Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

( MODEL PENGAJARAN LANGSUNG/EKSPLISIT )

Nama : Nur Syaffiqah Syazza Binti Azli D 20111047479


Tingkatan : 4 Bumi
Bilangan Pelajar : 27 Orang
Tarikh : 28 Ogos 2014
Masa : 8.20 – 9.00 pagi
Tema : Minggu Kerjaya
Tajuk : Ayat pasif dan ayat aktif.
Genre : Tatabahasa
Model : Pengajaran Langsung/Eksplisit
Bidang : Maklumat

Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran

HPU ARAS 1 ( i )
9.0 Menyampaikan maklumat untuk tujuan Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai
tertentu. kata, pepatah dan pelbagai ragam ayat yang
sesuai untuk menyampaikan maklumat.
HPK
9.1 Menggunakan kata, istilah, frasa,
rangkai kata, peribahasa dan ayat yang tepat
serta indah untuk menyampaikan maklumat
secara tersusun dan kohesif.

Fasa Objektif fasa


Set Induksi :
Fasa 1 :

Fasa 2 :

Fasa 3 :

Fasa 4 :

Penutup :

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat mengetahui cara untuk menukar ayat pasif kepada ayat
aktif tanpa mengubah maksud asalnya. Murid dapat memperbaiki cara pembinaan ayat
berdasarkan frasa yang diberikan, mengesan kesalahan ejaan, tatabahasa dan istilah serta
memahami maksud peribahasa.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, menulis dan bertutur.
Sistem Bahasa : Kosa kata dan istilah.
Pengisian Kurikulum :
Nilai murni : Bekerjasama, bertanggungjawab, dan berdikari
Ilmu : Ilmu bahasa Melayu dan sosial
Tambah : Kemahiran berfikir secara kreatif, menghubungkait dan kemahiran berfikir
secara kritis.
Pengetahuan sedia ada :
i. Murid mengetahui ayat aktif dan ayat pasif
ii. Murid dapat membina ayat yang baik
berdasarkan istilah atau frasa yang diberikan.

Alat dan bahan bantu mengajar :


i. Papan putih
ii. Buku latihan
iii. Marker

Fasa & Objektif Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


Fasa
Set Induksi
5 Minit i. Guru mewujudkan kesediaan murid.
ii. Guru membuat aktiviti teka kata tentang
pembelajaran hari ini.
iii. 2 orang murid diminta untuk terlibat
dalam aktiviti teka kata ini.
iv. Guru menjelaskan tentang topik
pembelajaran pada hari ini.

Fasa 1 : Pengenalan i. Murid dijelaskan tentang ayat aktif dan


dan sorotan juga ayat pasif.
5 Minit ii. Guru meminta 2 orang murid secara
sukarela memberikan contoh ayat pasif dan
Murid `ditarik’ untuk seorang lagi murid memberikan contoh
mengikuti ayat aktif.
pembelajaran

Fasa 2 : Persembahani. Guru menjelaskan tentang ayat aktif dan


10 Minit juga ayat pasif.
ii. Guru menyoal murid tentang kata sendi,
Isi baharu imbuhan yang perlu ada dalam ayat pasif.
diperkenalkan dan iii. Guru meminta 3 orang wakil murid
dihuraikan menjawab soalan menukar ayat pasif
kepada ayat aktif.

Fasa 3 : Latihan i. Guru seterusnya memandu murid


berpandu melaksanakan perbincangan berkenaan
10 Minit latihan praktis 20 yang terdapat dalam
Murid melakukan buku latihan.
latihan ii. Guru menjelaskan serba sedikit berkenaan
konsep/kemahiran di frasa yang terdapat pada soalan (a).
bawah pengawasaniii. Kemudian, guru beralih kepada soalan
guru dibahagian (c), guru meminta murid hadir
ke hadaan menuliskan kesalahan ejaan dan
penggunaan imbuhan yang mereka temui
dalam petikan ringkas yang disediakan.
iv. Seterusnya, guru dan murid melaksanakan
perbincangan bersama berkaitan kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan kesalahan
tatabahasa. Murid diminta untuk
memberikan respon pada setiap soalan
yang diajukan.
v. Guru juga meminta wakil murid untuk
menjalankan satu lagi aktiviti peribahasa,
guru meminta murid membacakan soalan
dan meminta murid kedua/lain meneka
peribahasa yang dimaksudkan berdasarkan
bahasa tubuh yang rakan mereka
tunjukkan.
vi. Aktiviti ini melibatkan semua murid.

Fasa 4 : Latihan i. Murid diminta untuk melaksanakan


kendiri tugasan mereka sepenuhnya.
5 Minit ii. Guru memantau segala aktiviti murid dan
memberikan bantuan berkaitan
Murid melakukan permasalahan menjawab soalan yang telah
latihan menggunakan diberikan.
konsep/kemahiran
mereka sendiri
Penutup Kognitif
5 Minit i. Murid merumus tentang topik
pembelajaran hari ini.
ii. Guru meringkaskan topik pengajaran dan
mengulang semula topik tersebut secara
menyeluruh.
iii. Guru meminta murid menyiapkan tugasan
yang diberikan.

Refleksi
:_____________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai