Anda di halaman 1dari 53

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Penghargaan 3-4

2. Pengenalan 5

 Objektif Am

 Objektif spesifik

3. Rasionalisma pemilihan topik 6

4. Pengenalan pesakit 7-12

4.1 Butir-butir peribadi pesakit

4.2 Latar belakang pesakit

 Medical

 Surgikal

 Social

4.3 Latar belakang penyakit terkini

 Masalah berkaitan penyakit

 Tindakan yang diambil sebelum datang ke

hospital

 Keadaan semasa kemasukan ke wad

5. Rujukan maklumat berkaitan dengan penyakit 13-29

5.1 Definisi

5.2 Etiologi

5.3 Patofisiologi

5.4 Manifestasi klinikal

1
5.5 Asesmen / penilaian diagnostic

5.6 Komplikasi

5.7 Pengurusan

6. Metodologi kajian kes 30-49

6.1 Asesmen

6.2 Pelan

 Mengenalpasti masalah

 Pembentukan objektif

 Intervensi kejururawatan

6.3 Perlaksanaan pelan intervensi kejururawatan

 Pra operatif

 Pos operatif

6.4 Penilaian

7. Rumusan 50-51

8. Bibliografi /Rujukan 52

9. Lampiran 53

2
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan

besar Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Alhamdulillah, bersyukur

saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menyiapkan

kajian kes saya dalam masa yang telah ditetapkan.

Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

kepada Puan Norlina selaku penyelaras dan pengajar Kursus Perawatan Rehabilitasi

yang telah memberi tunjuk ajar dan pelbagai input berkaitan dengan bidang rehabilitasi

dan ilmu yang bernas supaya saya dapat menyiapkan kajian kes saya ini.

Selain itu, ucapan ribuan terima kasih juga saya layangkan khas buat Encik

Johari kerana sudi membenarkan dan memberi peluang untuk saya menjadikan beliau

sebagai subjek dalam kajian kes saya ini. Komitmen yang diberikan amat dihargai

sehingga melancarkan urusan saya sepanjang melakukan kajian kes ini. Semoga

beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat meneruskan kehidupan

seperti biasa.

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih ditujukan khas buat semua staf wad 2A,

ahli fisioterapi, ahli jurupulih carakerja dan semua staf yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung untuk saya menyiapkan kajian kes ini. Informasi dan kerjasama

3
yang diberikan amatlah berguna kepada saya. Akhir sekali, buat teman-teman

seperjuangan, terima kasih di atas pendapat, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan.

Semoga kita semua berjaya melakukan kajian kes dengan baik.

Sekian terima kasih.

4
PENGENALAN

Objektif Am

Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam memberi perawatan

rehabilitasi kepada pesakit yang mengalami amputasi supaya mencapai tahap

keupayaan yang optima bersesuaian dengan ketidakupayaan pesakit dari segi fizikal,

mental, emosi dan batasan keadaan sekitar serta membantu pesakit kembali

kepangkuan masyarakat atau komuniti.

Objektif spesifik

 Dapat mengetahui dan memahami apa yang dimaksudkan dengan amputasi

 Mengenalpasti masalah berkaitan yang seringkali dihadapi oleh pesakit amputee

 Memperolehi kemahiran dalam menjalankan perawatan ke atas pesakit

amputasi

 Dapat mengetahui proses amputee rehabilitasi dengan lebih mendalam

 Dapat menilai tahap pengetahuan pesakit tentang penjagaan kaki yang betul

 Dapat memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit tentang kepentingan

proses rehabilitasi pesakit amputasi seperti memulihkan fungsi anggota dan

mengelak secondary deformity

5
RASIONALISMA PEMILIHAN TOPIK

Saya memilih tajuk amputasi sebagai kajian kes saya kerana saya mempunyai

minat yang mendalam bagi mengetahui dan mengembangkan idea tentang penjagaan

rehabilitasi kepada pesakit yang mengalami amputasi.

Saya juga berminat menjadikan tajuk ini sebagai kajian kes kerana saya yakin

bahawa pesakit yang mengalami amputasi memerlukan proses pemulihan secara

berterusan dan berkesan agar mereka dapat berdikari dalam melakukan aktiviti-aktiviti

harian bagi memenuhi keperluan diri seterusnya membantu pesakit untuk kembali ke

komuniti. Selain itu, melalui kajian kes ini juga saya dapat mengenalpasti masalah-

masalah yang timbul kepada pesakit yang mengalami amputasi dan dapat memberi

tindakan perawatan yang bersesuaian kepada mereka.

Disamping itu, kajian kes ini membolehkan saya mempelajari teknik terapi yang

betul melalui ahli fisioterapi dan ahli jurupulih carakerja dengan lebih mendalam bagi

memudahkan pengurusan dan perawatan pesakit di wad memandangkan saya juga

bertugas di wad rehabilitasi. Justeru, pesakit akan berasa lebih yakin untuk menjalani

proses rehabilitasi dengan semua kakitangan kesihatan.

Akhir sekali, memalui kajian kes ini saya dapat memberi dan memupuk kayakinan

diri bagi pesakit amputasi untuk terus berjalan menggunakan kaki palsu seterusnya dapat

menjalani aktiviti harian seperti biasa.

6
PENGENALAN PESAKIT

BUTIR-BUTIR PERIBADI

Nama: Johari bin Bujang

No.pendaftaran: HTJ831016

No.kad pengenalan: 591005-05-5519

Umur: 57 tahun

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Status Perkahwinan: Berkahwin

7
Pekerjaan: Pesara

Alamat: No 2 SJ 1/3, Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban, Negeri

Sembilan

Tarikh kemasukan: 18.04.2016

Tarikh discaj: 22.04.2016

Wad: 2A (wad rehabilitasi)

Diagnosa: Right Below Knee Amputation For Diabetic Foot Ulcer

8
LATAR BELAKANG PESAKIT

SEJARAH MEDIKAL

Encik Johari menghidap penyakit Diabetes Mellitus (DM) sejak 10 tahun yang

lalu dan mendapat rawatan susulan di Klinik Kesihatan Senawang. Pesakit dibekalkan

dengan ubatan Oral Hyperglycemic Agent(OHA) iaitu Tab Metformin 1gm BD. Selain

itu, pesakit juga dibekalkan dengan suntikan s/c Mixtard 10 unit BD. Berdasarkan

temubual dengan pesakit, beliau pernah ingkar temujanji (defaulted treatment) selama

hampir 2bulan berturut-turut. Beliau mencuba perubatan ‘ubat kampung’ dan tidak

mengambil ubat yang dibekalkan dalam jangka waktu tersebut. Akibatnya, kaki kanan

beliau mendapat jangkitan kerana penyakit kencing manis tidak dapat dikawal.

