Anda di halaman 1dari 32

DEFINISI DAN KONSEP TINGKAH LAKU

1.1.2 Definisi Tingkah Laku

“Berbagai-bagai ragam dan berbagai-bagai laku”


( Kamus Dewan, 1979 )

“Sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak balas terhadap persekitaran.”


( Raymond G. Miltenberger, 2001 )

“Tingkah laku adalah apa yang kamu lakukan, cara berinteraksi atau beraksi dan bertindak balas
terhadap persekitaran.”
( Lewis M. Beaker, 2001 )

Pengertian tingkah laku sebenarnya mempunyai pengertian yang amat luas. Tingkah laku boleh
disimpulkan sebagai perangai, gerak-geri, kelakuan, segala perbuatan yang melibatkan kegiatan
motor seperti berjalan, berlari, bergerak, berinteraksi, dan memberi respon atau tindakbalas
terhadap sesuatu sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Malahan tingkah laku juga
sebenarnya mencakupi gambaran emosi dan mental seseorang.

1.1.2 Definisi Tingkah Laku Bermasalah

Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkahlaku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah
laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan, tingkah
laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan
kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal iaitu yang terkeluar dari
nilai dan norma masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku
normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakkan orang dalam
masyarakat. Tingkah laku bermasalah murid juga boleh didefinisikan sebagai sebarang aksi
murid yang dianggap oleh guru sebagai mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan
kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘ The School and the Behaviour Problem
Child ‘ menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk
dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana
pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar
dan berhubung dengan orang lain.

1.1.3 Jenis-Jenis Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah laku bermasalah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:


a) Tingkah Laku Bermasalah Positif

b) Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Tingkah laku bermasalah positif merupakan keadaan tingkah laku di mana ia dilihat sebagai satu
perkembangan yang baik, tetapi sebenarnya tingkah laku tersebut mengganggu individu-individu
lain. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku bermasalah positif dilihat pada
keadaan murid yang nampak keterlaluan perasaan ingin tahunya, terlalu cepat belajar, pintar
cerdas dan proaktif. Keadaan ini juga adakalanya dipanggil hiperaktif positif. Sekalipun keadaan
ini adalah sangat baik dan positif tetapi hakikatnya ia mengganggu kelancaran proses
pengajaran-pembelajaran yang sedang dijalankan. Keadaan in sebenarnya mengganggu murid-
murid yang belajar dalam keadaan yang normal. Selain daripada itu ia akan mengakibatkan
ketidakseimbangan dalam proses pembelajarang yang sedang dijalankan. Keadaan ini juga akan
menimbulkan ketidakselesaan di kalangan murid-murid yang lain dan juga pada guru itu sendiri.

Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku distruptif, distruktif, pengasingan diri,
pergantungan berlebihan, agresif dan kebimbangan. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran,
tingkah laku bermasalah negatif merupakan keadaan di mana murid mengganggu perjalanan
pengajaran dan pembelajaran dengan berbagai cara melalui tindakan-tindakan ataupun
perlakuan-perlakuan yang mengganggu rakan dan guru ataupun merosakkan peralatan yang
terdapat di dalam kelas.

Antara perlakuan negatif yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran ialah membuat
bising, mengganggu rakan, bergaduh, melawan cakap guru, vandalisme, kerap menangis,
berbohong, mencuri, mengejek dan tidak menunjukkan minat dan perhatian dalam pelajaran.
Ada juga tingkah laku murid yang kurang disedari oleh guru tetapi sebenarnya boleh mejejaskan
pembelajaran dan perhubungan sosial yang normal. Tingkah laku ini adalah yang seperti sering
mengasingkan diri, selalu sedih, terlalu pemalu, sering ketakutan dan fantasi.

1.1.4 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku

Terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah :

i. Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka.

ii. Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka

iii. Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan

iv. Sering bercakap bohong atau bercakap besar

v. Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok

vi. Suka menyakiti hati kawan-kawan


vii. Menjahanamkan harta benda

viii. Tidak duduk diam

ix. Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap

x. Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua

xi. Panas baran

xii. Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi

( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )

1.2 PUNCA-PUNCA MASALAH TINGKAH LAKU DI KALANGAN MURID PENDIDIKAN


KHAS

Umumnya tingkah laku bermasalah di kalangan murid pendidikan khas adalah berpunca
daripada beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor baka, faktor persekitaran dan
faktor pemakanan. Namun begitu Teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh Bandura
(1973) juga merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan
remaja ialah melalui pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang
signifikan dengan mereka.

1.2.1 Faktor Baka

Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-
anak. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka boleh menguasai
penyuburan fizikal dan mental. Ahli psikologi bersetuju bahawa baka merupakan salah satu
punca berlakunya tingkah laku bermasalah di kalangan kanak-kanak berkeperlan khas.
Seseorang kanak-kanak yang lahir itu pasti akan mewarisi sifat-sifat ibu bapanya. Menurut
Norman L.Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-
anaknya melalui genetik.

Antaranya sifat yang dipengaruhi oleh genetik ialah sifat introvert dan ekstrovert. Sifat-sifat ini
boleh diwarisi oleh kanak-kanak melalui ibu bapa mereka. Keadaan emosi yang tidak stabil di
kalangan ibu bapa juga boleh menyebabkan anak mereka mengalami keadaan yang sama.
Contohnya jika seseorang itu mempunyai sifat pemarah, pembengis dan sukar mengawal emosi,
kemungkinan anaknya juga akan berkeadaan sedemikian. Ini akan menyebabkan beberapa
masalah seperti tantrum, suka mengamuk, dan berkemungkinan mencederakan diri sindiri atau
orang lain.

Baka juga akan mempengaruhi perkembangan fizikal seseorang. Kajian telah menunjukkan
bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya bentuk fizikal, warna rambut dan organ deria adalah
diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Sebagai contoh, jika ibu bapa mempunyai saiz badan yang
besar dan gemuk, ini juga boleh menyebabkan kemungkinan anak mereka akan mengalami
masalah tubuh badan yang sama. Saiz tubuh yang terlalu gemuk, terlalu kurus atau terlalu rendah
dan kecil akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri dan malu dalam diri seseorang
murid itu. Ini seterusnya boleh menyumbang kepada timbulnya tingkah laku bermasalah seperti
tidak mahu bergaul dengan orang lain, mengasingkan diri, dan tidak mahu melibatkan diri dalam
sesi pengajaran dan pengajaran kerana malu dan takut diejek oleh kawan-kawan.

Perkembangan mental seseorang juga boleh dipengaruhi oleh baka. Sekiranya ibu bapa
mempunyai tahap kemampuan mental yang rendah, kemungkinan anak mereka juga akan
menghadapi masalah yang sama. Ini seterusnya akan menyebabkan anak ketinggalan dalam
pelajaran dan akhirnya menjadi tidak minat untuk belajar. Hal ini akan menyebabkan berlakunya
tingkah laku yang tidak diingini seperti kemurungan, suka mengasingkan diri dan mempunyai
tahap kebergantungan yang tinggi. Keadaan ini juga akhirnya boleh membawa kepada tingkah
bermasalah yang lain yang akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung.

1.2.2 Faktor Persekitaran

Persekitaran merupakan faktor penting yang mungkin menjadi punca kepada permasalahan
tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas. Faktor persekitaran boleh dipecahkan
kepada beberapa bahagian iaitu faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor sekolah dan faktor
masyarakat dan budaya.

1.2.2.1 Faktor Keluarga

Coleman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai ‘a group of people by marriage,
ancestry or adoption who live together in a common household’, (Kamus Dewan 1994)
mencatitkan definisi keluarga sebagai ‘seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri
sahaja atau berserta anak-anak’. Mahmood (1997) mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang
terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup
tertentu dalam kelompok social berkenaan.

Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu
bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak
bermoral. Insititusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku
kanak-kanak berkeperluan khas. Keluarga boleh menjadi satu punca kepada timbulnya
permasalahan tingkah laku di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Kajian-kajian yang telah
dibuat menunjukkan bahawa pelajar yang bermasalah kebanyakannya adalah berlatar
belakangkan keluarga yang bermasalah (Dishion, et al., 1991; Rutter, 1985; Vuchinich, 1992).

Dapatan kajian oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), merujuk
punca salah laku di kalangan pelajar disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor keluarga
merupakan penyumbang tertinggi dalam peningkatan permasalahan tingkah laku palajar. Kajian
yang telah dijalankan pada tahun 1993, menunjukkan bahawa 81.03 peratus pelajar melakukan
kesalahan kerana faktor kekeluargaan, 4.10 peratus disebabkan oleh rakan sebaya dan 1.24
peratus disebabkan oleh faktor persekolahan (Dewan Masyarakat, April, 1995).

a) Penceraian dan perpisahan ibu bapa

Menurut Coleman, penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh individu. Tekanan
menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang. Benokraitis mentakrifkan
penceraian sebagai ‘penamatan suatu perkahwinan yang sah dan formal’ (Nijole V Benokraitis,
1996).

