Anda di halaman 1dari 19

SEMESTER 1 SESI 2017/2018

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

KPF4013
FALSAFAH &
PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA FALSAFAH,
PENDIDIKAN, FALSAFAH PENDIDIKAN
DAN KURIKULUM

DISEDIAKAN OLEH

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


NOORBAIDAH BINTI AWANG ABDULLAH L20171010695
NUR FAEZAH BINTI HANAFFI L20171010568

AMIRA AFINA BINTI JAMALUDIN L20171010727

NUR FARHANAH BINTI BASAR L20171010738

KUMPULAN: 1 TARIKH SERAHAN: 17 DISEMBER 2017

PENSYARAH: PROFESSOR MADYA DR. IKHSAN BIN OTHMAN

Siri Modul Aktiviti Pembelajaran Aktif


Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan sekitar pengenalan falsafah, pendidikan, falsafah pendidikan


dan kurikulum yang merangkumi maksud dan hubungkait antara falsafah, pendidikan
dan kurikulum. Selain itu, ia juga membincangkan tentang jenis dan kriteria pendidikan,
cabang dan fungsi falsafah, serta konsep dan jenis kurikulum.

Objektif
Setelah melengkapkan aktiviti ini, pelajar dapat:
i. Menyatakan pengertian pendidikan, falsafah dan kurikulum.
ii. Menjelaskan hubungkait: pendidikan, falsafah dan kurikulum.
iii. Menerangkan jenis & kriteria pendidikan.
iv. Menganalisis cabang & fungsi falsafah.
v. Mengkategorikan jenis kurikulum.

Kandungan Halaman

1.0 Ringkasan pemetaan kandungan. 2


1.1 Pengertian pendidikan, falsafah & kurikulum. 3-6
1.2 Hubungkait: pendidikan, falsafah & kurikulum. 7&8
1.3 Pendidikan: Jenis & kriteria. 9
1.4 Falsafah: Cabang & fungsi. 10-14

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


1.5 Kurikulum: Konsep & jenis. 15-17
1.6 Aktiviti perbincangan. 18
1.7 Rujukan 18

1
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

1.0 Pemetaan Ringkasan Kandungan

1.1 Pengertian 1.2 Hubungkait:


pendidikan, falsafah, pendidikan, falsafah,
falsafah pendidikan &
falsafah pendidikan &
kurikulum
kurikulum.

PENGENALAN
1.6. Aktiviti KEPADA
perbincangan
FALSAFAH,
PENDIDIKAN,
FALSAFAH
1.3.Pendidikan:
PENDIDIKAN
Jenis & kriteria
DAN

1.5.Kurikulum:

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Konsep & Jenis
1.4.Falsafah:
Cabang &
Fungsi.

2
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

1.1 Pengertian Pendidikan, Falsafah, Falsafah Pendidikan &


Kurikulum

1.1.1 Pendidikan

Pendidikan = Education
Education = Latin: e’ex (keluar) + ducereduc (memimpin)
Pendidikan = Didikan (educere) & latihan (educare)

Tokoh Pengertian Pendidikan

Socrates
(470-399sm) Pendidikan ialah usaha pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran.

Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan


dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga suatu proses
John Dewey
bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih
(1859-1925)
selamat.

Muhammad
Pendidikan bermatlamat membentuk akidah dan penguasaan ilmu untuk melengkapkan diri
Idris Al-
menghadapi dunia dan akhirat.
Syafie

Mendidik manusia selengkapnya yang membabitkan akal dan hati, rohani dan jasmani,
Yusuf Al-
akhlak dan keterampilan bagi melengkapkan manusia untuk hidup dan menyiapkan untuk
Qaradawi
menghadapi masyarakat dengan semua kebaikan dan kejahatan serta pahit manisnya.

Rumusan: Islam menyatakan pendidikan adalah suatu proses bagi membangunkan ciri-ciri keinsanan,

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


kerohanian, kemasyarakatan dan ketakwaan. Bertujuan untuk beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Manakala dari sudut persepsi barat, pendidikan merupakan proses untuk membangunkan akal fikiran dan
membina pengalaman dalam kehidupan.

