Anda di halaman 1dari 5

SMK SERI TEJA

31600 GOPENG, PERAK

KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT EKONOMI SPM 2018
PANITIA EKONOMI DAERAH KINTA SELATAN

1.0 PENGENALAN
Bengkel ini dilaksanakan untuk memenuhi keperluan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar
SPM. Melalui bengkel ini para pelajar akan didedahkan dengan teknik-teknik menjawab kertas 2 yang akan
disampaikan oleh ketua pemeriksa kertas SPM Ekonomi yang berpengalaman.

2.0 MATLAMAT
Mendedahkan para pelajar tentang teknik menjawab soalan kertas 2 dalam peperiksaan SPM

3.0 OBJEKTIF
1.1 Melatih para pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan cara yang betul menjurus kepada
kehendak soalan.
1.2 Mendedahkan para pelajar kepada soalan-soalan ramalan.
1.3 Menguji tahap kefahaman pelajar menjawab kertas 2

4.0 SASARAN
Bengkel ini disasarkan kepada pelajar Tingkatan lima di daerah Kinta Selatan.

5.0 PENCERAMAH
Pilihan ditetapkan oleh Panitia Ekonomi daerah Kinta Selatan

6.0 CADANGAN TARIKH PELAKSANAAN


Pilihan ditetapkan oleh Panitia Ekonomi daerah Kinta Selatan

7.0 TENTATIF PROGRAM


Di sediakan oleh Panitia Ekonomi daerah Kinta Selatan

8.0 JAWATANKUASA
Disediakan oleh Panitia Ekonomi daerah Kinta Selatan

9.0 ANGGARAN KOS


Pembayaran dilakukan setiap sekolah daerah Kinta Selatan
(Anggaan RM150.00 setiap sekolah-diambil dari sumber PCG mata pelajaran)

10.0 PENUTUP
Diharapkan program ini mampu meningkatkan kefahaman pelajar untuk menjawab dalam peperiksaan sebenar.
Kecuaian untuk menjawab dengan teknik yang baik merupakan satu faktor kegagalan pelajar dalam
peperiksaan. penganjuran.

1
SMK SERI TEJA
31600 GOPENG, PERAK

PROGRAM ESEI BERSAMA GURU

1.0 PENGENALAN
Program ini bertujuan memantapkan penulisan esei yang mampu memberikan markah dan
mengelakkan pelajar menghantar kertas kosong. semasa peperiksaan.Program ini dijalankan
semasa Pdpc.

2.0 MATLAMAT
Mendapatkan skor markah yang lebih baik

3.0 OBJEKTIF
1. Melatih para pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan cara yang betul menjurus
kepada kehendak soalan.
2. Menggalakkan pelajar sentiasa membaca
3. Buku teks dijadikan sumber rujukan “primer”

4.0 SASARAN
Pelajar 4 Ekonomi dan 5 Ekonomi

5.0 KAEDAH
1. Soalan esei diberikan kepada setiap kali PdPc dijalankan.
2. Setiap solan esei yang dikemukakan itu akan diberi panduan jawapan(rujukan muka
surat buku teks yang mengandungi jawapan berkenaan)
3. Setiap pelajar digalakkan dalam berpasangan mencari jawapan berdasarkan panduan
yang diberikan
4. Guru akan membuat penyemakan untuk mengesan /memantau murid menjawab soalan
tersebut.

6.0 CADANGAN TARIKH PELAKSANAAN


Mac hingga Oktober

9.0 ANGGARAN KOS


Tiada

10.0 PENUTUP

Diharapkan program ini mampu meningkatkan kefahaman pelajar untuk menjawab dalam
peperiksaan sebenar.

2
SMK SERI TEJA
31600 GOPENG, PERAK
PROGRAM PELAJAR TARGET “SKOR A”
1.0 PENGENALAN
Program ini mencapai hasrat panitia untuk pelajar mendapat “Target A” berhasil.

2.0 MATLAMAT
Mendapatkan skor markah “A”

3.0 OBJEKTIF
1. Memberi tumpuan kepada kaedah menjawab soalan mengikut skema yang betul.
2. Menggalakkan pelajar mempunyai pengetahuan yang luas melalui pembacaan, dan
membuat rujukan bersumberkan surat khabar,majalah dan internet.
3. Mempunyai keyakinan diri dan peningkatan yang malar untuk skor “A”

4.0 SASARAN
2 pelajar “target A “ dari kelas 5 Ekonomi

5.0 KAEDAH
1. Memperkasakan kertas 1(objektif)-guru menyediakan soalan ramalan dan pelajar
sentiasa menjawab soalan,perbincangan jawapan dilakukan. Kekerapan soalan
diberikan untuk pelajar mendapat pola @ stail soalan yang boleh difahamai atau
dihafal
2. Memperkasakan kertas2(esei)- )-guru menyediakan soalan ramalan dan pelajar
sentiasa menjawab soalan,perbincangan jawapan dilakukan. Kekerapan soalan
diberikan untuk pelajar mendapat pola @ stail soalan yang boleh difahamai atau
dihafal

6.0 CADANGAN TARIKH PELAKSANAAN


Julai hingga Oktober

9.0 ANGGARAN KOS


Tiada

10.0 PENUTUP

Diharapkan pelajar dapat menurut segala arahan aktiviti-aktiviti yang telah diatur supaya
hasil keberkesannnya dapat dijana dan tercapai.

3
SMK SERI TEJA
31600 GOPENG, PERAK

Program Intensif SPM


(Pecutan Jaya)
1.0 PENGENALAN
Program ini bertujuan sebagai memenuhi aktiviti selepas peperiksaan percubaan 2018, dimana
sukatan pelajaran telah selesai diajar oleh guru

2.0 MATLAMAT
1. Mendapatkan skor markah “A” dan peratus lulus yang tinggi bagi mata pelajaran
Ekonomi.

3.0 OBJEKTIF
1. Membuat pecutan bagi pelajar yang tercicir dari segi kefahaman subjek-subjek
tertentu.
2. Menggalakkan pelajar lebih fokus dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan
sebenar iaitu Pep. SPM 2018.
3. Memberi ruang untuk pelajar mengesan kelemahan mereka terutama , keupayaan
mereka sebenar pada Kertas 1 dan Kertas 2, maka suatu usaha perlulah dilakukan
untuk memperbaiki masalah berikut.

4.0 SASARAN
Pelajar kelas 5 Ekonomi

5.0 KAEDAH
1. Guru menyediakan soalan-soalan pada subjek yang boleh memberikan markah kepada
pelajar
2. Murid menjawab soalan secara individu
3. Perbincangan bersama
4. Rumusan/kesimpulan dilakukan untuk pelajar meningkatkan.memperbaiki kesalahan
mereka
5. Panitia menetapkan 8 modul untul pelajar sehingga tarikh peperiksaan sebenar.

6.0 CADANGAN TARIKH PELAKSANAAN


September hingga Oktober

9.0 ANGGARAN KOS


Tiada

10.0 PENUTUP
Diharapkan pelajar dapat menurut segala arahan aktiviti-aktiviti yang telah diatur supaya
hasil keberkesannnya dapat dijana dan tercapai.

4
5