Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 Pengenalan
Sekolah merupakan medan perjuangan utama dalam kerjaya seseorang guru. Para guru pada
masa kini, memegang pelbagai jenis tanggungjawab sebagai seorang pendidik, fasilitator,
pemudahcara, guru pembimbing, penasihat, penjaga dan sebagainya. Murid- murid zaman
sekarang ini juga tidak kurang hebat dan mereka juga serba berpengetahuan mengenai
semua perkara yang berlaku di sekitar dunia. Dunia tanpa sempadan pada era globalisasi ini
menjadi faktor utama kepada berlakunya transformasi dari segi pemikiran di kalangan para
murid sejak peringkat sekolah rendah. Perkara ini secara tidak langsung telah mengundang
pelbagai masalah di kalangan murid dan akibatnya pencapaian akademik merosot, hilang
keyakinan, masa depan yang tidak cerah dan sebagainya. Ini menjadi salah satu cabaran
kepada para guru untuk dihadapi dan mereka menjadi pandu arah kehidupan yang baik
kepada murid. Bimbingan yang diberikan oleh para guru dapat menjadi pedomen kepada
para murid.
Bimbingan menjadi salah satu tugas pendidikan. Bimbingan dapat diertikan sebagai
proses menolong individu-individu untuk memahami diri mereka dan dunia mereka (Tang
Chee Yee, 1996). Bimbingan merupakan pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa
atau normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek,
fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Secara umumnya, bimbingan juga membawa makna
sebagai satu proses pendidikan yang berterusan, tersusun,sistematik serta dapat membantu
individu melalui daya usaha sendiri untuk mengembangkan kemampuannya, memperolehi
kesejahteraan dalam hidupnya, dan dengan itu dapat menyesuaikan dirinya dengan
kehendak masyarakat (zulkifli Yusof, 1990). Bimbingan meliputi semua aspek kehidupan
individu dan ia lebih menitikberatkan aspek pencegahan dari pembaikan.
Kaunseling
Proses bimbingan dan kaunseling bukan tanggungjawab guru kaunselor sahaja. Ini
disebabkan di sesetengah sekolah terdapat beberapa puluh orang murid dan ada yang
melebihi dua ribu orang. Sekiranya, semua tugas bimbingan diserahkan kepada guru
bimbingan sahaja, maka kes-kes murid yang memerlukan perkhidmatan bimbingan akan
berhimpun dan tidak dapat diselasaikan. Tambahan pula, bukan dalam semua sekolah sistem
perkhidmatan kaunseling disediakan bagi memberi bimbingan kepada murid. Jadi, guru biasa
memainkan peranan penting secara tidak langsung dalam membantu meningkatkan
kebajikan para murid.
Terdapat beberapa tugas yang dapat dilaksanakan oleh guru biasa dalam
memperkasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pertamanya adalah guru boleh
membantu dengan memberi bimbingan kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran,
sosioemosi, keluarga, kesihatan, sosioekonomi dan sebagainya. Guru adalah individu yang
selalu berada dalam situasi yang membolehkan wujudnya hubungan erat dan mesra dengan
para murid. Melalui penelitian dan pemerhatian seseorang guru dapat mengetahui sifat murid,
keperluannya, minat, kekuatan, kelemahan dan masalahnya.
Sekiranya, guru mendapatkan kepercayaan murid, jadi proses bimbingan juga dapat
dilaksanakan secara efisien. Jika didapati adanya perubahan dalam tingkah laku murid, guru
hendaklah mengambil langkah untuk mengenal pasti masalah tersebut dengan lebih
mendalam dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dengan bimbingan yang positif.
Contohnya, di dalam kelas terdapat murid yang bercapaian baik dalam akademik tiba-tibanya
merosot dan tidak dapat skor dengan baik dalam peperiksaan. Maka, guru hendaklah
mengenali masalahnya dan memberi bimbingan nasihat dan motivasi untuk terus berusaha
mendapatkan pencapaian yang baik. Sekiranya, masalah yang dihadapi oleh murid agak
serius, ianya perlu dirujuk kepada guru bimbingan.