SEJARAH SURGIKAL

Encik Johari telah disahkan mengalami Right Wet Gangrene Diabetic Foot

Ulcer with Uncontrolled Diabetes Mellitus Secondary Sepsis. Beliau telah menjalani

Right Below Knee Amputation pada tarikh 07.04.2016. Wound inspection telah

dilakukan, luka pesakit bersih. Pesakit dan waris terdekat telah diajar cara melakukan

stump bandaging dengan cara yang betul bagi mendapatkan kon yang sesuai sebagai

9
persediaan sebelum pemakaian prosthesis. Semasa di wad, pesakit juga dapat

melakukan ambulasi dengan baik.

SEJARAH SOSIAL

Encik Johari telah berkahwin, tinggal bersama isteri dan 2 orang anak. Seorang

anak perempuan berumur 29 tahun telah bekerja dan seorang anak lelaki berumur 25

tahun masih menyambung pelajaran. Pesakit adalah bekas perokok 20 tahun yang lalu.

Pesakit juga gemar makan makanan yang manis dan minuman segera 3 dalam 1

seperti minuman Ali cafe.

10
LATAR BELAKANG PENYAKIT TERKINI

Encik Johari mengalami masalah untuk melakukan aktiviti harian semasa di

rumah. Beliau memerlukan pertolongan dan bantuan dari isteri dan anak-anak bagi

menguruskan diri. Ini menyebabkan beliau berasa tertekan dan selalu memarahi isteri

dan anak-anak. Beliau dimasukkan ke wad 2A (wad rehabilitasi) bagi menjalani

perawatan rehabilitasi yang aktif serta rawatan-rawatan yang lain bagi memudahkan

beliau menguruskan diri dan memenuhi keperluan hidup seperti orang lain. Antara

perawatan yang beliau akan jalani adalah seperti activity daily living (ADL), gait

retraining menggunakan wheelchair dan walking frame. Beliau dirujuk kepada unit

fisioterapi dan unit jurupulih carakerja.

Encik Johari dimasukkan ke wad 2A pada tarikh 18.04.2016. Beliau ditemani

isteri tercinta. Tanda vital diambil dan beliau berada di dalam keadaan stabil. Tekanan

darah : 120/71mmHg, nadi :72/minit, pernafasan : 20/minit, suhu : 37.0’, Dextrostic

:15.7mmol/l. Doktor pakar mengesahkan bahawa beliau sesuai untuk menjalani

rawatan gait retraining kerana pesakit berada di dalam keadaan sihat dan boleh

memberi kerjasama untuk memastikan tujuan perawatan berkesan dan mencapai

objektif bagi pemakaian prosthesis. Selain itu, penyakit kencing manis Encik Johari juga

akan dirawat bagi mencapai paras glukos yang normal dalam darah. Pemeriksaan gula

akan dilakukan 4 kali sehari (QID). Ubatan yang diberi kepada beliau adalah seperti s/c

atrapid 6 unit TDS dan s/c insulatard 6 unit ON. Beliau juga diberikan Tab Paracetamol

1gram QID dan Tab Gabapentin 300mg TDS bagi mengurangkan kesakitan pada

bahagian stump sebelum melakukan gait retraining. Antara ujian darah yang diambil

11
semasa kemasukan ialah Full blood count (FBC), Renal profine (RP) dan Liver function

test (LFT) serta Fasting blood sugar (FBS).

12
RUJUKAN MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN PENYAKIT

DEFINISI

Amputasi

 Pembuangan satu anggota atau sebahagian daripada anggota badan melalui

pembedahan

Amputee

 Seseorang yang mengalami amputasi biasanya di tangan atau di kaki

Prosthesis

 Menggantikan bahagian yang hilang dengan alat tiruan untuk bahagian tangan

atau kaki

Diabetes

 Adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi. Ini

disebabkan oleh berlakunya kekurangan insulin atau fungsi terjejas atau kedua-

duanya sekali

Insulin

 Merupakan sejenis hormone yang dihasilkan oleh pancreas bagi mengawal

paras glukosa dalam darah

13
AMPUTASI

 Amputasi berasal daripada perkataan “amputare” yang boleh diertikan sebagai

“pancung”. Amputasi adalah tindakan memisahkan sebahagian tubuh atau

keseluruhan bahagian tubuh ekstrimiti secara pembedahan.

 Tindakan yang dilakukan ini adalah pilihan terakhir yang dilakukan oleh pakar

perubatan apabila masalah organ yang berlaku pada ekstrimiti sudah tidak dapat

dirawat dengan cara yang lain, atau apabila keadaan organ boleh

membahayakan keselamatan tubuh badan pesakit secara menyeluruh atau

boleh melibatkan anggota tubuh yang lain serta menimbulkan sebarang

komplikasi jangkitan.

 Amputasi juga melibatkan beberapa system tubuh seperti sistem integument,

sistem saraf, sistem musculoskeletal dan sistem kardiovaskular.

14
ETIOLOGI

 Multiple fracture organ tubuh yang tidak mungkin dapat dipulihkan atau

diselamatkan

 Jangkitan yang teruk (gangrene) atau berisiko tinggi untuk merebak ke bahagian

anggota tubuh yang lain

 Gangguan vascular/ circulation pada anggota tubuh

 Kerosakan rangkaian kulit yang tidak mungkin untuk dipulihkan

 Ketumbuhan (tumour) pada organ yang tidak mungkin dapat dirawat secara

konservatif

 Deformity organ

 Cedera parah (misalnya akibat dari kecelakaan atau luka bakar serius)

15
PATOFISIOLOGI

 Penyakit diabetes yang tidak terkawal dalam jangka masa yang lama akan

menyebabkan kerosakan pada salur darah.

 Saraf yang selalu mengalami kerosakan ialah salur darah pheripheral. Ini akan

menyebabkan pesakit berasa kebas dan seringkali tidak menyedari terdapat luka

pada bahagian kaki terutamanya.

 Oleh itu, keadaan luka akan menjadi semakin teruk sehingga boleh

menyebabkan berlakunya infeksi atau gangrene pada bahagian kaki. Ini kerana

kurang atau tiada pengaliran darah pada bahagian kaki tersebut.