Banyak kajian menunjukkan bahawa masalah salah laku sering dialami oleh kanak-kanak apabila
berlaku penceraian di kalangan ibu bapa mereka. Corak tingkah laku berbeza di antara kanak-
kanak dan ia berhubungkait dengan perkara-perkara seperti jantina dan usia. Kanak-kanak yang
terganggu emosinya lebih sering mengeluh sakit seperti demam, sakit tekak, sakit perut dan
sebagainya. Keadaan emosi mereka juga tidak stabil dan kadangkala berlaku kecelaruan emosi di
kalangan kanak-kanak mangsa penceraian.

Seseorang akan merasa marah terhadap ibu bapanya kerana bercerai dan akan melepaskan
perasaan marahnya itu melalui perubahan sikap mendadak. Kanak-kanak akan menjadi degil,
bersikap panas baran, bertumbuk dengan budak-budak lain, mencuri, ponteng sekolah,
bercampur dengan kumpulan budak-budak nakal dan menghisap rokok. Mereka juga akan
menjadi penyedih dan tidak suka bergaul, asyik menyendiri, menangis seorang diri, tidak tidur
lena malam dan kelihatan malas. Semua ini adalah kesan daripada gangguan emosi dan perasaan
yang dialami akibat daripada penceraian kedua ibu bapa. Hal ini akan menjadi bertambah buruk
apabila kanak-kanak tersebut terpaksa diheret sama ke dalam kancah penceraian tersebut
terutamanya apabila berlaku kes perebutan hak penjagaan anak. Sigurdsson dan rakan-rakan
(1996) dan Sokol-Katz dan rakan-rakan (1997) menekankan bahawa perkembangan personaliti
negatif dan tingkah laku bermasalah adalah hasil daripada kegagalan dalam ikatan kekeluargaan.

b) Gaya asuhan dan cara mendisiplinkan anak

Menurut Kamus Dewan (2003), gaya asuhan didefinisikan sebagai perihal mendidik, peliharaan,
penjagaan, tunjuk ajar dan bimbingan. Menurut Darling dan Steinberg (1993), gaya asuhan
didefinisikan sebagai sikap yang ada pada ibu bapa berkaitan dengan membesarkan anak, seperti
yang digambarkan melalui interaksi mereka dengan anak mereka.

Kegagalan ibu bapa dalam mengasuh, mendidik dan mendisiplinkan anak-anak mereka juga
dilihat sebagai salah satu faktor berlakunya masalah tingkah laku. Latar belakang tingkah laku
anti sosial adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak
konsisten semasa kanak-kanak (Jacobvitz et al., 1996). Kebanyakan tingkah laku bermasalah
juga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan keluarga (Jacobvitz et
al., 1996, Vuchinich, 1992).

Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mengawasi perkembangan tingkah laku
kanak-kanak berkeperluan khas. Sekiranya disiplin tidak diterapkan di peringkat awal lagi, maka
kemungkinan untuk menyebabkan timbulnya tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid
berkeperluan khas adalah lebih tinggi. Asuhan di peringkat awal serta penerapan disiplin yang
sesuai dan istiqamah akan memastikan tingkah laku bermasalah tidak timbul di kalangan kanak-
kanak berkeperluan khas.

c) Pengaruh Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan model terhampir kepada kanak-kanak. Kanak-kanak terutamanya kanak-
kanak berkeperluan khas seringkali menjadi ibu bapa sebagai idola ataupun model untuk diikuti.
Sikap dan tingkah laku ibu bapa sama ada positif ataupun negatif seringkali menjadi ikutan
kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Apa sahaja tingkah laku yang dilakukan oleh ibu bapa di
hadapan anak-anak baik dari segi verbal mahu pun perbuatan akan diperhatikan oleh anak-anak
dan tidak mustahil anak-anak akan terikut-ikut dengan tingkah laku tersebut. Sekiranya tingkah
laku tersebut baik dan positif, maka anak-anak akan turut menjadi sedemikian. Sebaliknya jika
tingkah laku ibu bapa lebih banyak ke arah yang kurang baik dan negatif, maka anak-anak juga
akan terdidik dengan sifat-sifat yang negatif dan kurang baik.

Mengikut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus
memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang
dalam alam dewasa. Ini bermakna pengaruh ibu bapa amat kuat dalam membentuk tingkah laku
kanak-kanak dan tingkah laku ibu bapa juga amat cenderung diikuti oleh kanak-kanak.

d) Hubungan keluarga dengan kanak-kanak


Keharmonian berkeluarga dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Hubungan
ini merangkumi perhubungan spiritual (agama), emosi seperti kasih sayang, sifat hormat-
menghormati, bertanggungjawab, berpendidikan serta sifat-sifat kebendaan (pakaian, makanan,
rumah dan sebagainya).

Suasana rumah yang mesra dan harmonis akan menggalakkan ketenteraman tingkah laku
terkawal. Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang tenteram yang
amat diperlukan untuk kestabilan emosi. Kasih sayang, layanan, asuhan dan perhatian yang
diberi oleh ibu bapa akan secara langsung membantu perkembangan emosi. Sebaliknya, ibu bapa
yang tidak pengasih boleh menyebabkan salah laku, anaknya melawan, kurang bercakap dan
berasa iri hati.Misalnya ibu bapa yang mewujudkan perasaan tegang dalam keluarga
menyebabkan anak-anak tidak diterima, rasa tersingkir dan kurang selesa.

Kajian oleh Patterson dan rakan-rakan (1989) dan Yoshikawa (1994) mendapati bahawa
kegagalan keluarga dalam berinteraksi secara berkesan dengan anak-anak menyebabkan anak-
anak mudah terpengaruh dengan tingkah laku bermasalah. Di samping itu, kajian juga
menunjukkan bahawa anak-anak yang bertingkah laku agresif mempunyai hubungan yang
kurang baik dengan ahli keluarga (Coie, et.al., 1992; Henggeler dan Hall, 1992; Stattin dan
Magnusson, 1994).

e) Keluarga bermasalah
Keluarga bermasalah adalah keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di dalam
rumahtangga akibat daripada masalah keluarga ( Utusan Malaysia, 27 September 1990:12).
Krisis-krisis ini kemudiannya telah mengakibatkan timbul berbagai keadaan negatif dalam
perhubungan keluarga tersebut. Tingkah laku bermasalah di kalangan kanak-kanak berkeperluan
khas juga mungkin berpunca daripada permasalahan ini. Kanak-kanak yang berada dalam
lingkungan keluarga yang bermasalah seringkali mengalami gangguan emosi dan perasaan yang
akhirnya menyebabkan berbagai permasalahan tingkah laku ditimbulkan sama ada di rumah,
sekolah mahupun di dalam masyarakat.
Jika kehidupan harian di rumah dicirikan oleh emosi kebimbangan atau ketakutan, perbalahan
yang kerap berlaku, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang
dan dominan ataupun terlalu mengongkong dan memanjakan, atau gangguan neurotik, mereka
akan membesar dalam suasana emosi dan sosial yang tidak dapat mengembangkan kualiti
kebebasan dan keyakinan diri yang penting untuk mencapai kemajuan dalam persekolahan.
Akhirnya kanak-kanak akan mempunyai sikap dan tingkah laku yang tidak diingini. Sikap
seperti ini akan menggalakkan kanak-kanak menjadi tidak berdisiplin, tidak tahu mengurus diri,
tidak mempunyai peraturan, sanggup menipu dan tidak jujur dalam kerja-kerja sekolah, sehingga
mengibatkan kemunduran akademik dan juga tingkah laku.

f) Penderaan kanak-kanak

Kanak-kanak berkeperluan khas ada kalanya tidak dapat diterima kehadirannya dalam sesebuah
keluarga. Mereka dianggap sebagai memalukan serta membebankan keluarga. Akibatnya ada di
antara kanak-kanak berekeperluan khas ini telah didera dan diperlakukan dengan tindakan yang
tidak sepatutnya oleh ibu bapa dan ahli keluarga mereka sendiri.

Coleman dan Cressey mengkategorikan penderaan kanak-kanak dalam kes keganasan


rumahtangga. Ianya berlaku akibat gangguan emosi yang dialami oleh ibu bapa berpunca
daripada tekanan (stress). Kemungkinan tekanan yang dihadapi apabila menerima anak yang
dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas mengakibatkan ibu bapa melepaskan
kemarahan kepada anak mereka. Kanak-kanak yang didera, kerap mengalami gangguan emosi di
mana mereka seringkali menjadi terlalu takut, rendah diri, emosi tidak stabil, pendendam dan
pasif. Kesan gangguan emosi ini akan menyebabkan timbulnya permasalahan tingkah laku yang
tidak diingini. Adakalanya kanak-kanak ini akan memberontak dengan cara melakukan
kekerasan dan keganasan terhadap rakan sebaya mereka sepertimana yang dilakukan oleh ibu
bapa terhadap mereka. Ada juga kanak-kanak ini yang menjadi terlalu pasif dan sering
mangasingkan diri.

g) Sosio ekonomi keluarga

Faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
Kemiskinan yang dihadapi oleh sesebuah akan menimbulkan ketegangan dalam keluarga
tersebut. Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak
memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan asas (seperti
makanan, pakaian, tempat tinggal) dan juga perubatan serta pengangkutan yang diperlukan oleh
ahli keluarga bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan harian dengan baik (Tamadun,
April 1998:18).
Apabila masalah kewangan sering berlaku dan keadaan rumah serta persekitaran tidak selesa,
ahli keluarga sering mengalami tekanan emosi. Pergaduhan dan pertelingkahan sering berlaku di
antara suami dan isteri berpunca daripada kekurangan wang. Dalam keadaan begini anaklah yang
seringkali menjadi mangsa. Anak-anak dalam keluarga ini akan menempuh satu suasana yang
tidak stabil, serba kekurangan dan dengan sendiri menimbulkan masalah tingkah laku mereka.