3
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

1.1.2 Falsafah

Falsafah = Philosophy (Bahasa Inggeris)


Philosophy = Philosophia (Yunani)
= Philos + Sophia = The love of wisdom
(Cinta) (bijaksana atau arif) = (Mencintai kebijaksanaan)
Falsafah = Cinta terhadap kebijaksanaan/kearifan

Tokoh Pengertian Falsafah

Socrates Falsafah ialah suatu usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni untuk
(470-399sm) mencapai kebijaksanaan.

Falsafah sebagai kritikan terhadap pengetahuan dengan cara mengkritik asas-asas yang
Russell
dipakai dalam ilmu dan dalam kehidupan seharian serta mencari sesuatu ketidakselarasan
(1872–1970)
yang terkandung di dalam kedua-duanya.

Beliau membahagikan falsafah kepada dua iaitu falsafah teori (an-Nadhariyyah) dan
Al-Farabi
falsafah praktik (al-Amaliyyah). Falsafah teori bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang
(870–950)
ada, tanpa tuntutan untuk mewujudkannya dalam amal. Manakala falsafah praktik (al-
Amaliyyah) bertujuan mengetahui sesuatu yang seharusnya berlaku dalam amalan.

Beliau membahagikan falsafah kepada falsafah ketuhanan dan falsafah hidup. Falsafah
Haji Abdul ketuhanan merujuk kepada hakikat mengenal pencipta. Melalui pancaindera dan akal,
Malik Karim manusia dapat mempersaksikan alam ini dengan pelbagai sifat dan lakunya. Manakala
Amrullah falsafah hidup merujuk kepada manusia sebagai ciptaan Allah yang diamanahkan untuk
(Hamka) melaksanakan bertanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini dengan menggunakan
kebijaksanaan akal, akhlak dan amalan dengan sebaik-baiknya.

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Rumusan:
Berdasarkan kepada beberapa pengertian falsafah yang dikemukakan, dapat dirumuskan bahawa falsafah
sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia sendiri. Kehidupan yang bagaimanakah menjadi pilihan
manusia untuk menempuhinya? Apakah yang membentuk persekitaran kehidupan manusia?
Bagaimanakah manusia menanggap tentang dirinya? Apakah erti bagi suatu kehidupan? Jelas bahawa
persoalan falsafah berkitar pada tiga dimensi iaitu (i) diri dan kehidupan manusia, (ii) bumi dan alam tempat
manusia hidup dan (iii) ketuhanan. Falsafah melibatkan proses berfikir secara radikal, sistematik dan
universal.

4
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

1.1.3 Falsafah Pendidikan

Tokoh Pengertian Falsafah Pendidikan

Pendidikan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan kanak-kanak.


Pendidikan sangat menentukan kehidupan sesuatu bangsa dan pemikirannya. Falsafah
Al-Ghazali pendidikan membentuk kaedah pemikiran falsafah dalam kerangka menyelesaikan
permasalahan pendidikan. Situasi ini kemudian menghasilan teori dan kaedah pendidikan
untuk menentukan pelaksanaan aktiviti pendidikan.

Perbincangan pendidikan yang berkaitan dengan persoalan berikut sangat dipengaruhi ilmu
falsafah. Oleh kerana ilmu tersebut berkaitan langsung dengan pendidikan maka
persoalan-persoalan tersebut menjurus kepada persoalan falsafah pendidikan.
 Apakah yang menjadi arah/ hala tuju pendidikan?
Ornstein &  Mengapakah ada matlamat yang dianggap bermakna?
Hunkins
 Sejauhmanakah wujud perbezaan didikan dan latihan?
(2014)
 Adakah perlu wujud bentuk pengetahuan yang berbeza?
 Bagaimanakah kandungan kurikulum yang digunakan dibentuk?
 Adakah kurikulum yang berbeza diperlukan untuk murid yang berbeza?
 Bagaimanakah bentuk kurikulum yang spesifik boleh dijustifikasikan dengan baik?

