Anda di halaman 1dari 3

WEEK 3

PENGURUSAN KEWANGAN

Kewangan merupakan faktor utama dan pemangkin untuk menggerakkan persatuan


dimana melalui sumber kewangan yang cukup persatuan dapat melaksanakan aktiviti
dengan berkesan.

Persatuan boleh mendapat sumber kewangannya melalui yuran masuk, yuran bulanan /
tahunan, derma atau aktiviti keusahawanan. Sumber kewangan persatuan adalah di
uruskan oleh Bendahari. Bendahari yang perlu membuat penyata kewangan dengan
rapi , teratur dan sistematik.

8.1 Pengenalan
8.1.1 Pengurusan Kewangan adalah satu perkara pokok dan paling penting
dalam sesebuah kelab atau persatuan
8.1.2 Tanpa pengurusan kewangan yang baik dan sempurna maka
perjalanan persatuan atau kelab berkenaan akan pincang dan akhirnya
terus berkubur.
8.2 Objektif
8.2.1 Memberi pendedahan kepada pelajar khususnya kepada Bendahari
kelab/persatuan dalam menguruskan kewangan secara sistematik.
8.2.2 Melahirkan pelajar yang yang celik pengurusan kewangan
8.2.3 Dapat melincinkan perjalanan sesebuah kelab/persatuan dalam
menjalankan sebarang aktiviti yang telah dirancangkan
8.3 Tugas Bendahari dan Penolong Bendahari
8.3.1 Menyediakan ‘cash book’ (Buku Tunai)
a. Buku Resit,
b. Borang Pesanan Barang,
c. Borang Baucar Bayaran.
8.3.2 Menyediakan sebuah fail kewangan dan juga tempat menyimpan fail,
buku resit, baucar bayaran, borang pesanan dan bil-bil yang sempurna.
8.3.3 Bendahari kelab/persatuan perlu mencatat segala perkara yang
hendak dibeli/dipesan dengan mengisi Borang Pesanan
8.3.4 Mempastikan pengerusi/setiausaha telah membuka akaun persatuan
8.3.5 Membuat pungutan yuran/derma keahlian dan sumbangan khusus bagi
menjalankan sesuatu aktiviti.
8.3.6 Menyediakan Borang Pesanan (Contoh Lampiran A)
8.3.7 Apa yang patut dilakukan apabila menerima duit/wang?
a. Keluarkan resit
b. Rekodkan dalam ‘cash book’
c. Menyimpan wang dalam Bank/Guru Penasihat dengan segera
sekiranya melebihi had yang dibenarkan. (RM 30.00)
8.3.8 Setiap pembelian barang melebihi had yang dibenarkan (RM 30.00)
hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Penasihat.

8.3.9 Bendahari juga perlu membuat anggaran perbelanjaan bagi sesuatu


program.
8.3.10 Pembentangkan laporan kewangan dalam mesyuarat.
8.3.11 Mengadakan Baucar Pembayaran. Contoh (Lampiran B)
a. Baucar Pembayaran hendaklah dibuat dalam 2 salinan. Salinan
asal simpanan sekolah (kelab/persatuan) dan kedua kepada
penerima.
b. Masukkan butir-butir tentang perkhidmatan/bekalan yang telah
dilaksanakan/dibekalkan beserta tarikh.
c. Setiap baucar pembayaran dimestikan disertakan bil pembelian
barang.
d. Jumlah pembayaran dalam angka dan perkataan.
e. Dapatkan resit pembayaran daripada pembekal atau pekedai.
f. Tandatangan guru penasihat yang meluluskan dan tarikh.
g. Jika bil asal hilang, pembayaran hendaklah dibuat terhadap bil
salinan yang diperakui oleh guru penasihat .
h. Sebaik sahaja pembayaran dilakukan, baucar dan dokumen
sokongan hendaklah ditebuk/dicop “SUDAH BAYAR” berserta
tarikhnya bagi mengelak pembayaran dua kali.
i. Baucar-baucar pembayaran yang telah dibayar hendaklah
disusun dan difailkan mengikut nombor siri.
8.3.12 Menyediakan Penyata Kewangan Berakhir 31 Ogos pada setiap tahun
untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (Lampiran C)
a. Pastikan Buku Tunai (Cash Book) telah dikemaskinikan dan
ditutup.
b. Pastikan adanya Penyata Kewangan Tahunan Kelab/Persatuan
sekolah yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya atau jika tidak,
gunakan penyata yang belum diaudit.
c. Sediakan format Penyata Kewangan Tahunan.(ada wang terima
dan ada wang keluar serta baki ditangan dan juga baki dibank.
d. Dapatkan tandatangan Pemeriksa Kira-Kira bagi mengesahkan
bahawa segala butiran dalam Penyata Tahunan itu adalah benar
atau sahih.
8.3.13 Menyemak Buku Tunai (cash book) pada setiap hujung bulan
Menyimpannya di tempat yang selamat dan berkunci.
8.3.14 Sekiranya persatuan dibubarkan, bendahari hendaklah membelanjakan
wang baki mengikut sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat
agung.
8.3.15 Penyalahgunaan wang persatuan adalah satu kesalahan yang serius dan
boleh dikenakan tindakan tatatertib
8.4 Tugas Pemeriksa Kira-Kira
8.4.1 Menyemak Buku Tunai pada setiap hujung bulan
8.4.2 Memberikan teguran kepada Bendahari sekiranya berlaku butiran
salah.
8.4.3 Menandatangani Penyata Tahunan Berakhir 31Ogos setiap tahun.
8.4.4 Bertanggungjawab ke atas Penyata Tahunan yang telah
ditandatanganinya itu

Anda mungkin juga menyukai