Anda di halaman 1dari 7

AKADEMI PENGAJIAN SAIDATINA AISYAH

DIPLOMA EKSEKUTIF NAQIBAT

DEN 23 : PENGURUSAN RUMAHTANGGA DAKWAH

(TUGASAN INDIVIDU)

NAMA : ZAINIRAH BINTI AZIZ (201610114)

SEMESTER : 2/2017

PENSYARAH : USTAZAH NORAINI BINTI HUSSIN

1
KELUARGA HARAKI NABI IBRAHIM

PENGENALAN

Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Baginda dianggarkan

hidup pada tahun 1997-1822 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda

tinggal di Kaldaniyyun, Ur, negeri yang disebut kini sebagai Iraq. Nama Baginda disebutkan

sebanyak 69 kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil, Hebron, Palestin.1 Nabi Ibrahim a.s

apabila Baginda dilantik menjadi Rasul, ertinya Baginda telah menggalas tugas haraki yang

Allah s.w.t taklifkan melalui perutusannya. Maka hal ini telahpun dijelaskan oleh Allah

mengenai ini dalam al-Quran antaranya:

َ
‫َل‬‫َع‬ ََ
‫ما ج‬ ‫ُم‬
‫ْ و‬ ‫َب‬
‫َاآ‬ ‫َ اج‬
‫ْت‬ ‫هو‬ُ ِ
‫ِه‬ َِ‫ه ج‬
‫هاد‬ ‫َق‬ ‫ِي اه‬
‫َّللِ ح‬ ُِ
‫دوا ف‬ ‫َج‬
‫َاه‬ ‫و‬

َ
‫هو‬ُ َ ‫َاه‬
‫ِيم‬ ‫بر‬ِْ ‫ُم‬
‫ْ إ‬ ‫َب‬
‫ِيك‬ َ‫ل‬
‫ة أ‬ ‫ِه‬
‫م‬ ‫َج‬
ِّ ٍ ‫ْ ح‬
‫َر‬ ‫ِن‬ ِّ‫ِي ال‬
‫ِينِ م‬
‫د‬ ‫ُم‬
‫ْ ف‬ ‫ْك‬
‫لي‬ََ
‫ع‬

‫َ م‬
‫ِن‬ ‫ُسْل‬
‫ِمين‬ ‫الم‬ ‫ُم‬
ْ ُ ‫سَم‬
‫هاآ‬

‫ُم‬
ْ ‫ْك‬
‫لي‬ََ
‫دا ع‬ ‫ل شَه‬
ً‫ِي‬ ُ‫هسُو‬ َ‫ُو‬
‫ن الر‬ ‫َك‬ َ‫ه‬
ِ ‫ذا‬
‫لي‬ َ ‫ِي‬
‫َف‬‫ُ و‬
‫ْل‬‫َب‬
‫ق‬

ُ‫َآ‬
‫توا‬ َ‫َل‬
‫ة و‬ َ‫ه‬‫ُوا الص‬ ‫َق‬
‫ِيم‬ ‫َأ‬
‫هاسِ ف‬ ََ
‫لى الن‬ َ‫ه‬
‫داء ع‬ ُ ُ
َُ‫ونوا ش‬ ََ
‫تك‬ ‫و‬

ُ ِ‫َّلل‬
‫هو‬ ‫ِاه‬ ‫ُوا ب‬
‫ِم‬‫َص‬
‫ْت‬‫َاع‬ َ‫َا‬
‫ة و‬ ‫هآ‬‫الز‬

ُ ‫هص‬
‫ِير‬ ‫َ الن‬
‫ْم‬ ‫َن‬
‫ِع‬ ‫َْلى و‬
‫َو‬ ْ َ
‫الم‬ ‫ْم‬
‫ِع‬‫َن‬ ‫ُم‬
‫ْ ف‬ َْ
‫َلآ‬ َ
‫مو‬

Maksudnya:

“Dan berjihadlah kamu pada [ agama] Allah dengan jihad yang sebenarnya, Dia [telah pilih

kamu [ berjihad], dan Dia tidak jadikan atas kamu sebarang kesukaran dalam agama ini,

iaitu agama bapa kamu Ibrahim, dan Dia juga yang menamakan kamu “Muslimin” sejak

dahulu dandi [Quran) ini.” (Surah Al-Hajj: Ayat 78)

1
https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/04/13/biodata-ringkas-25-nabi-dan-rasul/

2
َ‫َا‬
‫ن‬ ََ
‫ما آ‬ ‫ًا و‬ ‫َن‬
‫ِيف‬ ‫َ ح‬ ‫َاه‬
‫ِيم‬ ‫بر‬ِْ َ‫ِل‬
‫ة إ‬ ‫ْ مه‬
‫ُوا‬
‫ِع‬ ‫َاه‬
‫تب‬ ِّ َ
‫اَّللُ ف‬ ََ
‫دق‬ ‫ُل‬
‫ْ ص‬ ‫ق‬

َ
‫ِين‬
‫ِآ‬‫ُشْر‬ ْ َ
‫الم‬ ‫ِن‬‫م‬

Maksudnya:

“Katakanlah: “Benar [kata] Allah itu” maka ikutlah Millah [agama] Ibrahim yang hanif [yang

lurus]; dan bukan lah dia [Ibrahim] itu dan kalangan orang-orang musyrikin.”

