1.0.Pendahuluan
“ ومن ثمة, واعادة لتوزیع الموارد وكان التحول من الناحیة التاریخیة من الزراعة الى الصناعة,تحول مستمر
”الى الخدمات
Pengertian konsep pembangunan yang paling mudah dan popular ialah kemakmuran
ekonomi. Kemakmuran ekonomi dihubungkaitkan dengan taraf kehidupan yang lebih baik,
terutamanya dari segi penghimpunan dan kekayaan sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi
juga dapat meningkatkan pendapatan atau kadar upah para pekerja, produktiviti yang
meningkat bermakna lebih banyak keuntungan bakal diperoleh, dan secara langsung
membolehkan kadar upah dinaikkan kuasa beli. Sumber ekonomi yang penting ialah modal,
tanah, sumber manusia, sumber tenaga, kemudahan infrastruktur dan sebagainya.
Pertumbuhan ekonomi bukan sahaja memerlukan pertambahan sumber ekonomi secara
kuantitatif, tetapi boleh juga dicapai melalui peningkatan kualiti sumber ekonomi. Oleh yang
demikian, pertumbuhan dianggap hanya sebahagian daripada aspek kuantitatif pembangunan
dan jauh sekali daripada menyelesaikan masalah kualitatif pembangunan. Dengan perkataan
lain, pertumbuhan mempunyai hubungan yang rapat dan penting dengan pembangunan.
Pertumbuhan sudah semestinya merupakan suatu pembangunan, tetapi pembangunan tidak
semestinya bermakna pertumbuhan semata-mata.[7]
3.0.Tujuan Pembangunan Ekonomi
4.0.Pembangunan Ekonomi
Setiap wajah baik pertumbuhan ekonomi atau penurunan tahap aktiviti ekonomi
hampir tidak memerlukan hujah. Dalam hal ini, adalah relevan untuk menyebutkan bahawa
Syariah tidak mengabsahkan ‘buta “mengejar target ekonomi oleh seorang individu. Pada
prinsipnya, apa yang benar bagi seorang individu juga berlaku untuk kumpulan-kumpulan
individu dan entiti kolektif mereka, termasuk negara. Walaupun kedudukan Islam tersebut
pada pertumbuhan ekonomi sebagai tujuan dasar di peringkat negeri, tidak ada keraguan
untuk memantau kesihatan perekonomian dari masa ke masa. Inilah “pembangunan
ekonomi” dari sudut pandang Islam.[11] Menurut Habakkuk( 1981,14) [12] Pembangunan
ekonomi adalah proses yang sangat rumit. Ini bukan hanya masalah modal sumber daya alam
dan tenaga kerja. Ini adalah bahagian dari seluruh perkembangan sosial masyarakat, bukan
hanya bergantung pada keadaan ekonomi melainkan pada struktur sosial dan sikap orang
untuk hidup secara keseluruhan.
4.2.Unsur-unsur Pembangunan
Unsur yang terpenting dalam pembangunan ini ialah unsur manusiawi; kendatipun
tidak dinafikan bahawa konsep pembangunan Islam itu adalah bersifat komprehensif dan
bersepadu. Pembangunan dari perspektif Islam mengoptimumkan faktor kesejahteraan
manusia, akhlak ,dan kebendaan, kerohanian dan fizikal, ekonomi dan sosial. Sebagai
pembangunan yang bersifat pelbagai dimensi, Islam menggalakkan perseimbangan antara
pelbagai faktor- kebendaan dan kerohanian, kuantitatif dengan kualitatif, luaran dengan
dalaman. Islam menentang kekufuran dan kezaliman, sebaliknya menganjurkan kesyukuran
dan keadilan.[13] Oleh kerana pembangunan berkait rapat dengan soal pembaikan taraf
hidup, faktor-faktor ekonomi tidak dapat dipisahkan kerana ia mempengaruhi pembangunan
sosial secara langsung. Walau bagaimanapun pembangunan tidak harus disamakan dengan
peningkatan di dalam per kapita, pengeluaran dan jumlah eksport. Apa yang penting ialah
pembangunan perlu dikaitkan dengan kualiti hidup masyarakat, dengan itu pembangunan
perlu mampu menyelesaikan masalah-masalah yang berkait dengannya; iaitu persoalan
tentang kemiskinan, keperluan asasi manusia seperti makanan mencukupi dan memenuhi zat
yang minimum, keupayaan untuk mendapat tempat perlindungan, keupayaan memperoleh
peluang pekerjaan untuk menyara keluarga, keupayaan menghantar anak ke sekolah, keadaan
alam sekitar yang bersih dan lain-lain petunjuk sosial yang bersangkutan dengan suasana
kehidupan yang sempurna yang layak dinikmati oleh manusia[14].
4.3.1. Pertukaran. Kriteria ini lebih mengacu pada konsep di mana orang berhak
mengeluarkan pendapatannya untuk pengagihan kepada orang lain. Sehingga implikasi yang
mengemukakan kemudian ialah adanya asas yang solid dalam menunjang terbentuknya
kemanusiaan yang adil.
4.3.2. Kebutuhan. Yang dimaksudkan dalam pembahasan ini lebih pada nilai
keadilan di mana pengagihan tersebut haruslah disesuaikan dengan tingkat kebutuhan
masing-masing individu.
4.3.3. Kekuasaan atau Negara, dengan lebih merujuk pada prinsip ini, bagaimana
peran kekuasaan atau negara turut mewarnai pengagihan kekayaan negara secara lebih
merata. Norma-norma yang berkaitan dengan nilai sosial atau sistem yang sesuai dengan
etika. Ketiga kriteria yang telah dipaparkan hendaknya lebih mengarah pada norma-norma
sosial atau mengarah pula pada nilai etika yang berkembang di masyarakat. Di antara
contohnya adalah alokasi pengagihan dari bagian pendapatan nasional hendaknya lebih
diarahkan pada beberapa ilmuwan atau bisa pula dikategorikan di sini dengan ulama, selain
itu alokasi modal hendaknya lebih mengarah pada otoritet publik guna mewujudkan
peningkatan keuntungan (pendapatan) masyarakat dan masih banyak lagi huraian mengenai
pentingnya distribusi yang berlandaskan pada nilai-nilai etika. (Zarqa, 1995 : 182-184).
Senada dengan beberapa huraian di atas (prinsip keadilan dan taburan pengagihan), Yusuf
Qardhawi mengemukakan bahawa perbezaan pendapatan dan taburan kesempatan termasuk
pula dalam prinsip keadilan, berdasarkan firman Allah :
َه َْل یَ ْست َ ِوي الَّذِینَ یَ ْعلَ ُمونَ َوالَّذِینَ الَ یَ ْعلَ ُمون
“Adakah sama antara orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui ?”
