Anda di halaman 1dari 10

Pkpk3093: Bab 1

Teori pengajaran tingkahlaku

Teori tingkah laku juga dikenali sebagai teori behaviorisme. Teori ini memberi perhatian dan
mengkaji tingkah laku manusia, kerana tingkah laku manusia boleh di lihat dan diukur. Pada
asasnya teori ini melihat tingkah laku manusia sebagai tindakan kepada rangsangan
(Stimulus to response). Teori ini juga menekankan pentingnya pengukuhan (reinforcement)
menerusi ganjaran atau insentif untuk merangsang dan mempengaruhi apa dan bagaimana
manusia melakukan sesuatu, termasuk bagaimana murid belajar.

Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari
pengalaman (Gage, Berliner, 1984) Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara
stimulus dan respon (Slavin, 2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat
menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah
input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang
diberikan guru kepada siswa, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan siswa
terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan
respon tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur.
Yang dapat diamati adalah stimulus dan respon, oleh karena itu apa yang diberikan oleh
guru (stimulus) dan apa yang diterima oleh siswa (respon) harus dapat diamati dan diukur.
Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk
melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.

Antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori


pembelajaran ialah Ivan P.Pavlov, J.B. Watson, Edward L.Thorndike dan B.F. Skinner.
Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang
berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihan atau pengalaman. Aliran
Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh
diperhatikan dan boleh diukur.Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan
daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung
dalam keadaan bilik makmal.Teori pengajaran tingkahlaku (behaviorisme ) ini sangat
dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Teori
Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada 4 iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori
Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L.Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner.

Teori Pelaziman Klasik dikaitkan dengan seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Beliau
menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan dan
akhirnya menemui Teori Pelaziman Klasik. Beliau menjalankan eksperimennya dengan
menggunakan seekor anjing dan mengkaji perkaitan rembesan air liur dengan proses
pelaziman. Pavlov telah mendapati bahawa rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan
sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang
dikesannya. Fenomena rembesan air liur dan jus gastrik adalah sesuatu jenis gerak balas
yang tidak perlu dipelajari yang dinamakan gerak balas tak terlazim. Tetapi fenomena
rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari
yang di panggil gerak balas terlazim. Manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil
sebagai rangsangan terlazim. Bagi mengesahkan fenomena tersebut, Pavlov menggunakan
cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai ransangan terlazim. Hasilnya mendapati bahawa,
anjing akan melelehkan air liurnya apabila loceng dibunyikan.

Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah
sebarang tingkah laku yang timbul akibat ransangan. Ransangan adalah sebarang bentuk
tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya apabila anda duduk di atas kerusi dalam
bilik doktor gigi, anda menggetar ketakutan walaupun ubat bius dapat menghilangkan
kesakitan anda. Ini disebabkan anda mengaitkan kerusi tersebut dengan pengalaman sakit
dalam peristiwa cabut gigi sebelum ini. Pembelajaran yang mengaitkan kerusi doktor gigi
dengan kesakitan dikenali sebagai "pelaziman klasik". Pembelajaran begini juga kadangkala
disebut " Pavlovian Conditioning" (Poediger et. al. 1996sm. 225)
Pkpk3093: Bab 1
Watson dan Rayner pula telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi
manusia boleh dilazimkan secara pelaziman klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas
seorang kanak-kanak lelaki bernama Albert berusia 11 bulan dan seekor tikus putih. Pada
mulanya, Albert tidak menunjukkan perasaan takut apabila ditunjukkan dengan seekor tikus
putih. Tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila Albert mahu mencapai tikus
putih tersebut, Albert menjadi takut dan mengangis. Berdasarkan penyelidikan ini, Watson
menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan
menentukan ransangan dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Sungguhpun begitu,
kajian Watson telah dikritik kerana dianggap telah melanggar etika.

TEORI OPERAN SKINNER (1904-1990)

Rata-rata penduduk Amerika Syarikat mengetahui tentang B.F. Skinner disebabkan oleh
idea dan pendapat beliau mengenai pembelajaran. Ia telah memberi kesan yang mendalam
terhadap system pendidikan di Amerika, amalan keibubapaan dan pendekatan terhadap
pengurusan perniagaan (Samuel E.Wood, Ellen Green Wood & Denise Boyd, 2007). Dalam
proses pembelajaran, teori dan konsep yang dikemukakan oleh beliau ialahTeori Pelaziman
Operan dimana teori ini telah diguna pakai oleh para pendidik dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkataan operan bermaksud sebagai satu tindak balas
yang beroperasi ke alam sekitar. Ia adalah sebagai tingkah laku yang menjadi instrumen
dalam menghasilkan perubahan dalam persekitaran (Mohamad Saleh Lebar, 1999).

