalangan
penduduk Malaysia. Maka, keluk permintaan bath akan turun dari DoDo ke DiDi. Pada
masa yang sama, penawaran baht Thai juga meningkat bagi mendapatkan ringgit. Oleh
itu keluk penawaran baht berpindah ke kanan dari SoSo ke SiSi. Maka akan wujud
keseimbangan baru pada titik Ei, iaitu RM1.60 = 100 baht. Kita dapati ringgit naik nilai
atau menjadi lebih mahal dan baht turun nilai atau menjadi lebih murah.

iii. Perubahan harga barang-barang eksport dan import

Perubahan harga barang-barang eksport dan import turut mempengaruhi kadar


pertukaran. Jika harga eksport barang-barang Malaysia lebih murah berbanding Thai,
ini menyebabkan permintaan ringgit meningkat. Manakala import Malaysia dari Thai
akan merosot kerana barang-barang Thai relatifnya lebih mahal. Oleh itu ringgit akan
naik nilai dan bath akan turun nilai. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

113 

 
Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada E,dengan kadar pertukaran RM2.00 = 100 bath. Jika
diandaikan harga eksport barang Malaysia lebih murah, maka permintaan ringgit
meningkat dan permintaan bath merosot. Kemerosotan permintaan bath ditunjukkan
oleh pergerakan keluk permintaan wang bath dari DoDo ke DiDi. Pada masa yang
sama, rakyat Thai akan menawarkan bath untuk mendapatkan ringgit, maka keluk
penawaran bath akan berubah dari SoSo ke SiSi. Keseimbangan baru pada titik Ei iaitu
RM 1.00 = 100 bath. Didapati ringgit naik nilai dan bath turun nilai.

iv. Corak pertumbuhan ekonomi

Jika pertumbuhan ekonomi sangat bergantung kepada barang-barang import, ini


menyebabkan permintaan terhadap wang asing juga akan meningkat. Misal: jika
Malaysia banyak bergantung kepada Britain untuk pembangunan ekonominya, maka
permintaan pound akan meningkat. Oleh itu pound naik nilai dan ringgit jatuh nilai.
Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di sebelah:

114 

 
Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada titik E, dengan kadar pertukaran RM5.00 = 1.00 Pound. Jika
pertumbuhan ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada barang-barang import dari
Britain, maka permintaan terhadap pound akan meningkat. Oleh itu keluk permintaan
pound akan meningkat dari DoDo ke DiDi. Keseimbangan baru pada Ei, dengan kadar
pertukaran baru iaitu RM5.80 = 1.00 Pound.

v. Perubahan dalam cita rasa masyarakat

Jika cita rasa masyarakat tempatan cenderung menggunakan barang-barang yang


diimport, maka permintaan wang asing akan meningkat. Kadar pertukaran mata wang
asing akan meningkat atau mata wang asing naik nilai dan mata wang tempatan jatuh
nilai. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

115 

 
Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada titik E dengan kadar pertukaran RM3.60 = 1 US dollar. Jika
penduduk Malaysia lebih gemar menggunakan barang import dari US, ini menyebabkan
permintaan US dollar akan meningkat dari DoDo ke DiDi. Keseimbangan baru ialah
pada Ei dengan kadar pertukaran RM4.00 = 1 US dollar. Dollar naik nilai dan ringgit
jatuh nilai.

vi. Inflasi

Inflasi domestik bererti barang tempatan lebih mahal secara relatif berbanding dengan
barang import. Oleh itu penggunaan barang import tinggi. Ini menyebabkan permintaan
wang asing juga tinggi. Maka, nilai mata wang asing meningkat dan mata wang
tempatan jatuh nilainya. Analisisnya adalah sama seperti dalam faktor yang ke (v).

5.10.4 Kesan Kadar Pertukaran Terhadap Imbangan Pembayaran (IB)

Sistem kadar tukaran yang diamalkan boleh mempengaruhi keadaan Imbangan


Pembayaran (IB) sesebuah negara, iaitu ia boleh membawa IE menjadi seimbang atau
sebaliknya menjadi tidak seimbang.

i. Kadar Tukaran Bebas dan Imbangan Pembayaran

Melalui kadar pertukaran bebas, IB cenderung menjadi seimbang. Sistem ini berupaya
untuk membuat pembetulan secara automatik sekiranya wujud lebihan atau kurangan
dalam IB. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

116 

 
Keterangan rajah:

DW dan SW ialah permintaan dan penawaran terhadap mata wang dollar US.
Keseimbangan asal pada titik E, dengan kadar tukaran RM2.00 = 1 US dollar. Pada titik
E juga, ia menerangkan bahawa permintaan dollar oleh penduduk Malaysia untuk
mengimport adalah sama dengan penawaran dollar oleh penduduk US untuk
mengimport barang-barang dari Malaysia. Oleh itu import US sama dengan eksportnya,
begitu juga dengan Malaysia eksportnya sama dengan input. Maka dalam keadaan ini
kedua-dua Imbangan Pembayaran adalah seimbang.

