Anda di halaman 1dari 9

1.

Kita harus membuat keputusan yang bijak, adil serta ________________ apabila menghadapi
situasi di mana kita perlu membuat keputusan.

A. beremosi B. berat sebelah


C. bertoleransi D. bertanggungjawab

2. Pilih keputusan yang bijak.

A. Sharlini enggan mengikut rakannya ke kafe siber kerana ingin mengulang kaji pelajaran.
B. Rahim mengambil keputusan untuk ponteng kelas Matematik kerana tidak menghabiskan
kerja rumahnya.
C. Chan lebih seronok menonton televisyen daripada mengemas biliknya.
D. David mengambil keputusan untuk bermain mercun bersama rakan-rakannya sempena
perayaan Krismas

3. Serena mengambil pil ecstasy kerana pengaruh rakannya. Apakah kesan yang mungkin
dihadapi olehnya akibat tindakan tersebut?

A. Dapat melupakan masalah yang dihadapinya.


B. Boleh meningkatkan semangat untuk belajar.
C. Boleh merosakkan sistem saraf dan menyebabkan penyakit mental.
D. Dapat mengurangkan kebosanan yang dialaminya.

4. Keadaan di mana susah untuk membuat keputusan dipanggil…

A. dilema. B. gelisah.
C. masalah. D. gangguan perasaan.

5. Tabiat merokok akan memberi kesan berikut kepada kesihatan kecuali

A. memendekkan tempoh usia. B. menyebabkan penyakit bronkitis.


D. menyebabkan gangguan pada sistem
C. menyebabkan kanser paru-paru.
penghadaman

6. Pilih tindakan yang bersifat prihatin terhadap orang lain.

A. Merokok di perhentian bas.


B. Bercakap panjang di telefon awam.
C. Memakir kereta di petak khas orang kurang upaya.
D. Memandu mengikut had kelajuan di jalan raya.

1
7. Antara berikut yang manakah menunjukkan tindakan yang bertanggungjawab?

A. Membiarkan televisyen terpasang ketika sedang mandi.


B. Menghabiskan makanan tanpa memikirkan anggota yang belum makan.
C. Menggunakan pensel warna rakan dengan maksimum.
D. Membersihkan kelas tanpa disuruh oleh guru.

8. Keputusan yang manakah dikatakan keputusan yang bijak dan adil?

A. Keputusan yang hanya mementingkan diri sendiri.


B. Keputusan yang menguntungkan diri sendiri.
C. Keputusan yang mengambil kira kesan terhadap diri dan orang lain.
D. Keputusan yang memihak kepada individu yang disayangi.

9. Antara berikut, individu manakah yang bijak membuat keputusan?

I Zamri memohon jawatan wartawan kerana memiliki ijazah dalam bidang komunikasi.
II Ganesh yang mahir dalam subjek Sejarah dan Pengajian Am memilih jurusan undang-undang.
III Loh Kee Cheng yang mahir dalam judo menyertai kumpulan kongsi gelap.
IV Gerald menyertai kelas muzik kerana pandai bermain piano dan sitar.

A. I dan III B. I, II dan III


C. I, III dan IV D. I, II dan IV

10. Pilih keputusan dan kesan yang positif

Keputusan Kesan
A Ponteng kelas Dapat bermain permainan video.

B Hadir aktiviti Menambahkan ilmu

C Meniru jawapan ujian Mendapat markah yang tinggi.

D Menghisap rokok Mendapat vitamin yang cukup.

11. Setiap anggota keluarga bertanggungjawab dalam _____________ hubungan kekeluargaan.

A melekatkan B. memisahkan
C. mengeratkan D. merenggangkan

12. Kecemerlangan dapat meningkatkan maruah diri dan _________________.

A. jiran B. rakan
C. saudara D. keluarga

2
13. Yang manakah menggambarkan langkah keselamatan di rumah?

A. Menyimpan ubat dalam peti kecemasan.


B. Meletakkan penyembur serangga di belakang pintu.
C. Tidur dengan membiarkan lampu terpasang.
D. Membiarkan adik menyediakan minuman sendiri.

14. Antara berikut, individu manakah yang menjaga maruah diri dan keluarganya?

A. Zukhairi bercakap kuat dengan neneknya yang sudah tua.


B. Melati tidak mengendahkan kakaknya yang cacat penglihatan.
C. Danish tidak membuka pintu walaupun diketuk oleh jirannya beberapa kali.
D. Susmita berpakaian sopan ketika melawat datuknya di hospital

15. Kasih sayang merupakan _______________ yang lahir dari dalam diri seseorang terhadap
dirinya, orang lain dan persekitaran.