Rumusan: Falsafah pendidikan merupakan suatu proses yang mempunyai dua hujung yang saling
berkait iaitu mendidik dan pendidik. Pendidik (guru-guru) mempunyai falsafah yang tersendiri
melaksanakan proses mendidik untuk mencari kebenaran, kenyataan dan kebijaksanaan untuk
disampaikan kepada yang dididik. Untuk menyampaikan pendidikan secara rasmi, pendidikan adalah
berpusat di sekolah. Oleh itu sekolah adalah sebagai satu alat menyampaikan pendidikan kepada
masyarakat.

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

5
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

1.1.4 Kurikulum

Kurikulum = curriculum (Bahasa Inggeris).


Curriculum = curir (Latin) = curere (Latin)
(pelari) (Laluan/ tempat berpacu)

Tokoh Pengertian Kurikulum


Aktiviti yang dibentuk oleh kumpulan sosial untuk mendidik pengalaman anak-
Beauchamp, G. anak mereka di sekolah. Ia merupakan dokumen bertulis yang melakarkan isi
(1956) & (1968) mata pelajaran yang akan diajar.

Satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran yang disusun oleh guru-
Hirst, P. (1974) guru untuk murid-murid di sekolahnya.

Abdullah Mohd Noor Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk murid-murid pada
& Ahmad Jaffin setiap peringkat dalam institusi pendidikan.
Hassan (1992)

Mohd Daud Hamzah Unsur budaya/ pengetahuan yang dikenalpasti dengan harapan untuk memandu
(1993) guru mengajar kumpulan murid tertentu.

Akta Pendidikan 1996 Kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum
dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.

Rumusan:
Kurikulum dapat dirumuskan sebagai satu sistem yang tersusun untuk dijadikan panduan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

6
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

1.2 Hubungkait Falsafah, Pendidikan, Falsafah Pendidikan


& Kurikulum

Falsafah
Pendidikan

Falsafah
Pendidikan Kurikulum

Keterangan:

Falsafah pendidikan merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang berhubung kait
dengan pendidikan. Matlamat pendidikan sesebuah negara adalah berdasarkan falsafah pendidikan
yang telah ditetapkan. Berdasarkan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan juga, maka segala
perancangan dalam pendidikan termasuk penetapan dasar-dasar, pengisian program pendidikan,
penetuan isi kandungan kurikulum, aspek pelaksanaan kurikulum dan sebagainya kearah yang sama.
Contohnya, penentuan isi kandungan kurikulum

Fungsi falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran serta memberi arah tujuan atau pedoman
untuk perkara-perkara yang penting. Manakala pendidikan ialah proses atau aktiviti untuk
mengembangkan JERIS. Hal ini bertujuan untuk menambah kemahiran, kebolehan dan pengetahuan
supaya dapat memberi kebahagiaan, faedah dan kemajuan dalam hidup serta bertindak secara rasional
untuk diri dendiri.

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan.

Kesimpulannya, falsafah, pendidikan dan kurikulum amat berkait rapat. Perkembangan pendidikan perlu
dibina berdasarkan kurikulum yang padu untuk mencapai hala tuju yang telah digariskan dalam falsafah
pendidikan.

7
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

1.2.1 Hubungkait Falsafah Pendidikan, Dasar Pendidikan &


Sistem Pendidikan

Falsafah Pendidikan

A Dasar Pendidikan

FALSAFAH B PENDIDIKAN
Sistem Pendidikan
C

Komponen Huraian Contoh

i. Falsafah merupakan hasil pemikiran yang Falsafah


mempertimbangkan pelbagai soalan dan dari pelbagai Pendidikan
Falsafah sudut serta melihat gambaran besar yang menyentuh Kebangsaan
Pendidikan persoalan itu. (FPK)

ii. Daripada falsafah barulah dasar digubal. Dasar Dasar


merupakan formulasi idea-idea sebagai panduan untuk Pendidikan
Dasar
tindakan. Pelaksanaan sesuatu dasar membabitkan Kebangsaan
Pendidikan
persoalan perundangan. (DPK)

Apabila suatu dasar sudah termaktub maka sistem Sistem


iii. didirikan bagi melaksanakan dasar dan falsafah tersebut. Pendidikan
Sesuatu sistem mempunyai komponen yang rumit dan Kebangsaan
Sistem kompleks. Pelaksanaan sistem yang berjaya apabila
Pendidikan semua komponen saling bergabung dan menyokong
antara satu sama lain.

