Anda di halaman 1dari 12

SPPK2015/012

SATU TINJAUAN TERHADAP AMALAN PROFESIONAL FASA 1 DALAM


KALANGAN GURU PELATIH PENDIDIKAN SENI VISUAL

Nor Azizah
Atan
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala
Lumpur
Email:
nor_azizah@ipik.edu.my

Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa
pengajaran mikro dapat diaplikasi dan diamalkan oleh guru pelatih Pengkhususan
Pendidikan Seni Visual terhadap amalan profesional fasa 1. Matlamat kajian ini adalah
berpandukan kepada dua objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan
kemahiran penulisan rancangan pengajaran dan peranan kelas pengajaran mikro dalam
membantu pelajar semasa menjalani Praktikum 1. Kajian ini merupakan kajian kuatitatif dan
kualitatif yang melibatkan guru pelatih yang sedang menjalani Praktikum 1 selama sebulan
di sekolah. Responden dalam kajian ini melibatkan 5 orang guru pelatih G5.7 di dua buah
sekolah rendah di sekitar Cheras, Kuala Lumpur. Data yang diperolehi melalui analisis
dokumen, pemerhatian, senarai semak dan temu bual. Kajian ini menggunakan ujian statistik
deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan kelima-lima guru pelatih telah memperoleh ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang cukup penulisan rancangan pengajaran terutamanya
dalam aspek set induksi, kemahiran tunjuk cara dan kemahiran penutup. Pengajaran mikro
yang dipelajari di semester 4 telah membantu guru pelatih melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran semasa menjalani program praktikum.

Katakunci : Amalan Profesional Fasa 1, pengetahuan dan kemahiran, pengajaran


mikro
PENGENALA
N

Amalan profesional semasa praktikum merupakan komponen penting dalam kurikulum latihan
perguruan Pendidikan di negara ini sentiasa dihadapkan dengan cabaran-cabaran seperti
perubahan- perubahan yang berlaku di dalam proses perlaksanaan sistem pendidikan yang
diamalkan. Cabaran ini sebenarnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan transformasi
pendidikan yang mensasarkan pencapaian pendidikan bertaraf dunia menjelang tahun 2020.
Matlamat ini secara tidak langsung memberikan cabaran kepada bidang pendidikan
terutamanya kepada para pendidik yang berada di sekolah-sekolah, tidak terkecuali kepada
bakal-bakal guru yang akan keluar mengajar setelah mereka selesai menjalani latihan
perguruan.

Dalam konteks ini aspek pengetahuan dan kemahiran terhadap Amalan Profesional Fasa 1
perlu ditekankan. Ini kerana para guru pelatih merupakan pemangkin kepada pembentukan
generasi cemerlang yang disasarkan oleh negara. Secara umumnya, pengajaran adalah satu
tindakan yang bertujuan untuk menggerakkan pembelajaran. Proses pengajaran melibatkan
penyusunan dan manipulasi sesuatu keadaan di mana terdapat rintangan atau halangan yang
perlu di atasi.
Pemantapan Amalan Profesional dianggap penting dan memberi impak yang besar kepada
pencapaian matlamat pendidikan negara. Ini kerana mereka merupakan pelaksana yang
secara langsung berurusan dengan generasi negara yang berada di sekolah-sekolah. Justeru
dua aspek penting telah dikenalpasti iaitu mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran
penulisan rancangan pengajaran dan peranan kelas pengajaran mikro dalam membantu
pelajar semasa menjalani Praktikum 1.

Orlich et al. (1998) menerangkan rasional mengapa perlunya pengalaman Pengajaran Mikro
disediakan kepada guru pelatih. Pengajaran Mikro membenarkan guru pelatih untuk
mempraktikkan teknik, strategi atau prosedur pengajaran, mengurangkan rasa bimbang
dengan berlatih di persekitaran yang menggalakkan, menguji pendekatan inovatif terhadap
konsep pengajaran, berlatih pengajaran berkumpulan dan memperoleh respons terhadap
pengajaran dengan kadar yang segera. Semasa amalan ini dilaksanakan di sekolah, guru
peatih mengaplikasi ilmu dan kemahiran ke situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di
bilik darjah.

