Anda di halaman 1dari 47

KRL 3043 LATIHAN ILMIAH

GROUP UPSI 31(A 151 PJJ)


NAMA PELAJAR : ROSELIZA BINTI HJ HUSIN
NO ID : D 20112055577
PENSYARAH :DR HJH RAMLAH BT JANTAN

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,

TANJONG MALIM, PERAK


Penulisan Karangan Naratif yang Menggunakan Kaedah Kata Tanya.

Roseliza bt Hj Husin

SK LB Johnson, Bandar Enstek,

Negeri Sembilan

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan kebolehan menulis
karangan di kalangan pelajar dan menyediakan alternatif bagi meningkatkan kualiti hasil
penulisan karangan pelajar tahun 5 Arif. Kajian ini berdasarkan kaedah kuantitatif dengan
menggunakan soal selidik dan penilaian hasil penulisan karangan pelajar dengan beberapa
tajuk karangan bentuk naratif yang diberi dalam dua ujian, iaitu pra ujian dan pasca ujian.
Seramai 40 orang pelajar Tahun 5 Arif di sebuah sekolah kebangsaan di Bandar Enstek, Negeri
Sembilan dijadikan sampel kajian ini. Tumpuan kajian adalah teknik penulisan karangan
menggunakan pendekatan enam kata tanya, iaitu kata tanya ‘apa’, ‘siapa’, ‘di mana’, ‘apa’,
‘bagaimana’ dan’mengapa’. Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan penulisan karangan
turut dimasukkan untuk menjelaskan lagi perkara ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian
ini ialah satu set boring soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A adalah
yang berkaitan dengan latar belakang responden, bahagian B adalah pengetahuan asas
kemahiran mengarang dan bahagian C adalah tahap kebolehan mengarang responden. Data
kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical Package for Social Science (SPSS)
versi 17.0 dan dikemukakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Perbandingan
prestasi antara kedua-dua ujian juga dilihat untuk menentukan sejauh mana pendekatan kaedah
kata tanya berkualiti. Semoga kajian yang dijalankan ini dapat mempertingkatkan hasil
penulisan dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (penulisan) dan
meningkatkan kecemerlangan keputusan Bahasa Melayu (Penulisan) sekolah tersebut dalam
peperiksaan, khususnya UPSR.
ABSTRACT

Major reason for this research beging conducted was to identify pupils’ weaknesses in
constructing essays, hence provide the alternative to improve the quality of easay writing of
the Year 5 Arif pupils. This research was based on quantitative method utilizing questionnaires
and evaluation on essays. Essays were made sample. Research were narrowed to techniques of
writing using 6 interrogative pronounces namely what,where , when , who why and how .
Reviewed literatures were also incurred to explain further of this matter . the instrument used
in the research was a set of questionnaires divided into 3 sections. Section A reflected on the
respondents background, section B comprised the basic knowledge of composing and section
3 contained the information of respondents capabilities of constructing essays. Data will be
analysed using SPSS 17 and be presented in the form of frequency, percentage and mean.
Comparison of performance between both test will also looked at to view the extension of
interrogative pronounce approach in helping these sampled pupils in producting a good and
quality essay. It is by the researcher’s desire to have lie findings of research enhace the writing
of essay and pupils attainment in BM(P) subject , thus gain excellence Bahasa Melayu for the
school , particularly UPSR
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan menjadi harapan dan matlamat
semua pihak di mana perkara ini secara tidak langsung melibatkan peranan guru. Guru
merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dan dalam konteks hari ini, suatu
perubahan perlu berlaku melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan
inovatif.

Semua murid perlu diberi peluang untuk memperolehi ilmu pengetahuan, khususnya
meningkatkan kemahiran menulis karangan melalui pendekatan kaedah kata tanya. Kebolehan
menghasilkan karangan yang baik memerlukan kemahiran menulis dan format yang betul.

Penyelidikan ini merupakan satu usaha menyelidiki dan mendapatkan jawapan persoalan
mengenai mengapa pelajar tidak dapat menulis karangan dengan baik. Masalah pelajar tidak
mampu menulis karangan yang baik mungkin berpunca daripada pelajar berkenaan atau guru
yang mengajar. Persoalan ini akan terjawab setelah penyelidikan ini dijalankan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Dalam bahagian ini akan membincangkan perkara-perkara asas yang berkaitan dengan
permasalahan penyelidikan iaitu pemboleh ubah yang akan digunakan dalam kajian serta
objektif kajian yang ingin dicapai secara keseluruhannya. Bab ini juga akan membincangkan
gambaran umum teknik mengajar karangan iaitu kemahiran mencari isi karangan berdasarkan
bahan-bahan rangsangan.

Kemahiran menulis karangan amat penting dikuasai oleh semua pelajar. Kemahiran
mengarang bukan sahaja untuk tujuan akademik seperti menjawab soalan peperiksaan, menulis
laporan dan tugasan tetapi juga untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian dan
professional di tempat kerja.

Justeru, bentuk pengajaran yang sesuai perlu diamalkan oleh guru agar kemahiran
mengarang dapat diajar dengan lebih berkesan kepada pelajar di sekolah.
Sehingga kini guru bahasa Melayu masih belum menemui kaedah yang terbaik dan
berkesan untuk mengajar karangan. Ketiadaan satu cara mengajar yang betul-betul jelas telah
menyebabkan guru-guru menyampaikan pelajaran itu mengikut cara tersendiri dan kadang-
kadang langsung tidak mempunyai sebarang kaedah pun.

Menurut Kairiah Ahmad (1980), satu perkara dalam pengajaran karangan masa kini ialah
biasanya guru-guru biasanya terlalu terpengaruh dengan keperluan menyediakan murid-murid
untuk menghadapi peperiksaan. Kesan daripada keadaan ini ialah format pengajaran guru dan
karangan murid-murid menjadi terhad sekali, tidak begitu mudah ubah. Misalnya, pelajaran
karangan biasanya bermula dengan guru member tajuk, kemudian guru dan murid
membincangkan serba sedikit isinya dan seterusnya murid-murid diminta menulis karangan
mereka dalam 120 patah perkataan dalam masa yang tinggal (lebih kurang 30 minit). Beginilah
kaedahnya tiap-tiap kali diadakan pelajaran karangan.

Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.
Nashuha Jamidin, 1996). Oleh yang demikian, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan
dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang
tahun 2020. Kaedah, teknik dan amalan pengajaran kemahiran mengarang perlu diubah suai
selaras dengan kemahiran berfikir.

Pengajaran kemahiran mengarang disyorkan supaya member tumpuan yang lebih kepada
proses yang perlu dilalui semasa mengarang dan bukan kepada hasil. Maka isu-isu utama yang
akan diberi perhatian ialah proses mencari isi karangan berdasarkan bahan-bahan rangsangan.
Membina kerangka karangan dan seterusnya menulis karangan lengkap.

Isu ini penting untuk diselidik untuk mengesan dimana kelemahan pelajar semasa hendak
menulis karangan. Penyelidikan ini juga dapat mengesan teknik yang sering digunakan oleh
guru semasa mengajar kemahiran mengarang, apakah teknik tersebut berkesan atau sebaliknya.

1.3 Pernyataan Masalah

Penulisan karangan satu kemahiran yang tinggi dan sukar dalam kemahiran bahasa. Ia
merupakan satu perkara yang diambil kira sebagai menguji menilai tahap keupayaan
pelajarberbahasa. Melalui penulisan, pelajar dapat melahirkan pendapa, idea dan seumpanya
dengan menggunakan bahasa yang baik. Sekiranya pendapat dan idea yang diluahkan dalam
karangan itu dapat difahami oleh pembaca, maka sesebuah karangan itu bolehlah dianggap baik
dan bermutu.

Walau bagaimanapun, penulisan karangan adalah satu masalah kepada kebanyakan


pelajar. Kelemahan pelajar menguasai bahagian tersebut boleh dikesan melalui latihan di dalam
kelas, ujian bulanan dan peperiksaan yang dijalankan. Untuk tujuan itu, pengkaji cuba
menjalankan penyelidikan berkaitan pengajaran kemahiran menulis karangan. Dalam Ujian
Bulanan Pertama terhadap sampel yang telah dijalankan pada bulan Februari 2015, didapati
sebahagian pelajar mampu mengarang tanpa mengenal pasti isi-isi yang mempunyai pertautan
dan aliran cerita yang menarik. Manakala sebahagian pelajar langsung tidak dapat mengenal
pasti isi karangan untuk menulis karangan. Cara penulisan pelajar menunjukkan pelajar kurang
didedahkan dengan strategi dan teknik-teknik penulisan karangan yang dapat membantu
pelajar mengarang dengan baik.