1.2.2.2 Faktor Rakan Sebaya

Apabila seseorang itu berada di luar rumah ia akan bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya
ini terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang mempunyai umur yang hampir-hampir sama
di antara satu sama lain. Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-
kanak ataupun remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama ( Hazil Abdul Hamid :
1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan
tingkah laku seseorang kanak-kanak.

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun kumpulan
remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89).
Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak
formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di
sekolah.

Mustafa Fahmi (1971) menyatakan kanak-kanak atau remaja cenderung menuruti tingkah laku
kumpulan yang mana ia berada di dalamnya. Mereka akan bersungguh-sungguh mencuba
bertingkah laku seperti tingkahlaku kumpulannya. Mereka juga akan melakukan atau membuat
apa yang dilakukan atau dibuat oleh kumpulannya. Hal ini termasuklah perlakuan atau tingkah
laku bermasalah yang terdapat dalam kumpulan mereka.

Menurut Klausmerier et. al (1975) di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral, keberanian,
kejuran, kemesraan dan lain-lain "para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan
sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Ini bermakna rakan sebaya memainkan
peranan penting dan menjadi salah satu punca kepada permasalah tingkah laku di kalangan
kanak-kanak.

Begitu juga halnya yang berlaku di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Dengan keadaan
mereka yang serba kekurangan sama ada dari segi fizikal, tahap kemampuan berfikir dan tahap
kemampuan mental, kanak-kanak berkeperluan khas seringkali menjadi rakan sebaya sebagai
model dan ikutan mereka apatah lagi sekiranya keluarga kurang menerima dan memberi
perhatian terhadap mereka. Penerimaan rakan sebaya dianggap sebagai satu penghargaan dan
akhirnya menjadikan rakan sebaya sebagai idola dan ikutan. Akhirnya mereka lebih cenderung
melakukan aktiviti atau tingkah laku yang tidak diingini dan bermasalah.

Disebabkan tahap kemampuan berfikir yang rendah di kalangan kanak-kanak berekeperluan khas,
mereka adakalanya lebih mudah dipergunakan dan dipengaruhi oleh rakan sebaya untuk
melakukan aktiviti-aktiviti atau perlakuan negatif seperti mencuri, memeras ugut dan terlibat
dalam pergaduhan.

Perkembangan tingkah laku negatif dan penglibatan dengan kumpulan rakan sebaya negatif
boleh difahami melalui rangka kerja yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner (1979). Menurut
teori yang diperkenalkan oleh beliau, seseorang individu bergaul dengan berbagai sistem dalam
kehidupan harian. Mikrosistem seperti rumah dan sekolah, merupakan perkara yang kanak-kanak
akan terlibat secara terus. Tingkah laku yang dipelajari daripada salah satu mikrosistem akan
terbawa-bawa kepada mikrosistem yang lain.

Dalam keadaan ini, tingkah laku yang dipelajari dari luar, dalam konteks hubungan rakan sebaya,
akan terbawa-bawa ke rumah dan digunakan dalam menjalankan hubungan dengan ahli keluarga.
Begitu juga di mana tingkah laku yang dipelajari dari rakan sebaya untuk digunakan dalam
menjalankan hubungan dengan guru dan persekitaran sekolah yang boleh menganggu proses
pengajaran dan pembelajaran.

1.2.2.3 Faktor Sekolah

Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga (1994) sekolah ialah ‘tempat untuk belajar dan mengajar’.
Dalam seharian hampir separuh masa murid-murid dihabiskan di sekolah. Sekolah juga
memainkan peranan dalam menyumbang kepada berlakunya tingkah laku bermasalah di
kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi
tingkah laku kanak-kanak. Contohnya, pengetua yang tegas melaksanakan disiplin adalah
penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan satu-satu tugas. Sekiranya sebaliknya,
menyebabkan kanak-kanak pasif, menarik diri, takut mengambil bahagian dan lain-lain lagi.

Selain daripada itu persekitaran sekolah yang tenang dan selesa akan membantu memupuk
tingkah laku yang diingini. Saiz sekolah juga memberi kesan kepada tingkah laku murid.
Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan
masalah tidak berdispilin ( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )

Iklim kelas yang kemas, selesa dan kondusif akan menyebabkan kanak-kanak dapat belajar
dengan tenang. Sekiranya keadaan kelas tidak kondusif, ini boleh mengakibatkan timbulnya
tingkah laku bermasalah di kalangan kanak-kanak. Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan
dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan
demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan murid. Dalam erti kata lain,
murid akan lebih tenang dari segi emosi dan kesediaan belajar apabila keadaan kelas mereka
sentisa dikelolakan dengan baik.

Menurut Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura individu bertingkah
laku berdasarkan pengalaman dengan melihat orang lain yang dianggap sebagai model. Guru
perlu menjadi model yang terbaik kepada pelajar (Bandura 1977). Pelajar memerlukan sentuhan
guru untuk mereka menjadi bertambah baik daripada sedia ada. Sekiranya semua guru
menonjolkan model yang terbaik kepada murid-murid, maka mustahil pelajar tidak terpengaruh
untuk menjadi pelajar yang baik tingkah lakunya. Ini bermakna guru perlu menjadi model dan
contoh yang terbaik kepada anak didiknya.

Selain daripada itu sikap dan tingkah laku guru juga perlu dipelihara kerana dengan sikap yang
tidak menyenangkan akan menjejaskan tingkah laku kanak-kanak. Banyak perkara yang
dilakukan oleh guru tanpa disedari boleh mengubah tingkah laku yang tidak menyenangkan.
Mereka akan mula bosan, malas dan nakal apabila berhadapan dengan situasi yang
membosankan. Apatah lagi sekiranya kanak-kanak tersebut adalah kanak-kanak berekeperluan
khas. Segala masalah yang timbul juga perlu ditangani dengan bijak dan adil. Sekiranya keadaan
tidak diberi perhatian, masalah tingkah laku mungkin akan berlaku di kalangan kanak-kanak
berkeperluan khas.

Keadaan di mana guru kurang memberi perhatian dan sering sibuk dengan tugasan akan
menyebabkan murid merasa diri mereka tidak dihiraukan dan menyebabkan mereka bertindak
mengikut kehendak mereka. Guru perlu lebih bijak menangani masalah dan memberi perhatian
yang sepatutnya agar kanak-kanak berkeperluan tidak rasa tersisih dan terabai. Guru perlu
melayan kanak-kanak berkeperluan khas secara berbeza kerana kepelbagaian masalah kanak-
kanak berkeperluan khas. Mereka perlu dilayan sebagai individu secara berasingan dan bukan
secara pukal. Walaupun agak sukar untuk guru melakukannya kerana jumlah pelajar yang ramai,
namun hakikat yang perlu diterima oleh guru ialah mereka adalah seorang pendidik dan mampu
mengubah pemasalahan yang timbul sekiranya bijak menangani sesuatu permasalahan itu.

1.2.2.4 Faktor Masyarakat dan budaya

Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi
kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya
akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Persekitaran masyarakat akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Nilai dan
taraf tingkah laku masyarakat boleh mempengaruhi kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak
akan lebih mudah dan cepat tepengaruh dengan perkara-perkara negatif yang terdapat dalam
masyarakat sekeliling mereka. Budaya-budaya yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat juga
akan memberi kesan terhadap tingkah laku kanak-kanak. Sekiranya murid sentiasa terdedah
dengan budaya kurang sihat yang diamalkan masyarakat sebagai contoh budaya gangsterism dan
vandalisme, mereka akan lebih mudah terikut-ikut dengan budaya tersebut.

Budaya dan pengaruh media massa juga menjadi punca kepada permasalahan tingkah laku
kanak-kanak berkeperluan khas. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video
atau filem yang berunsurkan pergaduhan, kezaliman dan keganasan, mereka akan cenderung
untuk memperolehi tingkah laku yang agresif. Bandura (1977), mendapati kanak-kanak akan
mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem yang berunsurkan aksi agresif (Eron,
1982). Namun begitu sekiranya ibu bapa mengawal dan memberi penekanan kepada unsur
agama, nilai-nilai murni dan budaya yang positif, maka kanak-kanak yang dibesarkan dengan
kebudayaan ini akan mempunyai tingkah laku yang stabil.