EKSPERIMEN SKINNER
Kebanyakkan eksperimen awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang (
Skinner misalnya menggunakan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksi
organisma apabila dikenakan ransangan. Ringkasnya behaviourisme menjelaskan
pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif.

Skinner terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner.
Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa
segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru,
tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam
Kotak Skinner.

Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan.


Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini
menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran.
Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya
ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

Antara pengkaji yang berpengaruh dalam teori ini ialah B.F Skinner. Berdasarkan teori ini
Skinner telah mereka bentuk pendekatan dan rancangan pengajaran yang dinamakan
'programmed instruction' atau pengajaran terancang. Ramai guru di sekolah menggunakan
teori ini. Sebagai contoh dalam pengajaran guru selalu menggunakan pujian 'bagus' atau
'betul' bagi murid yang menjawab soalan dengan betul, untuk mengukuhkan jawapannya;
manakala cuba lagi bagi jawapan yang salah atau tidak tepat. Gred dan markah digunakan
bagi menggalakkan murid tersebut belajar. Murid yang terbaik pula di beri hadiah tahunan.
Kesemua ini adalah berdasarkan teori tingkah laku.
Pembelajaran berlaku dalam proses pelaziman operan kerana ia melibatkan berbagai-bagai
gerak balas operasi. Menurut B.F. Skinner (dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan &
Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008), dalam teori pelaziman operan gerak balas dilakukan
(diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik-baik sahaja
gerak balas itu ditunjukkan. Dalam Teori Pelaziman Operan terdapat peneguhan
(reinforcement) dan hukuman.

Menurut Mahmood Nazar Mohamed 1990), peneguhan positif ialah ransangan yang diberi
Pkpk3093: Bab 1
kepada organisma selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang dapat meningkatkan
kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang dikehendaki. Manakala menurut Mok Soon
Sang (2003), menyatakan bahawa peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh
menambah kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. Berdasarkan takrifan-
takrifan yang diberikan dapat kita simpulkan bahawa peneguhan positif ini merupakan suatu
ransangan yang boleh menyebabkan berulangnya sesuatu tingkah laku yang dikehendaki.

Peneguhan (reinforcement) adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu


perlakuan itu diulangi. Peneguhan (reinforcement) terbahagi kepada dua iaitu peneguhan
positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah seperti ganjaran, hadiah dan juga
pujian yang diberikan bagi menggalakkan seseorang itu melakukan pekerjaan secara
berulang-ulang. Peneguhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses
pembelajaran. Peneguhan berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah.
Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian
untuk mendapa hadiah yang sama. Oleh itu, lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang
kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran.Peneguhan negatif pula ialah
sesuatu yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh individu (Mohamad Saleh Lebar, 1999).
Sebagai contoh, seorang murid akan membersihkan papan hitam bagi mengelakkan
dimarahi oleh gurunya dan bukan untuk mendapatkan pujian.

Hukuman adalah sesuatu tingkah laku negatif jika dipamerkan, boleh menghasilkan sesuatu
yang menyakitkan atau yang boleh menyebabkan kurang selesa (Roediger dalam Suppiah
Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008). Hukuman dibahagikan
kepada hukuman persembahan (presentation punishment) dan hukuman penyingkiran
(removal punishment).

Jadual Guru Memberi Peneguhan


(menurut Suppiah Nachiappan,Ramlah Jantan,Abdul Aziz Abdul Shukor)

Peneguhan Maksud Contoh Bentuk Reaksi Tindakan Apabila


Peneguhan
Diberhentikan

Peneguhan Peneguhan Memberi pujian Cepat memberi Kurang ketekunan dan


berterusan selepas setiap kepada pelajar kesan kehilangan tindak
reaksi yang cepat siap balas dengan cepat
tugasan

Peneguhan Peneguhan Guru mengadakan Tahap reaksi Menunujukkan sedikit


berkala tetap diberi selepas kuiz setiap minggu meningkat apabila ketekunan dan
(Fixed- satu jangka- diberi peneguhan penurunan pada kadar
interval) masa yang tetapi menurun yang pantas dalam
ditetapkan selepas gerak balas apabila
peneguhan masa peneguhan
diberikan berlalu