Berdasarkan kelemahan yang ditunjukkan oleh pelajar ini, maka penyelidikan ini perlu
dilaksanakan agar pelajar ini dapat dibantu dan guru dapat mencipta satu kaedah pengajaran
karangan yang terbaik dan berkesan.

Berdasarkan temu bual dengan guru bahasa Melayu tahap 2, mereka masih
menggunakan kaedah yang sama setiap tahun iaitu guru meminta murid menyalin contoh
karangan. Guru memperkenalkan format karangan, buat perbincangan dan seterusnya pelajar
menulis karangan sendiri.

Tumpuan kajian ialah terhadap cara-cara untuk menggalakkan dan merangsang pelajar
mengenal pasti ini penting yang terdapat dalam sesuatu karangan dan mengaitkan dengan
persoalan-persoalan yang dikemukakan menggunakan kata tanya ‘bila’, ‘di mana’,
‘bagaimana’, ‘apa’, dan ‘mengapa’ seterusnya mampu menghasilkan satu karangan yang baik
dan menepati kehendak soalan.

1.4 Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual pemerhatian dalam bilik darjah. Kajian meliputi mengesan kelemahan
pelajar dalam penulisan karangan naratif dan kelemahan teknik yang digunakan oleh guru
semasa mengajar karangan naratif.
1.5 Objektif Kajian

Dalam kajian ini, objektif-objektif kajian yang ingin dicapai adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap dan kebolehan menulis karangan dalam kalangan pelajar.
ii. Meningkatkan kemahiran menulis karangan pelajar dengan menggunakan kaedah
kata tanya.
iii. Menambah baik penulisan karangan naratif Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
tahun 5 menggunakan pendekatan enam kata tanya.
iv. Mencipta satu teknik pengajaran menulis karangan yang berkesan.

1.6 Persoalan Kajian


i. Apakah tahap kebolehan pelajar Tahun 5 dalam penulisan karangan.
ii. Sejauh manakah kaedah penulisan karangan menggunakan kata tanya
meningkatkan kebolehan pelajar dalam menulis karangan.
iii. Bagaimanakan pelajar boleh menggunakan pendekatan enam kata tanya dalam
menulis karangan naratif Bahasa Melayu.
iv. Sejauh manakah teknik penyoalan berkesan semasa proses perbincangan dapat
mencari isi karangan.
1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan data berhubung dengan faktor
kelemahan penyampaian isi yang dilakukan oleh pelajar dalam kemahiran mengarang.

Memandangkan masalah ini masih berterusan, maka beberapa langkah positif perlu
diambil. Hal ini adalah sebagai satu usaha untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah
kelemahan dalam penulisan karangan khasnya di peringkat sekolah rendah. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran masalah ini hanya dianggap biasa, namun sesuatu kesilapan
dilakukan oleh pelajar tidak harus dibiarkan berterusan.

Setelah kajian dijalankan, maka sedikit sebanyak boleh membantu dan menilai segala
aspek dan kaedah pengajaran karangan di sekolah.
Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini nanti dapat dijadikan sumber rujukan bagi
pihak-pihak yang terlibat guru-guru, ibu bapa, bahagian pembangunan kurikulum, kementerian
( Bahagian Buku Teks).

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas dalam penulisan karangan jenis naratif. Aspek yang difokuskan
adalah untuk melihat kaedah penggunaan kata tanya ‘apa’, ‘siapa’, ‘bila’, ‘bagaimana’, dan
‘mengapa’ sebelum menulis karangan bagi mendapatkan isi-isi yang bersesuaian dengan tajuk
karangan. Sampel karangan terdiri daripada 40 orang murid Tahun 5 di SK LB Johnson,
Seremban, Negeri Sembilan. Instrumen kajian terdiri daripada pemerhatian yang dijalankan
dari semasa ke semasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, Soal-selidik yang
terdiri daripada tiga bahagian iaitu berkaitan latar belakang responden, pengetahuan asas
mengarang responden dan tahap mengarang responden serta melibatkan penulisan karangan
yang dijalankan dalam dua ujian iaitu Pra Ujian dan pasca Ujian.

Kajian ini juga dilaksanakan kepada guru yang mengajar pelajar-pelajar yang menjadi
respondan. Semasa Pra Mengajar guru menggunakan teknik yang biasa digunakan. Pasca
Mengajar guru akan menggunakan teknik yang akan dibuat inovasi.

1.9 Definisi Operasional

Dalam kajian ini, beberapa konsep penting akan digunakan:

1.9.1 Penulisan Karangan

Dalam komunikasi tulisan, karangan setara dengan komposisi meskipun pengertian


komposisi lebih luas cakupannya. Karangan bererti rangkaian kata-kata atau ayat.
Komposisi pula bermaksud sususan kata-kata atau ayat yang asalnya terpisah-pisah
menjadi rangkai kata majmuk yang lebih tepat.

Dalam pengertian yang lebih luas, terutama dalam pengajaran dan pembelajaran
penulisan karangan peringkat KBSM, persoalan mengarang tidak mungkin dapat
dipisahkan daripada kehidupan berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Menerusi bahasa
, kita memahami, menikmati, mengawal, mengembangkan dan menciptakan dunia kita.
Maka dalam membina dan mengembang pelajar ke wahasa berbahasa Melayu secara
kreatif, khususnya melalui pengajaran karangan berformat dan karangan tidak
berformat, guru bahasa Melayu diharapkan mampu membantu pelajar untuk
membentang dan meluaskan dunia mereka, supaya hidup lebih bererti.

1.9.2 Karangan Naratif

Naratif merupakan cerita atau kisah. Boleh dikatakan bahawa ia sesuatu seperti cerpen,
cereka dan sebagainya adalah merupakan daripada prestasilinguistik jenis naratif.
Aspek-aspek penting yang akan diuji dalam karangan jenis ini ialah pada peringkat
UPSR ialah:

i) Menceritakan sesuatu peristiwa suka, atau duka atau peristiwa yang ngeri.
ii) Menceritakan pengalaman anda sendiri berkaitan dengan sesuatu tajuk.
iii) Melengkapkan cerita dengan berpandukan pendahuluan atau penutup cerita
yang diberikan.

Unsur-unsur karangan ini tidak memerlukan format dan mempunyai unsur-unsur


sebuah cerita. Terdapat enam unsur utama yang membantu sebuah karangan naratif.

1.9.3 Rumusan

Masalah pelajar tidak dapat menulis karangan dengan baik sering menjadi kepada para pelajar
dan guru. Satu penyelidikan perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini. Penyelidikan yang
melibatkan para pelajar dan guru yang mengajar. Tajuk penyelidikan mengenai penulisan
karangan naratif yang menggunakan kaedah kata tanya. Semoga hasil penyelidikan ini mampu
meningkatkan kemahiran pelajar menulis karangan naratif dan guru juga dapat mencipta satu
kaedah terbaik dan berkesan semasa mengajar karangan.

BAB 2

Tinjauan Literatur

2.1 Pendahuluan

Penyelidikan tentang kemahiran menulis karangan bagi murid-murid dan teknik pengajaran
guru telah banyak dilakukan. Penyelidikan ini mempunyai tujuan untuk mengesan di mana
kelemahan murid-murid semasa menulis karangan. Menyedari betapa pentingnya murid-murid
dapat menguasai kemahiran menulis karangan agar mereka dapat menggunakanya dalam
kehidupan seharian, maka penyelidikan ini dilakukan. Begitu juga dengan faktor pengajaran
guru. Penyelidikan ini dilakukan untuk mencari di mana punca masalah yang sebenar dan
seterusnya menghasilkan teknik yang berkesan untuk mengajar penulisan karangan naratif.