1.2.3 Faktor Pemakanan dan Kesihatan

Makanan seimbang yang disediakan adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak secara
keseluruhan. Kekurangan satu-satu jenis makanan boleh menyebabkan kanak-kanak itu letih dan
mudah terkena penyakit. Kanak-kanak yang mendapat kurang makan khususnya makanan yang
berzat selalunya tidak aktif, tidak sihat dan kurang bertenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti
yang dijalankan di sekolah. Kanak-kanak begini lazimnya pemalu, mudah tersinggung dan
seringkali bersedih dan menangis. Ini menyebabkan tehasilnya tingkah laku yang tidak diingini
seperti tidak mahu melibatkan diri, suka menyendiri dan kerap tidak hadir ke sekolah.
Kesihatan juga amat penting dalam menentukan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas.
Menurut Belock & Breslow (1972), tabiat kesihatan yang baik akan mengurangkan risisko
penyakit, rasa lebih sihat dan kurang masalah tidak berupaya. Ini akan menyumbang kepada
tingkah laku yang lebih posotof. Kanak-kanak yang kurang bertenaga disebabkan kerap sakit dan
penyakit tertentu akan berasa malu, bersifat pendiam, mudah marah dan menarik diri. Akibatnya
kanak-kanak berkenaan tidak dapat membina hubungan yang baik dengan kanak-kanak lain.
Dengan itu dia akan berasa sedih dan mengalami kesunyian.

Selain daripada itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai kecacatan anggota seperti
tempang, sumbing, kudung kaki, tangan dan lain-lain kecacatan juga akan menunjukkan tingkah
laku yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Mereka akan menunjukkan tingkah laku
bermasalah seperti pengunduran diri, pengasingan, rendah diri dan menjadi pasif. Ini disebabkan
mereka merasakan kekurangan yang ada pada mereka membuatkan mereka merasa terasing dan
kurang keyakinan diri

1.3 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.3.1 Pengenalan

Pengurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku
bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik atau kaedah-kaedah
yang sesuai. Dalam melaksanakan pengurusan tingkah laku, guru perlu memberitahu murid-
murid tentang tingkah laku yang harus diamalkan di sekolah dan peraturan-peraturan sosial yang
harus ditunjukkan di dalam bilik darjah.

Pengurusan tingkah laku juga adalah tindakan yang dilakukan oleh guru, ibubapa atau pihak-
pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran atau dalaman individu atau kumpulan supaya
mempunyai tingkah laku yang bermanfaat, produktif dan diterima oleh masyarakat

Menurut Stone (2007), kalau tingkah laku boleh dipelajari maka sudah tentu ia juga boleh diubah
atau diubahsuai. Kebanyakan tingkah laku berbentuk operan dan bukannya responden . Oleh itu
tingkah laku berubah apabila persekitaran berubah dan menyediakan konsekuens yang berbeza.
Dalam menjayakan pengurusan tingkah laku, guru mesti selalu memodelkan tingkah laku yang
positif. Guru juga harus menggunakan contoh-contoh visual dan konkrit untuk menunjukkan
interaksi yang positif dalam sistem persekolahan. Disamping itu, guru juga harus membetulkan
tingkah laku murid yang salah dengan menunjukkan mereka tingkah laku yang betul.

1.3.2 Definisi Pengurusan Tingkah Laku

“Pengurusan tingkah laku adalah tugas guru untuk menyediakan murid-murid supaya hendak
belajar.”
( Bradley, King, Sears dan Teassier – Switlick, 1997 )

Pengurusan tingkah laku adalah merupakan langkah yang sistematik untuk mengubah tingkah
laku negatif kepada tingkah laku yang positif.”
( Behaviour Modification )
“Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat
secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang
individu.”
( Bear, Wolf dan Risley, 1968 )

1.3.2 Prinsip-Prinsip Pengurusan Tingkah Laku

Di antara prinsip-prinsip yang diamalkan dalam pengurusan tingkah laku ialah:-

i. Semua tingkah laku adalah dipelajari

ii. Semua tingkah laku adalah ‘stimulus spesifik’

iii. Tingkah laku boleh diajar dan diubah

iv. Matlamat perlu jelas dan specifik

v. Program yang dijalankan perlu secara individu

vi. Program yang dijalankan perlu fokus pada masa kini dan persekitaran kanak-kanak

1.3.4 Teknik-Teknik Pengurusan Tingkah Laku

Terdapat banyak teknik yang biasanya digunakan dalam pengurusan tingkah laku. Guru
seharusnya bijak memilih teknik yang bersesuaian dengan murid sebelum pengurusan tingkah
laku dijalankan. Guru perlu mengambil kira faktor fizikal, emosi, mental, tahap keseriusan
tingkah laku, faktor persekitaran dan jangkamasa perlaksanaan sebelum sesuatu pengurusan
tingkah laku dijalankan ke atas murid. Di antara teknik-teknik pengurusan tingkah laku ialah:

i. Ganjaran

ii. Dendaan

iii. Pengasingan

iv. Shaping (Pembentukan)

v. Prompting

vi. Pelenturan

vii. Modeling

viii. Pengasingan
ix. Kontrak perjanjian

x. Kaunseling

1.3.5 Langkah-Langkah Pengurusan Tingkah Laku

Dalam melaksanakan pengurusan tingkah laku adalah menjadi tugas penting guru untuk meneliti,
melakukan penilaian, merancang dan melaksanakan program secara objektif. Tujuan utama
pengurusan tingkah laku adalah untuk mendisiplinkan diri individu. Dalam tugasan ini, akan
disentuh secara terperinci tentang langkah-langkah dalam melaksanakan pengurusan tingkah
laku.

Terdapat beberapa 10 langkah yang telah ditetapkan dalam proses memodifikasikan tingkah laku
murid-murid. Langkah-langkah tersebut ialah :

1. Membuat pemerhatian dan penilaian serta merekodkan tingkah laku bermasalah.

a. Guru harus mengenalpasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid.

b. Setelah tingkah laku dikenal pasti, pemerhatian dan merekodkan tingkah laku haruslah dibuat
oleh guru.

2. Memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan

a. Guru hendaklah memilih tingkah laku yang dirasakan perlu diubah terlebih dahulu mengikut
keutamaan.

3. Menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai


a. Guru juga harus mengenalpasti dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini.

4. Mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat

a. Guru haruslah menetapkan masa yang sesuai bagi melaksanakan sasaran yang telah ditetapkan.

5. Memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai

a. Setelah mengenal pasti tingkah laku yang hendak diubah, guru bolehlah memilih kaedah atau
strategi yang sesuai.

6. Menentukan ganjaran dan dendaan


a. Guru juga harus menentukan ganjaran sekiranya berlaku modifikasi tingkah laku terhadap
murid guru juga perlu hendaklah menentukan dendaan yang sesuai sekiranya modifikasi
tinghkah laku tidak berlaku.

b. Contoh ganjaran ialah shaping, token ekonomi, pujian.

c. Contoh dendaan ialah time out, pengasingan.

7. Menjalankan program

a. Program pengurusan tingkah laku boleh dilaksanakan setelah perancangan disediakan.

8. Melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala


a. Semasa program pengurusan tingkah laku dijalankan, guru bolehlah melakukan penilaian
secara berterusan ataupun jika tingkah laku itu berkurangan, guru bolehlah membuatnya secara
berkala.

9. Tindakan/ intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai)

a. Dari penilaian yang telah dijalankan, guru boleh membuat keputusan dimana jika tingkah laku
sasaran telah tercapai, maka modifikasi tingkah laku telah berjaya.

10. Memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih
(positif) dikekalkan atau ditingkatkan.

a. Guru harus memastikan tingkah laku negatif itu tidak akan berulang manakala jika sasaran
tingkah laku telah tercapai, guru haruslah mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku
positif i

1.4 KEPENTINGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN PERKAITANNYA DENGAN


TEORI-TEORI TINGKAH LAKU

Pengurusan tingkah laku merupakan satu aspek penting yang harus diketahui dan difahami oleh
setiap pendidik. Aspek ini penting kerana ramai guru menghadapi masalah untuk menangani
masalah tingkah laku murid-murid bermasalah pembelajaran. Apabila keadaan ini berlaku, guru
tidak dapat menyampaikan pengajaran dengan sempurna dan seterusnya boleh mengganggu
perasaan dan emosi guru yang akhirnya menyebabkan guru merasa begitu tertekan.

Pengurusan tingkah laku juga merupakan aspek penting yang perlu dijalankan kerana ia dapat
menjamin suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan afektif. Persekitaran yang kondusif dan
afektif ini akan menjamin pembelajaran yang lebih selesa.
Tingkah laku bermasalah sekiranya tidak diuruskan dengan bijak akan mengakibatkan kesan
yang lebih buruk di masa hadapan. Apabila seseorang murid itu sudah biasa dengan tingkah laku
bermasalah, situasi ini akan mengundang masalah dalam perhubungan sosial murid tersebut
dengan keluarga, rakan-rakan, guru dan juga masyarakat amnya. Seorang guru perlu bijak
merancang dan memilih kaedah yang paling sesuai untuk menguruskan sesuatu masalah tingkah
laku yang timbul.

Mengikut pendekatan teori tingkahlaku yang dipolopori oleh Pavlov, Thorndike dan Skinner
berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka mengaitkan
perhubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Setiap
rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan
rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain
akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Guru yang kurang daya
inisiatif dari segi strategi dan teknik pengajaran akan gagal untuk menarik dan meransang minat
murid-murid untuk mengikuti proses pembelajaran semasa di dalam bilik darjah. Ini akan
menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Ini menunjukkan bahawa teori ini berkait rapat
dengan perubahan tingkah laku murid.