Rumusan: KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

Falsafah pendidikan adalah penting bagi mewujudkan dasar pendidikan dan


menjayakan sistem pendidikan.

8
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

1.3 Pendidikan: Jenis & Kriteria

Persekitaran Lokal
Pendidikan
Formal

Persekitaran Global
Pendidikan Pendidikan
Informal Nonformal

Pendidikan Pendidikan Pendidikan


Formal Nonformal Informal
Kriteria
(pertengahan)

Perkembangan ilmu & Perkembangan kemahiran, Bina kemahiran untuk


kemahiran, jangka jangka masa pendek. kehidupan, jangka
Reka bentuk
masa yang lama. (masjid) masa berterusan.
(rumah)
Guru terlatih, pedagogi, Ahli masyarakat yang Keluarga &
Pengajaran
bilik darjah. pakar. masyarakat.
Teguran, larangan,
Seragam, berjadual, Berjadual. panduan,
Pembelajaran
buku teks, bilik darjah. pencontohan, ibarat
tamsil.
Rasmi: Prasekolah, Tidak rasmi: rumah,
sekolah rendah & Rasmi & tidak rasmi: masyarakat, rumah

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Institusi
menengah, IPT agensi kerajaan & swasta. ibadat, dewan orang
(bangunan & kelas). ramai & padang.
Rasmi, kebangsaan, Tidak rasmi. . Tidak rasmi, tersirat.
Kurikulum
berstruktur, tersurat.
Rasmi & kebangsaan. Kehadiran, pencapaian. Pandangan
Penilaian
masyarakat.
Perjawatan: sijil, Sijil penyertaan/ Masyarakat, budaya.
Pengiktirafan
Diploma, Ijazah. kecekapan.
Kerajaan/ swasta. Kerajaan, swasta, NGO. Keluarga,
Organisasi
masyarakat.

9
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

1.4 Falsafah: Cabang & Fungsi


Memahami falsafah samalah seperti melihat sebuah rumah. Rumah ialah binaan yang
mempunyai pelbagai ruangan dengan fungsi-fungsi yang berbeza. Sebagai contoh ruang tamu
adalah untuk menerima kunjungan tetamu yang datang ke rumah. Manakala ruang makan
adalah untuk tempat keluarga berkumpul dan menjamu selera. Ruang dapur sudah pasti
menjadi tempat untuk menyediakan makanan dan bilik tidur pula menjadi tempat untuk berehat.
Walaupun berbeza fungsi namun kesemua ruangan itu sama pentingnya dan saling diperlukan
untuk menjadikannya sebuah rumah. Dan bayangkan jika sebuah rumah itu tidak mempunyai
ruang dapur. Tidakkah timbul kerumitan atau masalah yang menyebabkan rumah itu tidak
sempurna? Begitu juga halnya dengan falsfah. Falsafah adalah bidang ilmu yang mempunyai
empat cabang iaitu Metafizik, Epistemologi, Aksiologi dan Logik. Setiap cabang falsafah
berfungsi untuk menyelesaikan persoalan yang berbeza.