Untuk selanjutnya hal ini dikemukakan berdasarkan faktor yang turut mempengaruhi
proses pengagihan dari perbezaan pendapatan, adapun yang dimaksudkan dengan faktor
tersebut semata-mata merupakan karunia yang diberikan Allah tanpa adanya campur tangan
manusia, sedangkan pada bagian lain lebih pada nilai usaha yang dilakukan seseorang.
(Qardhawi, 1995 : 398). Adapun sumber pendapatan negara terutama dalam ekonomi Islam,
lebih banyak di tinjau dari prospek sejarah. Hal ini dilihat pada beberapa pokok pembahasan
yang banyak berlaku di masa awal-awal berkembangnya Islam dan masa-masa pemerintahan
khulafah al-Rasyidin. (Salama, 1995 : 115). Sebelum membahas lebih jauh tentang
pembahasan yang menyangkut keadilan sebaiknya kita melihat pola pengagihan yang
diterapkan oleh khalifah Umar Ibn al-Khattab r.a, di mana konsep pengagihan menurut nya
adalah :
Berkenaan dengan harta yang bergerak, maka Umar melaksanakan hukum Allah yang
berkaitan dengan permasalahan tersebut. Di mana ia mengambil seperlima (khums) untuk
selanjutnya membagikan empat perlima lainnya kepada masing-masing tentera yang turut
membela panji Islam (ikut perang). Akan tetapi, berkenaan dengan tanah-tanah pertanian,
Umar berpendapat bahawa tanah-tanah itu harus di sita dan tidak dibagi-bagikan. Lalu
dibiarkan, seolah-olah tanah tersebut milik negara di tangan pemilik aslinya (warga
setempat), kemudian mereka ini dikenakan pajak (kharaj), selanjutnya hasil pajak ini dibagi-
bagikan kepada keseluruhan orang-orang Muslim setelah disisihkan dari gaji tentera yang
ditempatkan pada pos-pos pertahanan (seperti Basrah dan kuffah di Iraq) dan negeri-negeri
yang terbebaskan. Akan tetapi kebanyakan Sahabat menolak. Namun yang menjadi catatan di
sini adalah bagaimana pandangan khalifah Umar Ibn al-Khattab yang menyatakan bahawa
negeri-negeri yang dibebaskan tersebut memerlukan tentera pendudukan yang tinggal di sana
yang mana tentera tersebut memerlukan ongkos. Maka jika tanah-tanah itu habis dibagikan,
lalu bagaimana para tentera itu mendapatkan logistik mereka. (Madjid, 2000 : 392-393)
Sebagai perbandingan beberapa huraian di atas dapat pula dikemukakan pendapat an-
Nabhani yang mendasarkan kebolehan pemilikan tanah yang disia-siakan (tanah mati)
berdasarkan pada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Umar dari Rasulullah saw yang
bersabda : “Siapa saja yang menghidupkan sebidang tanah mati maka tanah tersebut adalah
hak miliknya”. Dengan kata lain disebutkan di sini, bahawa kebolehan pemilikan tanah mati
tersebut berlaku pada Muslim mahupun non-Muslim, kerana hadis itu sendiri bersifat mutlak.
(an-Nabhani, 1996 : 136).
Air juga dapat diberikan atau dibagikan untuk air minum (shafah) bagi masyarakat
umum dan haiwan atau ternak. Di samping itu, kiranya perlu juga dilakukan irigasi
(pengairan) jika kadar air yang dimiliki seseorang telah berlebihan. Imam Ahmad
berpendapat bahawa tidak membolehkan mengambil keuntungan dari kelebihan air meskipun
untuk pengairan tanah pertanian. Sebagai perbandingan dari apa yang dikemukakan oleh
Imam Ahmad, ketiga mazhab lain membolehkan kepada masyarakat untuk menuntut atau
meminta harga air atas kelebihan (surplus) air. (Zarqa, 1995 : 189).
Pendapatan utama kerajaan (primer) dalam sistem ekonomi Islam, menurut Abu
Ubaid dalam kitabnya Al-Amwal, berdasarkan sumbernya dapat diklasifikasikan ke dalam
tiga bahagian, iaitu (1) Ghanimah, (2) Shadaqah, dan (3) Fay’i.[15]
Klasifikasi seperti ini juga dikemukakan oleh Ibn Taimiyah dalam kitabnya
Majmu’atul Fatawa,[16] seluruh sumber pendapatan kerajaan mempertimbangkan asal-usul
dari sumber pendapatan serta tujuan pengeluarannya. Seluruh sumber pendapatan di luar
ghanimah dan sedekah, berada di bawah nama fay’i.
Klasifikasi seperti ini menurut Abu Yusuf dalam kitabnya Al-kharaj, adalah
mengikuti sifat keagamaan dari sumber-sumber pendapatan dari sesebuah kerajaan tersebut.
Melakukan klasifikasi seperti ini sangat penting kerana pendapatan dari setiap kategori harus
dipelihara secara terpisah dan tidak dicampur sama sekali.[17]
Pendapatan tidak resmi kerajaan, yang terdiri dari ghanimah dan shadaqah.
Pendapatan tidak resmi ini disebut demikian kerana digunakan hanya untuk manfaat tertentu.
Meskipun kerajaan bertanggungjawab dalam pengumpulannya (Amil), namun kerajaan wajib
mengeluarkannya hanya untuk tujuan pendapatan tersebut dipungut (tujuan sedekah dan
ghanimah).
Pendapatan resmi kerajaan, yang terangkum dalam satu kesatuan nama fay’i, terdiri
dari jizyah, kharaj, ‘ushr-bea cukai. Maksud pendapatan resmi (disebut juga pendapatan
penuh), kerajaan berhak membelanjakannya untuk kepentingan seluruh penduduk
(kepentingan am), seperti keamanan, pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
(b) Ghanimah
Ghanimah merupakan sumber pendapatan utama negara Islam periode awal. Dasarnya
perintah Allah dalam surah al-Anfal [8]: 41, yang turun di Badar (usai perang Badar), pada
bulan Ramadan tahun kedua Hijriyah.[19] Allah berfirman:
سبِ ْی ِل إِ ْن ُك ْنت ُ ْم َءا َم ْنت ُ ْم َ س ْو ِل َو ِل ِذ ْالقُ ْربَى َو ْالیَت َا َمى َو ْال َم
َّ سا ِكی ِْن َواب ِْن ال ُ لر َ ش ْيءٍ فَأ َ َّن ِهللِ ُخ ُم
َّ سهُ َو ِل َ َوا ْعلَ ُم ْوا أَنَّ َما َغنِ ْمت ُ ْم ِم ْن
َ ان َوهللاِ َعلَى ُك ِل
ش ْيءٍ قَ ِدیْر ِ َان یَ ْو َم ْالتَقَى ْال َج ْمعِ َبِاهللِ َو َما أ َ ْنزَ ْلنَا َعلَى َع ْب ِدنَا یَ ْو َم ْالفُ ْرق.