2.2 Teori dan model yang berkaitan

2.2.1 Pendekatan Konstruktif

Pendekatan yang akan digunakan ialan pendekatan konstruktif. Pendekatan konstruktif adalah
berteraskan dua prinsip utama (McBrien & Brandt, 1997). Prinsip pertama , ilmu tidak diterima
secara pasif, tetapi dibina serta dikembangkan secara aktif oleh pelajar. Prinsip kedua, fungsi
pembelajaran adalah bersifat penyesuaian, iaitu cuba membina pentaksiran yang bersesuaian
dengan pengalaman pelajar itu sendiri.

2.2.2 Pendekatan Piaget

Teori yang dibawa oleh Jean Piaget (1970) menyatakan bahawa bahasa ialah satu konsep yang
digunakan untuk membayangkan kecerdasan otak anak-anak berfikir. Kecerdasan ini mula
timbul pada peringkat umur sensorimotor di dalam perkembangan kecerdasan otak anak-anak.
Apabila seseorang anak dapat menghayalkan sesuatu hal atau kelakuan atau peristiwa, maka
khayalan itulah akan menjadi unsur bahasa, termasuk penulisan. Jadi ini bermakna perhatian
kepada penggunaan kecerdasan otak kanak-kanak di dalam bidang penulisan itu adalah
mustahak.

Konstruktivis yang berada dalam mazhab ini menjadikan pandangan Piaget tentang
perkembangan mental sebagai asas pegangan atau rujukan perbincangan mereka. Menurut
Piaget, gambaran mental seseorang dihasilkan semasa interaksi individu dengan objek alam
fizikal. Piaget juga berpendapat bahawa sesuatu maklumat yang diterima oleh seseorang sama
ada diassimilasi atau diakomdomasi, dan saling bertindak antara keduanya.

2.2.3 Model Proses Mengarang daripada Flower dan Hayes.

Flower dan Hayes (1980a) telah mengemukakan sebuah model yang dapat memberikan
gambaran yang eksplisit tentang proses karang-mengarang. Berdasarkan model ini, bahagian-
bahagian utama dalam proses karang-mengarang ialah perencanaan, penterjemahan dan
peninjauan. Inti kepada bahagian perencanaan ialah penglahiran idea iaitu apa yang hendak
ditulis. Semua idea yang dipilih kemudiannya disusun untuk menghasilkan teks dan ini
dinamakan proses penterjemahan.

Kekuatan model Hayes dan Flower ini terletak kepada adanya kepelbagaian peristiwa mental
yang berlaku semasa proses karang-mengarang. Struktur yang terawal ini membolehkan
terjadinya persepaduan di antara beberapa subproses.

Input bermaksud aktiviti untuk mengeluarkan idea dalam aktiviti prapenulisan seperti
sumbangsaran, membaca dan mendengar, membuat tinjauan pendapat, mengkaji, bacaan cepat,
perbahasan, mendengar kaset, membaca nota kuliah dan mendengar syarahan.

Peringkat menulis draft pertama dijalankan diluar kelas dan pelajar diberitahu bahawa draf
pertama tidak semestinya sempurna. Semasa penilaian rakan sebaya pelajar-pelajar boleh
dipecahkan secara berasingan atau bertiga di mana mereka diberikan panduan satu senarai
semak untuk membuat komen ke atas isi kandungan sahaja. Contohnya apakah idea utama
dalam perenggan atau apakah idea utama penulis?

Dalam peringkat menulis draf kedua, pelajar digalakkan membuat perubahan pada kandungan
karangan. Dalam bengkel menulis, guru mengajar karangan kepada pelajar seperi memberi
definisi atau membuat koherensi, melihat draf kedua dan membaca tiap-tiap draf sebanyak tiga
kali. Bacaan pertama untuk mendapatkan idea keseluruhan. Bacaan kedua untuk memberi
komen dan cadangan dan bacaan ketiga untuk menandakan kesalahan mereka.

Sesi perbincangan guru murid adalah sesi di mana guru meminta murid memberitahu isi utama
dalam karangan mereka. Dalam sesi ini, kelemahan tatabahasa dan cara membaikinya juga
dimasukkan selepas perbincangan isi kandungan. Draf akhir dihantar bersama-sama dengan
semua nota dan lampiran.

Dalam pengajaran beliau selama enam minggu, beliau mendapati pendekatan ini sangat
berfaedah kepada pelajar. Ia dapat membaiki isi, penyusunan paragraf dan tatabahasa di
samping meningkatkan sikap pelajar terhadap penulisan kepada lebih positif dan
mengurangkan rasa kecewa dalam penulisan karangan. Ia juga didapati dapat meningkatkan
interaksi di antara pelajar dengan guru melalui proses menulis dan sesi di antara draf, pengajran
individu ke atas isi, penyusunan paragraf dan pemilihan perkataan.

2.3 Pendekatan Modul Proses Mengarang.


Pendekatan modul proses mengarang ini diharap dapat membatu pelajar untuk menguasai
kemahiran menulis. Guru juga akan dapat melihat keberkesanan kaedah ini jika selalu
digunakan.

2.4 Pendekatan Kata Tanya

Teknik penulisan yang akan digunakan ialah pendekatan enam kata tanya iaitu apa, siapa,
siapa, di mana, bila, bagaimana dan mengapa. Pendekatan ini digunakan untuk membantu
pelajar mencetuskan idea dan seterusnya dapat menulisnya menjadi sebuah karangan yang
baik. Penggunaan kata tanya sebagai bahan rangsangan diharap dapat membantu pelajar
melahirkan idea yang bernas dan tepat.

2.5 Teknik Penyoalan Berkesan (KBAT)

Teknik penyoalan yang sesuai mengikut kecerdasan dan kepelbagaian yang wujud dalam
kalangan pelajar di dalam kelas akan menjadikan sesi PdP guru itu menarik dan tidak
membosankan pelajar. Guru boleh menggunakan kaedah penyoalan KBAT iaitu kemahiran
berfikir aras tinggi. Soalan aras tinggi ini akan menggalakkan pelajar sentiasa berfikir untuk
memberi pendapat serta mencari jalan penyelesaian sesuatu permasalahan itu.

2.6 Teknik Mengajar Karangan

Menulis karangan merupakan satu kemahiran yang penting dalam pengajaran bahasa.
Kemahiran mengarang melibatkan kemahiran mencari isi, menyusun dan menyampaikannya
dalam bentuk tulisan yang jelas dan menarik. Guru boleh menggunakan bahan-bahan
rangsangan seperti TMK, bahan rakaman, contoh karangan, keratan akhbar, buku teks dan
gambar. Guru juga boleh menggunakan penggabungjalinan kemahiran dan mata pelajaran
untuk merangsang pelajar mencetuskan idea dan seterusnya menghasilkan karangan yang baik.

2.7 Kajian-kajian lepas yang berkaitan

Kajian-kajian berkenaan pendekatan-pendekatan pengajaran karangan lain juga sangat penting


dimasukkan di sini. Di antaranya ialah kajian Jacobs (1986) yang telah mencadangkan
penggunaan pendekatan penulisan cepat untuk mengajar karangan. Penulisan cepat itu
menggunakan tiga unsur iaitu penumpuan ke atas isi kandungan karangan, elakkan memikirkan
tentang bentuk karangan dan menulis tanpa berhenti. Kajian beliau mendapati bahawa
penulisan cepat ini membantu pelajar menggunakan pelbagai strategi penulisan, pembinaan
unsur suspens dan menjadikan karangan pelajar mempunyai penutup yang lebih baik.

Hilgers (1980) juga menyokong penemuan pendekatan penulisan cepat ini sebagai satu strategi
jumpaan atau penerokaan. Beliau telah membandingkan penulisan terhadap dua kumpulan
pelajar yang belajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama. Kumpulan pertama diberikan
latihan teknik penulisan cepat dan satu kumpulan lagi diberikan pendekatan penyelesaian
masalah. Beliau mendapati kumpulan yang didedahkan kepada pendekatan penulisan cepat
lebih baik dari segi penutup, mempunyai idea yang lebih banyak dan karangan mereka pada
keseluruhannya didapati lebih baik.

Selain itu, Lane dan Perrin (1984) dalam satu tinjauan ke atas pengajaran kelas Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua yang menggunakan penulisan cepat mendapati bahawa 17 peratus
pelajar-pelajar yang didedahkan kepada pendekatan itu suka kepada penulisan cepat dan 88
peratus mengatakan ia membantu mereka mengeluarkan idea-idea dengan lebih baik dalam
penulisan mereka.