(Surah Ali-Imran: Ayat 95)

Anakanda Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s mewarisi agama hanif bersama selok-

beloknya, iaitu agama yang telah Allah utuskan datuk mereka membawa Tauhid dan

perintah beribadat kepada Allah. Ini membuktikan lagi bagaimana tarbiyyah haraki wujud

dalam keluarga Nabi Ibrahim a.s.

NABI IBRAHIM A.S SEBAGAI KETUA KELUARGA HARAKI

Nabi Ibrahim a.s yang dilantik menjadi utusan Allah s.w.t pastinya insan terpilih yang

memiliki ciri-ciri seorang pemimpin masyarakat, maka seorang Nabi juga wajib menjadi

ketua keluarga yang bertanggungjawab dan berusaha membentuk keluarganya sesuai

dengan landasan haraki. Keluarga haraki Nabi Ibrahim ini dapat dilihat dalam beberapa

peristiwa yang diceritakan di dalam al-Quran. Antara peristiwa yang boleh diambil ‘ibrah oleh

da’ie dan mad’u, ialah kisah perintah Allah s.w.t ke atas Nabi Ibrahim a.s supaya

menyembelih anaknya, Ismail.2 Peristiwa ini dirakamkan di dalam Al-Qur'an Al-Karim dalam

Surah As-Shaffat, ayat 102:

‫ِي‬ ‫َر‬
‫َى ف‬ ِِّ
‫ِي أ‬
‫ن‬ ‫َيه إ‬
‫بن‬ُ ‫يا‬ َ‫َا‬
َ ‫ل‬ َُ
‫ه السهع‬
‫ْيَ ق‬ َ َ
‫مع‬ ‫لغ‬َ‫ب‬
َ ‫ها‬
‫لم‬ََ
‫ف‬

‫يا‬ َ‫َا‬
َ ‫ل‬ ‫َى ق‬
‫تر‬َ ‫َا‬ ‫ُر‬
َ ْ
‫ماذ‬ ْ َ
‫انظ‬‫ُكَ ف‬
‫بح‬ ‫َذ‬
َْ َِّ
‫ِي أ‬
‫ن‬ ‫َام‬
‫ِ أ‬ ‫َن‬ ْ
‫الم‬

2
http://manhajqurani.blogspot.my/2011/11/ibrah-dari-kisah-ibrahim-dan-ismail.html

3
َ
‫ِن‬ ‫ء اه‬
‫َّللُ م‬ َ‫ن شَا‬
ِْ‫ِي إ‬
‫دن‬ُِ‫َج‬
‫ُ سَت‬
‫مر‬َْ
‫تؤ‬ُ ‫ما‬
َ ْ
‫َل‬‫ْع‬ ََ
‫بتِ اف‬ ‫أ‬

َ ‫ِر‬
‫ِين‬ ‫هاب‬
‫الص‬

Maksudnya:

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim,

Ibrahim berkata: "Hai anakku, sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku

menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!", Ia menjawab: "Hai bapakku,

kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku

termasuk orang-orang yang sabar".

Ketaatan dan kepatuhan keluarga Nabi Ibrahim kepada Allah swt dalam menghadapi ujian

berat telah dipuji oleh Allah swt dan telah menjadi contoh tauladan kepada umat Islam. Allah

swt yang Maha Pengasih telah menggantikan Ismail dengan seekor kambing atau kibas.

Firman Allah swt dalam surah Ash shaffat: 106 hingga 109:

ِْ
ٍ‫بح‬‫ِذ‬ ُ‫َا‬
‫ه ب‬ ‫ين‬ ََ
ْ‫د‬ ‫ و‬.ُ
‫َف‬ ‫ُب‬
‫ِين‬ ْ ‫ء‬
‫الم‬ ُ‫ََل‬ ْ َ
‫الب‬ ‫هو‬ َ‫ه‬
ُ‫ذا َل‬ ‫ِه‬
َ ‫ن‬ ‫إ‬
ََ
‫لى‬ ‫ سََلم‬.َ
‫ٌ ع‬ ‫ِي اآلخِر‬
‫ِين‬ ‫ْه‬
‫ِ ف‬ ََ
‫لي‬ ‫ْن‬
‫َا ع‬ ‫َك‬
‫تر‬ََ
‫ و‬.ٍ ‫َظ‬
‫ِيم‬ ‫ع‬

َ ‫َاه‬
‫ِيم‬ ‫بر‬ِْ
‫إ‬

Maksudnya:

“Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan

seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di

kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas

Ibrahim"

Menerusi peristiwa ini, dapat dilihat kepatuhan dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s di atas

perintah Allah s.w.t. tanpa sebarang pertanyaan dan bantahan. Malah, perintah ini diterima

4
dengan hati yang tenang dan sangkaan yang baik terhadap Allah Tuhan sekalian alam.

Kemudian Nabi Ibrahim a.s, atas rasa belas kasihan seorang anak kepada bapa

memberitahu kepada anaknya, Ismail dengan hikmah. Malahan, atas didikan seorang bapa

yang menitik beratkan soal akidah, respon Ismail juga sangat positif :

“Dengan nada lembut, “ya abati (wahai ayah) tidak berubah dalam pandangan dan

hubungan dengan ayahnya meski pun meminta pandangan untuk

menyembelihnya...bahkan ia mengingatkan ayahnya bahawa dia sedang melaksanakan

perintah Allah, Wahai ayah lakukan apa yang engkau diperintah untuknya.” Seterusnya

menyokong ayahnya dan cuba menghilangkan gangguan emosinya dengan

katanya..engkau akan mendapatiku Insya Allah termasuk orang-orang sabar.3

HAJAR ISTERI YANG MENYOKONG PERJUANGAN NABI IBRAHIM A.S

Hajar seorang wanita yang ditakdirkan menjadi isteri Nabi Ibrahim a.s. dan beliau

merupakan seorang isteri yang terdidik dengan baik oleh Nabi Ibrahim a.s. Malah Hajar

menyokong kuat dakwah dan usaha Nabi Ibrahim a.s dalam menjalankan tugas sebagai

utusan Allah s.w.t dan sebagai suami serta ayah yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Antara

peristiwa yang menjadi bukti bahawa Hajar sangat taat dengan Nabi Ibrahim ialah beliau

meredhai tindakan suaminya yang meninggalkan mereka berdua di tanah kering kontang

tanpa penghuni kerana mematuhi perintah Allah s.w.t. Kemudian (Ibrahim) meninggalkan

mereka, lalu ibu Ismail mengejar Ibrahim seraya berkata: “Wahai Ibrahim ke mana kamu

akan pergi meninggalkan kami di lembah tidak berpenghuni ini?” Ia ulangi tiga kali tapi

Ibrahim tidak menoleh hingga isterinya bertanya: “Allahkah yang memerintahmu untuk

melakukan ini Ibrahim?” Ibrahim menjawab “Ya” kemudian berkata Hajar: “Jika demikian,

3
http://manhajqurani.blogspot.my/2011/11/ibrah-dari-kisah-ibrahim-dan-ismail.html

5
Dia tidak akan mensia-siakan kami” Alangkah mulianya hati ibu ini, alangkah tinggi ketaatan

dan tawakkalnya kepada Allah swt.4

NABI ISMAIL A.S ANAK YANG TAAT MEWARISI KEPIMPINAN AYAHANDA

Kisah Ismail adalah kisah pemuda muslim beriman kepada Allah, diuji dengan ujian berat

iaitu mati disembelih oleh tangan ayahnya sendiri, tapi ia tidak takut atau bimbang. Malah ia

menyokong ayahnya untuk melaksanakan perintah Allah tersebut. Ismail adalah contoh

anak yang terdidik dalam keluarga haraki yang teguh keimanan kepada Allah s.w.t. Pemuda

muslim hari ini perlu mempunyai qudwah atau idola yang boleh membangkitkan makna-

makna iman, membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah dan menjauhi maksiat dan

perangkap syaitan. Ketaatan yang ada pada Ismail, hakikatnya hasil daripada didikan

sempurna seorang ayah dan ibu yang benar-benar memahami akidah islamiah.

PENUTUP

Keluarga haraki adalah sebuah keluarga yang dibina dengan asas keimanan dan

ketaqwaan yang teguh. Apabila akidah islamiah ini difahami dan diparktikkan dalam ibadah,

ia membentuk jati diri seorang muslim yang sejati. Seorang muslim yang sejati, apabila

diamanahkan pasangan dan anak-anak oleh Allah s.w.t, mereka akan berusaha untuk

memperolehi keredhaan Allah meskipun dalam keadaan terpaksa mengorbankan nyawa,

harta-benda dan tempat lahir. Dalam usaha menjadi keluarga haraki, hubungan dengan

Allah, dengan manusia, dengan makhluk sekeliling perlu dititikberatkan agar ia selari dengan

tugas sebagai daie, iaitu pendakwah yang tidak berhenti menyampaikan kalimah Allah s.w.t

dan Rasul-Nya agar agama Islam dapat diagungkan, disebarluas, diamalkan dengan cara

yang betul oleh seluruh umat Islam di dunia. Di samping itu, ia menarik minat orang-orang

4
http://manhajqurani.blogspot.my/2011/11/ibrah-dari-kisah-ibrahim-dan-ismail.html

6
bukan Islam untuk menghayati keindahan agama Allah ini. Semoga segala usaha

membentuk keluarga haraki ini beroleh keredhaan dan manfaat pada masyarakat dan

Negara.

Anda mungkin juga menyukai