Huraikan maksud falsafah dan perincikan konsep Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah
Pendidikan Barat.
Falsafah berasal daripada bahasa Greek iaitu philosophia. Philo bererti mencintai atau cinta.
Sophia bererti kebijaksanaan atau pengetahuan atau kebenaran. Dengan berpandukan kepada makna
dua perkataan Greek ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.
Mengikut E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984), falsafah boleh ditakrifkan sebagai
usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting. Ringkas kata,
perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan
bernas. Falsafah terbahagi kepada beberapa cabang seperti metafizik, aksiologi, epistemologi dan
logik.
Al-Ghazali Socrates
Ibnu Khaldun Plato
Al-Farabi Tokoh Aristotle
Ibn Rushd
Meliputi fardu ain seperti solat, Meliputi bidang kemanusiaan
zakat dan puasa serta ilmu dan kesusteraan, kemahiran
fardu kifayah seperti sains ilmu Kurikulum membaca, menulis, mengira,
matematik, vokasional dan bidang sains sosial dan estetik.
sains
SOALAN 2
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat melahirkan modal insan yang harmonis dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
Berikan pendapat anda tentang implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara secara
menyeluruh.
Pengenalan.
FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para
guru perlulah berpegang kepada FPK ketika menjelaskan tanggungjawab profesional mereka agar
matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem
pendidikan negara. Contohnya, kurikulum melibatkan pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk
perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia
dengan Tuhan (ilmu teologi).
Pada pendapat saya, setelah menganalisis FPK, saya dapat lihat implikasinya terhadap sistem
pendidikan negara kita. Implikasi itu penting untuk melihat sejauh manakah keberkesanan FPK dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Seterusnya, implikasi FPK ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian-bahagian ini termasuk dalam sistem pendidikan negara iaitu implikasi terhadap kurikulum,
pendidik, dan institusi pendidikan.
Isi 1
Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan tujuan
FPK. Dalam hal ini, implikasi ini meliputi perubahan sukatan pelajaran berorientasikan program
bersepadu. Selaras dengan FPK iaitu melahirkan modal insan yang harmonis dan seimbang, bahan-
bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai
matlamat FPK. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum dan perubahan sukatan
pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
Contohnya, pembelajaran teknologi pula diserap bagi membawa Malaysia ke arah maju dan tidak
ketinggalan.
Isi 2
Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesionalisme ketika
menjalankan tugas. Sejajar dengan dasar FPK, hal ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik
dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan professional menerusi pengubahan strategi
dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang diterima para pelajar. Contohnya, guru
mempunyai sikap bertanggungjawab untuk menjadi guru yang baik dan mendapatkan apa yang telah
dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Namun, pada masa yang sama juga guru
bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif, guru mendidik murid untuk bersikap baik dan
menghindarkan sikap negatif selaras dengan FPK yang menuntut untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dari rohani iaitu bermoral berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Isi 3
Akhir sekali, implikasi terhadap institusi pendidikan mengalami perubahan dalam
merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan
di sekolah ditambah supaya pelajar mampu untuk mengembangkan kemahiran mereka dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini demikian adalah untuk melahirkan individu yang sempurna
dan seimbang selaras dengan FPK. Tambahan pula, budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk
nilai-nilai murni dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama dan mengamalkan sikap
perpaduan. Ini adalah matlamat FPK iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbang
keharmonian kepada negara. Contohnya, suasana di sekolah diubah untuk melahirkan pelajar yang
cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.
Sebagai rumusan, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur
strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif
dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.
SOALAN 3
Akauntabiliti merujuk kepada sikap bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap
sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia untuk memberikan penjelasan dan
justifikasi yang diperlukan. Dalam erti kata lain, akauntabiliti adalah tanggungjawab seorang
terhadap tugas yang diamanahkan.
Cadangkan amalan-amalan akauntabiliti keguruan yang perlu dipraktikkan oleh setiap guru
berserta contoh yang relevan dengan hasrat yang dinyatakan melalui Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
Akauntabiliti ialah sifat yang perlu ada pada setiap individu umumnya. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, akauntabiliti didefinisikan sebagai sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap
sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan atau justifikasi yang diperlukan.