Peneguahan Peneguhan Guru mengadakan Pelajar akan Ketekunan masih


berkala selepas jangka pop kuiz tidak tentu lambat memberi tinggi dan kadar
berubah masa yang masa, adakala reaksi; berhenti penurunan tindak
berubah-ubah sekali dalam seketika selepas balas yang perlahan
2minggu, ada peneguhan
kalanya sebulan diberikan
sekali
Pkpk3093: Bab 1
Peneguahan Peneguhan Pelajar mendapat Cepaat memberi Tiada nilai peneguhan
berkala nisbah selepas coklat selepas reaksi; berhenti dimana peneguhan
tetap bilangan set selesai membuat seketika selepas hilang nilainya apabila
tindak balas 10 latihan peneguhan kerap diberikan
yang telah matematik peneguhan yang
ditetapkan sama.

Peneguahan Peneguhan Guru memberi Reaksi yang Kekal tinggi


berkala nisbah selepas gula-gula kepada sangat tinggi dan
berubah beberapa pelajar setelah dia masih
bilangan reaksi siapkan latihan menunjukkan
yang berubah- matematik tanpa reaksi walaupun
ubah kadar yang tetap. peneguhan tidak
Ada pelajar dapat diberikan
gula-gula setelah
siapkan 3 latihan
matematik

Teori Behaviorisme
Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang
berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihan dan pengalaman. Proses
pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dilahirkan sehingga sukar bagi kita untuk
membezakan dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbersaran kerana kedua-
duanya saling berkaitan. Ahli Behaviorisme juga menumpukan perhatian ke atas aspek
tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan diukur (Suppiah Nachiappan, 2008).

Menurut Gulo dan Dali, (2000) menyatakan bahawa tingkah laku adalah tindakan manusia
atau haiwan yang dapat dilihat. Hal ini bermaksud bahawa teori ini lebih melihat kepada
perubahan tingkah laku manusia sedia ada terhadap sesuatu rangsangan luar yang boleh
membawa kepada perubahan tingkah laku, sama ada kepada yang lebih baik atau
sebaliknya. Rangsangan yang diberikan juga mungkin boleh menukar perubahan tingkah
laku menjadi lebih buruk jika pendekatan yang diberikan tidak tepat.

Menurut Ramachandra (1994), tingkah laku yang dikaji melihat kepada tingkah laku yang
kurang baik yang mana melibatkan penggunaan tubuh badan yang berbentuk kekerasan
seperti desakan atau pembohongan. Pelajar-pelajar berkecenderungan untuk melakukan
kesalahan seperti pembohongan apabila mereka tidak menyiapkan kerja rumah, ponteng
kelas atau ponteng sekolah. Walaupun masalah sebenar adalah kerana kurang minat
terhadap sesuatu matapelajaran di sekolah. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan diri
dari dikenakan hukuman oleh guru.

Terdapat empat jenis teori Behaviorisme iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori
Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L. Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner.
Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) mengemukakan konsep
pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran yang terdiri daripada hukum
kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum ini ditafsirkan oleh beliau melalui
pengkajian beliau terhadap seekor kucing yang lapar dan cuba untuk mendapatkan
makanan di luar sangkarnya. Kucing tersebut menggunakan teknik ‘cuba jaya’ dan
mengulanginya apabila berjaya. Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil
gabungan stimuli atau ransangan dan respon atau tindak balas.
Pkpk3093: Bab 1
Dalam model persembahan pengajaran guru dalam subjek IT, memperlihatkan bahawa
pelajar perlu mempunyai persediaan yang awal berkenaan dengan subjek ini bagi
memudahkan mereka memahaminya dengan lebih baik. Contoh persediaan awal ialah
dimana pelajar telah pun mendapat pendedahan awal seperti pernah menggunakan perisian
Microsoft Word untuk membuat tugasan atau bermain dengan permainan komputer. Hukum
kesediaan menyatakan bahawa pelajar perlu mempunyai tahap kesediaan agar sesuatu
perkara yang dilakukan tidak dikategorikan sebagai paksaan. Tiga bentuk kesediaan iaitu
kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Ini bermaksud pelajar perlu
bersedia dari segi fizikal, emosi dan pemikiran (Suppiah Nachiappan, 2008).