1.4.1 Cabang Falsafah: Unsur & Persoalan

Cabang Unsur Penjelasan & Contoh Persoalan Falsafah


 membincangkan mengenai hakikat realiti.
 menghendaki supaya manusia berfikir mengenai sifat semula jadi
manusia dan semua benda hidup di muka bumi.
 Selama mana manusia tahu menggunakan akal fikiran dan
Realiti berfikir tentang keadaan disekeliling serta berusaha untuk
memperbaiki mutu kehidupan mereka boleh dikatakan telah
M
E memberi sumbangan kepada masyarakat di sekeliling mereka.
T

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


 Contoh persoalan falsafah : Apakah alam semesta?
A
F
I  membincangkan mengenai hakikat kewujudan.
Z
I  Contoh persoalan falsafah : Bagaimana seseorang insan atau
K manusia itu dapat menjaga hubungan dengan kewujudan
benda di sekelilingnya, tidak kira sama ada hubungan itu
Kewujudan
merupakan hubungan manusia dengan manusia , hubungan
manusia dengan alam atau hubungan itu merupakan
hubungan antara manusia dengan penciptanya?

10
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

 Merupakan unsur tertinggi yang membincangkan tentang


kewujudan Tuhan yang mana ianya hanya dapat dijawab dengan
menyelami ilmu keagamaan .
Ketuhanan  Ilmu keagamaan perlu berpandukan ajaran tauhid, bukan dengan
akal fikiran.
 Contoh persoalan : Dimanakah Tuhan itu berada?

 Dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan


kepercayaan.
 Tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan
cara mencari ilmu.
 Berfokuskan kepada penganalisian dan penghasilan ilmu dan
E
P tuntutan ilmu.
I  Pengetahuan ini dilihat dari sudut sama ada agama,
S
T sains,seni, ekonomi, budaya atau politik.
E  Sumber ilmu :
M Ilmu
O i. Kaedah saintifik.
L ii. Wahyu.
O
G iii. Berasakan pengalaman pancaindera.
I iv. Intuitisi.
v. Pandangan pakar bidang berkenaan.
vi. Logik.
 Contoh persoalan :- Apakah itu ilmu? Bagaimanakah manusia
mengetahui? Sejauh manakah pengetahuan boleh

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


dipercayai?
 Nilai etika membicarakan perilaku perbuatan yang
bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sesama manusia,
keturunan, keluarga, masyarakat, negara, Tuhan dan terhadap
A
K sesiapa sahaja.
S i. Nilai  Ada perlakuan manusia yang dikatakan baik dan ada juga
I etika
O perlakuan dikatakan tidak baik .
L  Terdapat etika yang :
O
G 1) Didokumenkan berbentuk peraturan dan undang-undang :
I Etika berpakaian, etika kerja.

11
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

2) Tidak didokumenkan berupa taboo atau pantang larang ke


atas ahli sesuatu masyarakat : Makan menggunakan tangan
kiri.

 Contoh persoalan : Apa itu kebaikan? Apakah ciri- ciri


tingkahlaku yang menetukan kebaikan?
 Menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,
pengalaman perseorangan, alam sekeliling dan kehidupan.
ii. Nilai
estetika  tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.

 Contoh persoalan : Apa itu kecantikan? Apakah yang patut


menjadi cantik?

 Bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penerangan


L
O terhadap butiran tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan
G ilmu yang menjelaskannya. (Khusus – Umum )
I i. Logik
K  Contoh persoalan falsafah : Tikus lebih kecil dari kucing.
induktif
Kucing lebih kecil dari harimau. ( Khusus )
Maka kucing lebih besar dari tikus . (Umum )

 Bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh –


contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan
seterusnya butiran yang terhasil secara logik.
( Umum – Khusus )
ii. Logik
deduktif  Contoh persoalan falsafah : Semua manusia bernafas
dengan menggunakan oksigen . ( Umum )

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Alia ialah seorang manusia. (Umum )
Oleh itu, Alia bernafas dengan oksigen (Khusus).

12
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

1.4.2 Fungsi Falsafah


KETUHANAN

KEMANUSIAAN KENDIRI

Fungsi Keterangan & Contoh

Keyakinan bahawa kewujudan Tuhan sebagai pencipta dan berkuasa


mentadbir semesta alam, serta mengurniakan nikmat-nikmat buat
manusia. Tuhan sebagai penghukum atas perbuatan buruk dan memberi
kebaikan atas amal baik manusia di atas alam ciptaanNya. Maka hukum-
KETUHANAN hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Justeru manusia menanggung
amanah memakmurkan alam dengan keharmonian sesama manusia dan
seluruh alam melalui kepatuhan kepada Tuhan.

