Anda di halaman 1dari 13

1. Rajah 1 menunjukkan keadaan sepohon pokok bunga.

Rajah 1
Manakah inferens yang munasabah bagi pokok bunga itu?
A. Pokok bunga itu tidak mendapat air yang mengcukupi.
B. Pokok bunga itu bergerak balas terhadap sentuhan.
C. Pokok bunga itu baru bercambah dari biji benih.
D. Pokok bunga itu sedang berhibernasi.

2. Afiq termakan bahan kimia ketika melakukan eksperimen di makmal


sekolah. Apakah yang perlu dilakukan olehnya sebagai tindakan
keselamatan awal?
A. Meludahkan bahan kimia itu dengan serta merta.
B. Berlari ke luar untuk mendapatkan udara segar.
C. Siramkan air ke seluruh badan.
D. Meminta pertolongan guru.

3. Antara yang berikut, yang manakah melanggar peraturan bilik sains.

A. Menjalankan uji kaji mengikut arahan guru


B. Membuang sampah ke dalam bakul sampah
C. Menghidu bahan kimia walaupun tidak disuruh oleh guru
D. Menyusun kerusi dan mengemas bilik sains sebelum keluar

4. Antara berikut, yang manakah bukan peralatan perlindungan diri semasa

menjalankan uji kaji?

A. Topeng gas
B. Sarung tangan
C. Kasut bertutup
D. Cermin mata keselamatan

1
5. Antara peralatan yang berikut yang manakah digunakan untuk
memerhatikan objek yang halus?

A C

B D

6. Rajah 2 di bawah menunjukkan satu peralatan sains.

Rajah 2

Apakah kegunaan peralatan sains ini?


A. Untuk menyukat isi padu cecair.
B. Untuk menyukat jisim spesimen.
C. Untuk memanaskan bahan kimia pepejal.
D. Untuk memegang alat radas semasa menjalankan eksperimen.

7. Mengapakah kita tidak dibenarkan bergurau di dalam bilik sains?


A. Kita tidak akan dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna.
B. Kita mungkin terjatuh atau terkena bahan yang berbahaya.
C. Kawan-kawan yang lain akan turut bergurau.
D. Kita akan kepenatan

2
8. Tinggi Afiq ialah 143 cm. Tinggi Ayie ialah 145 cm dan tinggi Kerol ialah 144
cm. Manakah graf yang betul tentang ketiga – tiga orang murid itu?
A. C.

Ketinggian Ketinggian

Afiq Ayie Kerol Afiq Ayie Kerol

B. D.

Ketinggian Ketinggian

Afiq Ayie Kerol Afiq Ayie Kerol

9. Apakah yang berlaku ketika proses menarik nafas?


A. Tulang rusuk bergerak ke dalam dan ke bawah
B. Udara keluar dari peparu
C. Peparu mengembang
D. Dada mengecut

10. Antara bahan perkumuhan berikut, yang manakah dikumuhkan melalui


peparu?
i. Wap air
ii. Urea
iii. Karbon dioksida
iv. Garam mineral
A. i dan ii
B. ii dan iii

3
C. i dan iii
D. iii dan iv
11. Antara berikut, yang manakah organ pernafasan manusia?
i. Hidung
ii. Jantung
iii. Peparu
iv. Trakea
A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. ii, iii dan iv

12. Rajah 3 di bawah menunjukkan proses pernafasan manusia

Rajah 3

Manakah aliran udara yang betul bagi rajah di atas.


A. Peparu  Trakea  Hidung
B. Hidung  Trakea  Peparu
C. Peparu  Hidung  Trakea
D. Hidung  Peparu  Trakea

13. Mengapakah kadar pernafasan semasa aktiviti cergas lebih tinggi?


A. Badan perlu bergerak lebih aktif.
B. Badan memerlukan lebih banyak udara.
C. Peparu lebih banyak menyedut gas karbon dioksida.
D. Waktu rehat adalah lebih baik berbanding waktu menjalankan
aktiviti.

4
14. Aktiviti manakah yang menyebabkan kadar pernafasan paling cepat?
A C

B D

15. Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan?


A. Gerak balas badan manusia terhadap ransangan luar.
B. Proses menarik dan menghembus nafas.
C. Proses penyingkiran tinja daripada badan manusia.
D. Proses penyingkiran bahan buangan dari badan.

16. Rajah 4 di bawah menunjukkan organ perkumuhan manusia.

Rajah 4

Apakah nama bagi organ tersebut?


A. Hati
B. Jantung

5
C. Perut
D. Ginjal
17. Apakah yang dimaksudkan dengan penyahtijaan?
A. Bahan makanan yang baik
B. Bahan makanan yang diserap oleh badan
C. Proses penyingkiran tinja melalui dubur
D. Proses penyingkiran bahan buangan

18. Bagaimanakah amalan segera ke tandas dapat membantu mengekalkan


kesihatan sistem pencernaan kita?
A. Organ pencernaan sentiasa kering dan kosong.
B. Toksik dan najis tidak sempat bertukar menjadi air.
C. Toksik dan najis tidak tersimpan lama di dalam badan.
D. Organ pencernaan boleh diisi dengan makanan dan minuman biru.

19. Antara berikut, manakah tabiat yang boleh merosakkan mata?


A. Melihat objek bewarna hijau.
B. Membaca buku pada waktu malam.
C. Menutup mata apabila disinari cahaya yang terik.
D. Bermain telefon bimbit pada jarak yang dekat.