Terdapat juga kajian-kajian berkenaan pendekatan bebas dan terkawal dalam pengajaran
penulisan karangan. Di antaranya ialah kajian oleh Paulston (1967) terhadap kesan pengajaran
karangan bebas dan terkawal. Kajian beliau telah mendapati bahawa kumpulan yang
didedahkan dengan rawatan karangan terawal didapati lebih baik kerana mereka menghantar
karangan lebih tepat pada masanya, meminta kerja rumah tambahan dan menjalankan lebih
banyak perbincangan jika dibandingkan dengan kumpulan yang mendapat rawatan karangan
bebas.

Begitu juga dengan kajian Mohd. Nor Ishak (1987), berkenaan dua strategi penulisan karangan
jenis ekspositori iaitu strategi karangan terarah dan strategi karangan bebas. Kajian beliau ini
dilakukan terhadap dua kumpulan pelajar-pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah
di Alor Setar. Dalam strategi karangan terarah, beliau menambahkan penggunaan model
karangan untuk digunakan dalam penulisan karangan sebagai satu kawalan ke atas karangan.
Dapatan kajian beliau ialah pelajar yang mendapat rawatan strategi karangan terarah
menunjukkan kemajuan yang lebih baik daripada kumpulan yang menerima rawatan strategi
karangan bebas. Ini beerti penyediaan model karangan sangat penting untuk diberikan kepada
pelajar dalam penulisan karangan.
Berkenaan dengan penyediaan model karangan ini, Robinson (1987) mengatakan bahawa
penggunaan model karangan memang dapat membaiki penyusunan karangan pelajar. Di
samping itu, model karangan dapat membantu menambahkan kosa kata dan isi karangan
menjadi lebih baik. Walau bagaimanapun, didapati ada pelajar-pelajar yang terlampau terikut
untuk meniru model karangan ini dan kata Robinson mengganggu koherensi karangan dan
mengurangkan sifat kreatif pelajar.

Rutter (1989) telah menjalankan satu eksperimen untuk mengajar kemahiran menulis kepada
pelajar-pelajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sebuah universiti. Eksperimennya
menggunakan dua bahagian iaitu menulis karangan berpandu dan bahagian kedua ialah menulis
karangan bebas. Hasil eksperimennya beliau mendapati dengan menggalakkan pelajar-pelajar
melibatkan diri dalam proses karangan menjadikan hasil karangan lebih baik. Ini kerana pelajar
berasa mereka telah diberikan tanggungjawab untuk menulis sendiri kerja mereka dalam
pelbagai aktiviti dan mengikut tempoh tertentu.

Pakar bahasa dan ahli pendidik mengakui bahawa kemahiran menulis merupakan kemahiran
yang paling sukar diajarkan dan dikuasai oleh seseorang murid (Mahzan 2008). Dalam aspek
pengajaran, kemahiran menulis perlu diberi penekanan yang sewajarnya di sekolah untuk
melahirkan murid-murid yang berkemampuan dalam menyampaikan fikiran dan dapat
berkomunikasi dengan berkesan dalam masyarakat. Kelemahan pencapaian murid di sekolah
rendah dan menengah dalam kemahiran penulisan karangan banyak dilaporkan dalam dapatan
para pengkaji bahasa dan keputusan peperiksaan awam di negara ini (Awang 2001).
Kelemahan kebanyakan calon dalam aspek penulisan ini berpunca daripada sebab-sebab
seperti mereka tidak dapat mentakrif tajuk karangan dengan tepat, isi yang tidak berkembang
dengan baik, menggunakan ayat yang tidak gramatis, pengolahan tidak menarik serta menulis
karangan tanpa merangkanya terlebih dahulu. Selain itu, calon juga lemah dalam penyampaian
idea dan ayat-ayat tidak mempunyai pertautan antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan
isi karangan mereka menjadi kabur dan sukar difahami. Kelemahan-kelemahan ini jelas
menggambarkan penguasaan sistem tatabahasa Bahasa Melayu dalam kalangan murid di
peringkat rendah dan menengah masih tidak memuaskan dan penulisan merupakan proses yang
sangat kompleks (Roselan 2003) Menurut Abdul Jalil (2001), kelemahan dalam penulisan
murid khususnya pada peringkat menengah rendah menyebabkan mereka tidak berupaya
menghasilkan karangan yang berkesan, dan tidak menarik untuk dibaca. Kelemahan ini
termasuklah penyusunan idea melalui pertautan kata dan maklumat yang longgar. Ini akan
memberi kesan terhadap pencapaian penulisan karangan mereka semasa menghadapi
peperiksaan.

Sehubungan itu, kaedah pengajaran yang menyeronokkan dan dapat mengeksploitasi bahan-
bahan tertentu yang boleh menggerakkan minda murid kepada tajuk karangan yang akan
ditulis, amat perlu untuk mengatasi kelemahan mereka dalam penulisan karangan.

Penyelidikan ini merupakan satu usaha menyelidiki dan mendapatkan jawapan persoalan
mengenai mengapa pelajar tidak dapat menulis karangan dengan baik. Masalah pelajar tidak
mampu menulis karangan yang baik mungkin berpunca daripada pelajar berkenaan atau guru
yang mengajar. Persoalan ini akan terjawab setelah penyelidikan ini dijalankan.

2.8 Rumusan

Menguasai kemahiran membina karangan amat penting bagi semua pelajar. Melahirkan idea-
iead yang mantap dan tersusun kemas memberi kepuasan kepada pembaca dan juga
melambangkan kematangan seseorang penulis itu. Guru yang berkesan adalah guru yang
dapat menguasai pedagogi dan mata pelajaran yang diajarnya. Pelajar pula lebih mudah
menguasai kemahiran dan kefahaman sesuatu mata pelajaran itu.

BAB 3

Metodologi Kajian

3.1 Pendahuluan
Dalam metodologi kajian, saya akan menghuraikan dan membincangkan tentang kajian
sampel, kaedah atau cara pengumpulan data, instrument yang digunakan untuk
mengumpul data dan bagaimana data-data tersebut dianalisis. Kaedah yang dirangka
dengan baik akan membolehkan objektif yang ditetapkan dalam kajian boleh tercapai.

3.2 Rekabentuk Kajian Eksperimental Sebenar


Dalam penyelidikan tentang kemahiran menulis karangan dengan kaedah kata tanya ini
penyelidik memilih reka bentuk eksperimental sebenar yang berbentuk kuantitatif. Reka
Bentuk Kumpulan menggunakan kumpulan-kumpulan yang sedia ada sebagai kumpulan
kawalan dan kumpulan eksperimen/rawatan. Peserta-peserta dibahagikan secara rawak.
Kedua-dua kumpulan diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada. Sebelum
kajian dijalankan kedua-dua kumpulan diberi ujian pra. Selepas itu, hanya kumpulan
pertama diberi rawatan. Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan mengambil ujian
pasca. Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian dibandingkan untuk
menentukan perbezaan keberkesanan rawatan yang telah diberi. Melalui reka bentuk
kuasi-eksperimental ini penyelidik akan dapat mengumpul maklumat mengenai tahap
kebolehan kemahiran menulis karangan naratif pelajar. Penyelidik juga dapat menilai
kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan berkesan atau
tidak setelah diberi rawatan. Pemerolehan dapatan dalam kajian ini, boleh mengambarkan
keadaan tahap kebolehan kemahiran menulis karangan.

3.3 Populasi dan Persampelan


Populasi merupakan satu kumpulan atau kelompok individu yang menarik minat
penyelidik serta mempunyai cirri atau sifat yang sama, di mana hasil daripada dapatan
kajian membolehkan generelisasi dibuat (Gay & Airasian, 2003). Manakala sampel
adalah sejumlah individu atau elemen dari populasi (kumpulan besar) yang diperlukan
dalam satu penyelidikan yang merupakan asas bagi membuat anggaran. Persampelan
terbahagi kepada tiga iaitu jenis-jenis persampelan, kaedah mendapatkan sampel dan
menganggar saiz sampel.

3.4 Jenis-jenis Persampelan


Populasi ialah kumpulan orang, perkara, benda yang dikaji. Populasi semua murid tahun
5 ialah 100 orang. Penyelidik memilih persampelan rawak iaitu persampelan rawak
mudah. Persampelan yang diambil ialah 40 orang murid dari Kelas 5 Arif. 20 orang murid
iaitu Kumpulan A yang akan menjalani rawatan manakala 20 orang Kumpulan B tidak
menjalani rawatan. Kedua-dua kumpulan ini akan menjalani ujian pra dan pasca.