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


Membina masyarakat bernilai tinggi, bertanggungjawab memenuhi
keperluan sesama manusia seterusnya memberi sumbangan kepada
KEMANUSIAAN keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran negara.

13
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

Usaha memperkembangkan pelbagai keupayaan, bakat dan potensi diri


KENDIRI
seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani. Hingga terbentuk insan yang
seimbang dan harmonis.

Pendidikan itu sendiri merupakan kerja falsafah untuk membezakannya


dengan makna-makna yang lain dengan mengambil kira cabang-cabang
MAKNA metafizik, epistemology, aksiologi dan logic. Setiap cabang mengandungi
pengertian yang tersendiri.

Falsafah pendidikan menentukan arah kemanakah setiap warganegara


perlu dibimbing pada peringkat usia persekolahan. Sekolah merupakan
ARAH/
HALA TUJU institusi yang dibina untuk kepentingan masyarakat bagi menyediakan
tempat yang sempurna.

Dengan adanya matlamat dan hasil pendidikan yang hendak dicapai,


maka perkara yang penting berkaitan dengannya ialah menetapkan cara
PROSES atau proses yang perlu dilaksanakan ke arah mencapai matlamat dan
hasil pendidikan tersebut.

Tujuan pendidikan yang telah ditetapkan memberi gambaran yang jelas


tentang hasil pendidikan (outcome) yang semestinya dicapai,
HASIL warganegara yang bagaimana yang semestinya dibentuk dan

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


pembangunan yang bagaimana yang telah dilaksanakan.

14
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

1.5 Kurikulum: Konsep & Jenis

KURIKULUM

FPK i. Kurikulum
ii. Kurikulum
Sekolah

ii. Kurikulum Ideal

iii. Kurikulum iv. Kurikulum


Instruksional Formal

vi. Kurikulum
v. Kokurikulum
Operational

PROSES PENDIDIKAN

Jenis Kurikulum Huraian

i. Kurikulum Kurikulum ideal ialah kurikulum yang digubal dan dibentuk


Ideal
berlandaskan pedagogi, psikologi dan teori kurikulum.Kurikulum
Ideal mengandungi unsur – unsur utama yang terdapat dalam
falsafah dan matlamat pendidikan Negara, kehendak dan aspirasi

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


masyarakat. Komponen – komponen yang terdapat dalam kurikulum
ideal antaranya ialah Matlamat dan Tujuan Kurikulum, Sukatan
Pelajaran dan Huraiannya, Bahan – Bahan Pelajaran termasuk Buku
Panduan Guru, Sistem Pelaksanaan dan Penilaian Kurikulum.
Kurikulum idea dibentuk oleh pakar kurikulum dengan merujuk
kepada pandangan – pandangan orang yang terlibat dalam sistem
pendidikan persekolahan termasuk ahli – ahli pendidikan tinggi.

15
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

Kurikulum sekolah adalah merujuk kepada ringkasan mengajar yang


ii. Kurikulum
sekolah disediakan oleh guru, mengikut jadual waktu sekolah dan sukatan
pelajaran yang terkandung dalam kurikulum rasmi atau kurikulum
formal.

Di Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum adalah


bertanggungjawab mengubal dan membentuk kurikulum rasmi bagi
sekolah rendah dan sekolah menengah seperti KBSR dan KBSM.
iii. Kurikulum
Rasmi Kurikulum rasmi menjadi panduan asas untuk penulisan buku teks,
persediaan ringkasan mengajar, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta panduan dalam setiap peringkat persekolahan
kebangsaan

Kurikulum formal adalah berlandaskan matlamat pendidikan negara


iv. Kurikulum dan mengandungi segala isi pengajaran dan pembelajaran serta
formal
penilaian di dalam bilik darjah, termasuk aktiviti – aktiviti kokurikulum
yang merujuk kepada aktiviti – aktiviti persatuan, kelab, permainan
dan unit beruniform. Kurikulum formal merangkumi kurikulum
akademik yang dilaksanakan melalui kurikulum pengajaran dan
kurikulum operasi. Penggubalan kurikulum ini adalah diuruskan oleh
pihak Kementerian Pendidikan Negara.

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

16
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

Kokurikulum dikenali sebagai kurikulum tambahan atau pendidikan


pada waktu lapang atau aktiviti kelas tambahan. Aktiviti – aktiviti
kokurikulum merupakan sebahagian kurikulum formal yang
merangkumi aktiviti – aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan
serta unit beruniform yang dijalankan di luar bilik darjah. Aktiviti
v. Kokurikulum
kokurikulum tidak termasuk dalam jadual waktu mata pelajaran di
sekolah. Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti di luar sukatan
pelajaran dan disertai oleh pelajar mengikut kepandaian dan minat
mereka. Kokurikulum adalah bertujuan bagi mengembangkan
keperluan intelek, kebolehan dan bakat, meluaskan ilmu
pengetahuan, meningkatkan kesihatan, meningkatkan kemahiran
pemikiran dan memupuk nilai- nilai murni di kalangan pelajar.

Kurikulum aktiviti pula dikenali sebagai kurikulum pengalaman atau


kurikulum berpusatan pelajar kerana kurikulum aktiviti adalah
dirancang dan dibentuk berlandaskan minat dan keperluan. Ciri – ciri
kurikulum aktiviti ialah:

vi. Kurikulum (a) Aktiviti digunakan sebagai pusat kurikulum. Isi pelajaran dihadkan
Aktiviti
kepada pengalaman harian pelajar memerlukan pelajar belajar
melalui kaedah praktik iaitu belajar daripada kehidupan seharian dan
pengalaman diri sendiri.

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


(b) Isi kandungan kurikulum adalah dipilih berdasarkan minat dan
keperluan pelajar serta mengikut perbezaan individu.

(c) Bentuk mata pelajaran diubah dengan menjadi bentuk sintesis


sebagai tugasan dan aktiviti

17
Pengenalan Kepada Falsafah, Pendidikan & Kurikulum

1.6 Aktiviti Perbincangan

UNIT Soalan Nama

1.1 Dengan merujuk kepada negara Malaysia,


jelaskan pengertian falsafah, pendidikan,
falsafah pendidikan dan kurikulum.
1 Bincangkan hubungkait semua perkara
tersebut.
PENGENALAN 1.2 Berpandukan perkembangan pendidikan
KEPADA di Malaysia, terangkan jenis & kriteria
FALSAFAH, pendidikan yang telah terbentuk.
PENDIDIKAN,
FALSAFAH 1.3 Analisiskan komponen cabang falsafah
dalam konteks pendidikan di Malaysia.
PENDIDIKAN
DAN 1.4 Malaysia mengamalkan kurikulum
KURIKULUM kebangsaan (berpusat) di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Apakah yang dimaksudkan kurikulum
kebangsaan dan kategorikan jenis
kurikulum yang dilaksanakan di Malaysia.

1.7 Rujukan
Dasar
Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan: Teori dan Analisis: Kuala Lumpur: DBP
http://siteresources.worldbank.org/INTPSIA/Resources/490023-1120845825946/Education.pdf

Falsafah & Falsafah Pendidikan


https://uk.sagepub.com/sites/default/files/upm-binaries/33124_5355_Bailey_Chap_01.pdf

Pendidikan

KPF4013 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia


http://ajph.aphapublications.org/doi/pdf/10.2105/AJPH.27.6.587
https://sol.du.ac.in/solsite/Courses/UG/StudyMaterial/16/Part1/ED/English/SM-1.pdf

Kurikulum
http://www.academypublication.com/issues/past/jltr/vol03/01/19.pdf

Pembangunan
http://unesdoc.unesco.org/images/0023/002305/230508e.pdf
https://ageconsearch.umn.edu/bitstream/12875/1/er930006.pdf

18