Sekinner melalui Teori Pelaziman Operan Skinner (1953) telah menekankan tentang proses
pembiasaan dalam membentuk tingkah laku dan mengemukakan beberapa rumusan tentang
pembelajaran manusia. Menurut Skinner, pembelajaran berlaku melalui pelaziman dan
peneguhan positif pula merupakan rangsangan yang penting dalam menambahkan
kebarangkalian gerak balas pelajar. Oleh itu peneguhan positif perlu diberi dari semasa ke
semasa untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini sekaligus menjayakan proses
pengubahsuaian tingkah lau yang dijalankan. Manakala peneguhan negatif pula membawa kesan
yang tidak menyeronokkan dan pelajar akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini.
Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting
untuk mencapai kejayaan.

Melalui teori Skinner ini, pendekatan yang boleh digunakan dalam proses pengubahsuaian
tingkah laku ialah dengan memberi ganjaran dan peneguhan kepada murid. Dengan ganjaran dan
peneguhan yang bersesuaian, diharapkan dapat menghapuskan tingkah laku bermasalah yang
ditunjukkan. Pendekatan inilah yang telah saya guna pakai semasa saya menjalankan program
pengurusan tingkah laku ke atas murid-murid pendidikan khas di sekolah saya.
http://mycikguprihatin.blogspot.my/2012/08/konsep-dan-jenis-jenis-tingkah-laku.html
MASALAH TINGKAH LAKU

Definisi Tingkah Laku

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur, dinilai
dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara
sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang
berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti,
aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang
melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada
dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh
individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep
kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan
agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan
kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.
Masalah tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di
mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan
keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran.
Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif
ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar,
proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga
iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.
Definisi Tingkah Laku Bermasalah
Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku tidak boleh menyesuaikan dirinya
dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini
menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya
dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai
"abnormal behavior" iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat.
Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai,
dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.
Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai
tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H Woody di
dalam bukunya berjudul ‘ The School and the Behaviour Problem Child ‘ menyatakan
semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam.
Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana
pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka
untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah
laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan
pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah boleh berupa
negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan
yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru
mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar
strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta
berkesan.

Tingkah Laku Positif


Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang
baik untuk perkembangan mereka. Dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan
lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam meransang pemikiran kanak-
kanak. Hal ini amat penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin
tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan
kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.
Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan
memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Guru tidak
perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru cuma
perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang
proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan
kanak-kanak hyperaktif. Kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka
melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-
kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru
harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.

Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah Positif


Tingkah laku ingin tahu merupakan salah satu tingkah laku bermasalah positif. Kanak-
kanak yang mempunyai masalah tingkah laku ini mempunyai sikap ingin tahu yang
tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Walaupun secara umumnya perlakuan
tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid,
namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran
yang sedang berlaku. Sebagai contoh kes yang berlaku di sekolah, murid A yang
berperilaku ingin tahu yang keterlaluan akan menyebabkan murid A itu suka bertanya
tidak putus - putus sehingga mengganggu proses penerangan sesuatu topik yang
dipelajari semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku . Murid lain yang
sedang cuba memahami atau memberi fokus terhadap sesuatu topik pembelajaran dan
memerlukan kosentrasi serta suasana yang kondusif turut mengalami gangguan dari
murid A.
Tingkah laku cepat belajar merupakan tingkah laku positif yang membawa maksud
cepat menangkap atau ‘catch up’ sesuatu perkara yang baru dipelajari. Kanak-kanak
tingkah laku cepat belajar dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat. Tingkah
laku cepat belajar menyebabkan ketidakseimbangan dalam proses pembelajaran yang
sedang berlangsung. Apabila berlaku perlakuan murid seperti ini, gangguan emosi akan
berlaku dan bukan sahaja gangguan terhadap murid dalam kelas itu sendiri, malah guru
juga turut akan menerima kesannya. Perkara yang dapat dilihat ialah, murid yang
bermasalah ini akan cuba untuk memperkatakan perkara yang mereka fahami dalam
topik yang sedang diajar oleh guru. Hal ini menyebabkan murid-murid lain yang sama
kelas kehilangan minat untuk belajar kerana berasa rendah diri melihat rakan sekelas
telah mempunyai pengetahuan yang lebih dalam topik itu selain lebih berminat bertanya
murid tersebut berbanding guru yang sedang mengajar.
Tingkah laku positif yang lain termasuklah tingkah laku pintar cerdas. Kanak-kanak
sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir. Murid pintar cerdas
bukan sahaja ada di sekolah aliran perdana namun ianya juga ada di aliran pendidikan
khas masalah pembelajaran. Walaupun majoriti murid pendidikan khas masakah
pembelajaran adalah murid yang berkeperluan khas namun ada sebahagian daripada
murid-murid ini yang pintar cerdas. Pertanyaan, mengganggu,dan menjawab soalan
sering berlaku sehingga menganggu proses pembelajaran dan pengajaran seperti
aliran perdana. Murid yang menjadi pintar cerdas ini adalah murid yang mengalami
masalah lembam kerana di dalam kalangan murid pendidikan khas ini merekalah yang
lebih berpengetahuan sikit, cuma kurang daya ingatan.
Selain itu, tingkah laku positif juga merangkumi tingkah laku proaktif. Kanak-kanak
sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-
kawan yang lain. Mereka sentiasa aktif dan bertindak dengan penuh semangat. Mereka
mempunyai naluri ingin tahu yang terlalu tinggi dan kurang sabar. Murid-murid ini
bersifat demikian adalah kerana inginkan perhatian yang lebih daripada guru yang
mengajar, malah murid ini juga cuba mengganggu rakan mereka dan menyebabkan
rakan terasa terpinggir dan malu untuk menonjolkan diri ketika di dalam kelas.

Tingkah Laku Bermasalah Negatif


Tingkah laku bermasalah negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu
memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas. Kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku negatif bukan sahaja suka
mengganggu rakan lain malah seriang memberontak dalam kela.
Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata
iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang
bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk
dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut.
Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini
biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak
yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak,
suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-
rakan yang lain.
Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami
emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang
rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga
aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak
yang mempunyai tingkah laku pergantungan.

Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah Negatif


Tingkah Laku yang Menghalang
Tingkah laku yang menghalang (bergantung) merupakan tingkah laku negatif yang
boleh membahayakan diri. Antara ciri-ciri tingkah laku menghalang ialah kanak-kanak
sering di bawah kebimbangan. Kanak-kanak sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi
bimbang, tiada keyakinan diri.
Selain itu, kanak-kanak tersebut mempunyai pergantungan lebihan terhadap seseorang.
Mereka terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu
bapa atau orang yang rapat dengannya. Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk
membuat keputusan sendiri kerana memiliki pendirian yang kurang tegas dan tiada
tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak mendapat perlindunganyang terlalu
melampau dan sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan kanak-kanak itu menjadi
kurang yakin dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan.
Kanak-kanak bertingkah laku menghalang akan sentiasa mengundurkan diri. Mereka
malu untuk menunjukkan kebolehan diri, teragak-agak untuk memberi pendapat atau
idea dan tidak yakin pada kebolehan diri. Mereka sering menggangap orang lebih baik
dari dirinya padahal mereka sendiri sebenarnya mempunyai kebolehan tersebut.
Pengasingan diri juga merupakan salah satu ciri kanak-kanak bertingkah laku
menghalang. Mereka tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan.
Mereka mempunyai sikap rendah diri yang terlalu tinggi dan mempunyai perasaan malu
pada kawan-kawan.

Tingkah Laku yang Mengganggu


Tingkah laku yang mengganggu atau disruptif merupakan tingkah laku yang boleh
membahayakan orang lain. Hiperaktif merupakan salah satu ciri kanak-kanak
bertingkah laku mengganggu. Mereka berkelakuan atau bertingkah laku yang tersangat
agresif.
Di samping itu, kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku ini berkelakuan
nakal. Mereka suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan
sekelas. Mereka suka membuat bising, menganggu ketenteraman bilik darjah dan
banyak bercakap.
Kanak-kanak bertingkah laku mengganggu suka bergerak sesuka hati. Mereka suka
keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi
pembelajaran berlaku dan melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa.
Selain itu, mereka suka ketawa kuat, mereka akan ketawa dengan suara yang nyaring
dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya. Mereka juga akan
bersikap agresif secara lisan atau fizikal. Mereka menggunakan kata-kata kasar, lucah,
kurang ajar, tidak sopan.

