Anda di halaman 1dari 6

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK JUARA Kod Sekolah: PBA0006

1. Nama Guru SITI NURSYIFAA BINTI OSMAN

2. Judul PRAKTIKAL SOLAT SEMPURNA 3. Bidang: AGAMA

4. Tarikh Pembentangan 30 OGOS 2016 5. Masa: 2.00 PM


MAKMAL KOMPUTER SK JUARA
6. Tempat Pembentangan
7. SINOPSIS

Buku ini adalah ringkasan dan tambahan kepada buku ‘Solat Nabi Menurut Mazhab Syafie’. Buku

ini lebih ringkas dan disusun mengikut tertib; sebelum dan ketika solat, satu persatu atau langkah

demi langkah untuk lebih memudahkan pembaca memahami praktikal solat dengan sempurna

dari mula sebelum menunaikan solat sehingga selesai. Semua cara pergerakan dan bacaan

dalam solat di dalam buku ini, bermula daripada mula sehingga selesai solat adalah berpandukan

hadis dan pendapat para ulama muktabar dalam mazhab Syafie.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Cara solat mahab Syafie (juga mazhab tiga yang lain ) adalah mengikut cara solat Nabi s.a.w.

cara solat inilah yang dan sedang diajar, malah menjadi sukatan pelajaran di sekolah rendah dan

menengah (KAFA dan PAFA) di seluruh Malaysia, di pondok-pondok dan institusi pengajian,

malah ia diajar dan dikupas dalam majlis-majlis ilmu di seluruh dunia yang bermazhab Syafie.

Buku ini telah memberi pengetahuan baru kepada saya tentang amalan-amalan sunat lain yang

boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas solat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini sangat sesuai dibaca dan menjadi rujukan buat guru yang mengajar subjek Pendidikan

Islam seperti saya. Buku ini dapat memperbaiki solat saya serta menjadi panduan untuk saya

mengajar di dalam kelas.

Murid-murid perlu diterapkan cara solat yang sempurna sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Mereka juga boleh diajar amalan-amalan sunat yang boleh diamalkan dalam solat agar mereka

dapat menjadikan ia amalan sehingga mereka dewasa kelak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..................................... ........................................................
( SITI NURSYIFAA OSMAN )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK JUARA Kod Sekolah: PBA0006

1. Nama Guru SITI NURSYIFAA BINTI OSMAN

2. Judul BUSTANUL ‘ARIFIN 3. Bidang: AGAMA

4. Tarikh Pembentangan 1 SEPTEMBER 2016 5. Masa: 2.00 PM

6. Tempat Pembentangan MAKMAL KOMPUTER SK JUARA


7. SINOPSIS

Kitab Bustanul ‘Arifin ini ialah di antara kitab karangan al-Imam al-Alim al-Allamah Syaikhul Islam

Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf an-Nawawi rahimahullahu taala atau yang lebih masyhur

dengan sebutan al-Imam an-Nawawi sahaja. Beliau dilahirkan pada tahun 631H dan meninggal

dunia pada tahun 676H di Nawa, Hauran, Syria.

Beliau mengetengahkan lebih daripada 50 ungkapan para ulama yang indah-indah yang

merupakan kata-kata mutiara yang sangat mahal harganya. Di mana ungkapan-ungkapan tersebut

adalah lahir daripada pengalaman mereka dalam mujahadah dan usaha yang berterusan untuk

menjadi seorang insan yang benar-benar hidup di dunia ini sebagai hamba Allah taala.

Selepas itu, beliau membicarakan dengan panjang lebar perihal karamah wali-wali dan mawahib-

mawahib (keistimewaan) mereka dan segala permasalahan yang berkaitan dengan karamah,

kemudian diikuti pula dengan menyebutkan beberapa contoh daripada karamat mereka yang telah

berlaku.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kitab Bustanul ‘Arifin karangan Imam Nawawi rahimahullahu taala ini telah mendapat perhatian dan

sambutan dari kalangan para ulama, kerana kandungannya sesuai dengan namanya, iaitu

“Bustanul ‘Arifin” yang bermakna “Taman Orang-Orang Yang Arif Dengan Allah Taala”. Ia sangat

banyak mengandungi nasihat dan pelajaran yang berharga, terutama bagi mereka yang berusaha

menuju ke ma’rifatullah yang sebenar.