Biodata pengasas
Edward Lee Thorndike

 Nama sebenar beliau ialah Edward Lee Thorndike


 Dilahirkan di Williamsburg, Mass
 Beliau mendapat ijazah daripada Universiti Wesleyan 1895 dan mendapat Sarjana di
Universiti Harvard pada tahun 1896
 Edward Lee Thorndike mendapat P.H.D pada tahun 1898 dari Columbia.
 Beliau juga merupakan seorang pendidik dan juga seorang ahli psikologi
 Beliau juga telah menghasilkan buku yang bertajuk Educational Psychology 1903, Mental
and Social Measurements 1904 dan Animal Intelligence 1911
 Pada tahun 1898, beliau menjadi pembantu professor pedagogi di Western Reserve
University.
 Beliau juga turut menjadi Presiden Persatuan Psikologi Amerika pada tahun yang sama iaitu
pada tahun 1898
 Beliau turut menjadi Presiden Persatuan Psikometrik yang ke -2.
 Beliau turut dilantik sebagai Presiden of American Association for the Advancement Of
Science pada tahun 1934.
 Beliau menjadi pensyarah di University Harvard dari tahun 1942 hingga 1943.

Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) hukum latihan sangat sesuai
digunakan bagi latihan hafalan, perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas akan
bertambah jika diulang-ulang. Disini merujuk kepada kaedah hafalan tetapi bukan hafalan
panjang. Sebagai contoh setelah teknik atau kaedah baru dipelajari, pelajar akan menjadi
lebih baik. Pertama dengan menggunakan kaedah visual seperti peta minda dan
kemudiannya menghafal. Tambahan lagi kini, penggunaan ICT yang memudahkan dapat
mempercepatkan proses pemahaman setiap pelajar kerana kepelbagaian pelajar yang unik
membawa kepada penerimaan gaya belajar yang berbeza. Secara tidak langsung pelajar
akan menjadi lebih faham dan ingat mengenai topik yang diajar. Satu bentuk perubahan
tingkah laku akan terhasil kesan daripada pengulangan yang kerap.

Hukum terakhir menurut Thorndike ialah hukum kesan. Bagaimana pelajar mendapat
sesuatu tindak balas setelah mempamerkan kesediaan dan hukum latihan tadi. Mengikut
hukum kesan, setelah sesuatu tingkah laku diperlihatkan, diikuti dengan kepuasan seperti
mendapat pujian, ia akan diulang tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan seperti ditampar oleh
ibu, tingkah laku itu akan lenyap. Hukum kesan menyatakan jika satu tindakan yang
mengalami perubahan mendatangkan keseronokan kebarangkalian perbuatan itu akan
diulangi akan meningkat dan begitulah sebaliknhya.

Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) lagi pendekatan seperti yang
dinyatakan olehnya boleh digunapakai oleh guru bagi merangka strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Antara strategi tersebut adalah :

a) Guru sentiasa perlu menilai aspek kesediaan pelajar iaitu kesediaan psikomotor.
Pkpk3093: Bab 1

b) Mengadakan berbagai-bagai rangsangan seperti gambar berwarna-warni, perisian


computer dan tayangan video untuk

menwujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.

c) Memberi ganjaran atau peneguhan positif seperti hadiah, pujian dan markah untuk respon
yang betul.

d) Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran seperti keadaan bilik yang
ceria, bersih, tersusun, selesa dan

harmoni.

APLIKASI TEORI TINGKAHLAKU DALAM SUBJEK MATEMATIK

PRINSIP PREMACK DIGUNAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH KURANG MINAT


MURID DALAM MATEMATIK
Prinsip Premack adalah prinsip yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Prinsip ini
sesuai digunakan bagi menggalakkan minat murid dalam kelas. Prinsip ini boleh menggabungkan
aktiviti yang disukai oleh murid dengan sesuatu yang tidak disukai. Menurut Calborn Prinsip Primack
adalah prinsip yang mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati
untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack yang juga
dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar rehat selepas
kamu habiskan latihan Matematik ini” ( Suppiah & etc).

Murid yang kurang berminat dengan subjek ini akan bersembang, membuat bising dalam kelas dan
mereka akan mengganggu murid yang lain. Keadaan ini akan mengganggu murid-murid yang lain
selain dari menyebabkan mereka tidak dapat menguasai apa yang diajar oleh guru. Mereka ini tidak
akan menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ada juga murid yang tidak
membuat bising tetapi mereka hanya akan berangan dalam kelas dan tidak menumpukan perhatian
kepada pengajaran guru.

Sebelum mengaplikasikan prinsip ini, guru perlu mengenalpasti aktiviti yang diminati oleh
murid dalam kelas tersebut. Guru boleh bertanyakan kepada guru lain atau bertanya kepada
murid tentang mata pelajaran yang digemari oleh murid tersebut. Terdapat juga masalah
yang akan timbul dikalangan murid kelas yang lemah. Ini kerana amat sukar untuk guru
mengenal pasti minat mereka kerana tumpuan mereka kepada pelajaran amat kurang.
Namun, guru boleh melihat kepada isu semasa atau minat dikalangan remaja pada masa
sekarang. Jelas disini remaja pada masa kini lebih cenderung kepada bentuk hiburan
selaras dengan perkembangan era moden. Menurut Hamisan dalam kajiannya menyatakan
muzik mempunyai pengaruh yang besar kepada golongan murid di mana muzik menjadi
pilihan berhibur utama kepada muda-mudi khasnya golongan remaja dan murid. Jadi muzik
boleh mengaplikasikan ke dalam suasana yang lebih positif dan berguna untuk tujuan
menambah indahkan pembelajaran dan pengajaran agar lebih menarik dan murid boleh
belajar sambil berhibur, tenang dan tidak tertekan.

Dengan ini, guru boleh menggabungkan unsur seni muzik dengan unsur matematik.
Sebelum menyelesaikan masalah dalam matematik, guru menyediakan lagu dan
memberikan peluang mereka menyanyi sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran.
Lagu yang dipilih hendaklah sesuai dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut.
Guru boleh mencipta atau mencari lagu yang berkaitan di internet. Contohnya dalam konsep
matematik topik ini iaitu topik sepeluh iaitu poligon untuk mengira isipadu, perimeter, luas
Pkpk3093: Bab 1
dan sebgainya. Guru boleh memuat turun lagu yang bertajuk “mengira isipadu” dan
menyanyikan bersama-sama murid dalam kelas. Lagu ini adalah lagu yang di olah dari lagu
kanak-kanak iaitu lagu “bapaku pulang”. Lirik lagu ini ditukar kepada formula untuk mengira
isipadu dan topik yang terdapat dalam matematik. Selepas menyanyikan lagu tersebut guru
perlu mengajar seperti biasa dengan menggunakan lagu tersebut dan menyuruh mereka
menyelesaikan masalah matematik tersebut. Guru boleh menarik minat murid dengan
menyediakan lagu hafalan formula.

Oleh itu, penggunaan muzik boleh dipilih sebagai elemen dalam pembelajaran dan
pengajaran matematik kerana boleh menarik minat murid, keseronokan mengikut keadaan,
prestasi dan boleh membuatkan murid lebih bersedia untuk belajar. Guru boleh
menggunakan pelbagai kaedah mengajar bagi menarik minat murid selagi tidak bercanggah
dengan peraturan dan objektif utama sistem pendidikan.

IMPLIKASI TEORI PENGAJARAN TINGKAHLAKU DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

1. Tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

 Teori Pengajaran Tingkahlaku dapat membantu guru untuk memerhatikan tingkahlaku


seseorang pelajar, mengawal tingkah laku tersebut dan guru turut dapat mengawal tingkah
laku pelajarnya.
 Contohnya: Guru perlu memberikan rangsangan seperti memberi kata pujian atau ganjaran
kepada pelajar terutamnya pelajar yang kurang minat untuk belajar. Melalui rangasangan
yang diberikan, guru akan dapat memerhatikan tingkahlaku pelajar tersebut sebelum dan
selepas diberikan rangsangan. Kemudian guru secara tidak langsung dapat mengawal
tingkahlaku pelajar itu seterusnya guru akan dapat mengawal tingkahlaku pelajar tersebut
pada kelas yang seterusnya.

2.Proses Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

 Kawalan kelas amat penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Oleh itu, kaedah peneguhan positif dalam Teori Operan Skinner boleh diaplikasikan dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
 Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam usaha untuk menarik minat pelajar untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan. Contoh peneguhan positif ialah
kata-kata pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya.
 Setiap kali pelajar menjawab soalan atau menunjukkan perubahan tingkahlaku, guru boleh
memberi ganjaran kepada pelajar tersebut. Contohnya, pelajar cuba menjawab soalan yang
diajukan, guru boleh memberi pujian kepada pelajar yang memberikan jawapan yang betul.
Manakala pelajar yang memberikan jawapan yang salah, guru boleh memberikan kata-kata
semangat supaya pelajar tersebut tidak berputus asa.
 Guru boleh memberikan peneguhan tersebut secara berterusan,berkala tetap, berkala
berubah, berkala nisbah tetap ataupun secara berkala nisbah berubah.

