Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3

Berikut disenaraikan beberapa tips untuk menjawab soalan kertas 3 (Soalan 1 dan 2):

1. Baca semua soalan dengan teliti kerana kebanyakkan jawapan boleh didapati daripada soalan.

2. Gariskan semua kata kunci terutamanya berkenaan pembolehubah (variables) dan tujuan
eksperimen (biasanya dimulakan dengan ayat; .....to study.....)

3. Manipulated variable merujuk kepada sesuatu perkara yang diubah-ubah ataupun yang dikaji
dalam eksperimen; Responding variable merujuk kepada hasil atau dapatan daripada eksperimen
dan Constant/Fix variable merujuk kepada perkara yang ditetapkan atau tidak
berubah sepanjang eksperimen dijalankan.

4. Bagi soalan 1:

 OBSERVATIONS boleh didapati daripada apa yang telah tertulis di dalam Jadual
sahaja. Jangan menjawab apa yang tiada daripada jadual.

 INFERENS merupakan penjelasan atau sebab kepada pemerhatian (observation). Jangan


ulangi ayat pemerhatian (observation) kerana biasanya jawapan inferens tidak boleh
didapati daripada jadual sahaja. Anda kena berfikir...

 VARIABLES biasanya boleh didapati terus daripada soalan. Yang penting baca soalan
dengan teliti. Bagi soalan ini, jadual bagi pembolehubah telah disediakan dengan ruangan
di sebelah kiri adalah untuk nama Variable (manipulated, responding dan constant/fix)
dan ruangan di sebelah kanan adalah untuk method to handle the variable.

 Jangan lupa kata kunci (key word) untuk menjawab ruangan method/how to handle the
variable. INGAT !!! Key word untuk method/how to handle MV adalah use different.....
atau replace with......

 Key word bagi method/how to handle RV adalah measure and record ...............by using
...(mesti ada apparatus)... ataupun calculate and record .........by using ......(mesti tulis
formula)....

 Key word bagi method/how to handle CV adalah Fix the


amount/volume/concentration/type/mass of...... ATAU Use the same
amount/volume/concentration/type/mass of......

 HIPOTESIS adalah perkaitan (RELATIONSHIP) antara Manipulated variable dengan


Responding variable. Struktur ayat tidak menjadi masalah yang besar asalkan dalam
hipotesis mengandungi kedua-dua pembolehubah tersebut dan perhubungan antara
keduanya. Ada 2 cara yang mudah untuk menulis hipotesis.
 Pertama secara perbandingan (comparison) dan tidak perlu menggunakan ayat; The
higher.....the higher........atau The higher.........the lower...........Contohnya, The lime juice
contains higher vitamin C compared to watermelon juice ATAU The peanut has more
energy than white bread.
 Kedua adalah seperti yang biasa digunakan. Contohnya, The higher the light intensity, the
higher the rate of photosynthesis ATAU The higher the humidity, the lower the rate of
transpiration.

 JADUAL hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya. Jangan hilangkan markah anda
hanya kerana anda tidak tahu bagaimana hendak membuat jadual. Kesemua aspek telah
diberikan dalam soalan, yang penting bina jadual mengikut aspek tersebut dan jangan
lupa menggunakan pembaris apabila anda membina jadual.

 GRAF juga harus diberi perhatian yang serius! Cuba bezakan antara ayat...draw a graph,
draw a bar chart and draw a histogram. Kerana ramai yang masih tidak boleh
membezakan antara ketiga-tiga bentuk graf tersebut.
 Draw a graph maksudnya, plotkan titik dan sambungkan kesemua titik tersebut. INGAT!
Antara titik-titik sahaja, TAK semestinya melalui paksi-x atau paksi-y.
 Draw a bar chart maksudnya, lukis 2 atau lebih bar secara berasingan. JANGAN
rapatkan bar-bar tersebut.
 Draw a histogram maksudnya, lukis 2 atau lebih bar secara rapat-rapat. JANGAN
jarakannya.

 PENERANGAN KEPADA HUBUNGAN (explain the relationship), jawapannya


adalah berdasarkan graf yang telah dilukis sebelumnya. JANGAN LUPA untuk memberi
penerangan/sebab kepada jawapan anda ATAUPUN tulis semula hipotesis anda dan beri
penerangan/sebab kepada hipotesis anda itu.