3.2 Kaedah Mendapatkan Sampel Secara Rawak


Penyelidik memilih kaedah Fishbowl draw kerana populasi kecil iaitu hanya 20 orang
murid sahaja yang mendapat rawatan.
3.3 Menganggarkan Saiz Sampel
Penyelidik memilih 1 kelas daripada 3 kelas murid-murid tahun 5. Penyelidik memilih
Kelas 5 Arif sahaja. Daripada 40 orang murid Kelas 5 Arif, penyelidik memilih 20 orang
murid untuk kumpulan rawatan dan 20 orang murid kumpulan kawalan.Kumpulan
rawatan akan diberi pendedahan penggunaan kaedah kata tanya untuk menulis karangan
naratif manakala kumpulan kawalan tidak diberi pendedahan teknik tersebut. Penyelidik
ingin membuat perbandingan antara murid yang menjalani rawatan dengan murid yang
tidak menjalani rawatan.

3.5 Instrument Kajian


Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan dalam kajian untuk mengumpul data.
Contoh alat kajian kuantitatif ialah soal selidik. Maka dalam kajian ini instrument yang
digunakan ialah soal selidik. Penyelidik telah meneliti dan memastikan setiap soal
selidik yang akan dijalankan memenuhi objektif dan persoalan kajian. Penyelidik juga
akan memastikan instrument mempunyai kesahan alat ukur, mempunyai
kebolehpercayaan dan praktikal.
Penyelidik akan menggunakan soal selidik jenis tertutup seperti :
a) Soalan tertutup Dichotomus
Skala ini mempunyai dua pilihan Ya/Tidak, Benar/Salah, Ada/Tiada dan
Setuju/Tidak Setuju
b) Skala Likert
Skala ini mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. Dalam bentuk
skala ini mempunyai poin iaitu:
1. Sangat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Setuju
4. Sangat Setuju

Skala asal Likert juga boleh dihasilkan dalam pelbagai variasi seperti skala yang
mempunyai 4 poin, 6 poin, 7 poin dan sebagainya. Selain daripada itu, diskriptor
bagi skala juga boleh diubah.
3.6 Kesahan Instrument
Setiap instrument yang digunakan perlulah mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan.
Terdapat empat jenis kesahan iaitu:
1. Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur
kandungan bidang yang hendak diukur.
2. Kesahan hubungan criteria terdiri daripada dua bentuk, iaitu kesahan serentak dan
kesahan ramalan.
3. Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur
sesuatu konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu.
4. Kesahan muka sesuatu instrument/ujian ‘nampak pada permukaannya’ dapat
mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya: bagi instrument yang mengukur
‘rajin’, kita sepatutnya Nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang yang
‘rajin’.

Penyelidik akan menggunakan instrument yang mempunyai kebolehpercayaan dan


kesahan kerana instrument tersebut mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dia atas.

3.7 Tatacara Penganalilisan Kajian Rintis


Kajian rintis akan dijalan kepada murid-murid tahun 4 yang terdiri daripada 20 orang
murid Kelas 4 Arif. Penganalisisan data kajian akan dilakukan untuk menilai kesahan
instrument.

3.8 Tatacara Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data kajian kuantitatif.


McMillan dan Schummacher (2006), untuk mengumpul data kajian kuantitatif terbahagi
kepada enam jenis kaedah iaitu ujian, soal selidik, pemerhatian, temu bual, pengukuran
bukan kognitif dan pengukuran alternatif. Penyelidik memilih ujian berasaskan kriteria
iaitu interpretasi skor dibandingkan dengan kriteria standard. Sebagai contoh, dua ujian
penulisan karangan naratif yang diberi iaitu pra ujian dan pasca ujian. Contoh kriteria
standard julat markah A adalah 80 – 100, maka skor yang diperolehi dibandingkan
dengan criteria ini.
Penyelidik juga menggunakan instrument soal selidik. Skala pengukuran bagi item-item
dalam soal selidik adalah pelbagai. Penyelidik menggunakan ‘Linkert Scale’.
3.9 Tatacara Penganalilisan Data
Penyelidik telah memilih jenis data kuantitatif, maka ianya memerlukan analisis stalistik.
Menurut Ary, Jacobs dan Sorensen (2010), pengkaji perlu mempunyai asas mengenai
stalistik kerana stalistik diperlukan untuk menginterpretasi data dan melaporkannya pada
orang ramai.
Penyelidik memilih stalistik deskriptif/ keperihalan untuk menganalisisi data. Data
tersebut perlu dianalisis dan dibincangkan dalam bentuk stalistik deskriptif yang
menggunakan indeks min, mod, frenkunsi dan peratusan.

3.9.1 Rumusan
Penyelidik akan melaksanakan penyelidikan mengenai kaedah kata tanya dalam
pengajaran penulisan dengan sebaiknya iaitu mengikut segala perancangan yang telah
dibuat.
LAMPIRAN

Instrument yang akan digunakan.

Pra Ujian

Contoh 1, Soalan soal selidik kajian kuantitatif

“PELAKSANAAN KAEDAH KATA TANYA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN


PENULISAN KARANGAN NARATIF BABASA MELAYU”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Murid-murid yang dikasihi,

Dengan hormatnya dimaklumkan, anda telah dikenal pasti dan dipilih sebagai responden dalam
kajian ini. Tujuan kajian ini untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan kaedah kata
tanya dalam pengajaran kemahiran penulisan karangan naratif bahasa Melayu. Maklumat yang
bakal diberikan adalah amat berguna khususnya dalam meningkatkan kecemerlangan
keputusan peperiksaan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran penulisan. Input daripada
anda dalam menjawab soal selidik ini secara ikhlas amat dihargai. Maklumat tersebut akan
dirahsiakan dan adalah untuk kajian semata-mata. Akhir sekali saya mengucapkan ribuan
terima kasih di atas kerjasama anda dalam menjawab soal selidik ini.

Sekian, Terima Kasih.


Pra Ujian

BAHAGIAN A

ARAHAN : Sila isikan ruangan kosong di bawah ini dan tandakan (x) pada petak yang
berkenaan.

1. NAMA SEKOLAH : _____________________________________________


2. LOKASI SEKOLAH : Bandar ( ) Luar Bandar ( )
3. JANTINA : Lelaki ( ) Perempuan ( )
4. ETNIK : Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) Lain-lain ( )
5. Adakah anda mahir menulis karangan ?
Ya ( ) atau Tidak ( )

6. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun (Penulisan) :


A = 80 - 100 ( )
B = 70 – 79 ( )
C = 40 – 69 ( )
D = 20 – 39 ( )
E = 1 – 19 ( )

7. Adakah anda tahu perkataan ‘Kata Tanya’?


Ya ( ) atau Tidak ( )

8. Jika ‘Ya’ nyatakan tiga perkataan ‘Kata Tanya’:


1. _____________________________
2. _____________________________
3. _____________________________

9. Adakah anda pernah mendengar kaedah kata tanya dalam penulisan karangan ?
Ya ( ) atau Tidak ( )

10. Adakah anda suka membaca buku cerita?


Ya ( ) atau Tidak ( )
Pra Ujian

Nama : ____________________________________ Kelas : _______________

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Perkelahan di Pantai”. Panjang karangan tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Pasca Ujian

Nama : ____________________________________ Kelas : _______________

Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat-ayat di bawah ini.
........Aku berasa amat gembira kerana dapat menolong mereka. Aku berharap agar
mereka terus tabah menjalani kehidupan.
Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Pasca Ujian
BAHAGIAN C

ARAHAN : Soalan bahagian B berkaitan dengan pelaksanaan kaedah kata tanya


dalam pengajaran kemahiran penulisan karangan naratif bahasa Melayu.