 Justeru, untuk menyelamatkan atau mengelakkan risiko infeksi, pakar perubatan

biasanya akan mencadangkan proses amputasi dilakukan sebagai pilihan

terakhir untuk pesakit mengikut keadaannya.

16
MANIFESTASI KLINIKAL

 Trauma iaitu kecederaan teruk melibatkan banyak kerosakan kepada tisu

sekeliling. Contohnya seperti crush injury dan letupan bom.

 Bagi seseorang pesakit yang mengalami tumour tanpa metastasis seperti

Osteosarcoma.

 Berlakunya infeksi akut contohnya kepada pesakit Diabetes Mellitus yang

mengalami Diabetic Foot ulcer / gangrene.

 Pesakit yang mengalami penyakit Vascular Pheripheral seperti Atherosclerosis

iaitu kurang pengaliran darah ke anggota yang terlibat kerana saluran arteri

tersumbat menyebabkan berlakunya necrosis tissue.

 Kecederaan Thermal seperti kebakaran.

17
JENIS-JENIS AMPUTATION

1) Amputasi selektif / terancang

 Pembedahan jenis ini dilakukan pada penyakit yang didiagnos dan mendapat

rawatan yang baik serta terpantau secara terus menerus. Pembedahan

dilakukan sebagai salah satu alternatif terkini.

2) Amputasi akibat trauma

 Merupakan pembedahan yang berlaku akibat trauma dan tidak dirancang.

Anggota kesihatan terdiri daripada pakar-pakar tulang akan memperbaiki

bahagian pembedahan serta keadaan keseluruhan pesakit.

3) Pembedahan kecemasan

 Pembedahan dilakukan secara kecemasan oleh pasukan kesihatan.

Kebiasaanya, tindakan ini dilakukan dengan pantas seperti kes trauma yang

melibatkan pesakit mengalami multiple fracture atau kehilangan kulit yang luas

(severe burn).

18
JENIS-JENIS PEMBEDAHAN

1) Pembedahan terbuka (Guillotine amputation)

 Kulit, otot dan tisu-tisu lain yang terlibat dipotong pada paras yang sama

 Dilakukan pada infeksi yang teruk atau kecederaan akibat trauma

 Pakar perubatan tidak akan menutup stump dengan flap kulit dan membiarkan ia

terbuka. Tujuannya adalah untuk membenarkan pengaliran discaj dan dressing

dapat dilakukan dengan sempurna

2) Pembedahan tertutup (flap/ Myoplastic amputation)

 Bahagian amputasi tiada tanda-tanda infeksi. Pakar Tulang akan menutup

bahagian amputasi dengan flap kulit dan satu drainage kecil (corrugated drain /

redivac drain) akan diletakkan di tempat suture bagi membenarkan pengaliran

discaj supaya penyembuhan tisu berlaku.

 Sebelum amputasi, bahagian bawah kulit / skin flap anngota dilonggarkan dari

anterior dan posterior.

 Selepas amputasi, skin flap di bawa naik ke atas stump dan suture dilakukan

pada penghujung kulit untuk menutup stump. Stump biasanya akan sembuh

dalam masa 2-3 minggu.

19
LOKASI AMPUTASI

1) ANGGOTA ATAS

 Four quarter amputation

Pembuangan seluruh anggota tangan termasuk scapula (tulang belikat)

dan bahagian hujung luar tulang clavicle.

 Disartikulasi sendi bahu

Pembuangan anggota atas hingga ke bahagian sendi bahu.

 Upper arm amputation

Dilakukan dalam kes kecederaan pleksus brakial dan sendi bahu. Jarak

amputasi dari sendi bahu adalah 15-20cm dari acuan acromion.

Tujuannya adalah untuk menyenangkan pemasangan prosthesis tangan

jika ada stump.

 Disartikulasi sendi siku

Jarak 15-18cm di bawah cuaran olecranon.

 Amputasi jari tangan/ ibu jari

Bagi kes-kes kecemasan seperti crush injury.

20
2) ANGGOTA BAWAH

 Hip disarticulation

Biasanya dilakukan bagi kes malignant bone. Sendi pinggul dan juga

sebahagian dari tulang pelvis akan dibuang.

 Above knee amputation (transfemoral)

Ukuran panjang stump selepas amputasi adalah sepanjang 25-30cm dari

tulang trokanter.

 Knee disarticulation

Stump yang diperolehi biasanya baik dan sesuai untuk pemasangan

prosthesis.

 Below knee amputation

Jaraknya 12-15cm di bawah sendi lutut. Jarak bagi pembuangan anggota

adalah penting untuk diambil kira bagi tujuan pemasangan prosthesis.

 Syme’s amputation

Pembuangan tisu tapak kaki hingga betul-betul di atas sendi pergelangan

kaki.

 Amputasi jari-jari kaki

Biasanya dilakukan dalam kes rheumatoid atau penyempitan salur darah

ke periferi.

 Ray’s amputation

Amputasi jari-jari kaki (metatarsal bone).

21
ASESMEN / PENILAIAN DIAGNOSTIK

1) Vascular analisis

 Ultrasound Doppler dilakukan untuk mengkaji dan mengukur aliran darah.

 Ankle Brachial Index dilakukan untuk mengetahui keadaan salur darah

pesakit dan juga boleh menentukan sekiranya pesakit mempunyai

masalah Peripheral Vascular Disease.

 CT Angiogram dilakukan untuk memeriksa salur darah ke bahagian

anggota badan seperti kaki.

2) Pemeriksaan makmal

 RBS (random blood sugar) untuk mengetahui paras gula bagi pesakit

diabetes.

 FBC (full blood count) untuk mengetahui paras darah merah (Hb) sebagai

baseline atau perbandingan.

 RP (renal profile) dilakukan untuk menilai status ginjal

22
KOMPLIKASI

 Pendarahan

Berlaku pendarahan yang banyak semasa pembedahan dilakukan. Dapat

dikenalpasti melalui ujian FBC.

 Infeksi

Boleh dicirikan dengan suhu badan pesakit meningkat secara tiba-tiba.

 Contracture

Pesakit kurang melakukan ambulasi selepas pembedahan.

 Phantom pain

Pesakit berasa sakit pada bahagian yang diamputasi seperti rasa berdenyut dan

panas.

 Edema

Bengkak pada bahagian kaki yang diamputasi.

 Neuroma

Tumour yang bersifat non-kanker.

 Kerosakan kulit

23
PENGURUSAN

Terbahagi kepada 3 tahap iaitu penjagaan sebelum, semasa dan selepas pembedahan.

