Membaca Ibu bapa bagaimana selesa mewujudkan menyimpan mempelajari diterapkan mini
jambatan contoh seronok membawa perpustakaan menghadiahkan pergi budaya membaca masa
Amalan _______________(1) merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat
berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk
_______________(2) keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak.
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan
membawa anak-anak ke ________________(3). Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai
contoh, _______________(4)boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti
sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup.
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan _________(5) di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat
____________(6)buku dan majalah. Malahan, boleh dijadikan tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah
mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah,
buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan___________(7). Lantaran itu, ibu bapalah
memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan__________(8) teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak
mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap
gemar____________(9) surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi ________(10)
lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu ‘___________ (11)acuan, begitulah
kuihnya’. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.
Tambahan pula, ibu bapa boleh __________(12)anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh
membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika _________(13) ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut,
minat mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat _____________(14)cara memilih bahan-
bahan bacaan yang sesuai.Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang
membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan ________(15) suka membaca dalam
kalangan ahli keluarganya.
Seterusnya, ibu bapa juga boleh_______________(16) buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau
ganjaran kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa
____________(17) kerana kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa
boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya
_____________(18)sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari
rebungnya’.
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-
anak kerana membaca ___________ (19) ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada
masa akan datang.
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK.
Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu.
Setiap anggota masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk
mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. (38)
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan
membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di
sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. (64)
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan
buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi
dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita
dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang
sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70)
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak
dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar
membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan,
tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Oleh itu, jelaslah bahawa
ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk dicontohi anak-anak.(69)
Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh
membawa anak-anak mengunjungi kedai buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat
mereka untuk membaca akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari cara memilih bahan-bahan bacaan
yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa yang membawa anak-
anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan ahli
keluarganya. (73)
Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran
kepada anak-anak apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran. Anak-anak akan berasa gembira kerana
kejayaannya dihargai oleh keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak. Ibu bapa boleh membelikan buku
berbentuk pelajaran, novel ataupun komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi dalam
kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. (73)
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-
anak kerana membaca jambatan ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi pandai dan bakal pemimpin pada masa
akan datang. (33 )