Anda di halaman 1dari 2

Bidang Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk Sekolah Idamanku

Objektif Murid dapat :

1. Membina kesedaran pentingnya hadir ke sekolah setiap hari.

2. Menyatakan pandangan terhadap sekolah yang menjadi idamannya.

Masa 60 minit

Sasaran Tahun 5 Harapan

Bahan Kertas Mahjung dan pen marker.

Langkah- Set Induksi (10 minit):


langkah  Guru bersoal jawab tentang keadaan persekitaran sekolah.
 Guru mengaitkan dengan isi pelajaran.

Langkah 1 (10 minit):


 Guru menceritakan tentang ponteng ke sekolah.
 Guru juga menceritakan tentang kemudahan asas yang telah disediakan
oleh pihak sekolah kepada murid.

Langkah 2 (20 minit):


 Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
 Murid diminta untuk menyenaraikan mengapa murid ponteng sekolah dan
kesannya kepada mereka pada kertas mahjung.

Langkah 3 (15 minit):


 Murid membentangkan kelebihan hasil kerja kumpulan masing-masing di
hadapan kelas .
 Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid mengajukan soalan
berdasarkan pembentangan yang disampaikan rakan mereka.

Penutup (5 minit):
 Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan tentang
aktiviti yang dijalankan.
Penilaian Murid menyenaraikan sebab murid ponteng sekolah dan kesannya terhadap diri
mereka mengikut kesesuaian kumpulan masing- masing.

Rumusan Kehadiran murid ke sekolah setiap hari dapat menjamin pembelajaran murid-
murid.

Falsafah Sekolahku Syurgaku