PENJAGAAN PESAKIT SEBELUM PEMBEDAHAN

1) CONSENT

 Doktor perlu mendapatkan keizinan pembedahan dari pesakit, waris atau

penjaga dengan menandatangani borang keizinan pembedahan. Penerangan

mengenai tujuan pembedahan telah diterangkan oleh Doktor kepada pesakit.Ini

sebagai medico legal.

 Semak consent yang telah ditandatangani oleh pesakit dan Doktor.

2) PERSEDIAAN PSIKOLOGI

 Penerangan yang jelas mengenai tujuan amputasi dilakukan, kesan selepas

diamputasi seperti phantom pain dan keadaan luka serta perubahan imej diri

selepas pembedahan.

 Menerangkan kepada pesakit bahawa pesakit boleh menggunakan alat

prosthesis selepas amputasi dilakukan bagi meningkatkan imej diri dan

memudahkan pesakit untuk bergerak.

 Memberi sokongan emosi dengan memberitahu kepada pesakit bahawa beliau

masih boleh bergerak menggunakan alat bantuan seperti wheelchair, walking

frame dan crutches.

 Memberi galakan dan semangat kepada pesakit dengan menyatakan pesakit

boleh melakukan aktiviti harian dengan sendiri tanpa membebankan ahli

keluarga yang lain.

24
 Memperkenalkan pesakit kepada pesakit lain yang telah menjalani amputasi dan

sudah mampu berdikari menggunakan prosthesis atau alat bantuan bagi

meningkatkan keyakinan diri pesakit.

 Galakkan pesakit bertanya atau meluahkan perasaan kebimbangannya. Beri

maklumat yang tepat dan mudah difahami supaya pesakit faham dan memberi

kerjasama.

 Sediakan pesakit dengan risalah-risalah berkaitan penyakit dan pembedahan

untuk meningkatkan tahap pengetahuan penyakit dan mengurangkan

kebimbangan.

 Berikan ubatan mengikut arahan doktor seperti Tab Midazolam 7.5mg pada

waktu malam sebelum pembedahan supaya pesakit mudah tidur dan berasa

tenang tanpa memikirkan kesan pembedahan.

3) PERSEDIAAN FIZIKAL

 Ajar pesakit melakukan senaman deep breathing exercise bagi mengurangkan

kesakitan selepas pembedahan dan mengelak atelectasis.

 Persediaan fizikal perlu dilakukan kepada pesakit untuk menggunakan alat

bantuan seperti walking frame dan cruthes dengan mengajar pesakit melakukan

senaman angkat berat seperti flexion, extension serta senaman push-ups untuk

menguatkan otot-otot tangan dan dada.

 Pastikan pesakit mendapat dan mengamalkan pemakanan seimbang bagi

meningkatkan mutu kesihatan.

25
4) PENYIASATAN

 FBC - bagi mengesan anaemia dan jangkitan.

 GXM – untuk mengesan jenis darah.

 CXR – untuk menilai status paru-paru.

 ECG – untuk menilai keadaan jantung pesakit khasnya bagi pesakit berumur

35tahun ke atas.

 Doppler flowmeter – dilakukan oleh doctor untuk menilai microperfusion of tissue

dengan menggunakan laser dan prob yang dipasang ke kulit dimana amputasi

akan dilakukan.

 Vascular test – ujian ke atas arteri-arteri untuk menilai pengaliran darah ke

anggota yang akan diamputasi bagi memastikan penyembuhan stump berlaku

dengan sempurna contohnya limb angiogram.

PENJAGAAN PESAKIT SEMASA PEMBEDAHAN

5) PEMERHATIAN

 Lakukan pemerhatian kepada tanda-tanda vital pesakit sepaya berada dalam

keadaan normal dan mengenalpasti sekiranya berlaku pendarahan.

 Pastikan aliran intravena dalam patensi yang baik bagi supaya hidrasi pesakit

dapat dikekalkan dan mengelak berlakunya thrombophlebitis.

26
 Pasang spo2 monitoring bagi memastikan saluran pernafasan berada dalam

keadaan baik.

PENJAGAAN PESAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN

6) PERSEDIAAN KATIL AMPUTASI

 Pindahkan pesakit dari stretcher ke katil amputasi secara perlahan-lahan bagi

mengurangkan kesakitan pesakit

7) PEMERHATIAN

 Monitor tanda-tanda vital pesakit seperti tekanan darah, nadi, pernafasan, suhu,

pain score serta kandungan oksigen dalam badan melalui spo2.

 Lakukan pemerhatian ini setiap 1 jam untuk 2 jam sehingga stabil, kemudian

setiap 2 jam selama 4 jam seterusnya 4 jam sekali bagi mengesan sebarang

keabnormalan.

 Lakukan pemerhatian kepada bahagian stump jika terdapat pendarahan.

Laporkan kepada doktor sekiranya stump mengalami tompok pendarahan yang

banyak pada bahagian bandage.

8) POSISI STUMP

 Stump ditinggikan sedikit menggunakan linen protector yang dilipat bagi

mengurangkan kebengkakan

 Lindungi bahagian stump menggunakan blue sheet atau dressing towel

27
 Selepas 24 jam, stump diletakkan flat di atas katil dan ditutup dengan dressing

towel serta diletakkan 2 sand bag di sisi stump bagi mengekalkan alignment

yang lurus pada stump dan mengelak berlakunya contracture.

 Amputasi di bawah paras lutut, kadangkala akan dipasangkan dengan backslab

bagi mengelak deformity.

 Kekalkan stump bandaging bagi mengurangkan edema serta mengekalkan

bentuk cone pada stump sebagai persediaan untuk prosthesis.

 Semasa duduk di atas katil atau kerusi elak daripada menjuntaikan stump yang

boleh menyebabkan edema.

9) UBATAN

 Berikan ubatan analgesic mengikut arahan doktor seperti Tab Gabapentin

300mg TDS bagi mengurangkan kesakitan.

 Berikan ubatan antibiotik mengikut arahan doktor seperti IV Flagyl 500mg TDS

sebagai profilaksis dan mencegah jangkitan kuman.

10) SOKONGAN PSIKOLOGIKAL

 Beri penerangan kepada pesakit sebelum melakukan rawatan bagi

mengurangkan kesakitan.

 Benarkan ahli keluarga terdekat bersama pesakit untuk memberi sokongan

emosi dan semanagt kepada pesakit.

