Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Secara umum, pendidikan matematik sebagai satu bidang yang telah mula
berkembang pada akhir abad ke-19. Seiring dengan perkembangan tersebut, polisi
dan program bagi membangunkan matematik kanak-kanak dalam bidang pendidikan
matematik turut mendapat perhatian. Namun, dasar dan program yang dijalankan
perlulah sistematik dan memenuhi kehendak yang baik serta dapat membekalkan
maklumat yang sangat berguna dan penting untuk kebaikan pendidikan matematik
itu sendiri terutama kepada pelajar dan guru. Sekiranya bidang ini tidak mengikut
aliran terkini, maka adalah mustahil untuk sesebuah negara itu berkembang maju
kerana ianya amat bergantung kepada perubahan-perubahan yang menyumbang
kepada peningkatan dalam bidang ini dan selaras dengan hasrat kerajaan yang
ingin menjadikan Malaysia Negara maju.

Polisi dan program bagi membangunkan matematik kanak-kanak ini


merupakan penggerak dan jaminan kepada pelajar untuk menjadi warga dunia masa
depan yang berjaya selaras dengan peredaran zaman era globalisas. Justeru,
segala program pendidikan matematik kanak-kanak harus berpusatkan dengan
keperluan zaman dan sejajar dengan teori pembelajaran berasaan otak dan
kecanggihan teknologi dunia yang menjadi penentu keperluan kehidupan masa
depan mereka.

1
ISI-ISI PENTING

Polisi dalam matematik ialah Mengamalkan Pembelajaran Holistik.


Matematik pada pandangan saya ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti,
imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat
berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini. Oleh itu, inovasi dan kreativiti
adalah hasil pemikiran holistik yang harus diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran harian dalam bilik darjah secara jelas dan emprikal. Saya yakin
bahawa dasar ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar merasai inovasi pada
setiap masa di dalam bilik darjah. Saya berpendapat bahawa sesuatu pengajaran
dan pembelajaran haruslah fokus kepada murid, mementingan nilai kognitif dan
afektif, dan penggunaan TMK dalam bilik darjah supaya murid sentiasa berkembang
mengikut arus keperluan dan kemahiran generik zaman. Dengan keberkesanan
konsep ini pelajar mampu menyumbang terhadap perkembangan matematik dan
melahirkan insan yang mampu merealisasikan hasrat kerajaan ke arah
pembentukan Negara maju.

Seterusnya ialah polisi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam


Bahasa Inggeris yang telah menjadi isu hangat dan topik perdebatan dalam
kalangan para pendidik dan ahli akademik saban hari. Saya menegaskan pendirian
bahawa polisi ini tidak patut dimansuhkan kerana agenda ini mampu
membangunkan generasi pelajar yang mampu menguasai bidang matematik dan
teknologi di tahap tinggi serta berupaya menjana ilmu dan teknologi baru dalam
pelbagai bidang. Justeru, guru harus menggunakan pelbagai inisiatif untuk
melaksanakan polisi ini pada peringkat awal sekolah secara konsisten seperti
mengajar dalam suasana yang tenang dan menyeronokkan apalagi dibantu dengan
ʻʻTeaching Courseware” yang dibekalkan oeh PPK. Hal ini kerana penguasaan
dalam bahasa antarabangsa ini terhadap bidang asas kemajuan Negara ini
memudahkan perkembangan ilmu supaya rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam
arus globalisasi.

Di samping itu, polisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang


merupakan transformasi kurikulum yang mula dilaksanakan pada tahun 2010
terhadap pelajar tahun 1 dan 2. Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum

2
Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era
globalisasi yang mencabar ini kerana teknik pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih menarik dan interaktif di mana guru akan membuat penilaian dengan
terperinci perkembangan setiap pelajar berdasarkan band dan melibatkan
penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
dalam pengajaran Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang
sebelum ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tambahan pula, polisi Konsep 4M
dalam pendidikan telah diperkenalkan iaitu menulis, membaca, mendengar dan
menaakul. Saya sangat setuju dengan penggunaan amalan menaakul lebih-lebih
lagi dalam matematik kerana ia mengasah otak dan daya berfikir sesorang tentang
sesuatu yang dipelarinya dan diaplikasikan dalam kehidupan.