Ini bermakna akauntabiliti ini merujuk kepada individu atau tindakan yang bakal kita laksanakan.
Tanggungjawab di sini bermaksud menjalankan tugas-tugas yang diarahkan mengikut peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan. Maka, dapat disimpulkan bahawa akauntabiliti bermaksud
menjalankan tugas yang diarahkan dengan baik serta dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan
oleh pihak yang tertentu.
Akauntabiliti Guru terhadap masyarakat dan negara bagi menjamin keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara seperti yang digariskan dalam Kod Etika Perguruan
berdasarkan kepada petikan ucapan YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Haji Mohd Yassin pada sambutan
Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun 2013 tersebut, dapatlah dikatakan bahawa guru merupakan
seseorang yang sangat dipandang tinggi dan mulia oleh ibu bapa dan masyarakat tambahan lagi di
negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Hal ini adalah kerana
tugas dan amanah yang dipikul oleh seorang guru sangatlah berat dan sukar serta memerlukan
komitmen dan motivasi yang tinggi dalam diri guru sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam
kod etika keguruan berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut (Syed Ismail dan Ahmad Subki Miskon,
2013) :
i. Niat yang betul
ii. Perlakuan yang baik
iii. Pengerak ke arah kebaikan
iv. Memperkotakan apa yang dikatakan
v. Berdisiplin dan beradap
vi. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
Tugas guru semakin bertambah dari semasa ke semasa dalam mendidik anak bangsa
mengikut perubahan zaman bagi melahirkan masyarakat yang maju dan berkualiti. Guru sebagai
tonggak utama sesebuah sekolah perlu sentiasa bersedia memikul sebarang amanah yang diberikan
di samping meningkatkan ilmu pengetahuan dan prestasi agar menghasilkan generasi yang berkualiti
dan mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara. Seperti yang dinyatakan oleh Mok Soon
Sang (2001), guru-guru yang berpengalaman dan berdedikasi mampu menyampaikan pengajaran
kepada pelajar dengan berkesan. Motivasi guru sememangnya mampu mendorong pelajar-pelajarnya
ke arah pencapaian yang tinggi. Di bawah bimbingan guru yang baik, pelajar pastinya akan maju dalam
pelajaran mereka. Ini bermakna, guru yang berdedikasi juga merupakan agen perubahan yang penting
dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya.
Akauntabiliti Guru terhadap masyarakat sejak dahulu sehinggalah kini, guru sentiasa
menjadi ikon terbaik dalam kalangan masyarakat. Guru sentiasa diberi perhatian oleh masyarakat
sekeliling tidak kiralah di kampung mahupun di bandar. Justeru itu, guru perlu menjaga nama baik
profesionnya agar terus menjadi ikon terbaik masyarakat. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga
telah menggariskan beberapa panduan tatasusila dalam Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia
(2005) mengenai tanggungjawab guru terhadap masyarakat. Antaranya adalah, guru hendaklah
mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Sebagai guru, ilmu
pengetahuan yang disampaikan mestilah benar, tepat serta menepati sukatan pelajaran yang
ditetapkan oleh KPM. Segala pengetahuan tambahan yang mana tidak terkandung di dalam sukatan
yang ditetapkan mestilah bersesuaian dengan tahap sosial dan perkembangan pelajar serta berguna
kepada kehidupan seharian mereka. Manakala, pengetahuan yang tidak benar, tidak sesuai serta
menyimpang jauh daripada prinsip-prinsip Rukun Negara terutamanya, adalah sangat dilarang kerana
ianya akan membawa keburukan kepada pelajar dan masyarakat serta negara.
Kesimpulannya, tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan
yang cemerlang. Lantaran itu, sewajarnya jasa dan pengorbanan para guru dihargai. Guru juga
memikul beban melahirkan pelajar berilmu dan berkebolehan sekaligus bersedia untuk mewarisi
perjuangan serta menyumbang kepada pembangunan negara. Disamping itu, dalam usaha untuk
mencapai kecemerlangan pendidikan, peranan kepimpinan sekolah juga sering dijadikan fokus utama.
Dalam hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak dilihat dari pencapaian akademik semata-mata tetapi
yang lebih penting dapat melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek, sosial,
fizikal dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan. Banyak kajian telah
dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di kalangan mereka berpendapat
peranan pentadbir khasnya guru besar atau pengetua dan ditambah memiliki ilmu kepengetuaan
adalah faktor yang signifikan.
