Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN BENGKEL PEMBINAAN KERJA KURSUS 2013

TEMPAT: DEWAN SRIKANDI DAN DEWAN TUN FATIMAH

TARIKH: 27 JUN 2013

PENGERUSI MAJLIS: PN ZURINAH BINTI AHMAD

MASA CUE PENGERUSI


8.00 pg Ketibaan
penceramah
8.30 pg Apabila semua Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
sudah bersedia
Yang Berusaha, Puan Tumerah binti Rosmin
(Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu)

Yang Berusaha, Tn Hj Hasan bin Pardi


(Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu)

Yang Dikasihi, Pn Nazjedah binti Mahmud,


(Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian)

Yang Dihormati Dr Jeniffer Wee, penceramah jemputan kita pada hari


ini.

Pensyarah-pensyarah Kanan,

Ketua-ketua jabatan,

Serta rakan-rakan pensyarah sekalian.


8.35 pg Bacaan Doa Selamat Datang ke Bengkel Pembinaan Kerja Kursus 2013.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
_________________________________________________________
untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Selesai bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada ________________________________


atas bacaan sebentar tadi.
8.40 pg Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi pengetahuan rakan pensyarah, program yang diadakan pada hari


ini telah menggariskan beberapa objektif. Antara yang penting adalah
untuk memberi pendedahan secara hands-on tentang cara membina
kerja kursus yang berkualiti. Selain itu, program ini juga antara lainnya
mensasarkan objektif untuk membimbing pensyarah membina kerja
kursus mengikut kriteria yang ditetapkan serta beberapa lagi objektif lain
yang tidak kurang pentingnya.

Sehubungan dengan itu, seorang penceramah telah dijemput bagi


merealisasikan objektif tersebut. Beliau yang dimaksudkan ialah Dr
Jeniffer Wee dari ________________________________

Biodata ringkas penceramah:


Berasal dari:
Latar belakang pendidikan:

Pengalaman berkhidmat:

Jawatan terkini:

Keluarga:

Tanpa melengahkan masa, saya menyerahkan majlis kepada Dr Jeniffer


Wee untuk slot Pembinaan Kerja Kursus aras tinggi.

Dipersilakan.

Selesai ceramah;

Terima kasih diucapkan kepada Dr Jeniffer Wee atas perkongsian yang


disampaikan sebentar tadi.

Program akan berehat seketika. Dijemput para penceramah dan rakan


pensyarah untuk menikmati sedikit kudapan. Slot yang berikutnya akan
bersambung pada pukul 11.00 pagi

Bersambung

Slot kita akan diteruskan lagi. Sekarang, sekali lagi dipersilakan Dr


Jeniffer Wee untuk mengendalikan slot yang bertajuk Pembinaan Kerja
Kursus mengikut Jabatan.

Selesai Slot
Hadirin yang dimuliakan, berakhir sudah slot Pembinaan Kerja Kursus
mengikut jabatan. Program ditangguhkan dan akan bermula selepas
rehat pada pukul 2.30 petang. Tetamu jemputan dipersilakan untuk
menikmati makan tengahari.

Slot petang
Alhamdulillah, bersyukur kita kerana diberikan peluang untuk
menyambung sesi ke slot terakhir pada hari ini iaitu pembentangan kerja
kursus oleh peserta.

Giliran pembentangan.

Begitulah tadi pembentangan yang telah disampaikan oleh setiap


jabatan. Diharapkan agar segala input yang telah diperoleh pada hari ini
akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh kita semua.

Bagi menghargai penceramah dan tanda ingatan dari pihak institut,


majlis mempersilakan Pn. Tumerah binti Rosmin diiringi oleh Tn Haji
Hasan bin Pardi untuk menyampaikan cenderamata kepada
penceramah jemputan kita.

Dipersilakan Dr Jeniffer Wee untuk menerima cenderamata.

Selesai pemberian cenderamata

Terima kasih kepada Pn Pengarah kerana sudi menyampaikan


cenderamata, dan kepada tuan penceramah terima kasih sekali lagi.

4.30 Hadirin sekalian,


petang Majlis merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua yang hadir.

Semua pensyarah dan dif-dif kehormat dijemput untuk menikmati minum


petang
yang telah disediakan.

Sekian, terima kasih.

Majlis mengumumkan dif2 kehormat meninggalkan majlis

Anda mungkin juga menyukai