28
11) PEMAKANAN

 Galakkan pesakit mengambil makanan seimbang seperti makanan tinggi protein

iaitu ayam, telur, makanan tinggi kalsium dan vitamin c seperti buah-buahan bagi

membantu proses penyembuhan luka pada stump, memberi tenaga dan

mengelak sebarang komplikasi.

12) SENAMAN PASIF

 Ajar dan galak pesakit melakukan senaman Range of Motion (ROM) seperti

menggerakkan stump ke atas dan ke bawah bagi mengelak berlakunya

contracture.

29
METODOLOGI KAJIAN KES

HARI PERTAMA (18.04.2016)

Hari ini merupakan hari pertama saya berpeluang menjaga dan bertemu dengan

pesakit iaitu Encik Johari. Saya memperkenalkan diri dan meminta kebenaran beliau

untuk turut serta dalam perawatan beliau semasa di wad atau di unit-unit yang lain.

Pesakit menyatakan bahawa beliau membersihkan diri di atas katil pagi tadi, dibantu

oleh isteri serta Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) wad 2A. Beliau tidak yakin serta

takut mengalami kesakitan pada bahagian amputasi sekiranya ingin menggunakan

wheelchair untuk membersihkan diri di bilik air. Beliau juga menyatakan sukar untuk

melakukan aktiviti lain sendiri seperti mengambil makanan atau minuman di meja

kardiak mahupun loker.

Selepas Doktor pakar dan ahli pasukan kesihatan yang lain melakukan rondaan,

pesakit dirujuk dan dijadualkan untuk mengikuti sesi latihan gait retraining bersama

fisioterapi pada hari ini. Gait retraining dimulakan dengan menggunakan wheelchair.

Pesakit diajar oleh ahli fisioterapi cara mengalihkan badan dari katil ke kerusi roda dan

dari kerusi roda ke katil dengan cara yang betul. Pada awalnya pesakit berasa tertekan

kerana beliau tidak dapat melakukannya sendiri serta berasa amat sakit pada bahagian

kaki kanan yang diamputasi. Saya menyarankan kepada doktor di dalam wad supaya

pesakit diberikan ubatan analgesik sebelum melakukan latihan. Doktor merujuk pesakit

kepada doktor pakar, beliau telah mengarahkan pemberian ubatan Tab Gabapentin

300mg stat. Ubatan telah diberikan, alhamdulillah setelah 2-3 kali percubaan, pesakit

dapat melakukannya sendiri tanpa bantuan. Kami memberikan pujian dan kata-kata

semangat bahawa beliau dapat bergerak menggunakan walking frame pula selepas ini.

30
Pesakit menyakan sudah berasa penat dan mahu berehat. Kami memahami dan

memberitahu bahawa latihan akan disambung esok pagi.

31
HARI KEDUA (19.04.2016)

Setibanya saya di wad pada jam 7.00 pagi, pesakit telah siap membersihkan diri

dan mengambil sarapan. Menurutnya, beliau tidak sabar untuk menjalani sesi latihan

menggunakan walking frame pada hari ini dan tidak sabar untuk pulang ke rumah.

Doktor pakar merujuk pesakit kepada jurupulih carakerja pada hari ini untuk menilai

tahap keupayaan pesakit melakukan aktiviti harian dengan sendiri dan untuk

menyediakan splint pada bahagian kaki yang diamputasi. Sesi latihan dimulakan

selepas rondaan doktor selesai. Pesakit diajar menggunakan walking frame dengan

cara yang betul. Saya membantu dan memerhatikan pesakit dari arah belakang pesakit

sebagai langkah keselamatan sekiranya pesakit berkemungkinan untuk jatuh.

Alhamdulillah, pesakit berjaya melakukannya dengan baik dan sesi latihan akan

diteruskan esok.

Semasa sesi latihan, saya mengambil peluang memberi pendidikan kesihatan

kepada pesakit dan isteri tentang cara balutan stump yang betul. Tujuannya adalah

untuk membentuk kon pada stump bagi memudahkan pemasangan prosthesis serta

tidak melakukan balutan dengan ketat kerana ia boleh mengganggu pengaliran darah

dan menyebabkan edema. Pesakit dan isteri faham dengan penerangan yang

diberikan.

Kemudian, jurupulih carakerja menilai cara pesakit mengalihkan badan dari

kerusi roda atau waking frame ke toilet bowl dan sebaliknya semasa dibilik air. Pesakit

dapat melakukan dengan baik. Saya memberitahu isteri pesakit, pada peringkat awal ini

isteri haruslah membantu dan memerhatikan pesakit melakukannya sendiri bagi

32
mengelak risiko pesakit jatuh di bilik air. Jurupulih cara kerja juga, telah mengukur

acuan stump yang betul untuk menyediakan splint pada bahagian kaki kanan pesakit.

33
HARI KETIGA (20.04.2016)

Pada hari ini semasa sesi penyerahan tugas dari jururawat syif malam,

mendapati bahawa bacaan gula dalam darah pesakit ialah 17.1mmol/L. Pesakit

menjelaskan bahawa beliau telah mengambil makanan nasi lemak daun pisang

bersama teh tarik yang dibawa oleh anak saudaranya pada tengah malam semalam.

Doktor telah mengarahkan pemberian insulin S/C Mixtard 20 unit stat. Pada jam 7.30

pagi, saya sekali lagi mengambil bacaan dextrostik dan bacaan menunjukkan

penurunan iaitu 8.2mmol/L. Berdasarkan temubual dengan pesakit, beliau menyatakan

bahawa kurang pengetahuan berkenaan pemakanan bagi pesakit diabetes yang betul.

Doktor telah merujuk pesakit kepada pakar pemakanan (dietician) untuk kaunseling

diabetes diet. Saya juga mengambil peluang memberi pendidikan kesihatan mengenai

pemakanan seimbang yang perlu diamalkan oleh pesakit diabetes bagi mengekalkan

paras gula dalam darah pesakit pada tahap yang normal seterusnya mengelak dari

sebarang komplikasi seperti penyakit stroke.

Pesakit meneruskan aktiviti latihan bersama fisioterapi seperti biasa. Pada hari

ini, pesakit menunjukkan kemajuan kerana dapat menggunakan walking frame sejauh

12 meter tanpa bantuan. Sokongan emosi dan kata-kata pujian terus diberikan supaya

pesakit lebih bersemangat untuk bergerak sendiri tanpa bantuan sama ada di wad atau

semasa berada di rumah nanti. Penilaian aktiviti harian (ADL) menggunakan Modified

Bartel Index (MBI) telah dilakukan dan markah pesakit 90% dan pesakit boleh

melakukan aktiviti harian dengan sendiri tanpa bantuan. Selain itu, pemeriksaan Ankle

Brachial Index (ABI) dilakukan oleh Dr Tan (MO) dibantu oleh saya pada bahagian kaki

34
kiri dan mendapati bacaan ABI = 1.0. Ini menunjukkan pesakit tidak mempunyai

masalah pengaliran salur darah.