PERNYATAAN
MASALAH

Pengajaran Mikro berasal di Universiti Stanford pada tahun 1963 dan ia adalah salah satu
dari perkembangan yang amat penting dalam bidang latihan perguruan. Pada asasnya,
Pengajaran Mikro merupakan satu bentuk simulasi di mana keadaan pengajaran boleh
dikawal dengan mudah. Umpamanya, dalam Pengajaran Mikro, jumlah pelajar di dalam
kelas dikecilkan dan masalah kompleks dapat dikurangkan. Situasi seperti ini
membolehkan seorang guru pelatih memperoleh

kemahiran pengajaran satu persatu secara beransur‐

ansur.

Menurut
adalah Allen dan Ryan (1969) dalam Mook (2001), perkara utama dalam Pengajaran Mikro

seperti
berikut:

1. Ia adalah pengajaran sebenar walaupun keadaan pengajaran itu adalah


berbentuk simulasi dan dijalankan seperti yang dilakukan dalam kelas biasa.

2. Ia mengurangkan masalah‐masalah kompleks seperti saiz kelas, isi

kandungan dan

masa.
3. Ia memusatkan perhatian kepada latihan dalam kemahiran pengajaran.

4. Ia membenarkan keadaan pengajaran dikelolakan dengan lebih rapi.

5. Ia memberi peluang kepada seseorang guru pelatih menonton rakaman


pengajaran

serta membincang dan menilai pengajarannya dengan penyelia bersama

guru‐guru

pelatih yang lain.

Pengkaji
induksi, ingin melihat
cara‐cara adakah
menarik danguru pelatih ini melaksanakan
mengekalkan semua
perhatian murid, aspek‐
menulis aspekpengajaran,
objektif seperti set
teknik menyoal,
mengajar kawalan
telah diajar ketikabilik darjah, teknik penyoalan dan penggunaan alat‐alat bantu
kelas Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Ini termasuklah dari segi penulisan perancangan
pengajaran,

strategi‐strategi yang sesuai digunakan ketika guru pelatih mengajar, kaedah‐ kaedah yang

sesuai

digunakan
1988). ketika guru pelatih mengajar dan sebagainya (Jagdish,
OBJEKTIF
KAJIAN

1. Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran penulisan rancangan


pengajaran guru pelatih Pendidikan Seni Visual.

2. Mengenalpasti peranan kelas pengajaran mikro dalam membantu guru pelatih

Pendidikan Seni Visual menjalani Praktikum 1.

PERSOALAN
KAJIAN

1. Apakah tahap pengetahuan dan kemahiran penulisan rancangan


pengajaran guru pelatih Pendidikan Seni Visual?

2. Apakah peranan kelas pengajaran mikro dalam membantu pelajar menjalani


Praktikum

1?

BATASAN
KAJIAN

Skop kajian tertumpu kepada guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2013. Kajian tertumpu
kepada lima orang guru pelatih pengkhususan Pendidikan Seni Visual semester 5 yang
menjalani Praktikum 1 selama sebulan di dua buah sekolah di sekitar Cheras, Kuala Lumpur.

METODOLOGI
KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang dijalankan secara tinjauan. Kajian ini juga
menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif dalam mengumpul maklumat dari
responden dengan menggunakan instrumen borang soal selidik dan temu bual. Untuk menguji
setiap dimensi, skala Likert lima poin digunakan. Pendekatan kajian temu bual juga
digunakan untuk memahami implementasi serta masalah dalam amalan Profesional fasa 1.
Penyiasatan ini bukan sahaja dapat melihat cara penulisan rancangan pengajaran harian,
juga peranan kelas pengajaran mikro semasa semester 4 dapat diaplikasi dan membantu
guru pelatih semasa menjalani Praktikum
1. Analisis dan senarai semak dijalankan melalui buku rekod mengajar guru pelatih semasa
mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

ANALISIS
DATA

Data-data diperolehi melalui analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual guru pelatih
.Penyiasatan ini bukan sahaja dapat meninjau Amalan Profesional Praktikum Fasa 1.