“Ketahuilah, sesungguhnya apa sahaja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan
perang (ghanimah), maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-
anak yatim, oran-orang miskin dan ibnu sabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada
apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari furqan, iaitu di hari
bertemunya dua pasukan., dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Menurut Sa’id Hawwa, ghanimah adalah harta yang diperoleh kaum Muslimin dari
musuh melalui peperangan dan kekerasan dengan mengerahkan pasukan, kuda-kuda dan unta
yang memunculkan rasa takut dalam hati kaum musyrikin. Ia disebut ghanimah jika diperoleh
dengan melakukan tindakan-tindakan ketenteraan seperti menembak atau mengepung. Harta
yang diambil kaum Muslimin tanpa peperangan dan tanpa kekerasan tidak disebut ghanimah,
melainkan fay’i.[20]
Tujuan penggunaan ghanimah itu, Allah telah menjelaskan langsung dalam surat al-
Anfal [8]: 41, iaitu tentang pembahagian harta rampasan perang dan menetapkan sebagai hak
bagi kaum Muslimin. 1/5 adalah milik negara dan 4/5 dibagikan kepada yang ikut
berperang.[21]
(c) Sedekah
Menurut Ibn Taimiyah, yang dimaksudkan dengan sedekah adalah zakat yang
dikenakan atas harta kekayaan Muslim tertentu. Termasuk di dalamnya zakat hasil panenan,
iaitu sepersepuluh (‘ushr) atau separuh dari sepersepuluh (nisful-‘ushr) yang diambil dari
panen biji-bijian atau buah-buahan; juga zakat binatang ternak, seperti onta, domba, sapi;
zakat atas barang perniagaan dan zakat atas dua logam mulia, iaitu emas dan perak.[22]
(d) Infak
Infak berasal dari kata anfaqa yang bererti mengeluarkan sesuatu (harta) untuk
kepentingan sesuatu. Dalam pengertian ini, infak yang dikeluarkan orang-orang kafir untuk
kepentingan agamanya. Sedangkan menurut istilah, infak bererti mengeluarkan sebahagian
dari harta atau pendapatan untuk satu kepentingan yang diperintahkan ajaran Islam. Jika
zakat ada hadnya, infak tidak mengenal had (nisab). Infak dikeluarkan oleh setiap orang
beriman, baik yang berpendapatan tinggi mahupun rendah, apakah ia dalam kondisi lapang
mahupun sempit. Jika zakat harus diagihkan kepada yang berhak (8 asnaf), maka infak boleh
diberikan kepada sesiapa sahaja, misalnya kepada orang tua, anak yatim, dan lain
sebagainya.[23]
(e) Zakat
Sebagai satu istilah dalam pengajian hukum Islam atau “Fiqh’, zakat bererti
mengeluarkan kadar tertentu dari harta tertentu bagi faedah golongan yang berhak
menerimanya sebagaimana yang telah ditentukan.[26]
Zakat merupakan bentuk jaminan pemerintah Islam atas nasib orang miskin. Ia
merupakan hak orang miskin yang ada pada orang kaya.[27] Menurut Yusuf Qardhawi,
pengurusan zakat yang dilakukan oleh kerajaan ini sangat utama kerana beberapa
pertimbangan:
Menjaga perasaan rendah diri para mustahiq zakat apabila berhadapan langsung
menerima haknya dari para wajib zakat (muzakki);
Untuk mencapai efisien, efektif dan sasaran yang tepat dalam penggunaan harta zakat
menurut skala prioriti yang ada pada sesebuah tempat;
Untuk memperlihatkan syiar Islam dalam semangat pelaksanaan negara dan kerajaan
yang Islamiah.[28]
Secara objektif zakat dapat membantu melaksanakan jaminan sosial. Pemberian zakat
kepada fakir miskin dan pihak-pihak yang memerlukan bukan sahaja memberi kesan kepada
mereka secara individu tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhannya. Zakat boleh
disifatkan sebagai jaminan ke atas semua pihak yang memerlukan sama ada daripada segi
fizikal, mental ataupun moral.[29]
(f) ‘Ushr
Di kalangan ahli fikah, sepersepuluh (‘ushr) memiliki dua erti. Pertama, sepersepuluh
dari lahan pertanian yang disirami dengan air hujan. Ini termasuk zakat yang diambil dari
seorang Muslim dan diagihkan sebagaimana pengagihan zakat. Kedua, sepersepuluh diambil
dari pedagang-pedagang non Muslim yang memasuki wilayah Islam dengan membawa
barang perniagaan. Yang di maksud dengan ‘ushr sebagai sedekah adalah pengertian
pertama. Muhammad Sharif Chaudhry dalam bukunya Fundamentals of Islamic System
mengatakan ’ushr bererti sepersepuluh. Ini merupakan suatu cukai atas hasil pertanian. ‘Ushr
sering juga digunakan dalam pengertian sedekah dan zakat, sebab tidak ada garis tegas antara
zakat dan ‘ushr di dalam fikah. Istilah ‘ushr tidak ditemukan di dalam al-Qur’an, tetapi dua
ayat (QS. Al-Baqarah [2]: dan QS. Al-An’am [6]: 141) diambil sebagai acuan dan ayat ini
ditujukan kepada penguasa.[30] Firman Allah:
… َْـرفُ ْوا ِإنَّهُ الَ ی ُِحبُّ ْال ُمس ِْر ِف ْین َ ُكلُ ْوا ِم ْن ث َ َم ِر ِه ِإذَا أَثْ َم َر َو َءات ُ ْوا َحقَّهُ َی ْو َم َح.
ِ صا ِد ِه َوالَ تُس
“…makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam-macam itu) jika dia berbuah, dan
tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin);
dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
berlebih-lebihan”
‘Ushr termasuk ke dalam kelompok sedekah, yang juga termasuk penerimaan negara
tidak penuh (tidak resmi) yang penggunaannya adalah untuk kelompok yang sudah
ditentukan langsung oleh Allah. Dari sisi cara pengeluaran, jika dikelompokkan sama dengan
zakat, maka menurut Ibn Taimiyah hampir tidak ada kontroversi atas pokok pengeluaran
zakat, sebab sudah disebutkan secara eksplisit di dalam Al-Quran.[31]
(g) Fay’i
(h) Jizyah
Istilah jizyah berasal dari kata jaza’ yang bererti pemampasan (pembayaran ganti
rugi).[37] Dalam terminologi kewangan Islam, istilah tersebut digunakan untuk beban yang
diambil dari penduduk non-Muslim (ahl al-dzimmah) yang ada di negara Islam sebagai biaya
perlindungan yang diberikan kepada mereka atas kehidupan dan kekayaan serta kebebasan
untuk menjalankan agama mereka. Di samping itu, mereka dibebaskan pula dari kewajipan
militer dan diberi keamanan sosial.[38]
Dengan perkataan lain, jizyah adalah kewajipan kewangan atas penduduk non-
Muslim di negara Islam sebagai pengganti biaya perlindungan atas hidup dan harta dan
kebebasan untuk menjalankan aktiviti agama mereka masing-masing. Istilah jizyah tersebut
diambil sebagai akibat kekufuran mereka. Oleh sebab itu, jizyah tersebut tidak gugur, kecuali
apabila mereka memeluk agama Islam. Asas perintahnya adalah, Allah berfirman:
َس ْو لُهُ َوالَ َی ِد ْینُ ْونَ ِدیْنَ ْال َح َّق ِمنَ الَّ ِذیْن
ُ قَا ِتلُوا الَّ ِذیْنَ الَ یُؤْ ِمنُ ْونَ ِباهللِ َوالَ ِب ْال َی ْو ِم اْأل َ ِخ ِر َوالَ یُ َح َّر ُم ْونَ َمـا َح َّر َم هللاُ َو َر
َ طوا ْال ِج ْزيََِ ةَ َع ْن َی ٍد َو ُه ْم
َصا ِغ ُر ْون ُ ى ُی ْعَّ َاب َحتَ اُوتُـوا ْال ِكت.
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada
hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang di haramkan oleh Allah dan Rasul-
Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (iaitu orang-orang) yang
diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang
mereka dalam keadaan tunduk”
Jizyah diwajibkan atas lelaki dewasa yang berakal, dan memiliki kemampuan.
Dengan makna lain, tidak diwajibkan kepada perempuan, kanak-kanak, orang gila, hamba
sahaya, dan orang miskin. Sebagaimana tidak diwajibkan atas orang-orang cacat, orang-orang
yang berusia lanjut, para rahib yang mengurung diri dari kehidupan masyarakat apabila
mereka menerima sedekah dari orang lain.[40]
Jizyah juga memiliki kewajaran lain di antaranya adalah dua sebab berikut:[41]
(ii) Orang-orang yang mampu dari kalangan ahli kitab tidak diwajibkan untuk
mengangkat senjata dan membela tanah air. Sebab, yang berkewajiban melakukan semua ini
adalah kaum Muslimin. Oleh sebab itu, ahli kitab harus membayar cukai sebagai
pemampasan (pembayaran ganti rugi) dari pembebasan kewajipan mereka. Apabila mereka
menyertai dalam pembelaan tanah air bersama kaum Muslimin, maka kewajipan mereka
gugur sebagaimana kewajipan membayar jizyah ini juga gugur ketika kaum Muslimin tidak
mampu membela dan melindungi mereka.
Dalam hal kegunaan, jizyah merupakan harta umum yang akan diagihkan untuk
kemaslahatan seluruh rakyat dan wajib diambil setelah melewati satu tahun, serta tidak wajib
sebelum satu tahun. Jizyah termasuk fay’i, pengagihan untuk kepentingan kaum Muslimin
seluruhnya, baik yang ikut berperang atau tidak.
(i) Kharaj
Secara harfiah, kharaj bererti kontrak, sewa menyewa atau menyerahkan.[42] Dalam
terminologi kewangan Islam, kharaj adalah cukai atas tanah atau hasil tanah, di mana para
pengerusi wilayah taklukan harus membayar kepada negara Islam. Negara Islam setelah
penaklukan adalah pemilik atas wilayah itu, dan pengerusi harus membayar sewa kepada
negara Islam. Para penyewa ini menanami tanah untuk pembayaran tertentu dan memelihara
hasil sisa panen untuk diri mereka sendiri. Dengan perkataan lain, kharaj ibarat penyewa atau
pemegang kontrak atas tanah atau pengerusi yang membayar cukai kepada pemiliknya.
Apabila jizyah ditetapkan berdasarkan Nash Al-Qur’an, maka kharaj ditetapkan berdasarkan
Ijtihad.[43] Kharaj (cukai) dalam bahasa Arab adalah kata lain dari sewa dan hasil.
Sebagaimana firman Allah:
َّ أ َ ْم ت َ ْسأَلُ ُه ْم خ َْرجا ً فَخ ََرا ُج َربَّكَ َخیْر َوه َُو َخی ُْر.
َالر ِاز ِقیْن
“Atau kamu meminta upah kepada mereka? Maka upah dari Tuhan mu adalah lebih
baik, dan Dia adalah pemberi rezeki yang paling baik.”
Ada perbezaan antara kata al-kharju dengan al-kharaj. Al-Kharju (upah) diterapkan
kepada orang, sedangkan al-kharaj (cukai) diterapkan kepada tanah.[44] Kharaj adalah hak
yang diberikan Allah kepada kaum Muslimin dari orang-orang no-Muslim yang tergolong ke
dalam kumpulan pendapatan negara fay’i yang diwajibkan setelah menunggu satu tahun.[45]
Objek dari kharaj adalah kerana tanahnya (status tanahnya) yang harus disewa, bukan
penghasilan atas tanah tersebut, di mana kaum Muslimin termasuk zakat. Jika tanah kharaj
ditanami dengan tanaman zakat, maka cukai (kharaj) terhadap tanah tersebut tidak
menggugurkan kewajipan membayar zakat sepersepuluh (menurut Mazhab Imam Syafi’i).
sedangkan menurut Mazhab Hanafi, tidak wajib keduanya sekali gus, yang wajib hanya zakat
sahaja, sedangkan kewajipan kharaj gugur.[46]
Dari sisi tujuan penggunaan, kharaj ini termasuk fay’i kerana tidak diagihkan kepada
orang-orang yang ikut berperang, tapi justeru tanah ini ditahan untuk diambil kharaj (cukai
penghasilan) yang pengagihannya semula untuk kepentingan seluruh kaum Muslimin dalam
setiap masa.