35
HARI KEEMPAT (21.04.2016)

Pada jam 8.30 pagi, jurupulih carakerja telah tiba di wad 2A bersama dengan

splint yang telah siap untuk digunakan pada bahagian kaki kanan pesakit. Beliau

menunjukkan cara yang betul untuk menggunakan splint tersebut. Tujuannya adalah

untuk mengekalkan alignment bahagian amputasi supaya berada dalam keadaan lurus

dan memudahkan pemasangan prosthesis. Pesakit memberitahu kepada saya bahawa

beliau berasa malu dan kurang keyakinan diri apabila orang sekeliling memerhatikan

keadaan kaki kanan beliau yang telah diamputasi. Saya memberitahu pesakit bahawa

pesakit akan disarankan untuk memakai prosthesis atau kaki palsu bagi memudahkan

aktiviti harian dan sebagai alat kosmetik bagi menggantikan kaki yang telah diamputasi.

Doktor pakar telah membuat rondaan dan doktor telah mengarahkan jururawat

memasukkan nama pesakit dalam temujanji bersama prosthetict (limb fitter). Pesakit

faham dan memberi kerjasama.

Jurupulih carakerja telah menemubual pesakit dan isteri berkenaan keadaan

persekitaran rumah dan meminta izin dari pesakit untuk melakukan lawatan ke rumah

beliau. Tujuan lawatan adalah untuk melihat keperluan pesakit apabila pesakit

dibenarkan pulang ke rumah. Jika keadaan rumah kurang sesuai, ahli keluarga perlu

memikirkan cara untuk mengubah mengikut keperluan pesakit yang telah ditetapkan. Ini

bertujuan untuk memudahkan pesakit bergerak, melakukan aktiviti harian dan mengelak

sebarang komplikasi. Ahli keluarga juga telah dipanggil untuk sama-sama menyertai

Inter disciplinary round (IDR) bersama-sama dengan team rehab seperti doktor,

fisioterapi, jurupulih carakerja, kaunseling, dietician dan jururawat. Ini adalah untuk

membincangkan tahap keupayaan pesakit semasa menjalani aktiviti gait retraining

36
semasa di wad, masalah yang dihadapi dan keperluan pesakit semasa di rumah. Ahli

keluarga memberi kerjasama yang baik.

37
HARI KELIMA (22.04.2016)

Setelah doktor pakar membuat rondaan wad, pesakit dibenarkan pulang ke

rumah. Lawatan ke rumah yang telah dilakukan oleh jurupulih carakerja juga mendapati

rumah pesakit sesuai dan selamat mengikut keperluan pesakit dan tidak perlu sebarang

pengubahsuaian. Namun, ahli keluarga diminta untuk menyediakan kerusi roda dan

walking frame bagi memenuhi keperluan pesakit. Pesakit dibenarkan pulang ke rumah

dengan temujanji yang telah ditetapkan untuk berjumpa dengan prosthetict (limb fitter)

pada tarikh 10.05.2016 di klinik pakar rehabilitasi. Ubatan yang dibekalkan sebelum

pesakit pulang adalah s/c Mixtard 10 unit BD dan Tab Metformin 1gm BD. Temujanji

fisioterapi dan jurupulih carakerja turut diberikan. Pesakit dan ahli keluarga faham. Saya

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pesakit dan isteri kerana memberi kerjasama

yang baik sepanjang saya melakukan perawatan kepada pesakit. Pesakit juga berpuas

hati dengan layanan yang diberikan kepada beliau semasa berada di wad.

38
DARIPADA PEMERIKSAAN, TEMUBUAL DAN PERAWATAN YANG DIJALANKAN,

TERDAPAT BEBERAPA MASALAH YANG DIKENAL PASTI :

1) Mobiliti terhad berkait dengan kesakitan pada bahagian kaki kanan yang diamputasi

dibuktikan dengan skala kesakitan 7/10.

2) Defisit pengetahuan berkaitan penjagaan stump.

3) Defisit pengetahuan berkaitan pemakanan pesakit diabetes dibuktikan dengan

bacaan dextrostik 17.1mmol/L.

4) Gangguan body image berkait dengan kekurangan diri akibat amputee.

5) Defisit pengetahuan berkait dengan penjagaan kaki palsu (kaki kanan).

39
DIAGNOSA KEJURURAWATAN

1) Mobiliti terhad berkait dengan kesakitan pada bahagian kaki kanan yang

diamputasi dibuktikan dengan skala kesakitan 7/10.

MATLAMAT

Kesakitan yang dialami oleh pesakit berkurangan dan skala kesakitan dapat

dikurangkan.

INTERVENSI KEJURURAWATAN

 Nilai tahap kesakitan pesakit sebelum melakukan aktiviti fizikal memalui bacaan

pain score contohnya melebihi 5/10 bagi mengetahui tahap kesakitan pesakit

dan perawatan dapat dirancang dengan baik.

 Ajar pesakit posisi yang betul bagi kaki yang diamputasi atau letakkan dua

sandbag pada bahagian sisi kaki untuk mengelakkan flexion pada knee dan hip

seterusnya dapat mengurangkan kesakitan.

 Rancang setiap perawatan yang dilakukan supaya pesakit dapat berehat dan

mengurangkan risiko kesakitan.

 Beritahu pesakit untuk berehat di antara aktiviti untuk mengurangkan kesakitan

pada kaki yang diamputasi.

 Bantu pesakit dalam aktiviti harian seperti memenuhi keperluan eliminasi dengan

memberikan urinal untuk mengurangkan kesakitan.

 Ajar pesakit cara melakukan senaman pasif mengikut kemampuan seperti

menolak stump ke atas permukaan yang lembut kemudian permukaan yang

40
keras sebagai persediaan untuk memasang prosthesis dan mengelak

contracture.

 Lakukan demahan sejuk pada bahagian kaki yang sakit bagi mengurangkan

kesakitan seterusnya membolehkan pesakit melakukan senaman ringan.

 Berikan ubatan analgesik mengikut arahan doctor untuk mengurangkan

kesakitan yang dialami seperti Tab Paracetamol 1000gram QID.