Sekarang andaikan import Malaysia dari US meningkat. Oleh itu permintaan terhadap
dollar meningkat. Keluk permintaan dollar bergerak ke kanan dari Dw ke Dwi. Berlaku
lebihan permintaan dollar dan IB US mengalami lebihan (jarak EE), manakala IB
Malaysia mengalami masalah kurangan. Lebihan permintaan dollar menyebabkan nilai
dollar naik dan ini menyebabkan harga barang-barang import dari US menjadi lebih
mahal. Akibatnya permintaan barang-barang dari US akan merosot, ini ditunjukkan oleh
pergerakan dari titik Ei ke E2. Pada masa yang sama, barang-barang Malaysia secara
relatifnya menjadi lebih murah. Oleh itu penduduk Amerika akan lebih banyak
mengimport barang-barang dari Malaysia. Ini juga bererti penduduk Amerika akan
menawarkan dollar untuk mendapatkan ringgit. Import US yang meningkat dari
Malaysia ditunjukkan oleh pergerakan dari titik E ke E2 iaitu di sepanjang keluk
penawaran dollar. Maka akan wujud keseimbangan baru pada titik E2 di mana RM3.80

117 

 
= 1US dolar. Pada titik ini permintaan dollar kembali sama dengan penawaran dollar
atau IB Malaysia dan Amerika kembali seimbang.

Sekarang, andaikan pula import Malaysia dari US merosot, bererti permintaan dollar
oleh penduduk Malaysia merosot, maka keluk permintaan dollar turun dari Dwo ke Dwi.

Keterangan rajah:

IB Malaysia mengalami lebihan dan IB US mengalami kurangan iaitu ditunjukkan oleh


jarak EF. Kekurangan permintaan dollar menyebabkan nilai dollar turun dan nilai ringgit
naik. Maka, sekarang barang-barang US lebih murah dalam sebutan ringgit.
Permintaan terhadap barang-barang US meningkat atau import Malaysia dari US akan
meningkat, ia ditunjukkan oleh pergerakan dari titik E ke E3. Pada masa yang sama
barang-barang Malaysia relatifnya lebih mahal dalam sebutan dollar. Oleh itu import US
dari Malaysia akan merosot, ditunjukkan oleh pergerakan dari titik F ke E3. Pada titik
E3, permintaan dollar kembali sama dengan penawaran dollar. Oleh itu IB kedua-dua
negara kembali seimbang. Kita dapati bagi sistem kadar pertukaran bebas ia berupaya
membaiki IE secara automatik supaya menjadi seimbang di kalangan negara-negara
yang berdagang.

ii. Kadar tukaran tetap dan imbangan pembayaran

Kadar tukaran tetap tidak membantu untuk menjadikan IB seimbang. Ini disebabkan
oleh tindakan kerajaan untuk mengekalkan kadar pertukaran yang telah ditetapkan.
Kerajaan terpaksa menjual atau membeli mata wang negara berkenaan bagi
mengekalkan kadar tukaran yang ditetapkan itu. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di
bawah:

118 

 
Keterangan rajah:

Sekiranya kadar tukaran bebas diamalkan. Keseimbangan yang wujud ialah pada titik
E, di mana RM3.00 = 1 US dollar. Jika kadar tukaran ditetapkan pada RM3.80 = 1 US
dollar, ini bererti, kerajaan Amerika telah menetapkan dollar lebih tinggi dari nilai
pasaran. Pada kadar tukaran ini, ringgit menjadi murah dan dollar menjadi mahal. Oleh
itu penawaran dollar adalah lebih tinggi berbanding permintaan dollar (jarak ab).
Permintaan dollar yang rendah bererti permintaan barang-barang US juga merosot.
Maka IB US defisit dan IB Malaysia mengalami lebihan. Sepatutnya apabila penawaran
dollar melebihi permintaan dollar, nilai dollar akan turun. Tetapi untuk mempertahankan
kadar tukaran yang telah ditetapkan itu, bank pusat Amerika akan membeli lebihan
penawaran dollar yang ada di pasaran dengan menggunakan simpanan ringgit dari
rizab antarabangsanya. Tindakan ini menyebabkan IB US terus defisit dan IB bayaran
Malaysia terus mengalami lebihan.