Tingkah Laku Anti Soaial


Tingkah laku anti sosial atau distruktif merupakan tingkah laku yang boleh
membahayakan diri, sekolah dan masyarakat. Kanak-kanak yang bertingkah laku anti
sosial akan mempunyai permusuhan nyata. Mereka suka bergaduh, berlawan,
bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.
Ciri-ciri tingkah laku anti sosial termasuklah vandalisme. Mereka suka merosakkan
harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau
tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di
dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja.
Selain itu, mereka akan menyertai kumpulan liar, iaitu terlibat dengan kumpulan tidak
bermoral.Mereka akan mempunyai hubungan dengan beberapa orang
yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak
baik. Geng juga akan wujud disebabkan oleh tingkah laku bermasalah negatif ini.
Mereka menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau
digeruni oleh murid-murid lain ,Mereka bertindak membuli atau menakut-nakutkan
murid-murid lain.
Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah.
Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku
murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit
jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi
masalah besar pada peringkat akan datang.

Punca-punca Masalah Tingkah Laku


Pengaruh Genetik atau Baka
Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka
genetik. Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal
sepenuhnya. Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ).
Teori ini menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam
menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya.
Masalah tingkah laku boleh dipengaruhi oleh faktor biologi seperti baka. Contohnya,
sifat introvert atau ekstrovert, pantulan dan ketakutan, cepat atau murah marah, selalu
berasa tegang dan bimbang. Baka juga merupakan satu faktor yang mempengaruhi
perkembangan aspek fizikal seseorang. Sekiranya ibu bapa berbadan gemuk,
kemungkinan besar anak mereka juga berbadan gemuk. Kanak-kanak yang gemuk
akan berasa malu dan menjadi pendiam. Mereka tidak mahu bergaul dengan rakan-
rakan kerana takut diejek dan sebagainya.
Perkembangan mental seseorang banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecergasan
tinggi atau rendah biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu
bapanya. Sekiranya ibu bapa mempunyai kecerdasan yang rendah, mereka akan
mempunyai anak-anak yang lemah kecerdasannya. Hal ini akan menyebabkan
timbulnya rasa rendah diri, mengasingkan diri dan terbelakang dari rakan sebaya.

Faktor Diri
Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap
perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana
mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar,
iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.
Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran
tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan
hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran
mereka.
Kanak-kanak bagaikan kain putih dan tidak dapat membezakan baik dan buruk. Kanak-
kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi perlakuan dan
percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat mempengaruhi tingkah
laku kanak-kanak. Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap
perkembangan tingkah laku kanak-kanak.
Selain itu, kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila mereka
menonton atau membaca. Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang
mereka lihat sama ada melalui surat khabar, televisyen, filem yang dilakonkan oleh
pelakon-pelakon dan meniru aksi apa yang ditonton.
Sesetengah kanak-kanak kekurangan keyakinan diri dalam melakukan sesuatu. Mereka
takut untuk mengemukakan idea mereka atau menunjukkan bakat mereka. Mereka
berasa diri mereka kurang baik dan takut sekiranya mereka melakukan kesilapan.
Mereka takut diejek oleh rakan-rakan mereka dan lebih suka untuk mengasingkan diri
daripada kumpulan.

Faktor Keluarga
Faktor kekeluargaan pula boleh dilihat melalui tingkah laku ibu bapa, penceraian dan
kesibukan bekerja. Gabarino, Gattman & Sealey et. Al (1986) mengkategorikan lima
tingkah laku ibu bapa yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak iaitu penolakan,
pengasingan, menakutkan, sikap tidak peduli dan merasuah fikiran. Jika salah satu
daripada tingkah laku ini dilaksanakan di rumah, kanak-kanak didedahkan dengan
suasana yang tidak sihat sehinggakan anak-anak hidup dalam suasana keji-mengeji
dan kutuk-mengutuk sebagai kebiasaan dalam hidup seharian mereka.
Penceraian juga boleh menyebabkan tingkah laku bermasalah kanak-kanak terjadi.
Sekiranya kanak-kanak yang sentiasa hidup dalam kancah rumah tangga yang sering
kali bercerai, maka tidak sempurna kehidupan mereka dan mempunyai risiko yang
tinggi mendapat gangguan emosi pada masa akan datang. Kanak-kanak yang
terganggu emosinya lebih sering mengeluh sakit seperti demam,sakit tekak, sakit perut
dan sebagainya.Seseorang akan merasa marah terhadap ibu bapanya kerana bercerai
dan dia melepaskan perasaan marahnya itu melalui perubahan sikap mendadak. Dia
menjadi degil, bersikap panas baran, bertumbuk dengan budak-budak lain, mencuri,
ponteng sekolah, bercampur dengan kumpulan budak-budak nakal dan menghisap
rokok. Dia menjadi penyedih dan tidak suka bergaul, asyik menyendiri, menangis
seorang diri, tidak tidur lena malam dan kelihatan malas.
Kesibukan mencari rezeki menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai masa berkualiti
dengan anak-anak. Anak-anak akan terasa diabaikan oleh ibu bapa mereka dan tidak
merasai kasih sayang di rumah. Mereka akan cuba untuk membuat sesuatu untuk
menarik perhatian ibu bapa. Kadang-kala, ibu bapa yang mengalami tekanan dalam
pekerjaan akan melepaskan geram ke atas anak mereka. Hal ini turut memberikan
kesan negatif kepada anak-anak mereka.

Faktor Sekolah
Marimuthu (1980) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga
yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan generasi muda.
Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan
bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak
berdispilin. ( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977). Menurut Dunhill (1965) mendapati
keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menimbulkan disiplin
kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan
murid.
Suasana persekitaran sekolah yang kurang konduksif akan menyebabkan masalah
tingkah laku. Contoh suasana sekolah yang kurang konduksif termasuklah berhampiran
kawasan pembinaan, jauh dari bandar, terpencil dan tiada kemudahan asas. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran membosankan seperti alat bantu mengajar yang tidak
menarik, cara penyampaian guru yang monotone dan sukar difahami oleh murid turut
mengakibatkan berlakunya masalah tingkah laku. Keadaan pembelajaran kelas yang
tidak dikelolakan dengan baik akan menyebabkan murid bosan dan tidak dapat
menumpukan perhatian dengan minat terhadap mata pelajaran yang diajar.
Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif akan menyebabkan murid berasa kurang
selesa. Antaranya termasuklah bilik darjah yang kotor, kawasan sekolah yang kotor,
tiada perhiasan atau kemudahan untuk murid. Pengurusan sekolah bercorak autokratik
seperti guru yang terlalu garang, disiplin yang terlalu ketat, selalu menggunakan kaedah
hukuman atau dendaan, perkhidmatan kaunseling yang tidak mencukupi menyebabkan
murid-murid memberontak dan tidak ingin diletak di bawah kawalan yang ketat ini.
Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian sekolah juga merupakan
salah satu faktor. Murid hanya mengikut arahan tanpa bantahan, maslah murid tidak
didengari atau diambil perhatian, tiada kompromi dari guru. Penilaian negatif
mewujudkan permusuhan nyata oleh murid dan melepaskan geramnya dengan
membalas dendam.