 Galakkan pesakit melakukan terapi divertional seperti menonton televisyen dan

membaca majalah untuk mengalihkan perhatian pesakit daripada kesakitan yang

dialami.

PENILAIAN SEMULA

Kesakitan berkurangan dan pesakit dapat melakukan aktiviti harian dan senaman

dengan baik. Skala sakit menurun dari 7/10 kepada 3/10.

41
DIAGNOSA KEJURURAWATAN

2) Defisit pengetahuan berkaitan penjagaan stump.

MATLAMAT

Pesakit memperolehi pengetahuan tentang penjagaan stump dan mengaplikasikannya

dengan baik.

INTERVENSI KEJURURAWATAN

 Nilai pengetahuan pesakit mengenai penjagaan stump dan tujuannya melalui

pertanyaan dan demonstrasi.

 Galakkan pesakit bertanya soalan mengenai penjagaan stump dan jawab soalan

pesakit dengan betul dan yakin untuk menyelesaikan masalah defisit

pengetahuan pesakit.

 Beritahu pesakit untuk cuci stump dengan sabun dan air semasa mandi serta

keringkan dengan kain yang bersih secara lembut sebelum pemasangan

bandage. Seringkali mengingatkan pesakit untuk sapu moisturizing cream atau

lotion pada bahagian stump jika stump kering.

 Periksa bahagian stump sekurang-kurangnya sekali sehari dengan

menggunakan cermin untuk melihat bahagian bawah stump bagi mengesan

kejadian edema, kemerahan atau iritasi.

 Galakkan pesakit melakukan urutan secara lembut serta berikan sedikit tekanan

pada bahagian proksimal dan menggerakkan ke arah garisan suture bagi

menggalakkan pengaliran darah dan mengelak berlakunya edema.

42
 Lakukan dan ajar pesakit melakukan stump bandaging dengan teknik yang betul

iaitu figure of eight untuk membentuk stump seperti kon dan memudahkan

pemasangan prosthesis.

 Nasihatkan pesakit supaya tidak melakukan balutan terlalu ketat pada bahagian

stump bagi mengelak berlakunya gangguan pengaliran darah dan tidak terlalu

longgar yang boleh menyebabkan geseran pada kulit.

 Kuatkan stump dengan menolak stump ke atas permukaan yang lembut

kemudian permukaan yang keras sebagai persediaan untuk pemasangan

prosthesis.

 Nasihatkan pesakit untuk posisikan bahagian stump menggunakan backslab

atau padded splint semasa rehat atau tidur bagi mengelak contracture di sendi

lutut.

 Ajar pesakit cara melakukan senaman imbangan dan menguatkan otot seperti

turun dari katil dan duduk di atas kerusi serta bengkokkan lutut dan tangan

memegang kerusi.

 Nasihatkan pesakit unutk elak menjuntaikan stump di tepi katil kerana ia boleh

menyebabkan edema dan contracture.

PENILAIAN SEMULA

Pesakit faham tentang penjagaan stump, dapat mengaplikasikannya dengan baik dan

berasa lebih yakin.

43
DIAGNOSA KEJURURAWATAN

3) Defisit pengetahuan berkaitan pemakanan pesakit diabetes dibuktikan dengan

bacaan dextrostik 17.1mmol/L.

MATLAMAT

Pesakit dapat mengambil diet mengikut jadual pemakanan diabetes dengan betul.

INTERVENSI KEJURURAWATAN

 Nilai tahap pengetahuan pesakit berkaitan jadual pemakanan bagi pesakit

diabetes supaya tindakan perawatan dapat diberikan.

 Galakkan pesakit bertanya dan jawab soalan pesakit dengan betul supaya

pesakit faham dan berasa lebih yakin.

 Rujuk pesakit kepada pakar pemakanan dengan arahan doctor supaya pakar

pemakanan dapat memberitahu jadual pemakanan pesakit diabetes dengan

lebih lengkap.

 Nasihatkan pesakit untuk mengambill 3 sajian utama seperti sarapan, makan

tengahari dan makan malam serta ambil snek diantara waktu makan bagi

mengawal paras glukos dalam darah.

 Beritahu pesakit tentang kepentingan mengambil makanan dalam masa

setengah jam selepas pemberian insulin iaitu untuk mengelak hypoglysemia.

 Nasihat pesakit untuk menghadkan pengambilan makanan tinggi karbohidrat

seperti nasi dan roti putih kerana ia akan meningkatkan paras gula dalam darah

tetapi menggantikannya dengan nasi dari beras perang dan roti gandum.

44
 Beritahu pesakit untuk tingkatkan pengambilan serat dalam diet seharian seperti

buah-buahan, sayuran dan bijirin kerana ia dapat mengawal paras gula dalam

darah dan mengelak sembelit.

 Nasihat pesakit untuk turut mengurangkan jumlah pengambilan lemak dan

minyak terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa dan santan kerana

ia akan meningkatkan paras gula dalam darah.

 Beritahu pesakit untuk mengambil minuman kurang gula seperti teh tanpa gula,

teh hijau serta air putih untuk mengawal paras glukos dalam darah.

 Beri penekanan kepada pesakit untuk makan makanan seimbang dari segi

karbohidrat, protein dan lemak untuk mengawal paras glukos dalam darah

seterusnya mengelak pesakit daripada mengalami hyperglysemia.

PENILAIAN

Pesakit faham tentang jadual pemakanan pesakit diabetes dan dapat mengawal

pemakanannya dengan baik. Paras gula dalam darah pesakit menurun dari 17.1mmol/L

kepada 8.2mmol/L.

45
DIAGNOSA KEJURURAWATAN

4) Gangguan body image berkait dengan kekurangan diri akibat amputee.

MATLAMAT

Pesakit mempunyai keyakinan dalam penampilan diri bagi meneruskan kehidupan

seharian.

INTERVENSI KEJURURAWATAN

 Nilai kemampuan pesakit dalam memenuhi Activity Daily Living (ADL) akibat

daripada amputee.

 Dengar luahan perasaan pesakit mengenai gangguan imej diri yang dialaminya

akibat daripada amputee supaya pesakit berasa dihargai.

 Bantu pesakit dan ahli keluarga dalam menangani Grieving Process seperti

denial, anger, bargaining, depression dan acceptance untuk meningkatkan

keyakinan diri pesakit dan ahli keluarga.

 Berikan privasi sebelum melakukan prosedur kepada pesakit supaya pesakit

tidak berasa rendah diri dan malu.

