Anda di halaman 1dari 4

‫فكرة إسلمية‬

Tajuk 2: FIKRAH ISLAM KITA

KELAB REMAJA ISMA


(KRIM)
http://remajaisma.wordpress.com

1
Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah, yang lengkap yang sempurna, syumul
dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin.

Inilah Islam, Addeen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh
Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal. Allah Taa’la telah menjelaskan
dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam al-Quran 5:3.

Maksudnya:
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang
disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang
ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya,
dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga)
mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu)
adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk
(mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan
takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu,
dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi
agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja
berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
[al-Maidah:3]

Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau
mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan
meninggalkan sebahagian yang lain.

2
Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan kita
bukannya pencipta Dien. Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri
dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak
kita dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah:

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya
mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti
prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah.” (Al-an’am
6:116)

Nilai kita ialah nilai Islam, iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan
oleh Rasulullah S.A.W oleh yang demikian kita sedikitpun tidak boleh tidak redha
pada syariat Islam.

Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul. Kita hendaklah bersifat jiddiah di
dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan dengan isme-isme lain.

Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah, mengenal Islam
untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal
setiap rupa, bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi. Dengan itu barulah kita dapat
membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Kata Sayyidina Omar ra:
Ikatan Islam akan terungkai apabila lahir dalam Islam orang-orang yang tidak
mengenal jahiliyyah.

Kita juga mesti mengenal realiti agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan
loteri kebajikan itu halal. Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya
kurang ilmu, oleh itu kita perlu berjama’ah. Kita sememangnya tidak mempunyai
ilmu yang serupa. Tetapi dengan harakah kita mampu mengatasinya.

Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan
Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik
seperti; “Demi pembangunan”, “demi kemajuan” dan “Malam ‘Amal”. Dalam hal ini
kita hendaklah mengenegahkan fikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang
tegah kepada masyarakat.
Kita juga mesti mempunyai ‘kesedaran Islam’. Ianya bukan sama dengan ilmu Islam.
Dalam usaha memperolehi ‘kesedaran Islam’ perlu kepada kesabaran, tekun dan gigih

3
dalam usaha. Seorang yang mempunyai ‘kesedaran Islam’ akan mudah terasa dan
sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam.

Untuk itu kita perlu kepada didikan atau ‘tarbiyyah’. ’Tarbiyyah’ yang boleh
melahirkan syakhsiyyah atau keperibadian muslim sejati.

Seorang mujahid Islam, Al-Ustaz Fathi Yakan menyatakan pembentukan sahsiyyah itu
hanyalah dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan
jahiliyyah. Umpamanya dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima’ dan sebagainya.

Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-Quran dan Al-
Hadith dan juga dari ulama’ dan mujahid Islam yang mu’tabar.
Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada beriman atau tidak,
sebagaimana firmannya :

Ertinya : “Dan katakanlah: kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu maka


barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang
inginkan (kafir) biarlah ia kafir. Sesungguhnya kami telah menyediakan bagi orng-
orang zalim itu neraka ,yang gejoloknya mengepung mereka”.

Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak umpamanya pada
majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga kita perlu ‘kesedaran Islam yang jelas’ dan
bukannya ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa
kepada Islam. Dalam konteks masyarakat ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.

Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman/tarbiyyah iman
sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam, dengan patuh. Kesedaran
fikiran sahaja tidak mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam. Ertinya di
mana sahaja kita berada, kita membawa Islam. Ini juga bererti peribadi kita
menterjemahkan Islam .... Islam menjadi darah daging.

Namun begitu kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki
baki jahiliyyah. Pernah Abu Zarr memanggil Bilal dengan panggilan ‘Ibnu Assauda’.
Bilal memberitahu Rasulullah S.A.W dan Nabi kemudiannya berkata kepada Abu
Dzar bahawa ia masih ada saki baki jahiliyyah. Abu Zarr meminta dibalas dengan
memijak pipinya.
“Proses tarbiyyah imaniyyah, adalah begitu dan amat penting bagi membentuk insan
mu’min”