Jika Amerika menetapkan kadar tukaran yang baru pula iaitu RM1.00 = 1 US dollar,
bererti kadar tukaran ini lebih rendah dari kadar tukaran yang ditetapkan oleh pasaran.
Pada kadar tukaran yang baru ini, permintaan dollar melebihi penawaran dollar (jarak
cd). Permintaan dollar yang tinggi bererti permintaan barang-barang US oleh penduduk
Malaysia adalah tinggi. Maka US mengalami lebihan dalam IB dan Malaysia mengalami
kurangan atau defisit dalam Imbangan bayarannya. Sepatutnya apabila permintaan
dollar melebihi penawaran dollar, nilai dollar naik, tetapi untuk mempertahankan kadar
tukaran ini, bank pusat Amerika akan menjual dollar di pasaran. Oleh itu keadaan IB di
kedua-dua negara akan kekal tidak seimbang. Oleh itu kita dapati Kadar tukaran tetap
tidak berupaya membaiki kurangan atau lebihan dalam Imbangan pembayaran.

119 

 
5.10.5 Kadar Tukaran Dan Harga Domestik

Perubahan dalam Kadar tukaran turut memberi kesan kepada harga domestik.
Misalnya, Kadar tukaran di antara ringgit dan bath merosot, bererti ringgit menjadi
murah. Oleh itu bagi penduduk Malaysia, import dari Thailand semakin mahal. Jika
kemajuan ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada Thailand atau negara yang
lain, maka kos untuk mengimport dan juga kos pengeluaran dalam ekonomi domestik
menjadi semakin mahal. Akibatnya pengeluar akan mengurangkan penawaran. Oleh itu
penawaran agregat akan merosot dan harga akan meningkat. Analisa ini ditunjukkan
dalam rajah di bawah:

Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada E, harga barang-barang domestik pada asalnya Po. Jika
Kadar tukaran merosot, import menjadi mahal, kos pengeluaran meningkat, maka
penawaran agregat merosot dari ASo ke ASi. Kesannya harga barang-barang domestik
meningkat ke Pi. Pad a mas a yang sama jika Kadar tukaran merosot, barang-barang
Malaysia relatifnya lebih murah dalam sebutan wang asing, kesannya eksport Malaysia
meningkat. Pendapatan penduduk Malaysia akan meningkat. Dengan pendapatan yang
tinggi ini, penduduk Malaysia cenderung menggunakan barang-barang yang diimport
pula. Oleh itu permintaan agregat akan meningkat lagi dari ADo ke ADi. Jika penawaran
agregat tetap pada ASo, harga domestik akan naik dari Po ke Pi. Tetapi jika
penawaran agregat juga merosot, maka harga naik lebih tinggi lagi iaitu dari Po ke P2.

120 

 
5.10.6 Kadar Pertukaran Berubah Dan Dasar Kewangan

Dasar kewangan turut memberi kesan kepada ekonomi di bawah kadar tukaran
berubah. Andaikan ekonomi berada di bawah guna tenaga penuh dan kerajaan
melaksanakan dasar kewangan mengembang, iaitu menambahkan bekalan wang.
Akibatnya kadar bunga domestik akan jatuh. Dengan kadar bunga yang rendah,
pelaburan dalam bentuk surat-surat berharga dan dana dalam negara akan merosot.
Sebaliknya pelabur tempatan akan membeli surat berharga dari luar negara yang
menawarkan pulangan yang lebih tinggi. Oleh itu penawaran ringgit bertambah untuk
ditukarkan dengan mata wang asing. Pada masa yang sama pelabur dana dari luar
negara kurang melabur di dalam ekonomi domestik. Kedua-dua situasi ini
menyebabkan kadar pertukaran wang asing meningkat atau nilai wang asing naik dan
nilai wang tempatan turun. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada E, iaitu 100 bath = RM 1. Jika dasar kewangan mengembang
dilaksanakan, penawaran wang dalam ekonomi meningkat, kadar bunga jatuh, pelabur
sekuriti kurang membeli bon tempatan, sebaliknya permintaan bon asing meningkat.
Untuk mendapatkan wang asing, pelabur tempatan akan menawarkan ringgit. Oleh itu
keluk penawaran ringgit bergerak ke kanan dari SoSo ke SiSi. Pada mas a yang sama
pelabur sekuriti asing dan dana juga kurang melabur dalam negara kerana kadar
pulangan yang rendah. Mereka kurang meminta ringgit. Oleh itu keluk permintaan
ringgit akan bergerak ke bawah dari Dwo ke Dwi. Keseimbangan baru pada Ei.
Sekarang didapati 50 bath = RM 1.00, iaitu bath naik nilai dan ringgit jatuh nilai. Tetapi
121 

