Anda di halaman 1dari 9

“KESATUAN UMMAH KESEJAHTERAAN NEGARA”

(01 Disember 2017M / 12 Rabiul Awwal 1439H)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi
sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat
keberkatan di dunia dan di akhirat. Khutbah hari ini akan membicarakan tajuk:
“Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Islam mementingkan kesatuan ummah dalam membina negara yang sejahtera.
Dengan kesatuan, manusia dapat hidup dalam keadaan aman, damai, selamat,
sejahtera dan bahagia selamanya. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al
Hujarat ayat 13:

1
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-
mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-
Nya.”

Oleh yang demikian, salah satu daripada matlamat utama pengutusan


(Bi’tsah) para Rasul ialah untuk menghapuskan perpecahan dan mengabadikan
kesatuan di kalangan manusia. Itulah cabaran utama yang perlu dihadapi iaitu
mencegah penyakit perpecahan dan pertumpahan darah yang berpunca daripada
kesesatan akidah.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Nabi Muhammad SAW diutus menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun semasa
Baginda SAW sedang beruzlah di dalam Gua Hira’. Dari saat itu, bermulalah
perjalanan hidup Baginda SAW sebagai utusan Allah SWT yang terakhir dan
membawa rahmat keseluruh alam. Antara misi Baginda SAW adalah untuk
menyelamatkan manusia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al
Baqarah ayat 257:

Maksudnya: “Allah Pelindung kepada orang yang beriman. Ia mengeluarkan


mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir,
penolong mereka ialah Taghut, yang mengeluarkan mereka cahaya (iman)
kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya”

2
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,
Berasaskan misi ini, Rasulullah SAW telah mempraktikkan kesatuan dalam
kalangan masyarakat Islam sebagai wahana penting hidup bernegara. Sewaktu
Kota Madinah dibuka, antara langkah awal penyatuan adalah pembinaan masjid
sebagai pusat sosial masyarakat dan diikuti dengan program persaudaraan
golongan Muhajirin dan Ansar. Tindakan ini membuktikan betapa pentingnya
institusi masjid sebagai pusat perhubungan sesama ahli masyarakat. Baginda
SAW pernah bersabda yang bermaksud:

Mafhumnya: “Daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah SAW


bersabda: Perumpamaan orang-orang Mukmin itu dalam kasih-mengasihinya,
sayang-menyayanginya dan santun-menyantuninya bagai suatu tubuh, yang
apabila menderita satu anggota dari tubuh itu ikut menderita pula keseluruhan
tubuh itu dengan tidak dapat tidur dan demam.” (Riwayat Muslim)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Dalam konteks Malaysia hari ini, bersatu boleh dilihat melalui sifat ketaatan
kepada pemerintah dan melalui kesepaduan dalam mematuhi pegangan Ahli
Sunnah wal Jamaah. Ahli Sunnah wal Jamaah merujuk kepada pegangan ajaran
Islam yang sebenar berdasarkan panduan dan ajaran Nabi Muhammad SAW.
Lantaran itu, kesatuan ummah menjadi aspek utama dalam membina
sebuah negara yang berdaulat. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong menjadi indikasi kepada keperluan ummah
untuk bersatu-padu demi memelihara kesejahteraan ummah dan negara. Namun,
kadangkala ketenteraman negara tercabar oleh pelbagai perkara
ketidaksepaduan dari kalangan ilmuwan, agamawan, ahli politik dan
seumpamanya.
Walhal, perselisihan tersebut hanyalah soal furu‘ (cabang) yang kecil
tetapi memberi impak yang sangat besar terhadap kesatuan ummah dan
kesejahteraan negara. Sedarkah kita, kepincangan sebegini boleh melumpuhkan
daya maju umat Islam dan jika dibiar berlarutan, akan menjadi ancaman kepada
keharmonian ummah. Justeru, umat Islam perlu memandang serius akan
3
inisiatif pihak kerajaan dalam mewujudkan kesatuan di negara ini demi
memastikan Malaysia menjadi sebagai sebuah negara Islam yang dicontohi di
peringkat global.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini, marilah kita bersama-sama
menghayati kepentingan kesatuan ummah kepada kesejahteraan negara. Antara
langkah yang boleh dilakukan ialah memperkukuh identiti ummah dengan
akhlak Rasulullah SAW. Apabila akhlak Baginda SAW dijadikan panduan,
kesatuan akan menjadi jambatan kesejahteraan. Sebaliknya, tanpa kesatuan,
kesejahteraan sukar untuk dimanifestasi.
Sememangnya kesejahteraan memerlukan kesatuan ummah untuk
menjadi kenyataan. Sepanjang hayat, Rasulullah SAW tidak pernah berhenti
menunjukkan ketinggian akhlaknya supaya dapat dijadikan ikutan sepanjang
zaman. Justeru, kesatuan ummah dengan kesejahteraan negara yang dibina
berlandaskan akhlak Nabi Muhammad SAW tidak boleh dinafikan. Firman
Allah SWT dalam surah al Hasyr ayat 7:

Maksudnya: “Apa jua yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka
terimalah ia, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah
larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah
amatlah berat azab seksa-Nya.”