Jika satu tambang yang padat dan dapat dilebur, yang di dalamnya mengandung emas,
perak, besi dan sebagainya, atau harta karun yang didapati dalam wilayah tanah kaum
Muslimin, seperlima dari hasilnya harus diserahkan kepada negara untuk memenuhi keadilan
sosial.[47]
(k) Wakaf
Ada sejumlah cukai lain yang pernah dikeluarkan oleh Khalifah Umayyah terdahulu,
namun pada masa Khalifah Umar II dihapuskan, seperti cukai atas pabrik, hadiah yang
diberikan menjelang perayaan Persia Nauroz dan Mahrajan, cukai militer, cukai rumah, dan
cukai yang diambil dari para penjaja seks.[49] Cukai-cukai demikian dihapuskan kerana tidak
memiliki sumber Nash yang benar. Jika ditinjau dari asas keadilan dan kesamaan. Cukai
tambahan ini diperkenalkan oleh sebahagian penguasa Umayyah kerana lemahnya semangat
Islam dan meluasnya pengaruh tempatan. Hakikat dan impak dari cukai-cukai ini mudah
diteka. Kerana cukai-cukai ini tidak memiliki prinsip kesamaan dan keadilan, dan tidak
memiliki nilai keagamaan, tindakan tersebut tidak dapat diterima oleh para fuqaha dan
akhirnya di hapus oleh penguasa yang adil.[50]
5.1.Landasan Teori
Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, timbul berbagai-bagai keraguan dan krisis
kepercayaan sebahagian daripada masyarakat yang masih rapat dengan nilai keagamaannya
terhadap konsep dan model pembangunan yang dikemukakan oleh Barat yang bersifat
sekular. Sikap ini berpunca daripada kegagalan Barat sendiri dalam menangani masalah
sosioekonomi yang mereka hadapi sejak sekian lama, apatah lagi untuk menyelesaikan
masalah di negara dunia yang lain. Malah, pengalaman selama beberapa abad yang diperoleh
ketika melaksanakan program pembangunan sekular seperti yang ditunjuk ajar oleh
sebahagian pakar-pakar pembangunan di Barat, tidak juga mampu membawa kejayaan
kepada negara tersebut, jauh sekali daripada menghasilkan kehidupan yang lebih baik dan
sejahtera.[51]
Kritikan terhadap kelemahan dan kekurangan sistem ekonomi kapitalis dan sosialis
bukan sahaja datang daripada sarjana Barat sendiri, malah turut dikritik oleh para sarjana
Islam. Sayid Abul A’la Mawdudi dalam bukunya yang bertajuk, Islam dan teori Ekonomi
Moden (1969), mengatakan bahawa pemilikan individu yang tidak terbatas, sistem pasaran
bebas, penekanan terhadap motif keuntungan, dan amalan riba telah menimbulkan
ketidakstabilan ekonomi, diskriminasi ekonomi, konflik ekonomi dan meluaskan jurang
ekonomi dalam sesebuah negara. A. Manan (1970) mengkritik sistem ekonomi kapitalisme
kerana kegagalannya untuk membasmi pengangguran dan menjamin persaingan yang bebas
dan sihat. Sistem ekonomi sosialis pula menindas hak kebebasan individu menggunakan harta
miliknya untuk diusahakan menurut pilihannya. Pendek kata, sistem ekonomi kapitalis
membenarkan orang kaya merampas dan mengeksploit orang miskin, manakala sistem
ekonomi sosialis pula membenarkan orang-orang miskin merampas harta orang kaya.[52]
Dalam sejarah ekonomi hingga kini, ada model Barat yang telah lama
mengembangkan konsep perbaikan ekonomi tersebut. Model ini didasarkan pada ideologi
dan sistem kapitalisme yang berpusat pada pengagungan nilai peribadi (individualisme).
Kerana itu, kebebasan peribadi diberikan seluas-luasnya dan pemahaman kebendaan atau
materialisme sangat diagungkan. Ciri model Barat adalah kebebasan dalam berusaha, motif
keuntungan, ke pemilikan peribadi, mekanisme pasar, dan mekanisme dan persaingan
pemberian kredit.[53]
Menurut teori ini garis besar proses pertumbuhan mirip dengan teori Harrod-Domar,
di mana anggapan yang melandasi model ini iaitu:
Tenaga kerja (atau penduduk) tumbuh dengan laju tertentu, misalnya P per tahun.
Perekonomian terdiri dari dua sektor iaitu sektor rumah tangga dan sektor perusahaan.
Investasi adalah penambahan barang modal secara netto yang positif. Investasi dapat
dibedakkan menjadi dua jenis, iaitu investasi rial dan investasi kewangan. Yang di maksud
dengan investasi rial adalah investasi terhadap barang-barang tahan lama (barang-barang
modal) yang akan digunakan dalam proses produksi. Sedangkan investasi kewangan adalah
investasi terhadap surat-surat berharga, misalnya pembelian saham, obligasi, dan surat bukti
hutang lainnya.
5.1.4. Eksport
Fungsi penting komponen eksport dari perdagangan luar negeri adalah negara
memperoleh keuntungan dan pendapatan nasional naik, yang pada gilirannya menaikkan
jumlah output dan laju pertumbuhan ekonomi. Dengan tingkat output yang lebih tinggi
lingkaran setan kemiskinan dapat dipatahkan dan pembangunan ekonomi dapat
ditingkatkan.[59]
5.1.5. Pelancongan
Menurut Herman V. Schulalard seorang ahli ekonomi, bangsa Austria dalam tahun
1910 telah memberikan batasan pariwisata sebagai berikut: “Menurut pendapatnya yang
dimaksudkan dengan pelancongan adalah sejumlah kegiatan terutama yang ada kaitannya
dengan kegiatan perekonomian yang secara langsung berhubungan dengan masuknya
pendiaman dan bergeraknya orang-orang asing keluar masuk suatu negara, kota atau daerah.”
(Oka, 1996).
