Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN SOFBOL

MSSD PASIR GUDANG


1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Sofbol
Antarabangsa (WBSC)
1.2 Tertakluk kepada Peraturan Am MSSM terkini.
1.3 Pertandingan untuk kategori umur bawah 12 tahun dan 18 tahun tertakluk
kepada pindaan yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Teknikal
MSSM.

2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan Berpasukan antara sekolah – sekolah MSSD Pasir Gudang
12 tahun dan ke bawah bahagian lelaki dan perempuan.
2.2 Pertandingan Berpasukan antara sekolah – sekolah MSSD Pasir Gudang
18 tahun dan ke bawah bahagian lelaki dan perempuan.

3. KELAYAKAN PEMAIN
3.1 Semua pemain mestilah memenuhi Peraturan Am (3) dan (4) MSSM.
3.2 Kategori 12 tahun dan ke bawah
3.2.1 Semua pemain bagi pertandingan adalah 12 tahun dan kebawah
dan kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.
3.2.2 Semua pemain diwajibkan membawa salinan sijil kelahiran
masing-masing yang telah disahkan.

3.3 Kategori 18 tahun dan ke bawah.


3.3.1 Semua pemain bagi pertandingan adalah 18 tahun dan ke bawah
dan kiraan umur adalah pemain pada 1 Januari tahun pertandingan.
3.3.2 Semua pemain diwajibkan membawa kad pengenalan masing-
masing.

4. PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN.


4.1 Setiap pasukan mempunyai tidak lebih daripada 15 orang pemain, 2 orang
jurulatih dan seorang pengurus.
4.2 Setiap pasukan hendaklah disertai oleh Pengurus Pasukan pada masa
perlawanan dijalankan.
4.3 Pendaftaran : Sebarang perubahan atau pindaan pada borang pendaftaran
dibenarkan di Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan,jika pengurus
pasukan berkenaan membawa surat pengesahan yang ditandatangani oleh
Setiausaha Agung / Yang Dipertua masing-masing dengan cop rasmi.
4.4 Yuran akan ditentu pada mesyuarat penyelarasan pertandingan.
5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Sila rujuk Peraturan Am (11) MSSM
5.2 Tempoh perlawanan:
5.2.1 Kategori 12 tahun dan ke bawah :
5.2.1.1 Semua perlawanan pusingan awal adalah perlawanan masa
terhad selama 1 jam atau 7 inning
5.2.1.2 Jika sesuatu pasukan melebihi lawannya dengan 10 larian
dalam inning ke 3, 7 larian dalam inning ke 4 dan 5 larian
dalam inning ke 5 selepas tamat giliran memukul,
perlawanan tersebut hendaklah ditamatkan dan pasukan
tersebut dikira menang.
5.2.1.3 Dalam tempoh perlawanan masa, permainan mestilah
ditamatkan jika pasukan pemukul kedua (second at bat)
mendahului lawannya.
5.2.1.4 Untuk Perlawanan Akhir, 1 jam 20 minit atau 7 inning
penuh akan diambil kira.

5.2.2 Kategori 18 tahun dan ke bawah :


5.2.2.1 Semua perlawanan pusingan awal adalah selama 1 jam 10
minit atau 7 inning.
5.2.2.2 Jika sesuatu pasukan melebihi lawannya dengan 10 larian
dalam inning ke 3, 7 larian dalam inning ke 4 dan 5 larian
dalam inning ke 5 selepas tamat giliran memukul,
perlawanan tersebut hendaklah ditamatkan dan pasukan
tersebut dikira menang.
5.2.2.3 Dalam tempoh perlawanan masa, permainan mestilah
ditamatkan jika pasukan pemukul kedua (second at bat)
mendahului lawannya.
5.2.2.4 Untuk Perlawanan Akhir, 2 jam atau 7 inning penuh akan
diambil kira.

5.3 Tie Breaker akan dikuatkuasakan sekiranya kedua-dua pasukan


masih lagi seri setelah tamat tempoh perlawanan atau cukup
jumlah inning yang ditetapkan.

5.4 Jika sesuatu perlawanan itu tidak dapat diteruskan atas sebab
keadaan gelap, hujan, kebakaran, huru-hara atau lain-lain sebab
yang boleh merbahayakan pemain atau penonton, pengadil
berkuasa menangguhkan perlawanan tersebut dan menyambung
semula perlawanan tersebut dengan baki masa yang ada.