A. impian B. dilema
C. perasaan D. tanggapan

16. Kasih sayang ibu bapa merupakan sesuatu yang _____________ kerana mereka melindungi dan
menjaga keselamatan anak-anak mereka.

A. mulia B. mahal
C. murah D. dibentuk

17. Antara hari istimewa keluarga yang boleh diraikan bersama ialah ____________
I hari ibu dan hari bapa.
II ulang tahun kelahiran.
III ulang tahun perkahwinan.
IV Hari Kebangsaan

A. I, II dan III B. I, II dan IV


C. II, III dan IV D.I, II, III, dan IV

18. Perbuatan yang manakah boleh menaikkan imej keluarga?

A. Mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.


B. Keluar dengan rakan pada waktu malam.
C. Melibatkan diri dalam aktiviti lumba haram.
D. Berkelah bersama keluarga pada hujung minggu.

3
19. Antara berikut individu manakah yang menjaga pertuturan dan tingkah laku?

I Jay Jay meminta maaf kepada ibunya kerana memecahkan pasu bunga.
II Fakri mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang memasak makanan kegemarannya.
III Sarah tidur di atas sofa walaupun rakan ayahnya datang ke rumah.
IV Salman sentiasa memberi salam kepada orang yang lebih dewasa.

A. I, II dan III B. II, III dan IV


C. I, III dan IV D. I, II dan IV

20. Tindakan yang manakah tidak menunjukkan ibu bapa yang prihatin terhadap anak-
anaknya?

A. Menyediakan segala kemudahan pembelajaran kepada anak-anak.


B. Memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak.
C. Menumpukan perhatian kepada kerjaya tanpa mengambil berat tentang ahli keluarga.
D. Sentiasa membawa anggota keluarga makan angin.

21. Antara langkah-langkah yang berikut , yang manakah bukan merupakan langkah
pemeliharaan alam sekitar?

A. Menggunakan sumber tenaga B. Mewartakan taman negara


alternatif
C. Penghutanan semula D. Mengitar semula

22. Agensi yang manakah yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpul dan membuang
sisa-sisa pepejal secara mesra alam?

A. Alam Flora Sdn Bhd. B. Persatuan Pencinta Alam Malaysia


C. Institut Penyelidikan Perhutanan D. Jabatan Perhutanan Semananjung
Malaysia Malaysia

23. Yang berikut adalah aktiviti yang membawa kepada kemusnahan alam sekitar, kecuali…

A. Pembinaan petempatan di cerun bukit.


B. Pembukaan kawasan pertanian ladang.
C. Penebangan hutan berleluasa
D. Tidak melakukan pembakaran hutan dan pembakaran terbuka.

24. Pencemaran udara dan bunyi dapat dikurangkan melalui langkah yang berikut, kecuali…

A. penggunaan alat ‘catalytic converter’ untuk kenderaan


B. menggalakkan penggunaan kenderaan.
C. larangan pembakaran secara terbuka.
D.program kempen ‘Cintailah Sungai Kita’

4
25. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber alam yang tidak boleh dibaharui?

A. Air B. Hutan
C. Tanih D. Bahan api

26. Antara yang berikut, yang manakah kebaikan daripada program kitar semula?

I Dapat mengurangkan pengeluaran barangan yang membahayakan alam sekitar


II Menjimatkan kos dan tenaga yang digunakan
III Dapat menjimatkan penggunaan sumber alam
IV Dapat mengelakkan konflik antara manusia.

A. I, II dan III B. I, II dan IV


C. I, III dan IV D. II, III dan IV

27. Pencemaran udara akan menyebabkan masalah-masalah yang berikut, kecuali…

A. pedih mata B. sesak nafas


C. penyakit asma C. penyakit kanser

28.
Berlaku disebabkan ketidakstabilan lereng atau cerun tanah tinggi akibat beban
atau kandungan air dalam tanah yang berlebihan.

Penyataan di atas berkaitan dengan salah satu bencana alam. Apakah bencana alam
tersebut?

A. Tanah runtuh B. Kemarau


C. Banjir D. Ribut

29. Apakah faktor yang menyebabkan kepupusan flora dan fauna?

I Pembalakan II Pemburuan haram


III Berkongsi kereta dengan jiran IV Pembakaran hutan secara terbuka

A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II, III dan IV

30. Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan sebagai akibat kegiatan ekonomi terhadap
alam sekitar?

A. Penipisan lapisan ozon B. Kesan Rumah Hijau


C. Penyakit AIDS D. Hujan asid

5
31. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kemapanan alam sekitar?

