Anda di halaman 1dari 2

KATA GANDA

 Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-
bahagian yang tertentu.

 Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar
tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau
tanpa imbuhan.

 Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu :

o Kata ganda seluruh

 Kata ganda separa

 Kata ganda berentak/berima

 Kata ganda berimbuhan

KATA GANDA SELURUH/PENUH

 Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan
tanpa sebarang perubahan bentuk.

 Contoh kata ganda seluruh iaitu:

KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF

Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik

Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang

Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah

 Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang
bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

PENGANDAAN MAKNA JAMAK MAKNA TUNGGAL

Api-api Banyaknya api Sejenis serangga

Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga

Anak-anak Banyaknya anak mainan

KATA GANDA BERIMBUHAN

 Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan,
sisipan, atau akhiran. Contoh :

IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN

Awalan Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat


Apitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya

Sisipan Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap

Akhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan

 Kata Ganda Majmuk


 Penggandaan kata majmuk yang melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.
 Kata majmuk yang ditulis terpisah, kata yang pertama sahaja yang digandakan.
 Congtohnya:
 kertas kerja - kertas-kertas kerja
 guru besar - guru-guru besar
 mata pelajaran - mata-mata pelajaran