 
kuantiti ringgit yang diurusniagakan tidak berubah iaitu 5 juta juga kerana kita andaikan
perubahan dalam penawaran ringgit adalah sama dengan perubahan permintaan
ringgit. Jumlah ringgit yang diurusniagakan akan berubah jika jarak perubahan keluk
penawaran dan permintaan ringgit adalah berbeza. Sebaliknya jika dasar kewangan
menguncup dilaksanakan, bererti bekalan wang berkurang, kadar bunga akan naik.
Pelabur sekuriti tempatan dan luar negara akan banyak membeli sekuriti dalam negara.
Ini bererti permintaan ringgit meningkat. Kesannya nilai ringgit naik dan nilai wang asing
akan merosot.

5.10.7 Kadar Tukaran Berubah Dan Dasar Fiskal

Dasar fiskal juga memberi kesan terhadap kadar pertukaran mata wang asing.
Andaikan kerajaan melaksanakan dasar fiskal kurangan dengan memotong cukai.
Kesannya pendapatan boleh guna meningkat. Oleh itu sebahagian dari pendapatan
digunakan untuk membeli barang-barang import. Permintaan wang asing meningkat
dan penawaran ringgit juga meningkat. Akhirnya kita dapati ringgit jatuh nilai dan mata
wang asing naik nilai. Analisa ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Keterangan rajah:

Keseimbangan asal pada E dengan 100 bath = 1 RM. Permintaan dan penawaran
ringgit asal ditunjukkan oleh Dwo dan Swo. Andaikan dasar fiskal kurangan
dilaksanakan dengan mengurangkan kadar cukai pendapatan. Bila cukai dikurangkan,
pendapatan boleh guna akan meningkat, import turut meningkat. Permintaan mata
wang asing meningkat, maka penawaran ringgit meningkat dari Swo ke Swi. Pada
masa yang sama permintaan ringgit merosot dari Dwo  Dwi. Oleh itu Bath naik nilai
di mana keseimbangan bam pada titik E1 dengan kadar tukaran 50 bath = 1.00 RM.

122 

 
Pada masa yang sama bila pendapatan boleh guna meningkat, permintaan wang dalam
negeri turut meningkat. Jika bekalan wang tidak berubah, kadar bunga akan naik. Ini
mendorong pelabur untuk membeli sijil-sijil berharga dalam negara, maka permintaan
mata wang tempatan akan naik. Oleh kerana nilai ringgit naik, eksport akan berkurang
dan import meningkat. Oleh itu PN akan menguncup.

5.10.8 Kadar Tukaran Alternatif

Selain dari kadar tukaran tetap dan kadar tukaran bebas, terdapat beberapa jenis atau
kaedah perlaksanaan dalam kadar pertukaran mata wang asing.

i. "adjustable peg"

Kadar tukaran ditetapkan dalam satu tempoh tertentu (5 tahun atau lebih), bergantung
kepada kesesuaian dasar tersebut dengan keperluan ekonomi. Dalam tempoh ini urus
niaga yang berlaku sama seperti dalam kadar tukaran tetap. Kadar ini boleh juga
diubah sekiranya negara tersebut memikirkan perlu untuk berbuat demikian. "Adjustable
peg" dibuat bergantung kepada keadaan import di sesebuah negara. Jika import terus
meningkat, mungkin kerajaan boleh menurunkan nilai mata wang at au devaluasi.

ii. "Dirty floating"

Kadar tukaran dibiarkan bebas, tetapi kerajaan akan campur tangan dari masa ke
semasa untuk mengawal kadar tukaran mata wang asing. Kerajaan boleh campur
tangan sama ada mengubah kedudukan kadar tukaran yang sedia ada atau melakukan
perubahan terhadap kadar bunga. Melalui kedua-dua cara ini akan terdapat perubahan
dalam pola permintaan wang. Misalnya, jika kadar bunga dinaikkan, pelabur luar akan
meminta mata wang tempatan bagi melabur dalam sijil-sijil berharga domestik.