20. Manakah pasangan rangsangan dan gerak balas yang betul?


A. Objek panas – memegang objek lebih lama
B. Bau makanan wangi – menutup hidung
C. Cuaca sejuk – menanggalkan pakaian
D. Bunyi yang kuat – menutup telinga

21. Manakah antara berikut merupakan contoh perwarisan manusia?


A. Kemampuan mengingati sifir matematik
B. Kemampuan memakan makanan pedas
C. Kemampuan menggulungkan lidah
D. Kemampuan menyelam

22. Pernyataan manakah yang tidak betul tentang pewarisan?


A. Kita mewarisi warna kulit daripada ibu bapa.
B. Kita mewarisi cara berjalan daripada ibu bapa.
C. Kita mewarisi keadaan rambut daripada ibu bapa
D. Rupa anak akan hampir seiras seperti ibu dan bapanya.
6
23. Apakah kesan daripada tabiat hidup yang buruk?
A. Boleh berfikir dengan waras
B. Mudah memberi tumpuan
C. Mahir dalam pergaulan
D. Mudah dihinggapi penyakit

24. Rajah 4 menunjukkan satu cara untuk mengganggar panjang sebatang


sudu.

Rajah 4
A. 2 batang mancis
B. 3 batang mancis
C. 4 batang mancis
D. 5 batang mancis

25. Rajah 5 menunjukkan satu tabiat yang mengganggu proses hidup.

Rajah 5

Apakah tabiat buruk yang ditunjukkan di atas?


A. Merokok
B. Makan makanan yang tidak seimbang
C. Minum minuman beralkohol
D. Penyalahgunaan dadah

7
26. Manakah tabiat yang boleh merosakkan deria pendengaran?
A. Menutup telinga apabila mendengar bunyi kuat.
B. Suka mendengar lagu yang berunsur negatif.
C. Suka membersihkan bahagia luar telinga.
D. Suka mendengar muzik dengan kuat.

27. Apakah organ pernafasan bagi ikan paus?


A. Spirakel
B. Kulit lembap
C. Peparu
D. Insang

28. Antara pasangan berikut, yang manakah betul?


A. Cacing – peparu
B. Udang – kulit lembap
C. Katak – insang
D. Semut – spirakel

29. Manakah haiwan yang bernafas melalui kulit lembap?


A C

B D

30. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang belalang tidak
mati walaupun kepalanya direndam ke dalam air selama beberapa minit?
A. Belalang boleh menahan nafas
B. Belalang ialah hidupan di dalam air
C. Belalang menggunakan insang untuk bernafas

8
D. Belalang bernafas melalui spirakel

31. Maklumat berikut adalah mengenai seekor haiwan.

 Haiwan ini tinggal di atas tanah


 Ia bernafas melalui kulit lembab
 Oksigen diserap dari udara
 Karbon dioksida dan air dibebaskan ke
udara

Apakah haiwan itu?


A. Cacing tanah
B. Katak
C. Lintah
D. Siput

32. Rajah 6 menunjukkan pengelasan bagi organ pernafasan haiwan.

Haiwan

P Q

Beruang Serigala Cacing Lintah

Rajah 6

Antara yang berikut, yang manakah mewakili P dan Q dengan betul?

P Q
A Peparu Insang
B Kulit Spirakel
C Peparu Kulit
D Kulit Peparu

9
33. Rajah 7 menunjukkan seekor ikan paus pembunuh.

Rajah 7

Antara yang berikut, yang manakah organ pernafasan bagi ikan paus
pembunuh?
A. Insang
B. Peparu dan kulit
C. Peparu
D. Spirakel

34. Rajah 8 menunjukkan tumbuhan yang berada di dalam sebuah kotak


berlubang dan diletakkan di bawah cahaya matahari.

Rajah 8

Apakah gerak balas tumbuhan itu?

A. Graviti
B. Cahay matahari
C. Air
D. Sentuhan

10
35.Rajah 9 menunjukkan satu penyiasatan.

Rajah 9

Antara berikut, yang manakah menerangkan gerak balas anak benih di


atas?

A. Akar bergerak balas terhadap graviti.


B. Pucuk bergerak balas terhadap sentuhan.
C. Akar bergerak balas terhadap sentuhan.
D. Pucuk bergerak balas terhadap cahaya matahari.

36. Apakah yang dimaksudkan dengan proses fotosintesis?

A. Proses tumbuhan memperoleh oksigen.


B. Proses tumbuhan menyingkirkan bahan buangan.
C. Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri.
D. Proses tumbuhan menambahkan bilangan spesiesnya.

37. X adalah sumber tenaga utama yang membolehkan proses fotosintesis


dijalani oleh tumbuhan hijau. Apakah X?
A. Air
B. Baja
C. Cahaya matahari
D. Udara

11
38. Persamaan di bawah menunjukkan proses fotosintesis.

39. Rajah 10 menunjukkan saling bergantungan antara tumbuhan dan manusia.

Rajah 10

Berdasarkan situasi di atas, pernyataan manakah adalah benar?

A. Tumbuhan memerlukan oksigen untuk menjalankan proses fotosintesis.


B. Manusia membebaskan oksigen semasa menghembus nafas.
C. Tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk menjalankan proses

12
fotosintesis.
D. Manusia dan tumbuhan tidak saling memerlukan antara satu sama lain.
40. Rajah 11 menunjukkan satu penyangkut pakaian.

Rajah 11

Antara berikut, yang manakah boleh digunakan untuk mengukur panjang

penyangkut itu?

A. Pembaris
B. Benang dan paku
C. Pembaris dan tali
D. Klip kertas dan pembaris

13

Anda mungkin juga menyukai