Skala : 1 = Sangat tidak setuju


2 = Tidak setuju
3 = Tidak pasti
4 = Setuju
5 = Sangat setuju
PENGETAHUAN SKOR
1. Saya tahu perkataan kata tanya setelah 1 2 3 4 5
berbengkel.
2. Saya dapat memahami kaedah kata tanya 1 2 3 4 5
dalam penulisan yang diajar oleh guru.
3. Saya boleh membuat rangka karangan 1 2 3 4 5
dengan baik berdasarkan kaedah kata tanya.
4. Menulis karangan dengan kaedah kata tanya 1 2 3 4 5
banyak membantu saya.
5. Saya yakin dapat meningkatkan keputusan 1 2 3 4 5
peperiksaan dalam penulisan.
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Bab ini menganalisis dapatan kajian secara deskriptif inferensi. Dapatan yang diperoleh
dikategori mengikut penggredan A,B,C, D, E dan F seperti dalam Jadual 1.1 di bawah.

GRED SKOR MARKAH (%) KATEGORI


A 24 - 30 80-100 Cemerlang
B 18-23.7 60-79 Baik
C 12-17.7 40-59 Memuaskan
D,E,F 0-11.7 0-39 Pencapaian Tahap Minima
Jadual 4.1 Kategori Gred dan Skor Markah Bahasa Melayu Penulisan

Data yang terkumpul daripada dua set skrip karangan Pra Ujian dan Pasca Ujian yang terdiri
daripada 40 orang murid Kelas 5 Arif. Data ini diproses menggunakan kaedah manual dengan
nilai peratus (%).

4.2 PROFIL RESPONDEN

Menurut Mok Soon Sang (2009), penganalisaan dan pentaksiran keputusan ujian merupakan
peringkat penting dalam segala proses penilaian. Stalistik deskriptif asas yang lazim digunakan
dalam proses penilaian ialah pemindahan skor mentah kepada graf, poligon kekerapan atau
histogram, termasuk pengiraan dan penggunaan julat, peratus, min dan mod.

Seramai 40 orang responden merupakan murid Tahun 5 Arif dari SK LB Johnson, Seremban,
Negeri Sembilan telah diambil untuk kajian ini, di mana murid-murid dibahagi kepada dua
kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A menerima rawatan manakala
Kumpulan B tidak menerima rawatan. Senarai responden seperti Jadual 4.2. (Rujuk Lampiran)
Murid-murid Kelas 5 Arif terdiri daripada murid yang berstatus baik dan sederhana.Pemilihan
murid kelas 5 Arif ini adalah bagi memastikan kajian yang dijalankan ini mempunyai kesahan
dan mencapai matlamat.
Manakala taburan responden mengikut jantina ditunjukkan oleh jadual 4.3 dan 4.4 iaitu 100%
adalah berbangsa Melayu. Bagi Kumpulan A, taburan responden ialah 30% atau 6 orang lelaki.
Manakala 70% atau 14 orang adalah responden perempuan.Merujuk jadual di bawah, murid
perempuan adalah melebihi murid lelaki iaitu seramai 8 orang atau 40%.

Kumpulan A (dapat rawatan)

JANTINA MURID FREKUENSI PERATUS %


LELAKI 6 30%
PEREMPUAN 14 70%
JUMLAH 20 orang 100%
Jadual 4.3

Kumpulan B (tiada rawatan)

JANTINA MURID FREKUENSI PERATUS %

LELAKI 9 45%

PEREMPUAN 11 55%

JUMLAH 20 orang 100%

Jadual 4.4
4.3 ANALISIS DAPATAN SOAL SELIDIK PRA UJIAN.
Kumpulan A (dapat rawatan)

KRITERIA FREKUENSI PERATUS%

YA TIDAK YA TIDAK

Mahir menulis karangan 6 14 30% 70%

Tahu perkataan kata tanya 19 1 90% 10%

Pernah dengar kaedah kata tanya dalam 4 16 20% 80%


penulisan karangan.

Suka membaca buku cerita 19 1 95% 5%

Jadual 4.5

Dari segi pengumpulan data Pra Ujian Kumpulan A yang dapat rawatan yang merujuk jadual
4.5 iaituhanya 30% atau 6 daripada 20 orang mahir menulis karangan. Manakala 70% atau 14
orang tidak mahir menulis karangan. Sebanyak 90% atau 19 orang tahu perkataan kata tanya.
Manakala 10% atau 1 orang tidak tahu kata tanya. Sebanyak 20% atau 4 orang pernah dengar
kaedah kata tanya dalam penulisan karangan. Manakala 80% atau 16 orang tidak pernah dengar
kaedah kata tanya dalam penulisan karangan. Didapati 95% atau 19 orang suka membaca buku
cerita.Manakala 1 orang atau 5% tidak suka membaca buku cerita.
4.3.1 ANALISIS DAPATAN SOAL SELIDIK PRA UJIAN.
Kumpulan B (tiada rawatan)

KRITERIA FREKUENSI PERATUS%

YA TIDAK YA TIDAK

Mahir menulis karangan 2 18 10% 90%

Tahu perkataan kata tanya 20 100%

Pernah dengar kaedah kata tanya dalam 2 18 10% 90%


penulisan karangan.

Suka membaca buku cerita 20 100%

Jadual 4.6

Dari segi pengumpulan data Pra Ujian Kumpulan B yang tiada rawatan yang merujuk jadual
4.6 iaitu hanya 10% atau 2 daripada 20 orang mahir menulis karangan. Manakala 90% atau 18
orang tidak mahir menulis karangan. Sebanyak 100% atau 20 orang tahu perkataan kata tanya.
Sebanyak 10% atau 2 orang pernah dengar kaedah kata tanya dalam penulisan karangan.
Manakala 90% atau 18 orang tidak pernah dengar kaedah kata tanya dalam penulisan karangan.
Didapati 100% atau 20 orang suka membaca buku cerita.
4.3.2 KEPUTUSAN PENULISAN KARANGAN PRA UJIAN DAN PASCA UJIAN.
Kumpulan A (dapat rawatan)

GRED SKOR % KATEGORI JUMLAH JUMLAH


MARKAH MURID MURID
PRA PASCA
UJIAN UJIAN
A 24-30 80-100 Cemerlang 9 20
B 18-23.7 60-79 Baik 11 -
C 12.17.5 40-59 Memuaskan - -
D,E,F 0-11.7 0-39 Pencapaian Tahap - -
Minimum
Jumlah murid Kumpulan A 20 orang 20 orang
Jadual 4.7

Berdasarkan jadual 4.7 keputusan penulisan karangan Pra Ujian dan Pasca ujian bagi kumpulan
A iaitu kumpulan rawatan. Bagi keputusan Pra Ujian terdapat 9 orang murid mendapat
keputusan cemerlang iaitu gred A. Manakala terdapat 11 orang mendapat keputusan baik iaitu
gred B. Tiada murid yang mendapat gred C dan Pencapaian Tahap Minimum. Keadaan ini
adalah kerana Kelas 5 Arif adalah kelas berstatus baik dan sederhana.

Keputusan penulisan karangan Pasca Ujian pula menunjukkan 20 orang murid yang menerima
rawatan menulis karangan menggunakan teknik kata tanya telah mendapat gred A iaitu
cemerlang. Keputusan ini menunjukkan kaedah kata tanya semasa menulis karangan amat
berkesan. 11 orang murid yang mendapat gred B semasa pra Ujian telah menunjukkan
peningkatan dengan mendapat gred A dalam pasca Ujian.
4.3.3 KEPUTUSAN PENULISAN KARANGAN PRA UJIAN DAN PASCA UJIAN.
Kumpulan B (tiada rawatan)

GRED SKOR % KATEGORI Jumlah Jumlah


MARKAH murid murid
duduki Pra duduki
Ujian Pasca Ujian

A 24-30 80-100 Cemerlang 4 5

B 18-23.7 60-79 Baik 16 14

C 12.17.5 40-59 Memuaskan - 1

D,E,F 0-11.7 0-39 Pencapaian Tahap - -


Minumum

Jumlah murid Kumpulan B 20 orang 20 orang


Jadual 4.8

Dalam jadual 4.8 menunjukkan keputusan penulisan karangan Pra ujian dan pasca Ujian bagi
Kumpulan B yang tiada rawatan. Ujian Pra menunjukkan terdapat 4 orang murid mendapat
gred A dan 16 orang mendapat gred B.