Data-data diperolehi melalui soal selidik , analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual guru-
guru pelatih semester 5 Pendidikan Seni Visual . Kajian deskriptif yang menggunakan analisis
data kaedah stastistik peratusan digunakan untuk menganalisis data. Data temu bual pula
diperolehi daripada responden secara rawak.
DAPATAN
KAJIAN

Kajian ini meninjau dari dua aspek terhadap Amalan Profesional Fasa 1 dalam kalangan guru
pelatih Pendidikan Seni Visual iaitu dari aspek pengetahuan dan kemahiran penulisan
rancangan pengajaran guru pelatih Pendidikan Seni Visual dan peranan kelas pengajaran
mikro dalam membantu guru pelatih Pendidikan Seni Visual menjalani Praktikum 1.

Profil
responden

Jadual 1:Profil Responden berdasarkan demografi.


(N-5)

Bil Perkara Bilangan Peratus Responden


1. Jantina Guru Pelatih Responden
Perempuan 2 40%
Lelaki 3 60%
2. Umur
22 Tahun 5 100%
3. Bangsa
Melayu 4 80%
Cina 1 20%
India -
4. Agama
Islam 4 80%
Kristian 1 20%

Berdasarkan Jadual 1, jantina responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada
tiga lelaki dan dua perempuan. Guru pelatih ini berumur sekitar 22 tahun. Daripada kajian ini
didapati empat orang berbangsa melayu dan seorang berbangsa cina mana kala empat
orang beragama islam dan seorang beragama kristian.

Jadual 2: Pemerhatian Penulisan Rancangan Pengajaran


Harian

Bil Perkara Ya Tidak


1 Set Induksi 5 (100%) 0
2 Penggunaan papan tulis 4 (80%) 1 (20%)
3 Kemahiran tunjukcara 5 (100%) 0
4 Kemahiran penutup 5 (100%) 0
5 BBM (ICT/Penggunaan sumber 3 (60%) 2(40%)

Pemerhatian di dalam kelas telah dijalankan sewaktu guru pelatih menjalani praktikum 1
selama sebulan di dua buah sekolah . Didapati 5 orang atau 100% guru pelatih dapat
melaksanakan set induksi, kemahiran tunjuk cara dan kemahiran penutup dengan baik.
Manakala tiga orang atau 60% guru pelatih tidak dapat melaksanakan Pengajaran dan
pembelajaran menggunakan ICT.
Jadual 2: Pengetahuan dan Kemahiran Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

Sanga Tidak Agak Setuju Sangat


Items t
Setuj Setuj Setuju
Tidak u u

Setuju

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran 0 0 1 4 0


Amalan
dalam Profesional 1. (20% (80%)
Mempunyai pengetahuan dalam 0 0 ) 0 4 1
penulisan harian.
rancangan (80%) (20%)
Mahir menulis objektif dan hasil 0 0 0 4 1
pembelajaran
dalam penulisan rancangan pengajaran (80%) (20%)
harian.
Mahir menggunakan kaedah dan strategi 0 0 2 3 0
yang
sesuai dalam PdP (40% (60%)
)

Mahir dalam pengurusan kelas 0 0 1


(20% 3
(60%) 1
(20%)
)

Jadual 2 menunjukkan hanya 2 orang atau 40% responden sangat bersetuju mereka
mempunyai pengetahuan dalam penulisan rancangan harian dan mahir menulis objektif dan
hasil pembelajaran dalam penulisan rancangan pengajaran harian. 4 orang atau 80%
responden mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalama amalan profesional 1,
mempunyai pengetahuan dalam penulisan rancangan harian serta mahir menulis objektif
dan hasil pembelajaran dalam penulisan rancangan pengajaran harian.

4 orang atau 80% responden bersetuju mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam Amalan Profesional 1, mempunyai pengetahuan dalam penulisan rancangan harian
dan mahir menulis objektif dan hasil pembelajaran dalam penulisan rancangan pengajaran
harian.

Dapatan kajian ini mendapati guru pelatih bersetuju mereka mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam Amalan Profesional Fasa 1. Mereka juga bersetuju mempunyai
pengetahuan dalam penulisan rancangan harian. Mahir menulis objektif dan hasil
pembelajaran dalam penulisan rancangan pengajaran harian.