iii. "Crawling peg"

Sistem ini berada di an tara "dirty float' dan "adjustable peg" Perbezaannya ialah
campur tangan kerajaan adalah lebih kerap dalam menentukan kadar tukaran yang
ada. Tetapi perubahan yang dibuat adalah dalam kadar yang kecil.

iv. "Joint float"

Sekumpulan negara akan menetapkan kadar tukaran yang sama ada kadar tukaran
ditetapkan atau "adjustable" di kalangan ahli mereka, tetapi kadar ini dibiarkan bebas
(float) dengan negara yang tidak menjadi ahli mereka.

v. "Exchange rate band"


123 

 
Melalui kaedah ini kadar tukaran dibiarkan bebas, tetapi kerajaan akan memerhati pola
pergerakan kadar tukaran mata wang asing supaya tidak berubah terlalu tinggi atau
rendah dari kadar tukaran tertentu yang telah ditetapkan. Kerajaan akan menetapkan
kadar maksima di mana mata wang tersebut boleh "fluctuate". Jika turun naik kadar ini
lebih tinggi atau rendah dari yang ditetapkan, maka kerajaan akan campur tangan.
Sistem ini ditunjukkan dalam rajah di sebelah:

Rajah di atas menunjukkan kedua-dua had tertinggi dan terendah di mana perubahan
dalam kadar tukaran boleh berlaku. Dalam tempoh a menunjukkan kerajaan tidak
campur tangan, ringgit cenderung naik. Dalam tempoh b, kerajaan campur tangan bila
ringgit merosot dengan menjual dan membeli ringgit.

5.11 PERTUMBUHAN MAMPAN (SUMBANGAN SEKTOR INDUSTRI)

Adalah diharapkan perkembangan pesat sektor industri akan dapat memajukan


perkembangan ekonomi negara dari segi peranannya dalam penyerapan guna tenaga
negara, keluaran negara, pendapatan dan eksport negara. Berbanding sektor pertanian
yang merupakan sektor yang begitu penting kepada ekonomi negara untuk sekian
lama, didapati perkembangan dan sumbangan sektor perindustrian ternyata semakin
penting dan menggalakkan.

GUNA TENAGA

Pada tahun 1970, daripada keseluruhan guna tenaga di Malaysia yang ada, cuma 9.5%
sahaja terdapat dalam sektor perindustrian, berbanding lebih 52% dalam sektor
124 

 
pertanian. Bagi seluruh Malaysia pada tahun 1980, peratus guna tenaga di sektor
pembuatan ini ialah 15.7% dan secara umumnya terus meningkat setiap tahun
sehingga kepada 27.6% pada tahun 2000 dan 27.9% pada tahun 2003. Manakala
sumbangan sektor pertanian terus berkurangan. Sektor perindustrian mencatatkan
pertumbuhan ekonomi yang tinggi telah menyumbangkan kira-kira satu perempat
daripada jumlah guna tenaga dan mewujudkan hampir 60% daripada guna tenaga baru
dalam tempoh RMK 6. Permintaan buruh yang tinggi dalam sektor ini dengan kadar
9.0% setahun dalam tempoh RMK6, telah menyebabkan wujudnya kurangan buruh di
setiap peringkat operasi daripada pengeluaran sehingga ke buruh mahir. Penggunaan
teknologi moden semakin meningkat terutamanya di kilang-kilang baru. Walau
bagaimanapun, peralihan kepada teknologi yang lebih meluas adalah perlahan
disebabkan oleh kos modal yang tinggi, kekurangan tenaga mahir dan ketiadaan mesin
atau peralatan di pasaran tempatan.

KELUARAN NEGARA

Dibandingkan dengan sektor pertanian, sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK


pada tahun 1960 adalah jauh lebih kecil, iaitu cuma 9% berbanding 38% bagi sektor
pertanian. Pada tahun 1985, dianggarkan sumbangan KDNK sektor perindustrian
hanya dalam lingkungan 1.1% poin lebih rendah daripada sumbangan sektor pertanian,
iaitu 19.7% berbanding 20.8%. Mulai tahun 1990 kepentingan sektor perindustrian
dalam KDNK mengatasi sumbangan sektor pertanian. Pada tahun 1990 sumbangannya
26.9% berbanding 18.6% bagi sektor pertanian, manakala pada tahun 2000 peratusnya
terus meluncur kepada 33.4%. Nyatalah kadar pertumbuhan tahunan purata sektor
perindustrian adalah sentiasa lebih tinggi daripada sektor pertanian.