Matematik adalah subjek yang melibatkan kemahiran mengira dan daya


pemikiran dan kreativiti yang tinggi dan juga memerlukan kefahaman sesuatu
konsep dengan tepat dan menyeluruh. Justeru, guru-guru dan pelajar harus
Menerapkan Daya Kreativiti Yang Tinggi dalam matematik ini bagi melahirkan
insan yang kreatif dan inovatif serta mampu menghasilkan idea dan ciptaan baru.
Guru-guru harus menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif
dalam matematik. Sebagai contoh seperti penglibatan aktif pelajar, permainan,
analogi dan latihan yang pelbagai. Contoh yang lain ialah guru boleh menggunakan
GSP untuk mengajar topik bentuk kepada murid-murid. Dalam GSP tersebut,
terdapat animasi yang boleh menukarkan bentuk-bentuk sesuatu bentuk. Justeru,
guru mungkin hanya melukiskan sebuah bulatan atau segitiga dan dengan
menggunakan animasi, kedua-dua bentuk tersebut dapat menukarkan bentuk
kepada bentuk yang lain. Hal ini dapat menarikkan perhatian murid-murid untuk
belajar. Selain itu, guru juga boleh memberikan peluang kepada murid-murid untuk
mencuba menghasilkan bentuk-bentuk supaya dapat meningkatkan kreativiti mereka.

Berdasarkan konsep holistik pula, Program Model Pengajaran dan


Pembelajaran 3P yang diperkenalkan iaitu Big Picture Thinking (Nilai Kognitif),
Emaphatizing (Nilai Efektif) dan Informing (Kemahiran Generik). Dengan model Big
Picture Thinking, pelajar akan memperolehi idea bernas dan pengalaman matematik
yang banyak melalui kepelbagaian gambaran yang disampaikan di dalam bilik darjah

3
bukan hanya kepada contoh dan latih tubi. Saya mencadangkan bahawa program ini
terus digunakan kerana ia mampu meningkatkan kreativiti dan inovatif pelajar dan
menggalakan pembelajaran aras tinggi melalui kaedah Taksonomi Bloom. Selain itu,
model yang kedua ialah proses In-forming yang melibatkan pencarian maklumat
melalui laman-laman internet yang merupakan rangkaian terbesar antarabangsa
seperti ejen pencarian Google Search. Proses ketiga ialah proses Emphatizing yang
melibatkan tiga nilai afektif iaitu rasionalisme, kemajuan dan keterbukaan yang perlu
diterapkan dalam matematik. Seperti kita tahu, kemajuan menekankan kepada
penyelesaian alternatif dan galakan kepada pelajar mencapai idea-idea umum yang
secara tidak langsung dapat memupuk kreativiti dan inovasi pelajar. Nilai
keterbukaan ialah nilai pendemokrasian pengetahuan yang mendedahkan pelajar
untuk mengemukan dan memaparkan idea mereka sendiri di dalam kelas dengan
kreativiti tersendiri seperti menjelaskan tiga cara membuktikan teorem phytagoras.

Rajah ini menunjukkan kaitan Model 3P.

Program seterusnya ialah Program Sekolah Bestari yang merupakan salah


satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia
Super Corior). Sebagai seorang bakal guru, saya berpendapat bahawa sistem
pendidikan harus dimantapkan dengan perkembangan teknologi maklumat dan

4
komunikasi sejajar dengan konsep sekolah bestari untuk mengoptimumkan potensi
murid dalam penggunaan TMK dan lebih memberi tumpuan kepada aplikasi dan
proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Natijahnya pelajar tidak mudah
berasa bosan dan lebih berminat untuk belajar dengan kaedah pembelajaran akses
kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri.