 Galakkan pesakit memakai pakaian yang longgar untuk menutupi anggota yang

mengalami kecacatan.

 Galakkan pesakit melihat dan turut serta dalam aktiviti perawatan yang

dijalankan seperti membalut stump untuk mengatasi masalah gangguan imej diri

yang dialami pesakit.

46
 Kenalkan pesakit dengan pesakit lain yang mempunyai masalah yang sama dan

telah pulih supaya dapat berkongsi pengalaman dan pendapat bagi

meningkatkan keyakinan diri pesakit.

 Rujuk pesakit kepada prosthetict (limb fitter) mengikut arahan doktor untuk

pemasangan prosthesis yang dapat mengatasi gangguan imej diri pesakit dan

memudahkan pesakit melakukan aktiviti harian.

 Rujuk pesakit kepada pakar kaunseling dengan arahan doktor jika pesakit masih

tidak dapat menerima keadaan dirinya.

 Galakkan ahli keluarga dan pesakit terlibat aktif dalam menjalani program

rehabilitasi seperti fisioterapi dan jurupulih anggota bagi meningkatkan keyakinan

diri pesakit serta ahli keluarga.

 Beri risalah mengenai penyakit yang dialami pesakit agar pesakit memahami dan

dapat menerima kenyataan berkaitan perubahan diri yang dialaminya.

PENILAIAN

Pesakit dapat menerima keadaan dan kekurangan diri serta dapat menguruskan diri

sendiri mengikut kemampuan.

47
DIAGNOSA KEJURURAWATAN

5) Defisit pengetahuan berkait dengan penjagaan kaki palsu (kaki kanan).

MATLAMAT

Pesakit dapat menjaga kaki palsu (prosthesis) dengan baik.

INTERVENSI KEJURURAWATAN

 Nilai tahap pengetahuan pesakit berkait dengan penjagaan kaki palsu melalui

soalan bagi merancang perawatan yang sesuai.

 Jawab persoalan pesakit dengan tepat untuk meningkatkan keyakinan pesakit

tentang penjagaan kaki palsu.

 Rujuk pesakit kepada doktor pakar atau Prosthetist (limb fitter) untuk memberi

penerangan lanjut mengenai pemakaian dan penjagaan kaki palsu.

 Beritahu pesakit untuk melakukan pemerhatian terhadap kulit pada bahagian

stump menggunakan cermin jika terdapat kesan iritasi seperti kemerahan atau

kebengkakan. Sekiranya ada, nasihatkan pesakit untuk mendapatkan rawatan

segera.

 Nasihatkan pesakit untuk cuci stump dengan sempurna 2 kali sehari

menggunakan sabun dan air serta lap dengan kain bersih dan keringkan dengan

baik sebelum pemasangan kaki palsu.

 Elakkan daripada rendam stump terlalu lama dalam air suam kerana ia boleh

menyebabkan edema.

 Elakkan daripada mencukur rerambut pada bahagian stump bagi mengelak risiko

iritasi dan infeksi.

48
 Pakaikan stoking pada stump sebelum pemakaian kaki palsu untuk menyerap

peluh dan mengelak sentuhan diantara kaki palsu dan kulit di bahagian stump.

Pastikan stoking tidak berkedut bagi mengelak kudis tekanan pada bahagian

stump.

 Ajar pesakit teknik pemakaian kaki palsu dengan cara yang betul iaitu teknik

donning (memakai kaki palsu) dan doffing (mengeluarkan kaki palsu) bagi

memastikan stump berada pada posisi yang betul dan mengelak kelonggaran

yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit stump.

 Beritahu pesakit untuk membersihkan soket prosthesis dengan kain lembap

apabila membukanya pada waktu malam.

 Galakkan pesakit melakukan senaman dan pergerakan setiap hari supaya lebih

cekap dan selesa menggunakan prosthesis.

 Nasihatkan pesakit untuk kekalkan berat badan kerana kekurangan atau

pertambahan berat badan akan mengubah prosthesis fits.

 Nasihatkan pesakit untuk menghadiri temujanji yang telah ditetapkan untuk

menilai progres pesakit dalam penggunaan kaki palsu dan mengesan awal

sebarang keabnormalan.

PENILAIAN

Pesakit faham dan mengetahui cara penjagaan kaki palsu dengan baik.

49
RUMUSAN

Alhamdulillah, berkat usaha dan sokongan dari semua pihak saya telah berjaya

menyiapkan kajian kes ini dengan sempurna. Melalui kajian kes ini, saya dapat

mempelajari dan memahami dengan lebih dekat mengenai perasaan yang dialami oleh

pesakit yang menjalani amputasi iaitu pesakit yang dari awal kehidupannya dilahirkan

sempurna, cukup sifat dan bergerak normal seperti orang lain. Namun, akibat daripada

penyakit yang dihidapi membuatkan pesakit perlu menerima hakikat untuk menjadi

seorang individu yang digelar sebagai orang kurang upaya (OKU). Ketika menjalankan

kajian kes ini, saya dapat mengenalpasti permasalahan yang sering timbul bagi pesakit

yang mengalami amputasi serta berusaha melakukan tindakan yang sewajarnya

supaya pesakit dapat menjalankan aktiviti harian dan memenuhi keperluan hidup pada

masa akan datang dengan baik.

Pesakit yang mengalami amputasi perlu mendapatkan rawatan, sesi

latihan dan rehabilitasi secara berterusan untuk memenuhi keperluan hidup. Di samping

itu, mereka juga memerlukan sokongan emosi terutama keluarga, sahabat dan

masyarakat kerana penerimaan dari semua pihak amat penting agar mereka tidak

berasa terasing atau rendah diri dengan keadaan kekurangan diri yang mereka alami.

Proses rehabilitasi merangkumi segala aspek seperti fizikal, mental, psikososial dan

psikologikal bagi mencapai objektif dan fungsi yang optimum dalam semua aspek

kehidupan.

Akhir kata, saya amat bersyukur kerana dengan memilih tajuk kajian ini, banyak

ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi dan dapat membantu saya dalam

50
mengaplikasikannya kepada pesakit-pesakit lain pada masa akan datang. Sekian,

terima kasih.

51
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

1. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd ;Kamus Jururawat Bahasa Inggeris-Bahasa

Melayu, m/s 22

2. Ross and Wilson Anatomy and Physiology tenth edition ; m/s 304

3. www.myhealth.gov.my

4. www.suplementambahan.com

52
LAMPIRAN

53