Pelancongan dapat dirumuskan dengan berbagai cara, namun fokus besarnya adalah
tentang wisatawan yang jauh dari tempat tinggalnya dan jasa-jasa pelayanan yang
digunakannya, termasuk sarana-sarana angkutan, makan dan pelayanan tempat menginap,
hiburan, dan atraksi-atraksi wisata. Ekonomi pariwisata membahas dampak ekonomi dari
perjalanan atas beberapa sektor pariwisata dan metode-metode kuantitatif yang dapat
diterapkan untuk peramalan pariwisata dan proyek-proyek kepariwisataan. Istilah “tourism”
(kepariwisataan) mencakup orang-orang yang melakukan perjalanan pergi dari rumahnya dan
perusahaan-perusahaan yang melayani mereka dengan cara memperlancar atau
mempermudah perjalanan mereka atau membuatnya lebih menyenangkan. Seorang
wisatawan didefinisikan sebagai seseorang yang berada jauh dari tempat tinggalnya (jarak
jauhnya ini berbeda-beda). Pariwisata sebagai suatu konsep dapat dipandang dari berbagai
perspektif yang berbeda. Pariwisata adalah suatu kegiatan melakukan perjalanan dari rumah
terutama untuk maksud usaha atau bersantai. Pariwisata adalah suatu bisnis dalam
penyediaan barang dan jasa bagi wisatawan dan menyangkut setiap pengeluaran oleh atau
untuk wisatawan/pengunjung dalam perjalanannya. Kepariwisataan adalah suatu lingkup
usaha yang terdiri atas ratusan komponen usaha, sebagiannya besar sekali, tetapi sebagian
besar usaha kecil, termasuk di dalamnya angkutan udara, kapal-kapal pesiar (cruise), kereta
api, agen-agen penyewaan mobil, pengusaha tur dan biro perjalanan, penginapan, restoran
dan pusat-pusat konvensi. Terdapat juga usaha jasa-jasa penerimaan tamu dan perusahaan
perkemahan serta sebagian toko-toko pengecer, toko-toko makanan, serta pom bensin.
Pariwisata dapat dipandang sebagai suatu lembaga dengan jutaan interaksi, suatu kebudayaan
dengan suatu sejarah, kumpulan pengetahuan, dan jutaan jumlah orang yang merasa dirinya
sebagai bagian dari kelembagaan ini (Lundberg dan Krishnamoorthy, 1997).
5.1.6. Industri
Industri adalah suatu kegiatan ekonomi yang melakukan kegiatan mengubah suatu
barang dasar secara mekanis, kimia, atau dengan tangan sehingga menjadi barang jadi atau
setengah jadi dan atau barang yang kurang nilainya menjadi barang yang lebih tinggi
nilainya, dan sifatnya lebih dekat kepada pemakaian terakhir.
Menurut BPS (1985:15), Industri merupakan perusahaan atau usaha industri yang
merupakan satu unit (kesatuan) usaha untuk melakukan kegiatan ekonomi, bertujuan
menghasilkan barang atau jasa terletak pada suatu bangunan/lokasi tertentu dan mempunyai
catatan administrasi tersendiri mengenai produksi dan struktur biaya serta ada seorang atau
lebih yang bertanggungjawab atas risiko usaha tersebut.
Menurut Dumairy, industri mempunyai dua pengertian, iaitu : Pertama, industri dapat
bererti himpunan perusahaan-perusahaan sejenis. Dalam konteks ini misalnya, industri
kosmetik bererti himpunan perusahaan-perusahaan penghasil kosmetik; industri tekstil
maksudnya himpunan pabrik atau perusahaan tekstil. Kedua, industri dapat menuju pada
suatu sektor ekonomi yang di dalamnya terdapat kegiatan produktif yang mengolah bahan
mentah menjadi barang jadi atau setengah jadi. Kegiatan pengolahan itu sendiri dapat bersifat
mesingan, electrical, atau bahkan manual.
Eksport merupakan total barang dan jasa yang dijual oleh sebuah negara ke negara
lain, termasuk di antara barang-barang, asuransi, dan jasa-jasa pada suatu tahun tertentu
(Sasandara, 2005).
Fungsi penting komponen eksport dari perdagangan luar negeri adalah negara
memperoleh keuntungan dan pendapatan nasional naik, yang pada gilirannya menaikkan
jumlah output dan laju pertumbuhan ekonomi. Dengan tingkat output yang lebih tinggi
lingkaran setan kemiskinan dapat dipatahkan dan pembangunan ekonomi dapat
ditingkatkan.[61].
Eksport juga dapat membantu semua negara dalam mengambil keuntungan dari skala
ekonomi yang mereka miliki. Untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
pada umumnya.[62]
Pelancongan adalah suatu kegiatan melakukan perjalanan dari rumah terutama untuk
maksud usaha atau bersantai. Pelancongan adalah suatu perniagaan dalam penyediaan barang
dan jasa bagi pelancong dan menyangkut setiap pengeluaran oleh atau untuk
pelancong/pengunjung dalam perjalanannya. Pelancongan adalah suatu lingkup usaha yang
terdiri atas ratusan komponen usaha, sebahagiannya besar sekali, tetapi sebahagian besar
usaha kecil, termasuk di dalamnya angkutan udara, kapal-kapal persiar (cruise), train, agen-
agen penyewaan kereta, pengusaha tour dan biro pengangkutan, perhotelan, restoran dan
pusat-pusat konvensi. Pelancongan mempunyai hubungan positif dengan pertumbuhan
ekonomi, ertinya ketika pariwisata mengalami kenaikan maka pertumbuhan ekonomi juga
mengalami kenaikan dan sebaliknya apabila pariwisata mengalami penurunan maka
pertumbuhan ekonomi mengalami penurunan.
5.2.4. Pengaruh jumlah perusahaan di sektor industri terhadap pertumbuhan
ekonomi
Industri adalah suatu kegiatan ekonomi yang melakukan kegiatan mengubah suatu
barang dasar secara mekanis, kimia, atau dengan tangan sehingga menjadi barang jadi atau
setengah jadi dan atau barang yang kurang nilainya menjadi barang yang lebih tinggi
nilainya, dan sifatnya lebih dekat kepada pemakaian terakhir. Jumlah perusahaan di sektor
industri mempunyai hubungan positif dengan pertumbuhan ekonomi, ertinya ketika jumlah
perusahaan di sektor industri mengalami kenaikan maka pertumbuhan ekonomi juga
mengalami kenaikan dan sebaliknya apabila jumlah perusahaan di sektor industri mengalami
penurunan maka pertumbuhan ekonomi mengalami penurunan.
Apalagi misalnya kritikan tersebut dikaitkan dengan aspek etika dan nilai-nilai
kemanusiaan yang hilang dari ilmu ekonomi konvensional. Kenyataan ini diperjelas lagi
misalnya bagaimana ekonomi yang bertujuan mewujudkan kesejahteraan manusia justeru
sebaliknya. Atau paling tidak belum mampu menjawab permasalahan tentang kebahagian
manusia. Di sinilah metodologi ekonomi Islam mendapatkan moment yang penting di dalam
menjawab permasalahan tersebut.[63]
Ketidaksamaan ekonomi
Mewujudkan tahap ‘pengeluaran’ dan ‘tingkat harga’ pada kadar yang berpatutan, dan
akan membantu mengekalkan pengubahsuaian yang rasional di antara kedua-dua pemboleh
ubah tersebut.