Selain itu, Program Pendidikan Matematik di sekolah rendah dilaksanakan


dengan menggunakan Kaedah Mokhdar untuk menghasilkan kekuatan memori
yang luar biasa terhadap input-input matematik. Sebagai contoh kecekapan
menyimpan maklumat sifir asas hingga lebih mencabar dengan hanya mencongak
dan lebih pantas tanpa alat bantuan lain pada usia seawal tujuh. Saya jamin bahawa
penggunaan Mokhtar advance membantu pelajar menyelesaikan masalah tanpa
menyebabkan kekusutan minda kerana ia tidak melibatkan kaedah meghafal dan
menjadi teras penting dalam pemikiran sains dan matematik. Kaedah Abakus juga
digunakan sejak zaman dahulu untuk membantu dalam pengiraan matematik
dengan pantas dan cekap daripada penggunaan kalkulator saintifik. Saya
berpendapat jika kaedah ini diteruskan, sudah tentu kita akan melahirkan pelajar-
pelajar yang genius sekaligus memperkembangkan matematik di dunia.

Akhir sekali ialah program pendidikan sekolah menengah yang menggunakan


Perisian Geometrical sketchpad dan GeoGebra iaitu alat teknologi maklumat
yang memberikan gambaran konsep algebra dan penyelesaian masalah dalam
pelbagai bidang matematik serta dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Perisian ini mampu menggalakkan kreativit pada matematik KBSM
sekaligus dalam pencapaian pelajar melalui pembelajaran gambarajah, lukisan dan
ukuran.

Matematik Ethno dalam pengajaran dan pembelajaran harus diaplikasikan


yang melibatkan perbezaan kelompok kecil murid-murid berdasarkan kedudukan
geografi, persekitaran dan status ekonomi. Kaedah ini akan menunjukkan
kepelbagaian proses pemikiran murid-murid yang kreatif dan inovatif melalui kaedah
menulis alternatif seperti cara mengira altrenatif yang melibatkan kaedah menaakul
dalam Matematik.

5
KESIMPULAN

Kesimpulannya, dalam usaha kita untuk meningkatkan prestasi pendidikan


Matematik di negara kita, sumbangan padu daripada pelbagai pihak sangat
diperlukan sebagai pemangkin ke arah reformasi pengajaran dan pembelajaran
Matematik secara berterusan. Maka, semua pihak haruslah bekerjasama untuk
melaksanakan dasar dan program yang digubal ini untuk memperkembangkan lagi
pendidikan Matematik dan melahirkan insan yang seperti dikehendaki oleh konsep
FPK serta membentuk sebah Negara yang megah membangun.

Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk
memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan
untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu
pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung
sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau
perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.

Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan


barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui
konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini.
Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja
berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia
sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka
temui sebelum ini.

Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara


konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan
pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang
keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

6
RUJUKAN

7
Abdul Rashid (2011). Program Baca Adik Cerdik & Read Adik Cerdik. Muat turun

Pada 20 September 2014 dari http://adikcerdik.com/index.php/polisi-

adikcerdik/2-uncategorised

Bibi Sadur (2013). Polisi dan Program Bagi Kemajuan Matematik Kanak-Kanak.

Muat turun pada 20 September 2014 dari

http://www.scribd.com/doc/121307682/DASAR-DAN-PROGRAM-BAGI-

KEMAJUAN-MATEMATIK-KANAK-KANAK

DeePa ChanDran (2012). Polisi-Polisi Dan Program-program Untuk

Mengembangkan Penguasaan Matematik Dalam Kalangan Murid. Muat turun

Pada 20 September 2014 dari http://www.scribd.com/doc/125426368/Polisi-

Polisi-Dan-Program-program-Untuk-Mengembangkan-Penguasaan-

Matematik-Dalam-Kalangan-Murid

Jordan Jason (2006). Bagaimana Kanak-Kanak Belajar Matematik. Muat turun pada

20 September 2014 dari http://www.my-rummy.com/kanak-

kanak_belajar_matematik.html

Nurul Liyana Rahmat (2012). Polisi dan Program. Muat turun pada 20 September

2014 dari http://www.scribd.com/doc/97486656/Dasar-Dan-Program