Pengkaji mendapati, pengajaran mikro telah membantu kelima-lima guru pelatih dalam
menulis

Rancangan Pengajaran Harian


(RPH).

Jadual
3

Amalan Profesional Fasa


1
Items Sangat
Tidak
Tidak Agak Setuj
u
Setuju Setuj
u Sang
at
S
e
t
u
j
u
Setuju

Pengajaran mikro membantu 0 0 0 1 4


profesional
amalan 1 (20%) (80%)
Memahami kemahiran-kemahiran yang 0 0 0 5 0
ada pengajaran mikro.
dalam (100%)
Melaksanakan kemahiran set induksi 0 0 0 5 0
dengan
yakin. (100%)
Melaksanakan kemahiran tunjuk cara 0 0 0 4 1
dengan
yakin. (80%) (20%)
Pengajaran mikro sangat membantu 0 0 0 0 5
guru melaksanakan PdP semasa
pelatih (100%)
praktikum.
Berdasarkan Jadual 3, menunjukkan 5 orang atau100% responden sangat bersetuju
Pengajaran mikro sangat membantu guru pelatih melaksanakan PdP semasa praktikum.
Empat orang atau 80% responden sangat bersetuju Pengajaran mikro membantu amalan
profesional 1 5 orang atau 100% setuju mereka memahami kemahiran-kemahiran yang
ada dalam pengajaran mikro dan dapat melaksanakan kemahiran set induksi dengan
yakin. .

Dapatan kajian juga mendapati keseluruhan guru pelatih sangat bersetuju pengajaran
mikro sangat membantu guru pelatih melaksanakan PdP semasa praktikum. Dapatan ini
juga disokong dengan temu bual dengan guru pelatih bahawa melalui pengajaran mikro
dipelajari semasa disemester empat, mereka mudah memahami dan mengetahui jenis-
jens kemahiran yang boleh diaplikasa semasa praktikum 1.

PERBINCAN
GAN

Amalan profesional merupakan peluang terbaik kepada guru untuk mempraktik semua ilmu
dan teori yang dipelajari di IPG dapat diamalkan di sekolah malah apa yang diperlukan ia
boleh mencetus dan menghasilkan teori pembelajaran yang tersendiri mengikut acuan dan
keperluan dan budaya sekolah. Semoga pelaksanaan amalan profesional ini dapat
dilaksanakan dengan berkesan hasil dari bimbingan pensyarah dan guru-guru pembimbing
yang berpengalaman di sekolah.

Manakala pengajaran mikro atau pun pedagogi perlu dipelajari oleh setiap guru pelatih
sebelum mereka dibenarkan untuk menjalani Praktikum. Ini menunjukkan betapa
pentingnysa amalan profesional ini dalam menyediakan bakal guru pelatih dalam
menghadapi murid-murid sewaktu Praktikum.. Pengajaran Mikro penting untuk
melahirkan bakal guru yang berkualiti dari segi kemahiran dan pengetahuannya dalam
mengendalikan kelas ketika proses pengajaran berlaku. Dengan melalui tempoh yang
ditetapkan, pembelajaran Pengajaran Mikro dapat membantu guru pelatih untuk
merancang pengajaran dengan baik, menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih
berkesan dan dapat menarik perhatian murid di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini
diharapkan dapat
membantu bakal‐bakal guru dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam

penulisan

rancangan
mereka. pengajaran harian( RPH)

Ruju
kan

A.M.Ee . ( 1989 ) . Pedagogi 1 . Penerbitan Fajar Bakti Sdn, Bhd .


Petaling Jaya

Atan Long. (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Gregson, J. A. (1993). Critical Pedagogy for Vocational Education: The role of teacher
education.

Journal of Industrial Teacher Education 30. no.4 : Pp 7-28.

Jagdish Raj Sharma (1990). Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : UtusanPublication &
Distributors Sdn.

Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Garis Panduan Praktikum Latihan


Perguruan

Praperkhidmatan. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.Ralph, E. G. (1992).


Improving Practicum Supervision: A Canadian Experience. Action In Teacher

Education, XIV(4), 30‐38.

Schulman, L. S. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the New


System. Harvard

Anda mungkin juga menyukai