Anda di halaman 1dari 5
PERUTUSAN PENGARAH SEMPENA PERAYAAN HARI GURU TAHUN 2016 TEMA: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam 1Terengganu. Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat saya sampaikan sepatah dua kata sempena Perayaan Hari Guru Kali Ke-45 Tahun 2016 ini Semua guru yang disanjungi, Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus selama ini untuk menjayakan pelbagai aktiviti dan program semata-mata untuk kecemerlangan anak didik yang kita kasihi Alhamdulillah, segala perit jerih guru-guru sekalian telah membuahkan hasil apabila Terengganu terus mengungguli persada negara dalam semua peperiksaan awam tahun 2015. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru sekalian. Kejayaan yang amat bermakna ini adalah milik anda semua. Bidang pendidikan merupakan pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang diperoleh hasil sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan intelek, jiwa dan sahsiah ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna. Selari dengan itu Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menghasilkan tagline Memperkasakan Transformasi Pendidikan dengan menggariskan enam prinsip utama. Antaranya termasuklah Transformasi PdP, Transformasi Kemenjadian Murid, Transformasi Guru, Transformasi PGB, Transformasi Sekolah dan Transformasi JPN/PPD. Hal ini adalah untuk meneruskan kelangsungan kecemerlangan pendidikan Terengganu. Semua guru yang dikasihi, Jika ditinjau dari sudut pandangan yang berbeza, bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada bagi membangunkan modal insan ke suatu tahap yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Pemilihan tema “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” amat bertepatan dengan hasrat dan cita-cita murni tersebut. Berasaskan guru serba boleh, maka peranan kita sebagai guru berupaya membimbing, mengasah dan 2 membentuk setiap insan dengan membangunkan dan mengcungkil bakat berdasarkan potensi murid Dalam hal ini, masyarakat meletakkan harapan tinggi melangit kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembinaan sahsiah selari dengan usaha murni kita melahirkan Murid Terengganu Pasca 2020. Bersempena Perayaan Hari Guru Tahun 2016 ini, saya menyeru agar barisan pendidik khasnya di negeri Terengganu sentiasa bersedia menerima Transformasi Pendidikan Negara dan diterjemahkan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran bersesuaian dengan konsep Pembelajaran Abad Ke-21. Saya sebagai peneraju Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sentiasa mengambil langkah meningkatkan profesionalisme guru dan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani, dipandang tinggi dan dihargai olen masyarakat. FUNGS| DAN PERANAN guru sangat hebat bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan tidak dapat dinafikan lagi. Oleh hal yang demikian, semua pendidik perlu memahami, 3 menyedari dan seterusnya memikirkan strategi pendidikan yang lebih berkesan. Tanpa penghayatan, tanpa kebijaksanaan dan tanpa fokus tentang peranan masing-masing akan memberikan impak terhadap kecemerlangan dan sahsiah murid. Rakan Guru yang dihormati, Kejayaan demi kejayaan murid di negeri ini, khususnya dalam semua peperiksaan awam telah membuktikan bahawa guru memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Impian kita mengekalkan kunggulan saban tahun dalam peperiksaan awam merupakan hasil sokongan padu semua pihak, bermula daripada pihak kerajaan negeri hinggalah kepada setiap individu meskipun secara tidak langsung. Keupayaan pendidik kita memainkan peranan bagi meningkatkan kesedaran insan, selaku bakal peneraju negara, merupakan tugas mulia yang seharusnya diteruskan. Pada kesempatan ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasin kepada warga pendidik atas jasa yang dicurahkan. Semoga bakti tuan puan dianugerahkan ganjaran oleh Yang Maha Esa. Akhir kata, semoga hasrat untuk melahirkan murid yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran pelbagai bahasa, mempunyai etika dan kerohanian yang jitu serta beridentiti nasional akan terlaksana SELAMAT HARI GURU TERIMA KASIH CIKGU GURU PEMBINA NEGARA BANGSA 16 MEI 2016 _@» HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN P.J.c., P.J.K. PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

Anda mungkin juga menyukai