Peranan yang ketiga guru biasa dapat membimbing murid untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran yang baru. Antara aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam
penyesuaian murid adalah seperti fizikal, mental, emosi, persekitaran, ahkhlak, akademik dan
sebagainya. Murid-murid di sekolah terdiri daripada latar belakang yang berbeza sama ada
dari segi budaya, agama, kaum, prinsip keluarga dan sebagainya. Secara tidak langsung
perkara ini akan menjadi penghalang untuk berlakunya proses adaptasi di kalangan murid di
bilik darjah ataupun diluar bilik darjah. Perkara ini akan mengakibatkan di dalam kelas
wujudnya murid yang pendiam, pasif, murid disisihkan oleh rakan kelas dan sebagainya.
Maka, guru boleh membimbing murid tersebut dengan memberi nasihat dan menyarankan
cara- cara untuk memperbaiki gelombong sosial persekitaran mereka.
Peranan yang seterusnya adalah guru boleh membimbing murid dalam membuat
sesuatu keputusan secara rasional dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kebiasaannya, murid akan berkongsikan masalah peribadinya dengan guru yang akrab
dengan mereka. Ketika seseorang guru mengalami situasi ini, aspek rasional perlu diberi
penekanan dalam membuat keputusan. Pengalaman yang dimiliki oleh guru berbanding
dengan murid yang menghadapi masalah membolehkan guru mencadangkan langkah-
langkah yang rasional dalam menanganinya. Guru hanya boleh memberi cadangan
penyelesaian sahaja dan murid mempunyai hak untuk membuat keputusan. Guru perlu
memastikan keputusan yang diambil oleh murid tidak bertentangan dengan nilai-nilai moral,
agama dan juga norma masyarakat.
Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling tidak dapat mengadakan hubungan baik
dengan kesemua ibu bapa murid yang menghadapi masalah di sekolah. Maka, guru kelas
atau guru biasa boleh membantu guru kaunseling dengan mengadakan hubungan baik
bersama ibu bapa dan boleh menghubungi mereka ketika diperlukan. Perhubungan ini
penting untuk mendapatkan sumber maklumat berkaitan murid yang menghadapi masalah
dan faktor yang mendorongnya. Kerjasama dengan warga ibu bapa dapat memudahkan
proses penyelesaian masalah murid.
Guru biasa juga dapat membantu guru kaunseling dengan mengisi semua maklumat
dalam kad 001 (rekod persekolahan) dan 002 (rekod peribadi) dan menyimpannya bagi
rujukan jika menghadapi sebarang masalah. Kad ini penting dalam memberi gambaran
mengenai latar belakang murid, keluarga, pencapaian akademik, cita-cita dan sebagainya.
Maka, guru hendaklah memastikan semua ruang dalam kad ini diisikan dan dapat menjadi
panduan ketika berlaku sebarang kecemasan. Mengelolakan program bersama unit
bimbingan dan kaunseling juga dapat memudahkan proses penyedaran murid dalam pelbagai
isu dan gejala yang tidak baik. Guru juga boleh mempopularkan perkhidmatan kaunseling di
kalangan murid agar lebih ramai muridrela mengunjungi untuk meluahkan masalah mereka.
Inventori Minat Kerjaya
Negara Malaysia melalui satu proses ke arah mencapai status negara maju dengan
melahirkan pakar-pakar dan model insan yang berpengetahuan yang dapat mentadbir dan
memimpin negara ke arah kemajuan globalisasi. Proses melahirkan model insan yang
berpengetahuan dan berkemahiran menjadi cabaran utama kepada negara pada masa kini.
