Anda di halaman 1dari 2

Pernyataan profesional

(sepanjang praktikum)

Pada minggu ketiga, saya melaksanakan tugas yang diamanahkan seperti

biasa. Saya telah merancang aktiviti pengajaran dengan baik.

Pada minggu ini, saya melaksanakan pengajaran saya seperti yang

dirancang. Selepas tamat sekolah, saya berjumpa dengan guru tahun 4 Pn.Janaagi.

Saya berbincang dengan beliau tentang cara-cara meningkatkan tingkah laku positif

murid tahun 4 dalam pembelajaran. Selain itu, beliau juga memberi banyak idea yang

boleh digunakan dalam pengajaran saya. Melalui perbincangan ini, saya dapat

mengeratkan lagi hubungan dengan guru kelas tahun 4.

Pada hari Rabu, seperti biasa saya telah mengambil bahagian dalam

aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Selepas itu, saya berjaya melaksanakan

pengajaran saya dengan baik. Sepanjang hari rabu saya kelihatan letih dan

ketidakcukupan tidur serta kelihatan kurang semangat di sekolah. Tetapi saya terpaksa

membuat perancangan pengajaran bagi hari jumaat kerana pensyarah pembimbing

mungkin akan membuat penyelian pertama. Setiap hari pada petang saya dan rakan

saya menjalankan kelas bimbingan untuk anak murid tahun 4 bagi meningkatkan

pretasi akademik.

Pada hari jumaat, selepas saya melaksanakan pengajaran di tahun 4

saya mengambil keputusan untuk membuat beberapa aktiviti kecil dan membuat

perancangannya. Saya mengambil keputusan untuk membuat Pertandingan


Mengumpul Mata (Natchattira Veddai), menampal kata-kata hikmat pada pintu depan

kelas, menamakan kumpulan murid dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai