Anda di halaman 1dari 2

HAZIQAH BINTI ROSLY (PA17A015)

PENGERTIAN THAHARAH (BERSUCI )

Thaharah atau bersuci ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan, pakaian dan tempat supaya
dapat menunaikan ibadat khususnya ibadat solat.

Bersuci itu adalah sesuatu yang wajib di dalam ajaran islam.Tanpa bersuci ibadat tidak diterima.Di
antara cara bersuci ialah wuduk , mandi dan membersihkan najis dari badan dan pakaian.

JENIS-JENIS BERSUCI

1- Menyucikan badan dari hadas kecil

Iaitu menyucikan badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayammum. Orang yang
berhadas kecil diharamkam mengerjakan solat atau menyentuh al-Quran.

2. Menyucikan badan dari hadas besar

Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi.Mereka
yang berhadas besar ialah mereka yang melakukan persetubuhan ,orang yang haid dan nifas. Orang
yang berhadas besar juga diharamkan mengerjakan solat,puasa,haji,duduk di dalam
masjid,menyentuh dan membaca al-Quran.

3. Istinja’

Menghilangkan kotoran samada najis kecil (kencing) atau najis besar(tahi) dari tempat keluarnya
dengan sesuatu yang bersih seperti air,kertas,batu,tisu dan sebagainya sehingga najis itu bersih.
Istinja’ itu mestilah menghilangkan najis,baunya dan rasanya.

JENIS-JENIS AIR

1. Ai Mutlak ( Air yang suci lagi menyucikan )

Air ini boleh digunakan untuk minum,mandi dan berwuduk dan boleh juga digunakan untuk
membasuh.contoh air mutlak ialah air telaga,air sungai,air hujan,air mata air,air laut dan sebagainya,

2. Air Musta’mal (Air yang telah digunakan )

Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan Iaitu air yang telah berubah salah satu sifatnya,contoh
seperti air kopi,air teh dan sebagainya.Termasuk juga dalam golongan ini air yang kurang dari dua
kolah iaitu air yang sudah digunakan untuk berwuduk atau menghilangkan najis.

3. Air Mutannajis ( Air yang kotor)


Air yang najis iaitu air yang sudah berubah semua sifatnya samada warna,rasa atau baunya dan
bercampur dengan najis.

4. Air Musyammas (air yang berjemur pada matahari)

Ialah air yang makruh untuk digunakan iaitulah air yang terjemur pada terik matahari dalam bekas
selain bekas daripada emas atau perak.Air ini makruh digunakan untuk badan tetapi boleh
digunakan untuk membasuh pakaian.

Anda mungkin juga menyukai