Yang berusaha, Guru Besar SK St. Peter & St. Paul, Pn September anak Budin, Yang
dihormati penolong-penolong kanan, para hakim yang adil lagi bijaksana, ajk
pelaksana, guru-guru pengiring, para peserta serta para pelajar yang dikasihi
sekalian.
Pada kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-alukan
kehadiran hadirin sekalian untuk bersama-sama memeriahkan majlis kita pada pagi
ini iaitu Pertandingan Syarahan Peringkat Sekolah Rendah Zon Betong bagi tahun
2017.
Hadirin yang dihormati sekalian, sebentar lagi kita akan memulakan Pertandingan
Syarahan Peringkat Sekolah Rendah Zon Betong, Sebelum pertandingan bermula,
izinkan saya membaca peraturan pertandingan.
Peraturan Pertandingan
Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding
dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan
melalui cabutan undi peserta. Peserta diingatkan supaya berada pada tempat masing-
masing mengikut giliran yang ditentukan. Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK
DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah masing-masing.
BAHAGIAN PERTAMA
Asramaku Syurgaku
BAHAGIAN KEDUA
Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang
ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di
dalam sampul yang disediakan di meja ketua hakim. Pertandingan pidato secara
spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama.
Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat persediaan
di pentas pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat
komunikasi dan alat eletronik.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Peserta diberi masa LIMA(5 minit) untuk pidato bahagian pertama, dan TIGA (30
minit) untuk pidato bahagian kedua.
Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit ) sebelum tamat, dan dua kali setelah
tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.
Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan
kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini
akan menyebabkan markah adab dipotong.
Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan
ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan
tersebut/ mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………
salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin. Sekarang tiba
masanya yang kita nantikan iaitu syarahan Bahagian B. Pada bahagian ini, peserta
hanya diperuntukkan 3 minit untuk menyampaikan syarahannya. Para peserta perlu
memilih tajuk dari sampul yang disediakan. Peserta diberikan masa selama 1 minit
untuk membuat persediaan bagi menyampaikan syarahan mereka tanpa apa-apa
bantuan nota, alal tulis atau alat elektronik.
Tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama untuk memilih sampul
tajuk spontan. Dipersilakan saudara/ saudari …………………… .
Dengan berakhirnya pidato dari peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah
Pertandingan Syarahan Peringkat Sekolah Rendah Zon Betong bagi tahun 2017.
Majlis akan berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan kepada juri untuk membuat
permarkahan pertandingan.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih majlis diteruskan lagi dengan upacara
penyampaian cenderamata dan sijil. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan
penuh hormat memperislakan ……………………………………selaku penyelaras
pertandingan bagi menjemput dan mengiringi Pn Spetember anak Budin untuk
menyampaikan hadiah kepada barisan panel hakim.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penyertaan dan hadiah kepada
peserta-peserta Pertandingan Syarahan Peringkat Sekolah Rendah Zon Betong
Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi kita telah
pun berada di penghujung majlis. Saya bagi pihak majlis, memohon ampun dan maaf
seandainya terdapat kekurangan dan salah silap sepanjang majlis ini berlangsung.