Apa yang penulis harapkan adalah semoga terjemahan ini dapat memudahkan para sahabat kita
dalam mengambil faedah daripada kandungannya yang sangat berharga itu untuk menerangi jalan

yang mereka tempuh ke arah ma’rifatullah, yang sangat memerlkan kepada ilmu, mujahadah dan

kesabaran. Semoga Allah memberi pahala kepada penterjemahnya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kitab ini terdapat pedoman-pedoman yang akan menerangkan jalan yang lurus seperti yang

disebutkan iaitu jalan yang dapat membawa kita kepada akhlak yang mulia. Sebagai seorang guru,

amat penting untuk kita mempunyai akhlak yang mulia agar dapat menjadi contoh kepada murid.

Hal ini kerana di samping mengajar, kita perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

Selain itu, sebagai seorang guru, saya perlu membetulkan niat dan ikhlas dalam menyampaikan

ilmu kepada murid untuk mendapat keberkatan hidup.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..................................... ........................................................
( SITI NURSYIFAA BINTI OSMAN )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK JUARA Kod Sekolah: PBA0006

1. Nama Guru SITI NURSYIFAA BINTI OSMAN

DI BAWAH CAHAYA AL-QURAN


2. Judul 3. Bidang: AGAMA
SEPANJANG ZAMAN
4. Tarikh Pembentangan 1 SEPTEMBER 2016 5. Masa: 2.00 PM

6. Tempat Pembentangan MAKMAL KOMPUTER SK JUARA


7. SINOPSIS

Buku ini mendedahkan tentang al-Quran untuk dijadikan panduan dalam kehidupan sama ada

seseorang itu sebagai indidvidu, ahli masyarakat, bahkan dalam kehidupan bernegara. Al-Quran

menjadi panduan bagi semua manusia. Sesiapa yang mengikut petunjuknya, maka akan

sejahtera dan bahagia. Orang yang enggan menjadikannya sebagai panduan dalam

kehidupannya sudah pasti akan binasa. Al-Quran yang lengkap dan sempurna, apabila ia

dijadikan pedoman dan cara hidup sebenar secara menyeluruh nescaya akan membawa

kebahagiaan dunia dan akhirat..


8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Al-Quran adalah kalamullah yang mempunyai nilai mukjiat yang tinggi. Ia diturunkan oleh Allah

taala kepada hamba dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. menerusi Malaikat Jibril. Seterusnya

diriwayatkan oleh para sahabat kepada Tabiin sehinggalah sampai kepada kita dengan riwayat

yang mutawatir. Membacanya adalah merupakan sebaik-baik ibadah dan tidak akan tertolak akan

kebenarannya.

Al-Quran menjadi panduan hidup bagi semua manusia. Sesiapa yang mengikut petunjuknya,

maka akan sejahtera dan bahagia. Orang yang enggan menjadikannya sebagai panduan di

dalam kehidupannya sudah pasti akan binasa.

Sebagai seorang Islam yang baik, sudah sewajarnya meyakini al-Quran sebagai satu cara hidup

yang terbaik dan boleh menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Oleh itu, buku yang berada di tangan pembaca kali ini dapat membantu kita memahami betapa

pentingnya al-Quran sebagai satu perundangan hidup kita di dunia ini supaya hidup kita
mendapat rahmat di sisi Allah Taala.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kebenaran al-Quran dan kemurnian serta keasliannya semakin hari semakin terbukti tentang

kemukjizatannya. Sesungguhnya hal ini telah pun dijamin oleh Allah taala dan ditegaskan dalam

al-Quran. sebagai seorang guru, saya boleh menjadikan buku ini sebagai panduan untuk saya

menyampaikan ilmu di dalam kelas. Selain itu, ia juga dapat menjadi rujukan buat diri saya untuk

menjadi guru yang ikhlas, amanah, bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah dan juga

dalam melaksanakan kerja secara individu ataupun berkumpulan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..................................... ........................................................
( SITI NURSYIFAA BINTI OSMAN )