Anda di halaman 1dari 4

Pada pagi 26 September 2017 (Selasa), saya telah bergegas ke sekolah untuk

bertemu dengan Ketua Panitia BM, Puan Azizah Johari.

Saya telah memberi kepada beliau soalan subjek BM Pemahaman Tahun 3


Pentaksiran Akhir Tahun 2017 untuk beliau lihat dan tanda tangan.

Saya telah menaip soalan itu hampir sebulan lamanya dengan menaipnya sedikit demi
sedikit sehingga siap. Saya tidak copy and paste tapi menaipnya dari mukasurat
pertama hingga mukasurat terakhir.

Ia bukan mudah kerana saya kena teliti disebabkan ia subjek teras Bahasa Melayu
Pemahaman yang bukan sehelai dua mukasurat sahaja.

Saya telah cuba menghasilkannya dengan sebaik mungkin kerana saya memang
menjangka akan keadaan di mana isteri saya bakal melahirkan anak kami pada
minggu-minggu terakhir bulan September 2017, di mana pada minggu ini juga
penggubal soalan mesti menyerahkan soalan kepada Ketua Panitia untuk semak dan
tandatangan.

Saya faham jika saya tidak membuatnya awal mungkin akan menyusahkan pelbagai
pihak kerana proses penyediaan soalan ini amat memerlukan masa dan tenaga.

Ia melibatkan proses menaip, menyediakan gambar, mengedit, mencetak, mengetip,


membungkus dan melabel.

Ia melibatkan proses mengetip soalan yang membabitkan jumlah sebanyak 300 lebih
orang murid melibatkan 8 buah kelas tahun 3.

Sebenarnya saya telah mengisi nama saya dalam borang senarai nama penggubal
soalan Bahasa Melayu untuk menggubal soalan Bahasa Melayu Penulisan pada
Pentaksiran Akhir Tahun.

Dalam borang itu memang saya tulis nama untuk gubal soalan BM Penulisan Tahun 3
bagi Pentaksiran Akhir Tahun.

Malangnya saya tidak diberitahu oleh KP Bahasa Melayu yang saya ditukar untuk
diarahkan untuk membuat Kertas Soalan BM Pemahaman pula.
Sedangkan saya memang ingin membuat soalan BM Penulisan. Jelasnya, saya telah
diperlakukan secara tidak adil kerana borang itu saya telah tulis dengan jelas saya
ingin menggubal soalan BM Penulisan.

Tiba-tiba kertas soalan yang saya ingin gubal itu telah diserahkan kepada guru lain.
Data yang telah saya isi telah dipinda tanpa merujuk kepada saya sedangkan saya
telah isi dalam borang itu hendak membuat BM Penulisan. KP BM telah menukarnya
sendiri tanpa merujuk kepada saya. Ini memang menyusahkan saya kerana saya
memang menjangka kelahiran anak saya pada akhir bulan September. Itu sebabnya
saya memilih untuk membuat soalan BM Penulisan. Ini kerana BM Pemahaman ini
lebih sukar dan rumit untuk menggubalnya kerana melibatkan jumlah soalan yang
banyak dan juga banyak mukasurat. Namun saya akur kerana tidak mahu
menyusahkan banyak pihak.

Yang saya hadapi ialah saya telah memberitahu keadaan isteri saya yang dalam
keadaan kritikal di wad ICU Hospital Selayang kepada KP BM. Pagi Selasa itu saya
cuti tapi saya singgah dan gagahkan diri juga untuk singgah sekejap ke sekolah
untuk serah kertas BM Pemahaman untuk disemak segera dan di tandatangan.

Saya telah beritahu beliau yang saya minta tolong tandatangan kertas BM
Pemahaman ini yang saya telah buat dengan susah payah. Namun beliau tetap
menyuruh saya menukar banyak helaian mukasurat sedangkan saya telah
memberitahu beliau awal tadi tentang betapa sukarnya keadaan saya pada masa itu.

Saya memang menghadapi masalah hambatan masa dan tenaga kerana saya perlu
berulang alik dari rumah di Rawang ke Hospital Selayang tiap-tiap hari semenjak
hari sebelumnya (Isnin) lagi.

Soalan yang saya buat itu bukanlah teruk kerana saya merujuk kepada sumber
tertentu dan bukan membuatnya sesuka hati.

KP BM namun tidak memperdulikan rayuan saya bahkan sebaliknya menyuruh saya


merombak semula banyak muka surat soalan BM Pemahaman itu. Sedangkan saya
sememangnya tidak punya masa dan tenaga untuk membuat semula soalan di mana
saya telahpun mengorbankan banyak masa dan tenaga sebelumnya untuk
menghasilkannya.
Dan kebetulan pula, saya juga mesti menyiapkan soalan Pendidikan Jasmani untuk
Pentaksiran Akhir Tahun.

Dua kertas peperiksaan saya kena gubal pada masa yang sama. Kesulitan yang saya
alami ini bukanlah kepalang.

Isteri saya bukan sahaja luka melahirkan anak. Uri tidak keluar sebagaimana normal.
Berlaku prosedur untuk mengeluarkan uri tersebut. Setelah uri berjaya dikeluarkan,
berlaku pula pendarahan yang berterusan. Kemudian, isteri saya terpaksa pula
dibedah untuk menghentikan pendarahan. Itu sebabnya isteri saya dimasukkan ke
wad ICU setelah mengalami pendarahan yang agak banyak.

Maka, tindakan yang saya ambil ini ialah untuk memastikan kertas BM Pemahaman
itu dapat disediakan dengan baik.

Saya tak mahu tekanan ini menyebabkan saya gagal mengawal emosi dan perasaan
yang mana mungkin akan menyebabkan saya gagal mengawal kereta yang saya pandu
ulang alik dari rumah ke hospital.

Saya hendak memastikan penyediaan soalan BM Pemahaman itu dapat disediakan


dengan lancar. Jika ditangguh akibat kena merombak semula, saya yakin hal ini
akhirnya bukan menyusahkan saya, tapi menyusahkan seluruh murid darjah tiga.

Ini kerana saya memang kelelahan dan tak boleh nak buat perkara lain selain
berulang alik dari rumah ke hospital. Di Hospital saya menjalankan tanggungjawab
menjenguk dan menjaga apa yang perlu. Di rumah pula saya kena menguruskan lima
orang anak saya yang lain dari segi makan minum, menghantar mereka ke sekolah
setiap hari. Saya juga kena menguruskan rumahtangga seorang diri. Ia merangkumi
hal ehwal membasuh dan menyidai pakaian. Ini kerana emak mertua saya yang
menetap di Kelantan tak dapat hadir datang ke rumah kerana beliau pun sudah tua
dan uzur.

Sememangnya saya sudah tak punya masa dan tenaga untuk merombak semula
penulisan soalan BM Pemahaman ini lagi sekali. Tumpuan kini adalah menjaga isteri
saya yang sedang berpantang dan menyusu bayinya. Isteri saya bukan setakat luka
kerana melahirkan anak bahkan juga luka akibat pembedahan. Saya juga kena
menjaga anak-anak saya yang lain yang masih kecil. Ini adalah sebab mengapa saya
hendak memberitahu bahawa kertas soalan BM Pemahaman ini tak boleh ditangguh
lagi urusan rezo, ketip, susun, bungkus dan label. Ini memang satu kerja yang rumit
tak seperti subjek Bahasa Arab dan Jawi di mana guru hanya perlu ketip, bungkus
dan label.

Anda mungkin juga menyukai