3. Meningkatkan minat pelajar.

 Guru perlu memberikan penekanan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.
 Guru perlu memberikan latihan yang konsisten dan berterusan kepada pelajar untuk
meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka dalam pelajaran.
Pkpk3093: Bab 1
 Oleh itu,rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk kelaziman. Contohnya, Azmi
telah menyiapkan latihan yang diberikan dengan cepat daripada pelajar lain. Jadi guru boleh
memberi peneguhan dengan memberikan kata-kata pujian kepada Azmi. Hal ini akan
menyumbang untuk membentuk kelaziman di mana Azmi akan lebih berusaha untuk
menyiapkan latihan yang diberikan lebih awal pada kelas yang akan datang kerana dia
mahukan kata-kata pujian daripada guru.

__

Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada empat, salah satu daripadanya ialah,
Teori Pelaziman Klasik.

Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa
sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula
adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994).
Pembelajaran boleh berlaku akibat daripada kaitan di antara rangsangan dengan gerak
balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk
mendatangkan pembelajaran.
Menurut Pavlov (1894) setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Perkaitan antara
rangsangan dan gerak balas akan mewujudkan proses pembelajaran. Pembelajaran yang
berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang
berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Mengikut teori ini,
setiap rangsangan akan menghasilkan gerak balas. Gerak balas ialah tingkah laku yang
timbul kesan daripada rangsangan manakala rangsangan pula ialah tenaga yang
menghasiklkan gerak balas (Pavlov, 1894).
Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka
murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala
tindakan mengangkat tangan ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov
berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan
dengan gerak balas.
Teori Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang
dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik
dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).
Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak
balas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid
mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu menghasilkan sesuatu yang
baik dan berterusan. Kamarudin Hj. Husin di dalam buku Psikologi Bilik Darjah (1997)
menjelaskan bahawa penggunaan kedua-dua elemen ini biasanya akan menghasilkan
pembelajaran yang lebih berkesan.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini
bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku
itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat
membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan
yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat
diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu
gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contohnya, apabila guru
memberi pujian dan rangsangan setiap kali murid mendapat hasil yang baik , maka gerak
balas itu dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Sebagai contoh, sekiranya
Pkpk3093: Bab 1
pelajar mendapat galakan untuk belajar subjek Sejarah dengan tekun, maka sudah pasti
pelajar akan berusaha dengan lebih gigih untuk mengekalkan pujian dan rangsangan itu.
Guru seharusnya peka terhadap setiap rangsangan yang telah mereka berikan kepada
pelajar. Hal ini kerana penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini
bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku
itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Seperti contoh diatas, jikalau guru tidak
memberikan rangsangan dan peneguhan kepada murid, lama-lama nanti murid tidak akan
percaya dan berharap pada guru lagi maka berlakulah proses penghapusan. Konsep
pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan
pembelajaran.

IMPLIKASI TEORI BEHAVIORISME TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

1. Guru hendaklah menetapkan maklumat yang spesifik.


-Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas.
-Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai.

2. Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran.


-Objektif hendaklah khusus.
-Satu objektif bagi satu langkah kecil.

3. Buat analisis tugasan.


-Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah- langkah kecil.

4. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat.


-Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran.
-Susunan langkah hendaklah secara progresif/ ansur maju.
-Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepadaa langkah
seterusnya.

5. Aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai.


-Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah- laku.
-Peneguhan berkala selepas tingkah- laku dikuasai.
-Berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah
-Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan nisbah berubah

6. Aplikasi hukum kesediaan.


-Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada.
-Sediakan situasi yang merangsangkan.
-Cungkil rasa ingin tahu/ motivasi pelajar.

7. Aplikasi hukum latihan.


-Banyakkan pengulangan dan latih tubi.
-Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai.

8. Aplikasi hukum kesan/ akibat.


-Adakan aktiviti pengukuhan.
Pkpk3093: Bab 1
-Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai.
-Amalkan teknik hukuman dan ganjaran.

9. Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra.


-Amalan rutin belajar.
-Amalan rutin keceriaan.
-Peraturan bilik darjah yang positif.
-Amalan dinamika kumpulan.