NOTA TAMBAHAN :
Kesan Akauntabiliti Guru terhadap Masyarakat dan Negara telah dibincangkan dengan teliti.
Justeru, seorang guru diharapkan menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan
supaya segala matlamat yang ditetapkan sama ada matlamat ibu bapa, masyarakat atau negara
mahupun matlamat guru itu sendiri, tercapai dengan baik dan sempurna. Beberapa kesan akauntabiliti
guru terhadap masyarakat dan negara telah dikenal pasti sama ada kesan positif mahupun kesan
negatif. Kesan positif terhadap masyarakat yang merangkumi ibu bapa dan komuniti sekeliling berlaku
apabila guru menjalankan akauntabilitinya dengan baik. Antaranya, kesan terhadap guru itu sendiri.
Profesion keguruan akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Masyarakat akan sentiasa menghormati
dan menyanjung kerjaya seorang guru kerana segala tanggungjawab yang dipikul oleh guru adalah
sangat berat dan mencabar serta murni. Selain itu, kesan terhadap hubungan guru dengan masyarakat.
Hubungan guru dan masyarakat menjadi semakin erat dan akrab. Hal ini akan memberi kelebihan
kepada guru untuk menjalankan segala aktiviti berbentuk pendidikan mahupun sosial dan sebagainya
kerana masyarakat sentiasa menyokong dan mudah memberi sumbangan ketika guru memerlukan.
Di samping itu, guru yang menjalankan akauntabilitinya akan melahirkan masyarakat yang
mempunyai kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan kemajuan dalam kehidupan agar
menjamin masa depan yang cemerlang. Masyarakat juga yakin dengan kredibiliti seorang guru bagi
mendidik anak bangsa mereka menjadi generasi yang berkualiti dan berfungsi bagi menyumbang
sesuatu kepada masyarakat dan negara. Negara sangat bertuah mempunyai guru yang sangat
berdedikasi terhadap kerjayanya tanpa mengira balasan dan ganjaran. Guru seperti ini mampu
melahirkan generasi yang cemerlang dan berdaya saing serta sentiasa berusaha memajukan negara.
Walau bagaimanapun, kesan negatif akan berlaku sekiranya seorang guru mengabaikan
akauntibilitinya terhadap ibu bapa, masyarakat dan negara. Antara kesan-kesannya adalah guru tidak
akan dihormati dan dipandang rendah oleh masyarakat. Selain itu, ibu bapa pelajar tidak yakin untuk
menyerahkan anak mereka di bawah jagaan guru kerana dikhuatiri anak mereka akan diabaikan dan
sebagainya. Di samping itu, ibu bapa juga tidak akan mempercayai guru dalam apa jua aspek sama
ada didikan dan pelajaran mahupun sikap dan amanah yang diberikan kepada guru.
Kesan seterusnya adalah terhadap masyarakat. Hubungan yang erat dan mesra tidak dapat
dijalin antara guru dengan masyarakat akibat guru tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
sehingga guru tersebut tidak dikenali. Hal ini menyebabkan guru sukar mendapat sokongan dan
kerjasama daripada komuniti sekeliling dalam aktiviti di luar sekolah. Selain itu, masyarakat akan
menjadi mundur daripada segala aspek terutama aspek intelek, rohani, jasmani, dan emosi kerana
guru tidak mampu menjana pemikiran dalam usaha mengubah taraf hidup sesebuah masyarakat.
Maka, pelbagai masalah akan timbul seperti masalah sosial, ekonomi dan sebagainya kesan daripada
ketidakberhasilan guru memupuk nilai murni dan nilai perpaduan dalam diri pelajar.