Oleh yang demikian, sebagai tanda cinta kepada Rasulullah SAW, maka
menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memelihara kesejahteraan negara
demi kesejahteraan generasi sekarang dan akan datang. Kesedaran begini
mestilah sentiasa hidup dalam jiwa kita. Pada masa sama, di peringkat
pentadbiran negara pula, sudah tentu banyak aspirasi baharu berasaskan prinsip
Maqasid Syariah diterapkan selari dengan keperluan zaman secara berimbang.
Dengan ini, dapatlah perbezaan dikecilkan dan tidak memberi kesan negatif
kepada ummah.

4
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,
Mimbar ingin berpesan dan mengajak sidang Jemaah sekalian, marilah kita
berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kesatuan ummah dan
kesejahteraan negara ini terjaga agar tidak digugat oleh mana-mana unsur
pelampau. Keamanan, kedamaian, keharmonian, keselamatan dan kemajuan
ummah tidak mungkin tercapai tanpa pengorbanan dan usaha yang gigih ke arah
mewujudkan dan mengekalkan suasana tersebut berterusan hinggalah ke
generasi akan datang. Mengakhiri khutbah pada hari ini, antara intipati yang
boleh diambil pengajaran bersama ialah:
Pertama: Kesejahteraan negara amat bergantung pada kesatuan ummah.
Kedua: Umat Islam perlu mencerminkan identiti Islam yang sebenar
dengan mengenali dan menjiwai personaliti Nabi Muhammad
SAW.
Ketiga: Kesatuan ummah dan kesejahteraan negara memagar ummah
daripada ancaman pihak pelampau.

Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari


golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang
kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi
penyayang kepada orang yang beriman”. (Surah at-Taubah: 128)

5
KHUTBAH KEDUA

6
7
‫شع ععركك ْكواَلعممعشع عكرككعيكن‪ْ َ،‬كوكدمع ععر ْأكععع عكداَءككك‬ ‫كاَل لمهع علم ْأككعع علز ْاَلعسع عكلكم ْكواَلعممسُ ععلمين‪ْ َ،‬كوأككذلل ْاَل م‬
‫ب ْعاَلكععاَلككمعين‪ْ َ،‬كاَل لمهعلم‬ ‫ك ْاَلعكككفعكركة ْكواَلططغكعاَكة ْكواَلظلعاَلككمعيكن ْيكعاَ ْكر ل‬ ‫أكعععكداَء ْاَلعمدعين‪ْ ,‬كاَل لمهعلم ْأكعهكلع ك‬
‫ك‬
‫صعرمهعم ْكعكلىَ ْكعمدموكك ْكوكععمدموكهعم‪َ،‬‬ ‫ك‬ ‫ك كك ك‬
‫صعر ْإعخكواَنكعكناَ ْفعي ْفلعسُطعين ْوفي ْمرعوهيڠكياَ‪ْ َ،‬كاَل لمهلم ْاَنع م‬ ‫اَنع م‬
‫سُ عكناَ‬‫ف‬‫م‬ ‫ك‬
‫أن‬ ‫عاَ ْ‬ ‫ع‬‫ن‬ ‫م‬ ‫ل‬
‫ك‬ ‫ظ‬
‫ك‬ ‫عاَ ْ‬ ‫ع‬‫ن‬ ‫ع‬
‫ل‬ ‫بَ‬
‫ر‬ ‫ن‪ْ ,‬‬ ‫ي‬ ‫ب ْاَلعكعععاَلك ك‬
‫م‬ ‫ل‬ ‫ر‬ ‫عاَ ْ‬ ‫ع‬‫ي‬ ‫م‪ْ َ،‬‬ ‫ه‬ ‫ع‬‫ك‬‫ف‬‫و‬ ‫ف‬
‫م‬ ‫ع‬ ‫ص‬ ‫د ْ‬
‫ع‬ ‫ع‬ ‫ح‬
‫م‬ ‫و‬‫و‬ ‫م‪ْ َ،‬‬ ‫ع‬ ‫ه‬ ‫ع‬ ‫متَ‬ ‫كاَل له علم ْاَجم عع ْككلك‬
‫ك‬ ‫ك‬ ‫ع‬ ‫ك‬ ‫ك‬ ‫ك‬ ‫ع‬ ‫ك‬ ‫ك‬ ‫ع‬ ‫م‬ ‫ع‬ ‫م‬ ‫ك‬ ‫ك‬ ‫ع‬ ‫م‬ ‫ك‬ ‫ك‬ ‫م عك ع‬
‫كوإكعن ْلكعم ْتَكعغعكفعر ْلككناَ ْكوتَكععركحعمكناَ ْلكنكمكونكلن ْكمعن ْاَلعكخاَكسكريكن‪َ.‬‬

‫‪8‬‬
9