Khasiat Qursi 2
Khasiat Qursi 2
.
Lafaz bacaan dari huruf Arab ke huruf Rumi:
Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa
Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u
‘Indahuu Illaa Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa
Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a
Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal
‘Aliyyul Azhiim.
.
.
Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)
.
12. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat
fardhu, ia akan;
1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain
dan terpelihara daripada tipudayadan ganguan syaitan.
2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan
orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para
nabi sehingga mati syahid.
4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para
Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala
balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama
tidurnya hingga subuh.
2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan
mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta
hasutan syaitan.
2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang
kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
.