Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENDAHULUAN

Berkembangnya teknologi maklumat dan komunikasi telah membuka


babak baru terhadap kepincangan kehidupan masyarakat ke arah memperoleh
sebarang informasi secara cepat dan mudah. Dengan adanya teknologi
maklumat dan komunikasi ini telah memudahkan masyarakat dalam menjalinkan
hubungan secara global seiring dengan teknologi yang cukup canggih pada
masa kini. Sudah mungkin masyarakat akan masuk ke dunia international
dengan mudah.

Akibat pengaruh perkembangan bidang teknologi maklumat dan


komunikasi ini, menjadikan keadaan sosial masyarakat sedikit sebanyak
mengalami perubahan. Namun begitu, masih ada terdapat kemunduran yang
terjadi pada masyarakat mengenai teknologi maklumat dan komunikasi terutama
masyarakat dari daerah terpencil berbanding pula dengan masyarakat di
kotaraya besar yang sangat mudah untuk mengakses maklumat berbagai
informasi yang ada melalui internet. Bila dilihat secara keseluruhanya sudah
tentu perkembangan teknologi maklumat ini sangat berpengaruh terhadap
kehidupan masyarakat masa sekarang.

Kepesatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini,


memainkan peranan mempengaruhi kepincangan kehidupan masyarakat, di
mana ianya mengakibatkan pelbagai unsur-unsur jenayah harta benda seperti
jenayah kolar putih yang melibatkan penyalahgunaan teknologi canggih terutama
dengan menggunakan ke canggihan berkomputer yang semakin berleluasa.
Gejala sosial ini semakin meningkat dan teruk jika dibandingkan pada masa
dahulu. Tidak dinafikan bahawa masyarakat yang pincang tidak akan menolak
kepesatan teknologi dengan begitu mudah, malahan dengan meneroka
maklumat yang boleh diperolehi tanpa ada sebarang batasan.
2.0 FAKTA-FAKTA DAN ISU-ISU

2.1 Media sosial dan penyalahgunaan

Sejak akhir-akhir ini, didapati juga penggunaan media sosial telah


disalahgunakan oleh sebilangan masyarakat untuk menyebarkan berita
palsu, menghasut serta ada di antaranya juga bersifat mengugut. Ini
dibuktikan melalui ucapan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar ketika sambutan peringatan Hari Polis ke 208 pada tahun 2015,
bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau segala jenis media
sosial bagi mengelakkan disalah guna oleh individu tidak
bertanggungjawab bagi tujuan menghasut, jika seseorang individu itu
ingin menulis sesuatu kenyataan di media sosial, ia haruslah tidak berbau
hasutan. Katanya lagi, sebagai penguat kuasa utama, PDRM akan
mengambil apa jua 509 langkah yang patut dalam mengekang perkara ini
dan memastikan elemen seperti IS (melalui media sosial) tidak boleh
mengancam keselamatan awam ( Sinar Harian, 26 Mac 2015).

Namun begitu, melalui undang-undang inilah penyalahgunaan


dapat menghalang hak-hak masyarakat bagi menyampaikan perundangan
yang bebas dan mendapatkan maklumat yang lebih tepat tentang sesuatu
isu. Akan tetapi, penyalahgunaan ini akan semakin teruk berlaku apabila
menjelangnya pilihanraya, di mana pihak parti-parti yang bertanding
dengan rakusnya menggunakan media sosial untuk menyebarkan
propaganda dalam mempengaruhi masyarakat. Mereka tidak kisah jika
masyarakat berpecah belah asalkan kepentingan mereka terlaksana. Ini
terbukti bahawa, pengaruh media sosial mampu membuat kehidupan
bermasyarakat tergegas, sekaligus mengakibatkan kepincangan.

2.2 Kuasa teknologi komunikasi

Kita tidak dapat menafikan bahawa teknologi komunikasi seperti


internet dan sms sememangnya merupakan alat yang sangat penting
dalam sesebuah masyarakat bukan sahaja yang berkuasa untuk
membangunkan sesebuah masyarakat tetapi juga memajukan lagi negara.
Tanpa teknologi komunikasi ini, sudah pasti masyarakat di sesebuah
negara akan ketinggalan dan mundur.

Namun begitu, menerusi teknologi komunikasi ini ianya telah


mempengaruhi masyarakat menerusi internet. Semua kandungan internet
yang berunsurkan kritikal yang boleh menjejaskan keharmonian
masyarakat di negara kita. Kuasa teknologi komunikasi ini telah
membuatkan kerajaan cuba untuk menyekat kebebasan internet bagi
menapis isu-isu yang dianggap fitnah dan boleh mengancam keselamatan
negara. Manakala, dalam konteks pembangunan masyarakat, ramai yang
mempertikaikan sesuatu polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Misalnya
isu kenaikan harga minyak di mana masyarakat tidak bersetuju dengan
tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak dengan sesuka hati. Isu
ini diperdebatkan menerusi internet oleh masyarakat yang menyuarakan
ketidakpuashati masing-masing serta ada mencadangkan alternatif yang
boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Hakikatnya, kuasa teknologi komunikasi ini memainkan peranan


yang besar kepada masyarakat keseluruhannya, namun kuasanya terhad
dalam mengubah sistem dan masyarakat yang jelas didominasi dikuasai
oleh kerajaan.