Daripada sejumlah RM1,307 juta KDNK sektor perindustrian daripada keseluruhan


KDNK negara pada tahun 1970, didapati negeri-negeri Selangor, Johor, Perak dan
Pulau Pinang telah menyumbangkan sebahagian besar KDNK perindustrian negara.
Daripada jumlah tersebut RM586 juta (44.4%) datangnya dari Selangor sahaja dan
RM166.7 juta (12.8%) dari Johor. Pada tahun 1980, daripada sumbangan sektor
industri sebanyak RM8 932 juta, RM13 672 juta (41.1%) datangnya dari Selangor
(termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), RM1 399 juta (15.7%) dari Pulau
Pinang dan diikuti oleh Johor. Sektor perindustrian di Selangor, Johor dan Pulau Pinang
terus berperanan dalam menyumbangkan sebahagian besar KDNK sektor perindustrian
negara pada tahun 1990.

EKSPORT

Keluaran perkilangan negara telah meningkat secara purata setinggi 9.7% di antara
tahun 1963-68 dan kadarnya terus meningkat kepada 13.4% di antara tahun 1968-73.

125 

 
Walaupun pertumbuhannya hanya pada kadar 11.0% di antara tahun 1973-78, namun
dilihat dari segi keseluruhan, kadar ini adalah agak tinggi dan memuaskan. Lebih
menggalakkan lagi kadar pertumbuhan eksport sektor ini telah meningkat hampir dua
kali ganda daripada 6.7% di antara tahun 1963-68 kepada 12.0% di an tara tahun 1968-
73 dan sekali lagi dua kali ganda kepada 24.7% di antara tahun 1973-78. Kemelesetan
ekonomi dunia telah menjejaskan tingkat kedua-dua kadar (keluaran dan eksport)
tersebut. Walau bagaimanapun, pemulihan ekonomi yang bermula sejak pertengahan
tahun 1980-an telah membaiki keadaan ini.

Peranan sektor perkilangan kepada eksport negara semakin bertambah penting.


Daripada sumbangannya 9.5% pada tahun 1966, ia terus meningkat kepada hampir
22% pada tahun 1980, Menjelang tahun 2000 dan 2003, masing-masing 85.2% dan
83% daripada jumlah eksport datangnya dari sektor perkilangan. Di antara berbagai-
bagai jenis perusahaan ternyata pada peringkat permulaan perindustrian, industri
makanan dan barang petroleum memainkan peranan terpenting daripada keseluruhan
eksport perindustrian. Namun kematangan peringkat perindustrian telah mengubah
keadaan ini. Didapati kepentingan industri makanan dan barang petroleum telah
menurun dan sebaliknya industri-industri yang mengeluarkan barangan mesin, elektrik
dan elektronik menjadi semakin penting. Sejak tahun 1980 sehingga tahun 1990-an,
separuh (lebih) daripada eksport perkilangan datangnya daripada barang mesin,
perkakas elektrik dan elektronik. Ini menunjukkan bahawa perindustrian jentera dan
alatan elektrik bukan sahaja menjadi semakin penting dalam penyerapan guna tenaga,
bahkan kepentingannya juga semakin diperkuat dengan sumbangan yang besar dalam
eksport. Dilihat dari segi kepentingan eksport perkilangan negara sedang membangun
(NSM) pada tahun 1965, didapati daripada keseluruhan eksport perkilangan NSM,
21.5% daripadanya datang dari Hong Kong, manakala Malaysia hanya
menyumbangkan 1.5% pada tahun tersebut. Walau bagaimanapun menjelang tahun
1975, peratus bahagian eksport ini bagi Malaysia telah meningkat kepada 2.0%.
Walaupun angka dan kenaikan ini agak kecil tetapi ia cukup bermakna bagi
perkembangan industri dan eksport perindustrian Malaysia.

Di antara tahun 1970-76, eksport barang-barang kayu dan perabot Malaysia adalah
yang terbesar, iaitu 24.1% daripada keseluruhan eksport perkilangan NSM. Ini
menunjukkan Malaysia adalah pengeluar barang-barang perabot dan kayu yang
terbesar di kalangan NSM.

126 

 
SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan keadaan pembangunan ekonomi Malaysia semasa


‘PENGGANTIAN IMPORT”

2. Bincangkan keadaan pembangunan ekonomi Malaysia semasa ‘ORIENTASI


EKSPORT”

3. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran mata wang


asing.

127