Bagi Ujian Pasca pula terdapat 5 orang mendapat gred A, 14 orang mendapat gred B dan 1
orang mendapat gred C.
4.3.4 ANALISIS KEPUTUSAN PRA UJIAN DAN PASCA UJIAN.
Kumpulan A (dapat rawatan)

BIL NAMA Jantina Markah Markah


Pra Ujian Pasca
( /30) Ujian
( /30)
1 MUHAMMAD ZARIN B. SALEH Lelaki 20 26

2 MUHAMMAD ZUL HELMI B. Lelaki 20 27


ZAKI
3 MUHAMMAD NAZIRUL B. Lelaki 23 27
ADAM
4 AIDIF SHAIMIN B. ZAIDI Lelaki 24 26

5 MUHAMMAD SUFI B. KAMARUL Lelaki 20 25

6 SODIF YUSALDAM B. MOHD Lelaki 20 26


RAFI
7 ELHAM NURIN BT. AHMAD Perempuan 24 28

8 AIDA ADRIANA BT. ISHAK Perempuan 23 28

9 HIDAYATUL AKMA BT. ABU Perempuan 23 27


BAKAR
10 NUR AIDA BT. ZAINAL Perempuan 24 28

11 NUR HANIS BT. HAFIZAN Perempuan 25 29

12 NUR NAJWA BT. MOHD SANI Perempuan 22 26

13 NUR HANIS SHAHREENA BT. Perempuan 25 27


SHAHARUDDIN
14 NUR FAZLIN BT. ZULKIFLI Perempuan 24 28

15 NURSYUHAIDAH BT RAMLI Perempuan 24 26

16 NUR AMIRA NATASYA BT. Perempuan 23 29


KAMAL
17 NUR BATRISYA BT. Perempuan 23 25
BAHARUDIN
18 NUR HIDAYAH BT. HANIF Perempuan 24 27
SAFURA
19 NURIN ZARIFAH BT. ZAMRI Perempuan 24 28

20 PUTERI MAISARA BT. MOHD Perempuan 23 27


AZMI
22.9 27
PURATA
Jadual 4.9

Ujian Pra telah menunjukkan purata markah yang diperolehi oleh 20 orang pelajar ialah 22.9
iaitu gred B atau kategori Baik dan Ujian Pasca menunjukkan purata markah ialah 27 iaitu
gred A atau kategori Cemerlang. Keputusan ini menunjukkan kumpulan yang mendapat
pendedahan penggunaan kata tanya semasa menulis karangan mendapat keputusan yang
cemerlang.

4.3.5 ANALISIS KEPUTUSAN PRA UJIAN DAN PASCA UJIAN.


Kumpulan B (tiada rawatan)

BIL NAMA Jantina Markah Markah


Pra Pasca
Ujian ujian
( /30) ( /30)
1 AIMAN AL HAKIM B. AHMAD Lelaki 23 20
2 MUHAMMAD AZHAR B. AZAM Lelaki 22 23
3 MUHAMMAD FITRI B. RADIN Lelaki 20 17
4 MUHAMMAD HASSAN BASRI B. Lelaki 18 21
RAHIM
5 MUHAMMAD AKMAL B. MOHD Lelaki 22 23
SOFEE
6 MUHAMMAD AIDIL B. AZHAR Lelaki 22 24
7 MUHAMMAD HAZIQ B. HANIF Lelaki 18 20
8 MUHAMMAD AZLAN B. HAFIS Lelaki 23 21
9 MUHAMMAD ZAHARI B. AHMAD Lelaki 20 22
10 AISAH NUR IRDINA BT. RASHID Perempuan 25 26
11 HAZIRAH BT. HAZAMI Perempuan 24 26
12 NUR FARISHA BT. MAZZURI Perempuan 24 25
13 NUR ANSYIRAH BT. ABDULLAH Perempuan 21 23
14 NUR IZZAH BATRISYA BT. HAMID Perempuan 20 23
15 PUTERI ALEEYA BT ZAIRI Perempuan 20 18
16 PUTERI MISHA BT MAHADI Perempuan 18 20
17 RAHIMAH BT. RAHIM Perempuan 18 20
18 ROHANA BT. SALLEH Perempuan 22 18
19 RADZIAH BT. SUHAIMI Perempuan 20 18
20 SITI NUR ALIZA BT MOHD ADAM Perempuan 25 26
PURTA 21.25 21.7
Jadual 4.10

Jadual 4.10 menunjukkan Kumpulan B yang tidak diberi rawatan.Bagi keputusa pasca ujian,
purata markah ialah 21.25 iaitu gred B atau kategori Baik.Manakala keputusan Pasca Ujian
menunjukkan purata markah ialah 21.7 iaitu mendapat gred B atau kategori Baik. Keputusan
yang sama dengan Pra Ujian.

4.3.6 ANALISIS SOAL SELIDIK PASCA UJIAN.


Kumpulan A (dapat rawatan)

PERKARA SKOR SKALA LIKERT JUMLAH


1.Saya tahu menggunakan 1 2 3 4 5
kata tanya setelah (5org) (15 org) 20 orang
berbengkel. (25%) (75%)

2.Saya dapat memahami 1 2 3 4 5


kaedah kaedah kata tanya (8 org) (12 org) 20 orang
dalam penulisan yang diajar (40%) (60%)
oleh guru.
3.Saya boleh membuat 1 2 3 4 5
rangka karangan (2 org) (18 org) 20 orang
berdasarkan kaedah kata (10%) (90%)
tanya.
4.Menulis karangan dengan 1 2 3 4 5
kaedah kata tanya banyak (1 org) (9org) (10 org) 20 orang
membantu saya. (5%) (45%) (50%)
5.Saya yakin dapat 1 2 3 4 5
meningkatkan keputusan (1org) (13org) (6 org) 20 orang
peperiksaan dalam (5%) (65%) (30%)
penulisan.
Jadual 4.11

Skala 1= Sangat tidak setuju

2= Tidak setuju

3= Tidak pasti

4- Setuju

5= Sangat setuju

Berdasarkanjadual 4.11, analisa soal selidik pasca Ujian bagi Kumpulan A menunjukkan 5
orang memilih skor 4 bagi perkara (1), manakala 15 orang memilih skor 5. Bagi perkara (2), 8
orang memilih skor 4 manakala 12 orang memilih skor 5. Bagi perkara (3), 2 orang memilih
skor 4 dan 18 orang memilih skor 5. Bagi perkara (4), 1 orang memilih skala 3, 9 orang memilih
skor 4 dan 10 orang memilih skor 5.Bagi perkara (5), 1 orang memilih skor 3, 13 orang memilih
skor 4 dan 6 orang memilih skor 5.
4.3.7 ANALISIS SOAL SELIDIK PASCA UJIAN.

Kumpulan B (tiada rawatan)

PERKARA SKOR SKALA LIKERT JUMLAH

1.Saya tahu menggunakan 1 2 3 4 5


kata tanya setelah
(20 org) 20 orang
berbengkel.
100%

2.Saya dapat memahami 1 2 3 4 5


kaedah kaedah kata tanya
(20 org) 20 orang
dalam penulisan yang diajar
100%
oleh guru.

3.Saya boleh membuat 1 2 3 4 5


rangka karangan berdasarkan
(20 org) 20 orang
kaedah kata tanya.
100%

4.Menulis karangan dengan 1 2 3 4 5


kaedah kata tanya banyak
(20 org) 20 orang
membantu saya.
100%

5.Saya yakin dapat 1 2 3 4 5


meningkatkan keputusan
20 orang

(20 org)
peperiksaan dalam 100%
penulisan.

Jadual 4.12

Analisis jadual 4.12 menunjukkan semua murid memilih skor 3 bagi semua perkara iaitu
perkara 1,2,3,4 dan 5. Merea memilih skor tidak pasti kerana mereka tidak diberi pendedahan
dan tunjuk ajar untuk menggunakan kaedah kata tanya semasa menulis karangan naratif.

4.4 PERANCANGAN TINDAKAN

Penyelidik telah merancang untuk menggunakan teori Jean Piaget (1970) yang menyatakan
bahawa bahasa ialah satu konsep yang digunakan untuk membayangkan kecerdasan otak anak-
anak berfikir. Penyelidik juga menggunakan model Flower dan Hayes (1980) yang amat sesuai
untuk mengajar kemahiran mengarang. Model ini dapat memberkan gambaran yang eksplisit
tentang proses karang-mengarang.

Penyelidik telah merancang untuk memilih reka bentuk eksperimental sebenar yang berbentuk
kuantitatif. Reka Bentuk Kumpulan menggunakan kumpulan-kumpulan yang sedia ada
sebagai kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Penyelidik bercadang memperuntukkan
tempoh rawatan selama 3 minggu. Kedua-dua kumpulan akan diberi boring soal selidik dan
Ujian Pra serta Ujian Pasca.