5.5 Jika permainan sudah berjalan dan tertangguh disebabkan faktor


faktor dinyatakan sebelum ini yang menyebabkan tertangguh lebih
dari 1 jam serta telah sempurna sekurang-kurangnya 1 inning,
maka keputusan terkini diambil kira untuk menentukan pemenang.
6. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN
6.1 Pemberian mata dalam pusingan awal adalah seperti berikut:
Menang - 2 mata
Kalah - 1 mata
Kalah tanpa pertandingan - 0 mata
6.2 Jika seri,kedudukan akan ditentukan seperti berikut:
6.2.1 keputusan perlawanan antara semua pasukan diambil kira.
Pasukan yang mempunyai bilangan kalah paling rendah akan
diletakkan di kedudukan yang lebih tinggi.Jika seri.
6.2.2 Keputusan perlawanan antara pasukan terbabit akan di ambil
kira pasukan yang menang akan di letakkan pada kedudukan
yang lebih tinggi (jika 2 pasukan terlibat) jika seri.
6.2.3 Jumlah larian kena setelah tamat pusingan awal di ambil
kira Pasukan yang mempunyai larian kena yang paling
rendah akan di letakkan pada kedudukan yang paling tinggi
(3 atau lebih pasukan yang terlibat ).Jika seri.
6.2.4 Jumlah larian kena yang paling rendah antara pasukan yang
terlibat akan diambil kira. Pasukan yang mempunyai kena
yang paling rendah akan diletakkan pada kedudukan yang
paling tinggi.Jika seri.
6.2.5 Lalui cabutan undi, pasukan pertama yang dipilih akan
diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi.Definisi
(Larian Kena) –jumlah larian yang diperolehi oleh pihak
lawan.

7. PAKAIAN DAN PERALATAN


7.1 Sila rujuk Undang-Undang Antarabangsa Permainan Sofbol
7.2 Pengurus pasukan, Jurulatih dan pemain mesti memakai seragam yang
telah ditetapkan. Nombor pemain mesti disematkan dibelakang pakaian
seragam itu. 2 pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memakai
seragam yang sama warna.jika berlaku,pasukan tersebut dahulu dalam
jadual hendaklah menukar pakaian seragamnya
7.3 ‘Face Mask’,’throat protector’,’chest guard’,’catcher’s helmet’ dan ‘shin
guard’ DIWAJIBKAN semasa perlawanan berlangsung.
7.4 Batter helmet MESTI dipakai oleh pemukul menunggu,pemukul,pelari di
bes dan pemain yang menjadi jurulatih bes.
7.5 Double base di bes pertama akan digunakan.
7.6 Pemakaian topi yang sama warna bagi pihak pemadang adalah
DIWAJIBKAN (pasukan lelaki). Sekiranya tiada topi yang sama maka
secara mutlaknya pasukan tersebut di kira KALAH dengan kiraan mata
2 dan 7 larian berbalas 0.
8. KELEWATAN
Hanya 10 minit akan diberikan oleh pasukan yang lewat. Selepas itu,pasukan
lawan akan diberikan kemenangan percuma dengan mendapat 2 mata dan 7 larian
berbalas 0(untuk perlawanan tersebut sahaja).

9. BANTAHAN
9.1 Bantahan keatas perkara-perkara teknikal hendaklah diselesaikan diatas
padang dan keputusan Ketua Pengadil adalah muktamad.
9.2 Perkara-perkara berkenaan hal kelayakan pemain akan diselesaikan oleh
Lembaga Rayuan.
9.3 Bantahan atas perkara 9.2 hendaklah dibuat secara bertulis dengan
disertakan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 tidak lewat dari 1jam
selepas perlawanan.wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya
bantahan yang dibuat ditolak.

10. JURI RAYUAN (Peraturan Am 14 MSSM)


Terdiri daripada:
10.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.
10.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola.
10.3 Penyelaras Teknik dan Pembangunan Sukan (sofbol) MSSM Pasir Gudang
10.4 Ketua Pengadil Pertandingan
10.5 Tiga orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan kes / bantahan.

11. BOLA PERTANDINGAN


Bola Rasmi Kejohanan akan ditentukan oleh MSSD Pasir Gudang yang akan
mengelolakan pertandingan dengan persetujuan Pengerusi Teknik Sofbol MSSD
Pasir Gudang.

12. PERKARA TIDAK JELAS/TIDAK DINYATAKAN


Perkara yang tidak dinyatakan dalam PERATURAN AM MSSM dan
PERATURAN PERMAINAN ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan MSSM dan keputusan adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai