Anda di halaman 1dari 4

Kelebihan / Fadhilat Ayat Al-Kursi

Posted 01/10/2011 by Shafi-Q in Al-QUR'AN. Tagged: Hikmah / Keutamaan Ayat Al-


Kursi. 28 Comments
‫يم‬ َّ ‫ٱلر ۡح َمـ ِٰن‬
ِ ‫ٱلر ِح‬ ِ ‫بِ ۡس ِم ٱ‬
َّ ‫هلل‬
Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai‘Ayat Al-Kursi’ ini
juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-
ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah
menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam
perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin
Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’,
bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai
Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7
lapis bumi.
.

.
Lafaz bacaan dari huruf Arab ke huruf Rumi:
Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa
Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u
‘Indahuu Illaa Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa
Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a
Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal
‘Aliyyul Azhiim.
.

.
Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu


‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat
dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan
meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan
para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca
sehinggalah ke hari Qiamat.
3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah
mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan untuknya.
4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada
ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan
gangguan syaitan.
6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla
akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan
menjadi kaya.
7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan
segala kefakirandidepan matanya.
8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi
Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat,
Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis
kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan
syaitan dan jin terbakar.

11. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:


1. Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.

.
12. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat
fardhu, ia akan;
1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain
dan terpelihara daripada tipudayadan ganguan syaitan.
2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan
orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para
nabi sehingga mati syahid.
4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para
Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala
balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama
tidurnya hingga subuh.
2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan
mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta
hasutan syaitan.
2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang
kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
.

Bacaan Ayatul Kursi


.
.
Khasiat Ayat Kursi:
Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;
1. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi
sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian
diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya
menerima ilmu pengetahuan.
2. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan
membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan
hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya
pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana.
3. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi
pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya,
dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya
dan diberikan apa yang dituntutnya.
4. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh
hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca
ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran
tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50
kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak
akan memudharatkannya.
5. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang
membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari,
maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan
membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi
pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
6. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah
akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah
kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali
ialah azab neraka.
7. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi
Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari
ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.
8. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf
menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada
empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan
pelindung syaitan.
9. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3
Qulselepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan
kelebihan yang tidak terduga.
10. Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah
itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar
daripada gangguan zahir dan batin.
11. Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan
diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh
menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan
bercakap dusta lagi.
12. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat
kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau
kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka
dia terselamatdaripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan
manusia antaranya:
o Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang
tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya
kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
o Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian,
mahupun terkena pembuli jalanan.
o Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan
jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
.
Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT,
bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka
yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta
menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.
.
Wallahu A’alam Bissowab
‫والسالم علبكم و رحمة هللا و بركاته‬

Anda mungkin juga menyukai