Anda di halaman 1dari 4

Tema 1

TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI


UNIT 1 : WAWASAN DIRI
HASIL PEMBELAJARAN :
Pada akhir unit ini,murid dapat:
-Menerangkan ciri-ciri wawasan diri.
-Menghuraikan kepentingan wawasan diri.
-Mengamalkan usaha yang gigih untuk mencapai wawasan diri.
-Mempunyai sikap kesungguhan yang tinggi.

1) Setiap individu perlu mempunyai wawasan.

2) Wawasan diri bagi seseorang individu merupakan sesuatu pandangan jauh yang berkaitan dengan
perkembangan masa depan individu tersebut untuk mencapai matlamat tertentu.

3) Pembentukan wawasan diri secara praktikalnya perlulah didasarkan kepada usaha individu pada
masa lalu,pencapaian terkini dan sasaran yang diimpikannya pada masa akan datang.

4) Wawasan diri adalah prasyarat yang mesti diwujudkan oleh setiap individu yang menginginkan
kejayaan.

5) Ciri-ciri wawasan diri:-


-Jelas dan mudah difahami.
-Peka terhadap tuntutan dan peluang.
-Asli dan lahir daripada keinsafan diri.
-Semangat dan tekad yang kuat.
-Benar-benar diperlukan.
-Daya dorongan diri yang teguh.

6) Langkah-langkah Mencipta Wawasan Diri


-Menggambarkan wawasan diri
-Menetapkan hala tuju
-Melakukan perancangan untuk mencapai hala tuju diri
-Usaha yang cemerlang
-Sikap yang berwawasan
-Matlamat Wawasan Diri Tercapai

7) Kepentingan mempunyai wawasan diri:


-Menjadi pendorong untuk kita mencapai cita-cita.
-Menjadi panduan untuk mendisiplinkan diri.
-Membantu kita merancang strategi atau langkah supaya lebih teratur dan berkesan.
-Membantu merealisasikan wawasan negara iaitu Wawasan 2020.
-Membantu kita mencapai kecemerlangan dalam hidup.

IMBAS KEMBALI
A. WAWASAN DIRI
- Bermaksud pandangan jauh yang berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai
matlamat penting untuk diri sendiri.
B. HALA TUJU
- Merupakan matlamat hidup dan sesuatu sasaran yang ingin dicapai dalam hidup. Hala tuju yang
ditetapkan perlulah seiring dengan minat, nilai diri, dan pencapaian diri.
C. MERANCANG HALA TUJU DIRI
- Memilih jurusan yang sesuai semasa di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.
- Mengambil mata pelajaran yang sesuai.
- Mendapatkan maklumat tentang bidang wawasan diri yang diinginkan
- Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi di universiti.
D. USAHA YANG CEMERLANG
-Belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
-Mengurus masa dengan baik agar aktiviti yang berfaedah dapat diusahakan untuk menuju matlamat
yang ditetapkan
-Membuat jadual waktu diri dan mematuhi jadual tersebut dengan berdisiplin.

E. SIKAP YANG BERWAWASAN


- Berilmu pengtahuan
- Tidak mudah mengalah
- berdaya saing
- Berkemahiran tinggi
- Dinamik dan proaktif
- Berinovatif
- Berkongsi ilmu
- Beriltizam
- bersemangat patriotisme

F. MENCAPAI WAWASAN DIRI

UNIT 2 : PERKEMBANGAN DIRI YANG SEIMBANG

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini , murid dapat :
-Menghuraikan pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang
-Menerangkan kepentingan perkembangan diri yang seimbang dalam pelbagai aspek
-Mengamalkan pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang ke arah kehidupan yang
sejahtera
-Bersyukur dengan perkembangan diri yang seimbang

1) Perkembangan diri yang seimbang merujuk kepada usaha melahirkan individu yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

2) Individu yang seimbang merupakan individu yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran,
berakhlak baik dan mulia, bertanggungjawab serta cergas tubuh badannya.

3) Perkembangan diri yang seimbang ialah seimbang dari segi :

INTELEK
-Insan yang mempunyai unsur-unsur intelek dapat memberikan tumpuan yang lebih bermakna
kepada daya fikirnya.
-Insan yang berilmu dan cerdas mempunyai daya fikir yang tinggi serta mampu berfikir secara
matang dan logik.
-Ilmu yang dimiliki dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan diri,orang lain,rakan-rakan dan
pembangunan masyarakat serta negara.

ROHANI
-Insan yang sentiasa menyedari dan menginsafi kewujudan Tuhan sertamenghargai dan mensyukuri
pemberian-Nya.
-Membentuk insan yang sentiasa percaya dan berpegang teguh kepada ajaran Tuhan,
sentiasa sedar tentang yang betul dan yang salah, berakhlak mulia, serta sentiasa berusaha untuk
mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

EMOSI
-Insan yang baik adalah insan yang mempunyai cinta dan dan kasih sayang serta pandai mengawal
serta mengendalikan emosi dirinya ketika sedih,marah, takut, dan sebagainya.
-Insan yang dapat mengawal emosi dirinya akan bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar.

JASMANI
-Jasmani yang sihat dan cergas membolehkan individu menggunakan tenaga fizikal untuk
kepentingan masyarakat dan berusaha meningkatkan daya pengeluaran.
-Jasmani yang sihat dapat diperolehi dengan melakukan senaman,mengambil makanan yang
berkhasiat dan melakukan pemeriksaan doktor secara berkala.

4) Perkembangan diri yang seimbang dapat membantu anda :


- memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan
- berakhlak mulia
- mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan
- mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram
- berbudaya penyayang
- memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas

IMBAS KEMBALI
1) PERKEMBANGAN DIRI YANG SEIMBANG

A. INTELEK
- Tumpuan kepada daya fikir, ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh diri, orang
lain, dan alam sekitar.

B. ROHANI
- Sifat kejiwaan dan kebatinan dengan menyedari dan menginsafi kewujudan Tuhan serta
menghargai dan mensyukuri pemberian-Nya, dapat ditingkatkan dengan cara
bersembahyang atau beramai ibadat.

C. EMOSI
- Perasaan jiwa yang kuat meliputi perasaan tenang, gembira, kasih dan sayang, serta tingkah laku
yang terkawal yang mampu mengendalikan emosi.
D. JASMANI
- Perkembangan tubuh badan yang sihat seperti menjaga kesihatan dengan cara beriadah. Apabila
jasmani sihat, bakat serta kemahiran teknikal dan manipulatif dapat dikembangkan untuk kebaikan
diri dan orang lain.

2) Perkembangan Diri Yang Seimbang Dapat Membantu Anda:


Memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan
Mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram
Berbudaya penyayang
Memiliki tunbuh badan yang sihat dan cergas
Bekerjasama erat dengan orang lain
Memiliki kesedaran dan prihatin tentang tugas dan tanggungjawab
Berusaha untuk melaksanakan tuntutan tugas dengan sebaik mungkin
Memiliki ketahanan diri untuk menghadapi segala cabaran hidup
Berikhtiar sabaik-baiknya untuk mengatasi sebarang masalah