2.3 Pelayaran Laman Sesawang Negatif.

Minat dan kesukaan melawati laman sesawang yang tidak


bermoral dan tiada berfaedah memberi kesan negatif dalam
perkembangan minda dan fizikal masyarakat umumnya. Ketagihan
terhadap laman sesawang tersebut telah mencetuskan kesan kerosakan
maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti,
masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang
serta masa. Kewujudan laman lucah yang mudah diakses oleh sesiapa
sahaja termasuk anak-anak sekolah, terutama remaja dan golongan
dewasa juga memberi kesan negatif kepada kepincangan dalam
kehidupan bermasyarakat yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan
komunikasi. Ketagihan internet ini juga, tertumpu kepada material
berkaitan dengan seks yang begitu mudah dan tersiar di internet dengan
pelbagai dimensi dan ilustrasi pornograksi dan chatroom yang
membicarakan unsur-unsur seksual.

Oleh yang demikian, kewujudan pelbagai bentuk laman sesawang


ini juga mendatangkan unsur-unsur negatif yang telah mencabar nilai dan
gaya hidup masyarakat insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam.
Pendidikan Islam jelas mencegah umatnya daripada terlibat dalam
kegiatan tidak bermoral. Impak kepada gejala ini telah merebaklah
bermacam-macam penyakit sosial akibat ketagihan seks seperti
perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, homoseksual dan lesbian,
penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum
nikah terutamanya dikalangan remaja.

2.4 Jenayah Internet

Kesan daripada kepesatan teknologi ini juga boleh membawa


keburukan terutamanya jenayah siber seperti kecurian maklumat,
penipuan, penyebaran virus, penggodam, pengubahsuain ke atas
program dan sebagainya. Dengan kemunculan internet sebagai alat
komunikasi yang terkini telah menjanjikan satu wardah penyebaran
maklumat yang dapat memantapkan ilmu dan maklumat sekaligus telah
mendatangkan kepincangan terhadap hidup bermasyarakat kita kini.
Wujudnya bermacam-macam maklumat sama ada salah mahupun yang
betul dengan idea, ideology, propaganda computer seperti internet yang
sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah sama ada sebagai mangsa
kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Jenayah
internet ini amat berleluasa sekarang dan sukar untuk dibendung.
Selain daripada itu, jenayah internet boleh dikategorikan sebagai
boleh memalukan sesetengah orang sebagai contoh seperti seseorang itu
menyebarkan tentang sesuatu perkara yang boleh memalukan
sesetengah pihak. Jika penggunaan web dan internet disalahgunakan
maka timbul banyak kerugian kepada golongan manusia. Penggunaan
teknologi informasi yang diaplikasikan dengan internet atau pun web
dalam segala bidang seperti e-banking, e-commerce, e-government, e-
education dan banyak lagi telah menjadi sesuatu yang lumrah. Oleh itu,
kita sebagai masyarakat perlulah bijak menggunakan kemajuan teknologi
maklumat dan komunikasi ini dengan cara yang betul agar tidak terjejas
kehidupan bermasyarakat kita.

2.5 SMS dan masyarakat.

Kita sedia maklum bahawa menghantar mesej melalui sms menjadi


pilihan paling popular kepada masyarakat pada masa kini kerana cirri-
cirinya yang mudah, murah, pantas dan praktikal. Ciri-ciri sebeginilah, sms
sering digunakan sebagai medium kepada masyarakat untuk
menyebarkan sebarang pendapat. Misalnya dalam rancangan
“Bersemuka Dengan Media” terbitan RTM1, di mana penonton dirumah
diberi peluang untuk memberi pendapat melalui sms.

Di dalam konteks ini, sms boleh dijadikan alat propaganda untuk


kepentingan parti politik tertentu. Selain itu sms juga, boleh dijadikan
medium yang pantas untuk seseorang menyebarkan fitnah terhadap
orang lain. Ini adalah kerana pengirimnya boleh memasukkan dan
memindakan segala bahan maklumat mereka secara cepat dan segera
kepada beberapa penerima sekaligus. Hal ini menyebabkan fitnah
disebarkan dengan begitu meluas dan penerimaan serta ketulenan
kandungan sms kadang-kala mereka mudah mempercayainya.

Walaupun sms sekarang menjadi medium alternatif seseorang


untuk menyebarkan pendapatnya, namun sememangnya terbukti
keberkesanan sms untuk mempengaruhi orang lain dan agak sukar untuk
seseorang memecahkan paradigmanya hanya kerana satu sms yang
tidak diketahui kandungan pengirimnya atau ketulenan kandungannya.

3.0 ANALISIS KRITIKAL DAN CONTOH-CONTOH

Di dalam keseluruhan fakta-fakta dan isu-isu yang telah diutarakan, kita


dapat menganalisiskan maklumat tersebut, di mana teknologi maklumat dan
komunikasi ini telah memberi kesempatan untuk kita melihat hal-hal yang telah
berjalan dengan baik dalam perkembangan kepesatan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam membentuk kesejahteraan hidup kemasyarakatan supaya
tidak berlakunya kepincangan dalam menuju arus kemajuan dan kemodenan
teknologi yang semakin berkembang dan canggih. (Nadya Bungsu)

Dalam perkembangan internet seumpanya, semakin hari semakin


meningkat baik teknologi dan penggunaannya yang telah memberi kesan positif
dan negatif, di mana yang bersifatkan positif lebih banyak manfaat dan
kemudahan yang didapati daripada teknologi ini, misalnya melakukan transaksi
dengan e-banking dan e-commerce yang memudahkan kita untuk melakukan
sebarang pembelian mahupun penjualan sesuatu barang tanpa mengenal
tempat.

Di samping itu, dibuktikan bahawa kerajaan elektronik dan MSC


membawa kita bersama ke arah pembentukan komuniti baru sebagai contoh,
apabila majority rakyat mempunyai computer dan capaian kepada internet dan
mula mengundi dalam semua isu.

Oleh itu, individu dan masyarakat setempat harus menggerakkan inisiatif


sosial melalui teknologi maklumat dan komunikasi dengan memberi kefahaman
yang lebih jelas mengenai teknologi maklumt tersebut dalam kehidupan
bermasyarakat.
Di samping itu juga, fitnah boleh berlaku menerusi internet yang
melibatkan pengendalian blog, website dan portal yang tidak mungkin dapat
menghasilkan berita yang sempurna dan seumpama akhbar dan televisyen
kerana kos penyediaan yang tinggi dan latihan yang cukup diperlukan. Oleh itu,
informasi yang didedahkan adalah berdasarkan pemikiran sendiri. Hal ini telah
menyebabkan fitnah.

Namun begitu, tiada sekatan informasi dilakukan kerana pihak kerajaan


telah mengambil langkah yang positif untuk tidak menyekat atau menapis dunia
internet. Hal ini telah termaktub di dalam perjanjian di antara Kerajaan Malaysia
dengan Syarikat Korridor Raya Multimedia. Fitnah juga boleh memberi kesan
langsung terhadap individu yang difitnah seperti kemusnahan kerjaya, dibenci
oleh masyarakat serta maruah diri dan keluarga tercemar. Bukan itu sahaja,
fitnah juga berbahaya kepada perhubungan kaum dalam masyarakat di mana
fitnah tersebut melibatkan perkauman dan ianya boleh mengakibatkan
ketegangan kaum tercetus. Internet juga medium terbaik dalam proses
demokrasi. Namun, sebagai pengguna kita haruslah senantiasa rasional dan
bertanggungjawab dalam menggunakan internet untuk menyampaikan
pandangan.

Di dalam membentuk kehidupan bermasyarakat agar tidak berlakunya


kepincangan, media massa seharusnya bertanggungjawab kepada masyarakat
dengan kata lain menjadikan suara rakyat. Media massa sepatutnya beroperasi
berlandaskan demokrasi iaitu bertanggungjawab kepada masyarakat dengan
menjaga kepentingan pihak awam.
4.0 KESIMPULAN

Kita sebagai masyarakat untuk negara kita, haruslah menyedari bahawa


natijah daripada kepesatan bidang teknologi dan komunikasi kini sememangnya
banyak membawa kepada kebaikan. Di samping itu, terselit juga kesan-kesan
keburukkannya. Sejauh mana dan apa jua kemajuan yang telah negara kita
capai haruslah berlandaskan kepada nilai-nilai kemanusiaan dan mengikut
batas-batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan
pembangunan yang kita capai ini tidak disalah gunakan dan tidak mendatangkan
keburukan kepada masyarakat lain. Oleh kerana kadang kala keburukan itu juga
sebenarnya kita yang menciptanya.

Namun begitu, kita juga sepatutnya perlukan kebijaksanaan dalam


menggunakan kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi dengan
cara yang betul supaya kemudahan ini tidak disalah guanakan. Seterusnya
dapat meningkatkan hubungan antara individu dan masyarakat dan melahirkan
sesebuah negara yang harmoni. Sememangnya juga, kesedaran dan keputusan
berada ditangan setiap individu dlaam usaha menggunakan kemudahan
teknologi ini dengan cara yang betul atau tiada. Sesungguhnya banyak perkara
yang dapat kita ubah dengan cara kita fikir secara terbuka dan bertindak untuk
menjadikan sesuatu perkara itu menjadi lebih baik dan seterusnya mengubah
corak kehidupan kita dengan menggunakan kemudahan teknologi yang ada
dengan cara yang betul.
http://blissourteam.blogspot.my/

http://www.utusan.com.my/rencana/positif-negatifnya-media-sosial-1.1.69390

https://storify.com/suzianach/perkembanganteknologi-maklumat-dan-komunikasi-
dala

Sinar Harian, 26 Mac 2015

http://technowork2020.blogspot.my/2011/11/kesan-teknologi-terhadap-
masyarakat.html