Hal ini disebabkan ramai warganegara menghadapi cabaran dalam pemilihan kerjaya yang
serasi dengan diri mereka dan telah mengakibatkan ramai menjadi penganggur. Menurut
Sharp dan Marva (Aziz,1991), pemilihan pekerjaan atau kerjaya adalah merupakan salah satu
daripada permasalahan besar yang sering dikemukakan oleh seseorang individu dalam
kehidupannya. Pemilihan pekerjaan perlu dibuat secara bijak bagi menghindari masalah
penukaran pekerjaan sepanjang hidupnya.
Kerjaya merujuk kepada bagaimana seseorang individu melihat diri mereka dan
hubungannya dengan apa yang dilakukan. Pekerjaan menjadi sebahagian dalam kehidupan
manusia yang perlu ditempuhi sepanjang hayat mereka. Pekerjaan memainkan peranan
penting dalam kehidupan manusia dan seseorang individu akan berasa puas apabila memiliki
suatu pekerjaan yang tetap serta terjamin. Melalui perkerjaan dapat memperlihatkan status
masyarakat, tahap ekonomi, dan pendapatan seseorang individu. Pekerjaan dapat
mempengaruhi konsep kendiri, perasaan nilai, kesejahteraan, dan identiti keperibadian
seseorang. Seseorang individu perlu mempunyai kesedaran kerjaya setelah tamat alam
persekolahan dan memilih kerjaya yang sepadan dengan diri mereka.
Pemilihan kerjaya mestilah selaras dengan minat kerjaya seseorang individu tersebut
kerana pilihan yang dibuat adalah merupakan pilihan kerjaya untuk masa depan mereka.
Pemilihan kerjaya merujuk kepada individu yang akan cuba mengimplementasikan konsep
kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi kendiri. Pemilihan
kerjaya yang tidak serasi dengan minat dan personaliti kendiri akan mengakibatkan
permasalahan seperti mudah berasa bosan, kecewa dan gangguan emosi disebabkan
pekerjaan dan sebagainya. Perbandingan diri dengan tanggapan satu-satu pekerjaan dan
perasaan menerima menolaknya adalah satu penentuan utama di dalam pemilihan pekerjaan.
Sekiranya, terdapat keselerasaan antara ciri personaliti dengan keperluan dalam sesuatu
pekerjaan, makin besar kemungkinan seseorang individu akan berjaya dalam kerjayanya.
Pemilihan kerjaya menjadi salah satu isu penting dimana mula dititikberatkan sejak
dari alam persekolahan. Terdapat beberapa ujian dijalankan terhadap murid bagi
mengenalpasti personaliti, ciri kendiri, sikap, intelek seseorang murid. Teori Holland yang
diperkenalkan pada tahun 1959 dipergunakan bagi identifikasi minat pekerjaan berdasarkan
kriteria personaliti yang dimiliki oleh para murid.Teori Holland ini, telah memberi sumbangan
dan telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kerjaya dan
lain-lain. Inventori minat kerjaya ini yang dikenali sebagai Self- Directed Search (SDS)
merupakan alat untuk mengukur minat kerjaya atau jenis personaliti seseorang individu. Alat
ukuran ini merangkumi 192 item yang mempunyai pilihan jawapan Ya atau Tidak dan
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kesukaan, kecekapan dan pekerjaan.
Oleh itu, inventori minat kerjaya menitikberatkan perkara ini dalam meramalkan
pekerjaan yang sesuai untuk seseorang individu atau murid. Berpandukan teori Holand,
domain seseorang individu ditentukan berasaskan skor yang tertinggi yang diperolehi melalui
inventori minat kerjaya. Dalam konsep sekunder teori kerjaya Holland aspek keselarasan,
ketekalan, pembezaan, kalkulus dan identiti dititikberatkan bagi memastikan ramalan
pekerjaan sesuai dengan personaliti seseorang individu. Berdasarkan enam kategori
personaliti individu iaitu realistik, Investigatif,Artistik Sosial, Enterprising dan konventional
Holland telah memadankannya dengan pekerjaan yang sesuai.