 MENDEFINISI SECARA OPERASI (operatinal defination/deduce), seharusnya anda


memberi maksud sesuatu perkara itu berdasarkan hasil eksperimen pada permulaan
soalan 1 dan apa juga yang berkaitan dengannya. Jangan berikan jawapan berdasarkan
teori yang anda pelajari di dalam kelas, kerana ia boleh mengurangkan markah anda.
 Perkara yang mesti ada adalah (i) WHAT, (ii) WHERE/HOW AND (iii) FACTORS.
 Contohnya, The rate of photosynthesis is shown by the number of bubbles produce by
Hydrilla sp in sodium hydrogen carbonate and affected/influenced by the light intensity.
 Kalau susah sangat, tulis sahaja apa yang anda lihat dalam Jadual pada permulaan soalan
+ apa yang anda tulis dalam pembinaan jadual (atau pengiraan) + inferens.

 Soalan yang berikutnya biasanya berkaitan dengan RAMALAN (prediction). Dalam


soalan ini anda digalakkan menjawab berdasarkan situasi yang diberikan dan kaitannya
dengan soalan yang sedia ada. Cuba jawab soalan ini dengan berhati-hati dan jangan lupa
berikan penerangan kepada ramalan anda.

 Akhir sekali untuk soalan 1, adalah soalan berkaitan dengan PENGELASAN. Kelaskan
bahan-bahan atau alat radas atau apa jua yang ditanya dengan teliti dan berhati-hati. Lihat
kembali pada seluruh soalan 1 dan cubalah ingat kembali apa yang anda telah pelajari di
dalam kelas.
5. Bagi soalan 2:

 Biasanya dalam soalan kedua, calon mesti menjawab soalan berdasarkan 9 kriteria yang
telah ditetapkan dalam soalan seperti berikut:

1. PROBLEM STATEMENT
2. AIM OF INVESTIGATION
3. HYPOTHESIS
4. VARIABLES
5. LIST OF APPARATUS AND MATERIALS
6. TECHNIQUE
7. PROCEDURE OR METHOD
8. PRESENTATION OF DATA
9. CONCLUSION

 PROBLEM STATEMENT - Mesti dalam bentuk soalan (question form). Mulakan


dengan ayat tanya (wh sentence. Contohnya, What / Where / When / Does / How). Jangan
lupa untuk meletakkan tanda soal (question mark, ?) di akhir ayat.
 AIM - Mulakan dengan ayat 'To study....' atau 'To investigate....' Ayat bagi Aim (tujuan)
biasanya boleh didapati daripada soalan.
 HYPOTHESIS - Boleh menghubungkait antara Manipulated variable dan Responding
variable.
 VARIABLES - Mesti dapat menyatakan ketiga-tiga pembolehubah dengan betul.
 TECHNIQUE - Dapat menyatakan dengan jelas cara bagaimana untuk mendapatkan
data/hasil daripada eksperimen berkenaan. Mesti ada perkataan ' dan alat radas yang
digunakan. Contohnya, (i) Measure and record..'Measure and record the volume of fruit
juices needed to change the DCPIP from blue to colourless by using a syringe. (ii)
Measure and record the final water temperature in the boiling tube by using a
thermometer.
 MATERIALS AND APPARATUS - Senaraikan kesemua bahan dan radas yang
diperlukan dalam eksperimen. Tulis di bawah satu tajuk yang sama iaitu 'Materials and
apparatus'. Jangan ditulis secara berasingan.
 PROCEDURE / METHOD - Tulis semua kaedah / cara kerja eksperimen berdasarkan
kriteria berikut:

K1 (Explain how you set up the apparatus and materials)


K2 (State how you handle the FIX VARIABLE)
K3 (State how you handle the RESPONDING VARIABLE - SAME AS TECHNIQUE)
K4 (State how you handle the MANIPULATED VARIABLE)
K5 (Precautionary step OR write Repeat the whole experiments to get the average reading and
record the data)

 PRESENTATION OF DATA - Gunakan jadual yang mempunyai tajuk dan unit (jika
ada). Ruangan keputusan eksperimen tidak perlu diisi.
 CONCLUSION - Tulis sahaja 'Hypothesis is accepted' dan anda mesti menulis semula
hypothesis yang telah anda tulis di atas.

Anda mungkin juga menyukai