Anda di halaman 1dari 2

Bidang Pembangunan Diri

Tajuk : Semangat Cintakan Sekolah

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:


1. Menyayangi dan menghargai harta benda sekolah.
2. Memupuk semangat cintakan sekolah.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Lampiran PD/2E

Langkah- : Set Induksi


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menamakan
kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah mereka.
1. Murid diminta memberi pandangan tentang sikap postitif dan
negatif pelajar terhadap harta benda sekolah.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid dalam
beberapa kumpulan kecil. (5 orang sekumpulan)
3. Ahli kumpulan perlu menyenaraikan semula sikap positif dan
negatif yang dilihat berlaku di sekolah.
4. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan
masing-masing.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid menyatakan
bagaimana caranya mereka boleh menjaga harta benda sekolah.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling edarkan lampiran PD/2E untuk
murid buat secara individu.
7. Di akhir pembelajaran, guru minta wakil murid membentangkan
hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru kemudiannya buat
rumusan bahawa menjaga keselamatan harta benda sekolah
adalah tanggungjawab bersama.
Penilaian : Menyiapkan latihan yang diberikan secara individu dan kumpulan.

Rumusan : Memelihara harta benda sekolah adalah tanggungjawab bersama.

Falsafah : 1. Sekolah ceria warga gembira.


2. Sayangi harta benda sekolah. Hargai kemudahan awam.
Lampiran PD/2E

SEKOLAHKU SAYANG

Tuliskan apa yang anda rasakan perlu ada di sekolah anda.

Sekolah
Impianku

Apa yang boleh dilakukan untuk memastikan sekolah anda cantik dan bersih.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.