Negara turut terkesan dengan pengabaian akauntabiliti oleh guru. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang selama ini menjadi panduan pendidikan negara tidak tercapai akibat sikap guru yang
tidak berpegang teguh dengan akauntabilitinya sebagai seorang guru. Semua perkara yang digariskan
dalam Matlamat Pendidikan Negara juga tidak akan tercapai dan seterusnya mengakibatkan negara
kekurangan generasi yang mampu memacu negara ke arah kecemerlangan di persada dunia. Namun,
lebih teruk lagi, prinsip Rukun Negara juga tidak akan dicapai oleh setiap warganegara kerana generasi
yang dilahirkan oleh guru tersebut tidak mempunyai jati diri serta tiada semangat cintakan tanah air
SOALAN 4
Pembentukan kurikulum sekolah dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu. Huraikan faktor-
faktor yang mempengaruhi pembentukan kokurikulum secara kritis dengan mengemukakan
contoh yang relevan.
Pengenalan
Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah
ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum penting untuk
memenuhi kehendak falsafah, matlamat pendidikan dan wawasan negara.
SOALAN 5 (Suri,Ain)
Bincangkan sejauh manakah seseorang guru dapat memainkan peranan secara berkesan dalam
usaha membina modal insan yang selari dengan FPK.
FPK merupakan penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha
pendidikan. Matlamat yang terkandung dalam falsafah ini dapat membangunkan modal insan. Modal
insan yang juga dikenali sebagai pembangunan sumber manusia merupakan antara agenda utama
dalam perealisasian Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) yang dilancarkan oleh Perdana
Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Maka adalah penting bagi setiap guru untuk meneliti
dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang terkandung
di dalamnya. Rentetan itu, guru hendaklah memainkan peranan secara berkesan dalam usaha
membina modal insan yang selari dengan FPK.
Seseorang guru yang profesional hendaklah menekankan kemahiran berfikir aras tinggi
ataupun KBAT semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas selaras dengan
antara elemen FPK, iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan dan berilmu,
sekaligus dapat membentuk modal insan yang kamil. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya
fikir tinggi dan minda untuk melahirkan murid-murid yang dapat belajar sepanjang hayat dan
mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran
konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Sebagai contoh, dalam membina
soalan peperiksaan pelajar, guru hendaklah sedikit sebanyak memyelitkan soalan KBAT agar
memupuk pelajar untuk berfikir di luar kotak seperti dalam mata pelajaran matematik tajuk peratus,
guru hendaklah menyediakan soalan-soalan pengaplikasian teori-teori matematik itu dalam kehidupan
seharian seperti menggunakan dalam mengira peratus markah dalam sesuatu kuiz dan sebagainya.
Seiring dengan perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air, guru perlulah
menguasai pelbagai kemahiran generik seperti kemahiran berfkir, kemahiran mengguna dan
mengintegrasikan Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran. Di samping menggunakan medium bahan bantu mengajar dalam kelas, guru juga boleh
menggunakan medium paparan skrin power point dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, lebih-lebih
apabila guru menggunakan paparan skrin powerpoint yang menarik dimana mempunyai pelbagai
animasi supaya murid akan teruja dan dapat mencuri perhatian murid untuk fokus di dalam kelas.
Seperti dalam kelas sains dalam topik punca pencemaran alam sekitar, guru boleh membahagikan
murid dalam beberapa kumpulan yang terdiri daripada .murid pelbagai kecerdasan untuk berbincang
dalam kumpulan dengan meminta mereka mengakses maklumat-maklumat yang berkaitan dengan
faktor-faktor pencemaran alam di laman sesawang dan seterusnya membentangkan dapatan mereka
itu.
Malahan juga, guru ialah pihak yang bertanggungjawab memupuk potensi murid dengan
didikan dan bimbingan. Seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-
muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh seiring dengan elemen FPK
iaitu aspek memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu .Hal ini demikian,
setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan berbeza-beza. Bagi seorang guru, bukan kelemahan
seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu dicari dan digilap agar menjadi manusia yang
berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk mesyarakat dan negara. Sebagai contoh,
melalui kokurikulum seperti sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan unit beruniform. Setiap
guru yang bertanggungjawab mengendalikan mata pelajaran tersebut merupakan pihak yang boleh
mengenal pasti bakat murid dan menggilap potensi mereka supaya potensi tersebut dapat menjadi
modal insan yang berkualiti.