Ciri-Ciri Masalah Tingkah Laku


Ciri-ciri kanak-kanak masalah tingkah laku termasuklah berkelakuan nakal. Nakal
merujuk bagaimana individu itu berkelakuan lincah, tidak duduk diam atau sentiasa
melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di
sekelilingnya. Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat bising di
dalam bilik darjah, murid tidak duduk diam di tempatnya, murid suka berjalan-jalan di
dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan menganggu kawan-kawannya
yang lain dan gemar bermain-main semasa proses pembelajaran berlaku.
Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman dengan
teguran, amaran atau dendaan. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu
sahaja apabila didenda , ditegur atau dimarah. Apabila sudah tidak ditegur atau
dimarah atau diingatkan oleh guru, kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai
asalnya. Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai
alasan daripada dimarahi, didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap
nakal di dalam kelas.
Pengasingan diri juga merupakan salah satu ciri murid bermasalah tingkah laku. Murid
yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawan-
kawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya
di satu sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai
beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna, merasai
kekurangan dari segi material berbanding rakan-rakan lain, sikap dari diri individu itu
sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi atau dalaman. Kemungkinan,
murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi
hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau bilangan adik beradik yang kecil.
Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi.
Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah
keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya berwajah
murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang memberi
penumpuan atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau
mengelamun ketika belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat
langsung untuk belajar.
Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk
dan juga merupakan sejenis masalah tingkah laku. Antara perlakuan buruk ini
termasuklah menconteng dinding menggunakan objek (pensel, pen atau marker ). Bagi
yang tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan mudah
bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Selain itu, tabiat suka mematahkan atau
merosakkan pam tandas sekolah juga semakin berleluasa. Ada juga murid yang
mencabut batang paip tandas sekolah. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid
yang suka merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat
di dalam kelas.
Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-sebab murid melakukan
‘vandalism‘. Di antaranya ialah mahu membalas dendan terhadap sekolah, suka melihat
benda itu hancur, hendak menunjukkan kekuatan atau kelebihan, dan keadaan terbiar
tanpa pengurusan dari guru semasa di dalam bilik darjah.
Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas termasuklah mula berjalan dan bercakap lebih awal
dari kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi mereka sudah menunjukkan kebolehan
menyusun perkataan dan frasa yang bermakna.Mereka mungkin lebih besar, lebih kuat
daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya dan dalam ukuran tertentu
mereka biasanya adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan otot dan
perkembangan paru-paru. Kanak-kanak pintar cerdas boleh menarik perhatian ibu bapa
dengan menunjukkan gaya, tidak semestinya di hadapan pelawat yang datang ke
rumah atau penonton. Gaya diri yang luar biasa mungkin satu dari tanda luar biasa
kanak-kank pintar cerdas.
Selain itu, mereka akan menunjukkan minat pada masa lebih awal. Mereka bercakap
mengenai masa seperti semalam, hari esok, hari ini, hari-hari dalam seminggu, waktu
ini dan waktu itu, kalender dan jam pada peringkat umur yang awal. Ini menunjukkan
kesedaran pada dirinya berkaitan dengan masa. Kanak-kanak pintar cerdas menpunyai
berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan ingin tahu dari segi intelek
yang luas dan cepat berkembang. Mereka selalunya telah belajar membaca sebelum
memasuki alam persekolahan. Kanak-kanak itu dikatakan telah mempunyai minat
membaca yang lebih awal. Mereka mempunyai kebolehan membaca yang tinggi
berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan dirinya.
Di samping itu, mereka mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak
lain. Mereka dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah dan hanya
memerlukan sedikit penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari guru. Meraka
mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubu dari guru dan pandai
menggunakan masa dengan berfaedah. Mereka juga boleh menyesuaikan apa yang
dipelajari dengan menggunakan situasi lain. Pemindahan idea datang dengan begitu
pantas sekali.
Murid bermasalah tingkah laku ingin tahu ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat
tinggi dari perkara besar hingga sehalus kuman. Guru pun boleh lemas dan letih
menjawab pertanyaan murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang terlalu tinggi.
Adakalanya soalan yang dikemukakan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran tetapi
perasaan ingin tahu lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan sehingga boleh
merimaskan guru untuk menjawabnya. Murid-murid lain di dalam kelas hanya
termanggu-mangu menanti jawapan dari guru. Sedikit sebanyak sikap murid sebegini
boleh mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku yang lain
termasuklah bercakap besar, suka melakukan kegiatan negatif seperti mencuri dan
menghisap rokok. Selain itu, mereka juga suka menyakiti hati orang, tidak mendengar
arahan dan membantah. Mereka bersikap panas baran dan selalu risau berkenaan
dengan perkara remeh. Kanak-kanak bermasalah tingkah laku juga tidak menyiapkan
tugasan yang diagihkan oleh guru. Mereka juga mudah menangis, cerewet dan selalu
berbohong.
Keperluan Kanak-Kanak Masalah Tingkah Laku
Kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa amat penting dalam mendidik
kanak-kanak bermasalah tingkah laku. Adalah amat penting bagi sesebuah keluarga
hidup dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang. Walaupun setiap
keluarga berbeza dari segi latar belakang dan budaya, aspek kasih sayang perlu wujud
dan menjadi keutamaan. Kanak-kanak itu perlu mengetahui bahawa diri mereka
disayangi. Mereka perlu tahu bahawa kasih sayang yang diterima tidak bersyarat dan
tidak bergantung kepada kesalahan ataupun kesilapan yang mereka lakukan.
Sering kali, dalam sesebuah keluarga, wujud keadaan di mana salah seorang anak
berasa mereka kurang atau tidak disayangi oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lain,
mereka meletakkan kegagalan pencapaian mereka sebagai salah satu sebab mengapa
mereka tidak disayangi. Di samping itu juga, terdapat kanak-kanak yang merasakan
mereka mendapat kurang kasih sayang disebabkan diri mereka yang kurang menyerlah
dari segi kebolehan berbanding adik beradik yang lain.
Dalam situasi sebegini, kanak-kanak perlu diyakinkan bahawa kasih sayang yang
diterima tidak bergantung kepada pencapaian atau kegagalan mereka. Mereka perlu
tahu bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-
masing dan segala kekurangan atau kegagalan perlulah diterima seadanya. Kasih
sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa dan ahli keluarga akan dapat membantu
kanak-kanak yakin terhadap diri sendiri dan berasa diri mereka dilindungi.
Selain itu, kanak-kanak perlu diberi peluang bermain dengan kanak-kanak lain dan
rakan sebaya. Dalam membesarkan kanak-kanak, ada ketikanya ibu bapa terlupa
kanak-kanak perlu diberi masa untuk bermain. Dalam mengejar arus pemodenan masa
kini, ibu bapa lebih memberi penekanan kepada pencapaian akademik sehingga ada
ketikanya kanak-kanak langsung tiada masa bermain atau beriadah. Kerap kali ibu
bapa mengucapkan kata-kata seperti “Kamu asyik nak main sahaja” atau ”Baca buku
itu, jangan main” tanpa menyedari kepentingan bermain bagi kanak-kanak.
Sekiranya kanak-kanak asyik dipaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak disukai dan
peluang untuk mereka bergaul dangan rakan sebaya mereka dikurangkan, kanak-kanak
mungkin akan bersifat mengasingkan diri dan tidak berani untuk bergaul dengan orang
lain. Peluang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak untuk bermain sama ada
sendirian atau dengan kawan-kawan secara berkumpulan. Dengan itu, kanak-kanak
tidak akan terasa tertekan dengan kehidupan. Mereka dapat melepaskan tekanan di
samping berkenalan dengan kawan baru.
Bermain merupakan suatu elemen penting dalam kehidupan kanak-kanak dan sama
pentingnya dengan keperluan lain seperti belajar, makan dan tidur. Bermain mengajar
kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain serta dapat memupuk kemahiran bersosial
seperti berkawan, mengawal diri, berkongsi dan bertoleransi. Bermain juga membantu
kanak-kanak memupuk kreativiti dan menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Sewaktu
bermain, kanak-kanak bebas untuk berlari, ketawa dan menjerit dan ini dapat
membantu pernafasan dan menggalakkan mereka meluahkan perasaan. Pada masa
yang sama bermain bersama rakan-rakan akan juga membantu kanak-kanak mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan diri mereka dan mempelajari cara bermain dengan betul.
Apabila bermain dengan rakan sebaya, kanak-kanak biasanya berasa selesa dan ini
membantu meningkatkan keyakinan diri. Dalam mengharungi kehidupan masa kini, ada
juga sesetengah ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka bermain
dengan rakan sebaliknya membiarkan menonton televisyen, melayari Internet atau
bermain ”video game” tanpa pemantauan dengan alasan tidak mahu anak keluar dari
rumah. Amalan ini tidak sepatutnya berlaku. Ibu bapa seharusnya memastikan masa
menonton dihadkan dan memilih rancangan yang sesuai untuk ditonton supaya kanak-
kanak tidak terpengaruh dengan perlakuan negatif dari televisyen dan permainan video.
Ibu bapa perlu bermain dengan kanak-kanak dan melakukan aktiviti bersama. Ini dapat
memberi peluang kepada ibu bapa berinteraksi dan berkongsi pendapat bersama anak-
anak.
Di samping itu, kanak-kanak perlu diberi peluang membina keyakinan dan harga diri.
Sebagai kanak-kanak, mereka seharusnya dibimbing untuk mencuba aktiviti baru
mengikut kebolehan mereka. Di peringkat kanak-kanaklah mula terbentuk personaliti,
keyakinan dan harga diri jika diberi bimbingan yang baik. Harga diri terbentuk apabila
kanak-kanak belajar menilai diri, menyayangi diri sendiri menghormati diri sendiri dan
orang lain. Bagi mencapai kejayaan dalam sebarang bidang yang diceburi, kanak-
kanak semestinya mempunyai harga diri dan keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan dan
harga diri boleh dibentuk dengan beberapa cara antaranya memberi pujian sekiranya
berjaya dalam perkara yang dilakukan dan galakan untuk mencuba lagi sekiranya
menghadapi kegagalan. Ibu bapa perlu memberi pujian kepada anak-anak sekiranya
mereka telah berbuat sesuatu perkara yang baik. Dengan cara ini, kanak-kanak akan
merasa diri mereka dihargai dan disayangi.
Kanak-kanak juga mempunyai perasaan. Kata-kata seperti ”Syabas” dan ”Tahniah”
adalah antara kata-kata yang boleh menyuntik semangat kanak-kanak untuk berusaha
dengan lebih gigih dan meningkatkan harga diri mereka. Sekiranya ibu bapa atau orang
dewasa mengeluarkan kata-kata yang negatif seperti ”Kenapa bodoh sangat?” ”degil”
dan ”tidak pandai”, ini akan menyebabkan kanak-kanak berasa rendah diri. Elakkan dari
mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan dan menyindir bila kanak-kanak melakukan
kesilapan. Mereka akan mempunyai perasaan takut untuk berbuat kesilapan dan
membesar dengan mempunyai harga diri yang rendah. Selain itu, kanak-kanak perlu
dibimbing untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan keupayaan mereka. Mereka perlu
diberi dorongan dan bimbingan dalam menentukan matlamat dan cita –cita. Ibu bapa
mestilah mampu berbincang dan mengakui kesilapan sendiri bila berbuat silap. Ini akan
membantu mereka menghargai kejujuran dalam membentuk sifat-sifat terpuji semasa
membesar.
Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang selamat, tenteram dan terjamin. Bagi
menjamin tumbesaran dan perkembangan mental yang sihat, persekitaran di mana
kanak-kanak itu tinggal perlulah selamat. Kanak-kanak memerlukan kasih sayang dan
perlindungan daripada keluarga mereka. Bgi memastikan kanak-kanak ini membesar
dengan penuh keyakinan, kanak-kanak perlulah berada dalam persekitaran fizikal dan
emosi yang selamat dan menggalakkan bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti
seharian. Tidak kira persekitaran itu di rumah, sekolah, pusat jagaan, pusat
pembelajaran dan taman permainan kanak-kanak, kawasan tersebut perlulah
dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang boleh menghalang berlaku kecederaan
dan pencabulan hak kanak-kanak. Keselamatan yang dimaksudkan ini tidak tertakluk
kepada keselamatan fizikal tetapi turut merangkumi keselamatan emosi.
Sesebuah keluarga yang berdepan dengan konflik boleh mempengaruhi kesihatan
mental kanak-kanak. Ibu bapa yang sering bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat
dan memaki hamun boleh menyebabkan kanak-kanak berasa keliru, sedih dan sentiasa
menyalahkan diri mereka sendiri akibat dari apa yang berlaku kepada ibu bapa. Kanak-
kanak yang menghadapi situasi sebegini akan menjadi sukar bersuara pasif serta tidak
tegas diri. Kanak-kanak ini menjadi takut untuk menyuarakan keinginan dan perasaan
mereka sendiri. Persekitaran yang ceria akan membantu kanak-kanak menjadi cergas,
aktif, berani bersuara dan menyatakan pendapat tanpa perasaan takut dan bimbang.
Seperkara lagi, kanak-kanak memerlukan bimbingan dan disiplin sewajarnya dari ibu
bapa, guru dan penjaga. Sekiranya kanak-kanak melakukan kesalahan, mereka perlu
didisiplinkan . Keluarga dan masyarakat bertanggungjawab untuk memberikan
bimbingan dan disiplin sewajarnya kepada kanak-kanak. Dalam mendisiplinkan anak-
anak, ibu-bapa perlu memberi teguran yang konsisten. Sekiranya mereka melakukan
kesalahan, hukuman perlu diberi. Walau bagaimanapun, hukuman fizikal seperti
merotan, memukul dan menampar akan menyebabkan kanak-kanak memberontak dan
menjadi lebih agresif.
Hukuman yang diberi perlu mengajar mereka mendisiplinkan diri sendiri seperti
hukuman mendenda mereka melakukan kerja rumah, tidak membenarkan mereka
keluar rumah untuk bermain (grounded), berdiri menghadap dinding (time-out), atau
memotong wang perbelanjaan bertujuan mengajar memperbaiki diri dan ke arah
kebaikan. Anak-anak perlu diterangkan mengapa mereka dihukum. Ketegasan ibu bapa
diperlukan dan anak-anak perlu diberitahu bahawa kemarahan hanya pada tingkah laku
mereka dan bukan pada diri mereka.