Matlamat untuk mendapat untung merupakan motif yang terbaik, berbanding dengan
motif untuk memaksimumkan pengeluaran. Semakin kurang peluang-peluang untuk
memperoleh untung semakin kurang semangat untuk bekerja kuat dan meningkatkan
pengeluaran.
Ketidakadilan
Tidak membentuk nilai moral yang tinggi di kalangan ahli, tanggapan yang salah,
idea-idea yang keji dan tidak bermoral.
Terdapat perbezaan yang mendasar antara sistem ekonomi Islam dengan sistem
ekonomi lainnya khususnya sistem ekonomi Kapitalis. Perbezaan tersebut mencakup
perbezaan pandangan tentang[65]:
Memiliknegarakan harta
Kesamaan ekonomi
Disiplin politik
Setiap rakyat disediakan dengan keperluan asas termasuklah makanan sebanyak dua
kali sehari, beberapa helai pakaian, kemudahan perubatan serta tempat tinggal dan lain-lain
lagi.
Setiap individu diberikan pekerjaan dan orang yang lemah serta sakit diletakkan di
bawah pengawasan negara.
Semua kerja dilaksanakan berpandu kepada rancangan yang telah diatur dan terdapat
penyelarasan yang sempurna di antara pengeluaran dengan penggunaan.
Semua bentuk pengeluaran dipunyai dan diuruskan oleh negara, dan keuntungan yang
diperoleh akan digunakan untuk faedah keseluruhan masyarakat.
Tawar menawar amat sukar dibuat oleh individu yang terpaksa mengorbankan
kebebasan peribadinya dan hak terhadap harta persendirian hanya untuk mendapatkan
makanan sebanyak dua kali sehari.
6.0.Penutup
Selain itu kita juga belum menemukan studi aplikasi yang meneliti prinsip-prinsip
dasar dalam perencanaan ekonomi yang akan direalisasikan dalam islamisasi rencana
pembangunan ekonomi yang diterapkan pada negara berkembang dan meneliti dampak yang
mungkin terjadi bagi perencanaan tersebut terhadap struktur hubungan masyarakat. Apakah
mungkin, misalannya membuat rencana pembangunan yang akan merealisasikan tujuan-
tujuan Islam dan di bangun atas perimbangan islamik bagi kepentingan masyarakat?
Di samping partisipasi dari masyarakat untuk mengelola sumber daya yang ada, maka
negara pun memiliki peranan yang penting dalam pengutukan dan mendistribusikan
pendapatan yang ada pada masyarakatnya. Sebagai seorang Muslim hendaknya kita meyakini
bahawa distribusi yang baik dan sangat memungkinkan aplikasinya di masa modern ini
(terutama di negara kita yang sedang dilanda krisis ekonomi) adalah melalui penerapan
distribusi dalam konsep ekonomi Islam sebagaimana dijelaskan melalui berbagai pendapat
para ahli ekonomi dan pemikir Islam di atas.
*Penulis adalah Postgraduate Student Departement Syariah & Economic, Academy of
Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur
Reference
Ahmad Shukri, Mohd. Nain dan Rosman Md. Yusoff (2003), “Konsep, teori, dimensi
dan isu pembangunan”. Johor Darul Ta’zim: Universiti Teknologi Malaysia.
Amin, Muhammad Abdullah et al (2000), Antologi Studi Islam: Teori & Metodologi,
Yogyakarta: Sunan Kalijaga Press, p. 294-297, dalam Ade Candra Kusuma (2005),
“Pembaharuan Penemuan Hukum Islam: Pendekatan Terpadu Hukum Islam dan Sosial”,
Hukum Islam, Vol. 12, No. 10, September 2005, Riau: UIN Sultan Syarif Kasim.
Chapra, Umer (2001), The Future of Economics: an Islamic Perspective, Amdar Amri
et al (terj.), Jakarta: SEBI, p. 66.
Gulaid, Mahmoud dan Mohamed Aden Abdullah (Ed.) (1995), Reading in Publik
Finance in Islam, Jeddah: Islamic Development Bank, Islamic Research and Training Institut.
Karim, Rusli (Ed.), (1992), Berbagai Aspek Ekonomi Islam, Yogyakarta, Tiara
Wacana.
Kasin, Surtahman Hasan (1993), “Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan”. Kuala
Lumpur: DBP.
Madjid, Nurcholish (2000), Islam : Doktrin dan Peradaban, Jakarta: Yayasan Wakaf
Paramadina.
Mahmood Zuhdi, Abd. Majid (2003), “Pengurusan Zakat”, Kuala Lumpur: Dewan
Pustaka dan Bahasa.
Manna, Muhammad Abdul (1993), Islamic Economic : Theory and Practice (Ekonomi
Islam : Teori dan Praktek), Nastangin (terj.), Yogyakarta: Dana Bhakti Wakaf.
Nor Aini, Hj Idris et al (1996), “Wanita Malaysia Dalam Era Pembangunan Industri”.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rahman, Afzalur (1980), Economic Doctrines of Islam (Doktrin Ekonomi Islam I),
Mustafa Kassim (terj.), Lahore: Islamic Publication Ltd.
Sudewo, Eri (2004), “Perbezaan Zakat, Infaq dan Shadaqah, Republika, 17 September
2004, konsultasi Zakat, 13 Oktober 2009.
Syihabumila (2004), “Sistem Ekonomi Islam solusi Krisis”, Magister Studi Islam,
Yogyakarta: Universitas Islam Indonesia, http://www.msi-uii.net. 19 Oktober 2009.
Ubayd, Abu (t.t.), Kitab al-Amwal, p. 21, dalam Sabahuddin Azmi (2002), Islamic
Ekonomics; Public finance in Early Islamic Thought, New Delhi: Goodword Books, edisi
terj., Ekonomi Islam, Kewangan Publik dalam Pemikiran Islam Awal., Bandung: Nuansa.
Yusuf, Abu (t.t.), Kitab al-Kharaj, p. 48, dalam Sa’id Hawwa, Al-Islam, Abdul
Hayyie al-Kattani, Arif Chasanul Muna dan Sulaiman Mapiase (terj.), Jakarta: Gema Insani.
[2] Ibid.
[5] Abd al-Mannan, Muhammad, (t.t), Al-Iqtisâd al-Islâmi baina al-Nazariyat wa al-
Tathbiq, Al-Maktab al-ârabi al-hadis, p. 27.