4.5 PELAKSANAAN PERANCANGAN TINDAKAN

Penyelidik memulakan penyelidikan dengan membuat tempahan Kelas 5 Arif dan jadual waktu
yang sesuai kepada guru kelasnya. Bermula dari 1 September 2015 hingga 21 September 2015.
Masa yang diperuntukan ialah selama 60 minit. Kedua-dua kumpulan diberi borang soal selidik
dan Ujian Pra. Ujian Pra mengandungi soalan yang meminta murid-murid menulis sebuah
karangan mengikut tajuk yang diberi mengikut pengetahuan sedia ada mereka. Hari berikutnya
hanya kumpulan rawatan sahaja yang dibimbing mengenai teknik menulis karangan.
Penyelidik membimbing kumpulan rawatan mengikut perancangan yang telah dibuat.
Kemudian kedua-dua kumpulan diberi borang soal selidik dan Pasca Ujian.

4.6 KESIMPULAN
Kebanyakan responden tidak tahu menggunakan kaedah kata tanya semasa menulis karangan
naratif. Data ini diketahui semasa proses rawatan bagi Kumpulan A. Responden juga
kebanyakannya tidak tahu menulis rangka karangan menggunakan kaedah kata tanya. Tetapi
setelah berbengkel dan diberi soal selidik, mereka dapat memahami dan menggunakan kaedah
kata tanya semasa membuat rangka dan menulis karangan.

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan

Penyelidikan mengenai keberkesanan penggunaan kata tanya semasa menulis karangan telah
memberi pelbagai ilmu baru kepada penyelidik. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal
pasti tahap dan kebolehan menulis karangan dan menilai keberkesanan penggunaan kaedah
kata tanya semasa menulis karangan naratif. Pra Ujian, Pasca Ujian, Soal Selidik dan bengkel
penggunaan kata tanya semasa menulis karangan telah memberi pengalaman baharu kepada
murid-murid.

5.2 Perbincangan berdasarkan soalan kajian.

Penyelidikan ini juga bertujuan untuk mencipta satu teknik pengajaran menulis karangan yang
berkesan iaitu kaedah kata tanya. Setelah dijalankan penyelidikan ini, maka terjawablah semua
persoalan.Bermula dengan memikirkan tajuk kajian, objektif kajian, penyediaan proposal dan
pelaksanaan kajian. Penyediaan instrument juga perlu diambil berat supaya proses rawatan
berjalan lancar. Pra ujian diberi kepada 40 orang pelajar yang berupa soal dan menulis karangan
selama 1 jam. Hari seterusnya murid-murid tersebut dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu
kumpulan A diberi rawatan manakala Kumpulan B tiada rawatan.

5.3 Perbincangan Dapatan kajian.

Kumpulan A diberi rawatan selama 2 minggu iaitu 1 jam setiap hari. Mereka diajar bagaimana
menulis rangka karangan menggunakan kaedah kata tanya. Mereka juga diperkenalkan dengan
ciri-ciri karangan naratif. Bermula dengan membina ayat asas, rangka karangan dan seterusnya
menulis karangan lengkap dengan meggunakan kaedah kata tanya. Mereka dibimbing sehingga
mereka benar-benar faham dan dapat menguasai teknik tersebut.

Setelah mereka faham penggunaan kaedah kata tanya, barulah mereka diberi dengan Pasca
Ujian yang mengandungi soal selidik dan menulis rangaka karangan dan seterusnya menulis
karangan naratif yang lengkap seperti format menjawab soalan peperiksaan.

Data-data yang dikumpul menggunakan kaedah pengumpulan data kajian kuantitatif. Kaedah
yang digunakan ialah ujian dan soal selidik. Ujian berasaskan kriteria iaitu interpretasi skor
digandingkan dengan kriteria standard. Contohnya murid diminta menulis karangan naratif

semasa menjalani ujian iaitu Pra Ujian dan pasca Ujian. Markah ujian dianalisis untuk melihat
keberkesanan kaedah yang digunakan.

Penyelidik memilih stalistik deskriptif untuk menganalisis data. Data tersebut dianalisis dalam
bentuk deskriptif yang menggunakan indeks min, frenkuensi dan peratusan.

5.4 Cadangan kajian Lanjutan.

Kajian keberkesanan penggunaan kaedah kata tanya semasa menulis karangan naratif boleh
dilanjutkan kepada format karanga lain seperti karangan fakta atau karangan berformat.
Kaedah kata tanya ini amat membantu semasa hendak membuat rangka karangan. Kaedah ini
juga menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu KBAT. Murid membiasakan bertanya
kepada diri sendiri bila menggunakan kaedah ini. Contohnya apa tema karangan, siapa watak
utama, di mana tempat atau peristiwa berlaku dan bila berlaku. Kata tanya ini dapat
merangsang minda mereka dan menghasilkan karangan yang menarik dan berkesan.

Cadangan kepada pihak pentadbir sekolah, supaya memperkenalkan kaedah kata tanya ini
kepada semua guru Bahasa Melayu. Diharap semua guru bahasa Melayu dapat menggunkan
kaedah kata tanya ini semasa mengajar kemahiran menulis.

5.5 Kesimpulan.

Penyelidikan ini amat memberi kesan kepada murid-murid kerana mereka lebih berkeyakinan
untuk menghasilkan karangan yang baik.Penyelidik juga dapat menambah satu lagi kaedah
mengajar karangan yang berkesan.

5.6 REFLEKSI
Setelah tempoh penyelidikan tamat iaitu selama 4 minggu, penyelidik dapati objektif kajian
telah tercapai iaitu:

i. Penyelidik dapat mengenal pasti tahap dan kebolehan menulis karangan dalam
kalangan pelajar.
ii. Penyelidik dapat menilai keberkesanan kaedah kata tanya semasa pelajar menulis
karangan naratif.
iii. Murid Tahun 5 Arif dapat menguasai kemahiran menulis karangan naratif Bahasa
Melayu dengan menggunakan pendekatan enam kata tanya.
iv. Mencipta satu teknik pengajaran menulis karangan yang berkesan.

Penyelidik dapati penggunaan teknik kata tanya semasa menulis karangan banyak membantu
murid-murid menghasilkan karangan yang baik. Bermula dengan kemahiran membina rangka
karangan dan seteruskan membina karangan lengkap dapat tempoh 60 minit, lebih 80% murid-
murid dapat menghasilkan karangan yang baik iaitu secara purata markah 27/30 berbanding
sebelum diberi rawatan iaitu 22/30 markah.

5.7 Rujukan

Manual Kajian Tindakan,(2006).Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar

Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kamarudin Hj Husin. (1993). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim:

Universiri Pendidikan Sultan Idris.

Prof Madya Dr Aziz bin Shukur. (2015). Modul Latihan Ilmiah KRL 3043. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris

http://www.slideshare.net/aimanrais/panduan-skima-pemarkahan-bahasa-melayu-kertas-
terkini
http://faridahdoya.blogspot.my/p/blog-page_28.html

http://www.ukm.my/jpbm/pdf/43-64%20Noor%20Izam%20et%20al.pdf

http://apjee.usm.my/apjee_27_2012/apjee27_2012_art%204%20(51-68).pdf

http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/36/1/Pengajaran%20kemahiran%20penulisan%20karangan%20na
ratif%20bahasa%20melayu%20menggunakan%20kaedah%20kata%20tanya.pdf

http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pengajaran-pembelajaran-penulisan.html

http://simahmamat.blogspot.com/2009/05/keberkesanan-kaedah-koperatif-dalam.html

http://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-serta-caanra-mengajar.html

http://shukor.tripod.com/kajian.html

http://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-serta-caanra-mengajar.html

http://roslighani.blogspot.com/2012/07/pendekatan-proses.html

http://simahmamat.blogspot.com/2009/05/keberkesanan-kaedah-koperatif-dalam.html
LAMPIRAN Keputusan pelajar yang diberi rawatan. (Pra Ujian)
Keputusan pelajar yang mendapat rawatan. (Pasca Ujian).
Keputusan pelajar yang tidak diberi rawatan. (Pra Ujian)
Keputusan pelajar yang tidak diberi rawatan (Pasca Ujian)

Anda mungkin juga menyukai