A. Pengekalan keseimbangan alam sekeliling adalah tanggungjawab bersama untuk


kesejahteraan hidup.
B. Penghapusan keseimbangan alam sekeliling adalah tanggungjawab bersama untuk
Kesejahteraan hidup.
C. Pengekalan keseimbangan alam sekeliling adalah tanggungjawab kerajaan untuk
kesejahteraan hidup.
D. Menguasai kekayaan ekonomi melalui pengorbanan alam sekitar

32. Tumpahan minyak dari kapal laut akan menyebabkan pencemaran …

A. air B. udara C. tanah D. galian

33. Antara yang berikut, yang manakah punca-punca pencemaran udara?

I Pelepasan asap dari ekzos


II Penyemburan racun serangga
III Pembakaran bahan api di kilang
IV Pembuangan sisa cecair dari kilang

A. I, II dan III B. I, II dan IV


C. I, III dan IV D. II, III dan IV

34. Upacara minum teh sewaktu majlis perkahwinan diamalkan oleh kaum…

A. Melayu B. Cina C. India D. Bajau

35. Apakah yang dimaksudkan dengan adat resam?

A. Cara hidup yang menjadi amalan sesebuah masyarakat.


B. Peraturan dalam sesebuah masyarakat yang diamalkan secara turun-temurun.
C. Satu corak kehidupan yang berhubung kait dengan agama yang dianuti.
D. Satu pola kehidupan yang dianuti oleh seluruh masyarakat di sesuatu kawasan.

36. Apakah tanda yang menunjukkan bahawa seorang wanita masyarakat India telah
berkahwin?

A. Tali B. Thali C. Rantai D. Sari

6
37. Kaum manakah yang meraikan Pesta Kaamatan?

I Kadazandusun II Bajau III Bidayuh IV Murut

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

38. Persekutuan Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan…

A. dacing B. kuku besi


C. autokrasi berparlimen D. demokrasi berparlimen

39. Siapakah Ketua Negara bagi negara Malaysia:

A. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong B. Sultan


C. Perdana Menteri D. Ketua Menteri

40. Siapakah yang mengetuai Jabatan Perdana Menteri?

A. Senator B. Perdana Menteri


C. Setiausaha Negara D. Timbalan Perdana Menteri

41.
Berkuasa mendengar dan memutuskan sesuatu rayuan
daripada keputusan Mahkamah Rayuan

Maklumat di atas berkaitan dengan …

A. Mahkamah Tinggi B. Mahkamah Seksyen


C. Mahkamah Agung D. Mahkamah Rayuan

42. Antara pernyataan berikut, yang manakah maklumat jentera pentadbiran negara?

I Menjaga kestabilan negara


II Membawa kemakmuran kepada negara
III Mengenal dasar-dasar kerajaan yang disukai oleh pihak luar
IV Melaksanakan dasar kerajaan tanpa dihalusi

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

7
43. Tiap-tiap kementerian akan dipimpin oleh…

I seorang Menteri II Timbalan Menteri


III Setiausaha Parlimen IV Senator

A. I, II dan III B. I, II dan IV


C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

44. Apakah kementerian yang bertanggungjawab mengurus media massa dan maklumat
kerajaan?

A. Kementerian Sumber Manusia


B. Kementerian Penerangan
C. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
D. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

45. Bagaimanakah anda dapat memastikan keamanan negara Malaysia terpelihara?

A. Melibatkan diri dalam reformasi


B. Membocorkan rahsia negara kepada musuh
C. Menerima dan bertolak ansur dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa
D. Tidak melibatkan diri dalam program yang melibatkan kaum lain.

46. Apakah kesan kenaikan harga minyak kepada rakyat Malaysia?

I Harga barang naik II Kos hidup meningkat


III Rakyat akan menderita IV Rakyat menjadi miskin

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

47. Peperangan akan membawa …

I kemusnahan II penderitaan III kebahagian IV kebanggaan

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

8
48. Antara yang berikut, yang manakah bukan tugas dan peranan Pertubuhan Palang Merah
Antarabangsa dalam membantu orang awam dan mangsa semasa berlaku konflik
bersenjata?

A. Mencari mereka yang hilang akibat konflik


B. Melawat tawanan perang dan tahanan orang awam
C. Menyatukan keluarga yang terpisah
D.Mengadakan perjanjian perdamaian dengan negara yang terlibat dalam perang.

49. Bilakah masyarakat dunia menyambut Hari Keamanan Antarabangsa?

A. 16 Januari setiap tahun


B. 16 Februari setiap tahun
C. 16 Ogos setiap tahun
D. 16 September setiap tahun

50. Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB)?

I Menjaga keamanan dunia


II Menegakkan hak asasi manusia
III Mengatasi masalah pelarian
IV Mengawal perkembangan senjata moden

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

Anda mungkin juga menyukai