Anda di halaman 1dari 3

Perkataan SUBHANALLAH

Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH “

Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita
ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang
yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan .

Tujuan kita mengucapkan “ SUBHANALLAH “ iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita
: “ Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat
kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala “ .

Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan
yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan “
SUBHANALLAH “ apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di
dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : “ Allah Ta’ala Maha Suci dan
tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu “ .

Lihatlah firman Allah Ta’ala berikut :


Ertinya : “ Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah
kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi
Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar ,
Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan “ ~ Surah al-Hasyr : ayat
23

Lihat penggunaan “ SUBHANALLAH “ ataupun yang semakna dengannya melalui


ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :
Ertinya : “ Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu
malam ( Israk ) dari Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqsa
( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan
kepadanya ( Nabi Muhammad s.a.w ) beberapa tanda kekuasaan Kami .
Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha
Melihat “ . ~ Surah al-Israk , ayat 1 .

Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat , namun
sehebat-hebat peristiwa itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan
mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta’ala Yang Maha Hebat , Yang Maha
Mendengar segala doa Nabi-Nya s.a.w dan tohmahan puak-puak yang tidak
mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya . Dan Maha Sucilah Allah
drp segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia .

Ucapan “ SUBHANALLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TASBIH “

Ucapan “ ALHAMDULILLAH “
Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah “ ataupun “ Segala syukur
dan terima kasih hanyalah untuk Allah “ .

Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah
Ta’ala berikan kepada kita .

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :


Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada
mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: “Segala puji
bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak
akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya
telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran.” Dan diserukan kepada
mereka: “ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu
kamu kerjakan ” ~ Surah al-‘Aaraf , ayat 43 .

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman
kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka
dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan “
ALHAMDULILLAH “ sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang
Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan
kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a.s .

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya
Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan
bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala
kelak .

Lihat lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama :
Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah (Tuhan ) yang telah menurunkan
kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang
kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang
lain ) “ .

Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-
Quranul Karim sebagai panduan hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita
tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .

Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji , contohnya apabila orang memuji kita
lantaran kejayaan kita , lalu kita pun menjawab : “ Alhamdulillah , saya berjaya “ (
Diucapkan ucapan “ Alhamdulillah “ agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun
usaha kita , ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala ) .

Ucapan “ ALHAMDULILLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TAHMID “ .

Ucapan “ LA ILAHA ILLALLAH “


Ertinya : “ Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah “
.

Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang
menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan .

Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir
dan wirid yang sahih ( seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh
ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui
fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini.

Ia dikenali juga dengan gelaran “ TAHLIL “