Pengurusan Tingkah Laku


Terdapat empat perkara asas yang amat penting dalam pengurusan tingkah laku.
Antaranya termasuklah peneguhan, hukuman, prompts dan kiu.
Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan kepada
tingkah laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan kekerapan
tingkah laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapat digalakkan
melalui amalan peneguhan.
Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas melakukan
sesuatu tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama adalah satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian kedua pula
menyatakan tentang satu konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut dan
bahagian ketiga adalah sebahagian hasil daripada tingkah laku yang kemungkinan tidak
berlaku lagi di masa akan datang. Hukuman juga merupakan pengawal tingkah laku
yang kuat. Hukuman boleh dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan
hukuman negatif.
Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan
pemberian satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif
adalah tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang
meneguhkan.
Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan individu
dalam melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau semasa
tingkah laku itu dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan stimulus.
Prompts respon adalah tingkah laku individu lain yang meransangkan respon yang
diperlukan. Antaranya adalah prompts lisan, gesture, tunjuk cara dan fizikal. Manakala
prompts stimulus pula melibatkan perubahan, penambahan atau penarikan
pada stimulus. Ini adalah bertujuan untuk memastikan respon yang betul diperolehi.Kiu
adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek atau konsep yang
relevan dengan objek atau konsep yang lain. Contohnya, guru membezakan suku kata
dengan mengunakan warna merah dan warna hitam. Hal ini akan membantu murid
untuk membezakan suku kata pertama dengan suku kata kedua di samping dapat
memudahkan proses bacaan.
http://kellytan940302.blogspot.my/p/definisi-tingkah-laku-tingkah-laku.html
Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas sebelum program pengurusan
tingkah laku dilaksanakan, iaitu;

• Setiap murid adalah unik


• Tiada satu cara berkesan dalam semua
keadaan bagi semua murid
• Proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya
berkaitan dengan keperluan dan kehendak
murid. Ini adalah disebabkan bahawa aspek
kognitif, afektif dan psikomotor murid saling
berkait.
Soalan
Cara-cara Mengenal Pasti Murid yang Bermasalah Tingkah Laku
Soalan
CARA-CARA GALAKKAN
TINGKAH LAKU POSITIF
PENGURUSAN DIRI
1. Membolehkan pembelajaran yang efektif dan memperoleh kemahiran hidup untuk berdikari
2. Mengajar tingkah laku yang diterima oleh masyarakat dan meningkatkan maruah murid
3. Mengurangkan beban kepada penjaga (khususnya ibu bapa)
4. Dapat menyesuaikan dirinya dengan orang lain supaya dapat inklusif dalam kegiatan masyarakat yang
biasa
5. Dapat meningkatkan kualiti hidup murid .

PN HARLINA BINTI HJ ISHAK


Pensyarah Akademik (PC)
Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Darulaman
Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku
1.6.1 Pengurusan Diri - Bertindak balas kepada kehendak semula jadi kanak-kanak yang memerlukan
perhatian dan penerimaan
1.6.2 Pendidikan - Membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
1.6.3 Sosialisasi - Mengurangkan kemungkinan kanak-kanak memperlihatkan tingkah laku kurang baik
dalam usaha mendapatkan perhatian.

PENDIDIKAN
Pengurusan tingkah laku merupakan satu aspek penting yang harus diketahui dan difahami oleh setiap
pendidik. Aspek ini penting kerana ramai guru
menghadapi masalah untuk menangani masalah tingkah laku
murid-murid bermasalah pembelajaran. Apabila keadaan ini berlaku, guru
tidak dapat menyampaikan pengajaran dengan sempurna
dan seterusnya boleh
mengganggu perasaan dan emosi guru
yang akhirnya menyebabkan guru merasa begitu tertekan.
Pengurusan tingkah laku juga merupakan aspek penting yang perlu dijalankan kerana ia dapat
menjamin suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan afektif.
Persekitaran yang kondusif dan afektif ini akan menjamin pembelajaran yang lebih selesa.
SOSIALISASI
Tingkah laku bermasalah sekiranya tidak diuruskan dengan bijak akan mengakibatkan kesan yang lebih
buruk di masa hadapan. Apabila seseorang murid itu sudah biasa dengan tingkah laku bermasalah,
situasi ini akan mengundang masalah dalam perhubungan sosial murid tersebut dengan keluarga, rakan-
rakan, guru dan juga masyarakat amnya. Seorang guru perlu bijak merancang dan memilih kaedah yang
paling sesuai untuk menguruskan sesuatu masalah tingkah laku yang timbul.
KESIMPULAN
Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan murid yang bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab
pada diri, keluarga, institusi dan Negara
mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah
murid sendiri sudah memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
Para pelajar menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku terpuji.
Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa
menyalahi undang-undang.
Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak membuang masa dengan perkara-
perkara yang tidak perlu dilakukan
Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu melatih pelajar dengan
dengan nilai-nilai murni
‘At the heart of a disciplinary problem in the classroom is an educational failure by the school’
Mempraktikan strategi disiplin yang sesuai.

1. Mesra dan mudah didekati


2. Uruskan TL yang spesifik dan terkini
3. Bantu murid membuat penghakiman
nilai tentang TLnya
4. Buat perancangan perubahan TL
5. Dapatkan komitmen murid untuk
menjalankannya
6. Tindakan susulan untuk kesan
keberkesanannya
7. Jangan menghukum murid dengan
sikap negatif
Untuk menguruskan TL murid, kita perlu faham dan memenangi hati mereka terlebih dahulu.
Nak memenangi hati murid kita perlu:
Ilmu, keberanian, keikhlasan.

Tanya pada diri


B.C.K
Pendidikan
Renungan
Kita selalu meminta kanak-kakak menyesuaikan
diri dengan keadaan yang telah ditetapkan oleh
orang dewasa….. tetapi
kita jarang cuba memahami dan menyediakan
situasi yang bersesuaian dengan
perkembangan mereka.
GURU PERLU
MENERIMA KANAK-KANAK
SEADANYA
DAN DILAYAN DENGAN NORMA
KOMUNIKASI BAHAWA MEREKA
BERNILAI DAN BOLEH BELAJAR
“Tangan yang di atas amat penting untuk
memimpin tangan yang di bawah….. demi masa
depan anak-anak tercinta”