[7]Ahmad Shukri, Mohd. Nain dan Rosman Md. Yusoff (2003), “Konsep, teori,
dimensi dan isu pembangunan”. Johor Darul Ta’zim: Universiti Teknologi Malaysia,. Cet. 1.,
p. 20-22.
[13] Surtahman Kasin Hasan (1993), “Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan”. Kuala
Lumpur: DBP., p. 186.
[14] Nor Aini, Hj Idris et al (1996), “Wanita Malaysia Dalam Era Pembangunan
Industri”. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia., p. 12.
[15] Abu Ubayd (t.t.), Kitab al-Amwal, p. 21, dalam Sabahuddin Azmi (2002),
Islamic Ekonomics; Public finance in Early Islamic Thought, New Delhi: Goodword Books,
edisi terj., Ekonomi Islam, Kewangan Publik dalam Pemikiran Islam Awal., Bandung:
Nuansa., p. 89.
[16] Ibnu Taimiyah (1998), Majmu’atul Fatawa, Riyadh: Maktabah al-Ubaikan (ed.).
Kumpulan Fatwa Ibn Taimiyah, Bab Macam-macam Harta Kerajaan, Jakarta: Darul Haq., pp.
296-314
[17] Abu Yusuf (t.t.), Kitab al-Kharaj, p. 80, dalam Sabahuddin Azmi, op.cit, p. 89.
[19] Abdul Qadim Zallum (1988), Al-Amwal fi Daulah al-Khilafah, Ahmad S at all.
(terj.), Bogor: Pustaka Thariqul Izzah., p. 25.
[20] Abu Yusuf (t.t.), Kitab al-Kharaj, p. 48, dalam Sa’id Hawwa, Al-Islam, Abdul
Hayyie al-Kattani, Arif Chasanul Muna dan Sulaiman Mapiase (terj.), Jakarta: Gema Insani.,
p. 237.
[21] Abu Ubayd (t.t.), Kitab al Amwal, p. 21, dalam Sabaruddin Azmi, Op. cit., p. 90.
[22] Eri Sudewo (2004), “Perbezaan Zakat, Infaq dan Shadaqah, Republika, 17
September 2004, konsultasi Zakat., 13 Oktober 2009.
[24] Ali bin Muhammad Al Jurjani (t.t.), At-Ta’rifat, dalam Muhammad Shiddiq Al
Jawi (t.t.), Definisi Zakat Infaq dan Shadaqah, http://e-syariah.net, 13 Oktober 2009.
[25] Lihat Ibn Manzur (1990), Lisan al-‘Arab, Beirut: Dar al-Fakr, Jilid 14., p. 358-
359.
[26] Secara lebih teknikalnya para fuqaha memberi definisi yang berbagai-bagai .
Bagaimanapun secara, umumnya definisi-definisi berkenaan memberi erti seperti mana
disebutkan. Lihat sebagai contoh: Ibn Qudamah (1968), al-Mughni, Kaherah: Maktabah al-
Qahirah, jilid 2, p. 427; al-Nawawi (t.t.), al-Majmu’, Kaherah: Matba’ah al-Imam, Jilid 5, p.
291; Ibn ‘Abidin (1966), Hasyiah, Kaherah: al-Halabi, jilid 2, p. 256-257.
[28] Yusuf Qardhawi (2002), “Teologi Kemiskinan, Doktrin Dasar dan Solusi Islam
atas Problem Kemiskinan, A. Maimun Syamsuddin dan A. Wahid Hasan (terj,), Yogyakarta:
Mitra Pustaka, p. 87.
[29] Mahmood Zuhdi Abd. Majid (2003), “Pengurusan Zakat”, Kuala Lumpur:
Dewan Pustaka dan Bahasa, p. 46.
[30] M. Nipan Abdul Halim (2001), “Mengapa Zakat Disyariatkan”, Bandung: M2S,
p. 28.
[32] Ibnu Taimiyah (1998), Op. cit, dalam A. A. Silalahi, Op. cit, p. 275.
[35] Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, p. 135, dalam Sabahuddin Azmi (2002), Op. cit.
p. 111.
[36] Abu Ubayd (t.t.), Kitab al-Amwal, p. 23, dalam Sabahuddin Azmi (2002), Op.
cit. p. 111.
[38] Al-Mawardi (1978), Op. cit, p. 137-138, dalam Sabahuddin Azmi (2002), Op. cit,
p. 126.
[40] Abu Yusuf (t.t.), Kitab al-Kharaj, p. 122, dalam Sabahuddin Azmi, op.cit, p. 129.
[44] Ibid.
[45] Abu Ubayd (t.t.), Op.cit, p.79, dalam Sabahuddin Azmi (2002), Op. cit. p. 148.
[47] Abu Yusuf (t.t.), Op.cit, p. 529, dalam Sabahuddin Azmi, op.cit, p. 131.
[48] Mustafa Edwin Nasution, et al. (2006), “Pengenalan Eksklusif Ekonomi Islam”,
Jakarta: Kencana Prenada Media Group, p. 139.
[50] Adiwarman A Karim, Op. cit, p. 41 dan Heri Sudarsono, Op. cit, p. 121.
[51] Ahmad Shukri, Mohd. Nain dan Rosman Md. Yusoff (2003), Op. cit., p. 83-84.
[52] Ibid.
[53] Abdel Hamid El-Ghazali (1994), Man is The Basic of The Islamic Strategy for
Economic Development, Jeddah: Islamic Research and Training Institute Islamic
Development Bank, p. 13.
[54] Syafruddin Arif M. M. (2007), “Need Assesment SDM Ekonomi Islam”, Jurnal
Ekonomi Islam La Riba, Vol. 1, No. 1, Juli 2007, Bengkalis: STIES, p. 15-16.
[63] M. Amin Abdullah et al (2000), Antologi Studi Islam: Teori & Metodologi,
Yogyakarta: Sunan Kalijaga Press, p. 294-297, dalam Ade Candra Kusuma (2005),
“Pembaharuan Penemuan Hukum Islam: Pendekatan Terpadu Hukum Islam dan Sosial”,
Hukum Islam, Vol. 12, No. 10, September 2005, Riau: UIN Sultan Syarif Kasim, p. 68-69.
[64] Afzalul-Ur-Rahman (1980), Economic Doctrines of Islam, Mustafa Kassim
(terj.), Lahore: Islamic Publication ltd., Vol. 1., ed. 2, p. 1-5.
[65] Syihabumila (2004), “Sistem Ekonomi Islam solusi Krisis”, Magister Studi
Islam, Yogyakarta: Universitas Islam Indonesia, http://www.msi-uii.net.