Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PEMANTAUAN UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

PPD TANAH MERAH 2015

1. PENGENALAN

Kertas Konsep Pemantauan Unit PPDa, PPD Tanah Merah ini bertujuan
menjelaskan tentang Program Pemantauan Lokasi dan Pengurusan Program
Sekolah-Sekolah PPD Tanah Merah 2015. Dalam konteks ini, Unit PPDa
Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah dipertanggungjawabkan untuk
memastikan semua sekolah harian melaksanakan program pendidikan
pencegahan dadah kepada semua murid. selaras dengan arahan pemantauan
oleh Pengarah Pendidikan Kelantan yang dikeluarkan setiap tahun untuk
dilaksanakan di semua sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Kelantan.

2. LATAR BELAKANG.

2.1 Sekolah Bebas Dadah 2015 yang dijadikan visi Negara bermatlamat
menjadikan pelajar bebas dari ancaman dadah.Untuk memastikan usaha ini
berhasil, pihak sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan pelbagai
program ke arah pendidikan pencegahan dadah supaya pelajar mendapat
maklumat yang tepat tentang bahaya penggunaan dadah. Lawatan dan
pemeriksaan oleh pegawai PPD Tanah Merah yang berterusan akan
memastikan program-program yang dirancang oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) terlaksana dan mencapai objektif yang
ditetapkan.

2.2 Gejala dadah dewasa ini menjadi cabaran dan ancaman kepada pelajar
sekolah. Oleh itu pihak sekolah perlu proaktif dan berterusan memberi
pendidikan pencegahan dadah kepada semua pelajar dalam menyedarkan
murid-murid sekolah tentang kesan dan akibat penyalahgunaan dadah.
3 MATLAMAT

Program Pemantauan Berfokus bertujuan untuk membolehkan PPD Tanah


Merah mendapat gambaran sebenar kualiti Pengurusan Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa) di sekolah-sekolah. Dapatan Pemantauan Berfokus akan
digunakan sebagai input utama kepada PPD Tanah Merah untuk membuat
penambahbaikan terhadap sekolah-sekolah berkenaan dan dapatan ini juga
akan digunakan oleh PPD Tanah Merah sebagai tindakan susulan.

4 OBJEKTIF

Objektif Pemantauan Berfokus adalah untuk mentaksir sejauh mana


berkesannya kepemimpinan dan pengurusan sekolah serta proses pelaksanaan
dari segi:

 Memastikan bahawa sekolah-sekolah membentuk Jawatankuasa Pendidikan


Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat sekolah sebagaimana telah digariskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan.
 Memastikan sekolah menguruskan dan melaksanakan program PPDa yang
berkesan kepada semua murid dalam melahirkan modal insan yang
bermaklumat tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
 Memastikan sekolah mewujudkan pusat sehenti PPDa iaitu Bilik Sumber
PPDa atau Laluan / Sudut Sumber PPDa yang member pelbagai informasi
bermaklumat kepada semua murid.

5 PELAKSANAAN PEMANTAUAN :

5.1 Kriteria Pemilihan Lokasi


Sekolah yang dipilih belum lagi dipantau pada tahun lepas dan guru PPDa
di sekolah adalah lantikan baharu.
5.2 Spesifikasi Pemantauan

Pemantauan ke lokasi menggunakan instrumen yang ditetapkan. Aspek


yang diberi penekanan adalah pengurusan pendidikan pencegahan dadah
yang meliputi kriteria-kriteria seperti berikut:

5.2.1. Fail pengurusan PPDa sekolah.

5.2.2. Penyebaran visi dan misi PPDa

5.2.3. Takwim dan perancangan PPDa.

5.2.4. Pelaksanaan program dan pelaporan PPDa.

5.2.5. Kes pelajar terlibat dan rekod selian kaunselor

5.2.6. Kewujudan Bilik / Sudut / Laluan Sumber PPDa

5.3 Prestasi Pemantauan


Sekolah yang dipantau perlu mencapai 80% pemarkahan daripada
instrumen yand ditetapkan.

5.4 Takwim Pemantauan

TARIKH
BIL NAMA SEKOLAH
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis
1 SMK BELIMBING x
2 SMK TANAH MERAH 1 x
3 SMK TANAH MERAH 2 x
SMK DATO MAHMUD x
4
PADUKA RAJA 2
5 SK NIK DAUD x
6 SK SRI SURIA 3 x
7 SMK IPOH x
8 SK IPOH x
9 SABK ARABIAH x
SMK TAN SRI
10
MOHAMED YAACOB x
11 SMK BUKIT BUNGA x
SMK LADANG x
12
KERILLA
5.5 Dokumen dan Instrumen Pemantauan
Dokumen dan instrumen yang diperlukan dan digunakan dalam
pemantauan ini ialah:
5.5.1 Kertas Panduan Pelaksanaan Program
5.5.2 Kertas Konsep & Instrumen Pemantauan Pengurusan Pendidikan
Pencegahan Dadah
5.5.3 Borang PK03-1 – PK03-2 : Maklum Balas Dan Cadangan
Penambahbaikan Pemantauan (MS ISO 9001:2008)

5.6 Tatacara Pemantauan

1. Tempoh pelaksanaan pemantauan adalah dari 1 Februari – 31


Oktober 2015.
2. Pemantauan ini akan dilakukan oleh Penyelia Pendidikan
Pencegahan Dadah.
3. Pemantauan akan dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu:
i. Fasa 1 Februari – April
ii. Fasa 2 Mei – Ogos
iii. Fasa 3 September – November
4. Laporan pemantauan dihantar dalam tempoh 3 minggu selepas
melaksanakan pemantauan di lokasi atau program mengikut fasa
yang ditetapkan.
5. Laporan dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD
Tanah Merah (Mac, Jun, September dan Disember).
6. Pemantauan ini akan dilaksanakan dalam:
a) Pemantauan Pengurusan (Pemeriksaan Dokumen)
Insturmen pemantauan unit akan digunakan bagi tujuan ini
dengan menyemak dokumen pengurusan PPDa di sekolah
dan memberi skor markah berdasarkan tahap dokumen
disediakan.

7. Pemantauan ini hendaklah mematuhi Prosedur Pemeriksaan


berdasarkan Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MS 9001:2008,
iaitu PK03 Pengurusan Pemantauan.
5.7 Dapatan Pemantauan

1. Kekuatan dan kelemahan setiap sekolah yang diperiksa hendaklah


disenaraikan mengikut format PK03-1 BORANG MAKLUM BALAS
DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PEMANTAUAN.

2. Pegawai yang memantau sekolah hendaklah menyerahkanlaporan


data sekolah yang dipantau ke UrusSetia dalam tempoh 3
minggu setelahselesai pemantauan dilaksanakan.

3. Urus setia PPD Tanah Merah hendaklah menyatukan rumusan


kekuatan dan kelemahan mengikut format.

4. Data pemantauan dan isu kritikal yang dikesan, bagi sekolah yang
dipantau akan diperiksa oleh Pegawai PPD. Tindakan susulan akan
dimaklumkan kepada Urus Setia Program.