Secara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa, masyarakat dan
negara. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab yang sangat penting dalam pembangunan dan
kemajuan sesebuah negara. Maka, warga guru wajar dan wajib memanfaatkan kepakaran dan ilmu
masing-masing untuk membina modal insan dalam pelbagai disiplin dan dimensi demi memenuhi
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di
negara kita selama ini.Jika guru dapat memainkan peranannya membina modal insan dalam kalangan
pelajarnya dengan baik, pasti perkara ini dapat membantu mencorakkan hala tuju negara ke arah
Wawasan 2020 yang disasarkan bermula dari era mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamed.
SOALAN 6
Huraikan bagaimanakah seseorang guru dapat merealisasikan prinsip-prinsip bagi
model kurikulum objektif secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran
Malaysia merupakan negara yang pesat membangun menuju negara maju seiring
dengan negara-negara maju yang lain. Pelbagai keperluan yang dituntut untuk membolehkan
Negara kita bersaing di peringkat global. Oleh itu, bagi memenuhi tuntutan itu, apek
pendidikan dijadikan agenda penentu masa depan negara. Pada masa yang sama,
pendidikan menuntut para guru untuk bertanggungjawab dalam penerapan kurikulum pada
setiap peringkat dan lapangan sekolah. Hal ini adalah kerana kurikulum digunakan sebagai
garis panduan dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh itu,
kaedah pendekatan atau penggunaan model yang sesuai dengan pengembangan kurikulum
harus dijadikan sandaran oleh para guru dalam PdP untuk mencapai suatu hasil pembelajaran
yang berkesan.
Salah satu model yang sangat berguna kepada guru ialah model kurikulum objektif yang
dipelopori oleh Ralph Tyler dan Hilda Taba. Kedua-dua model kurikulum ini merupakan model
kurikulum objektif. Prinsip bagi model kurikulum Ralph Tyler (1935) ialah kurikulum adalah
seluruh pengalaman belajar yang direncanakan dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai
tujuan pendidikannya. Setelah diteliti maka empat komponen amat dititikberatkan dalam
model Tyler iaitu objektif, kandungan kursus, tatacara atau kaedah dan juga penilaian.
Kelebihan model ini juga ialah penentuan objektif sebagai rujukan yang kukuh terhadap
arahan, bimbingan dan panduan.
Objektif di dalam Model Tyler bermaksud matlamat yang di kehendaki oleh pendidik kepada
pelajarnya. Menurut Tyler ada tiga aspek yang harus dipertimbangkan oleh guru iaitu objektif
berpusatkan kepada pelajar sama ada berhubungan dengan bakat, minat, mahupun
keinginan untuk menghadapi kehidupan nyata. Kedua bersifat kemasyarakatan yang
bertujuan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat dan akhir sekali menekankan disiplin
ilmu yang berpusat pada bahan pelajaran. Ketiga-tiga aspek tersebut harus dipertimbangkan
dan dijadikan sebagai rujukan dalam penentuan objektif umum yang dipengaruhi oleh lima
faktor iaitu pengembangan kemampuan berfikir, membantu memperoleh informasi,
pengembangan sikap masyarakat, pengembangan minat murid dan pengembangan sikap
sosial.
Selain itu, komponen kedua ialah kandungan kursus atau isi pelajaran yang mengandungi
beberapa prinsip yang harus diambil kira oleh para guru dalam penentuan kandungan bagi
merealisasikan model kurikulum Tyler dalam PdP iaitu prinsip kesinambungan, prinsip
ketertiban dan prinsip kesepaduan. Dari segi prinsip kesinambungan, ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dimiliki oleh seseorang pelajar sejajar dengan pertumbuhan fizikal
dan perkembangan mental dengan peningkatan usia mereka. Oleh itu, guru boleh
melaksanakan proses kurikulum yang mempunyai kesinambungan dari peringkat asas
sehinggalah ke tahap yang lebih tinggi agar dapat mencapai objektif yang ditetapkan. Prinsip
ketertiban merupakan pelajaran yang berterusan dan berturutan dengan pengalaman isi
pelajaran yang diterima melalui kemahiran dan nilai. Jadi, ilmu itu berkembang lebih meluas
dari semasa ke semasa oleh pendedahan daripada guru kerana adanya prinsip ini. Prinsip
kesepaduan pula menetapkan pengalaman pembelajaran dihubungkait antara satu sama lain
supaya pembelajaran lebih berkesan dan menyeluruh. Contohnya, guru boleh mengaitkan
pelajaran menambah serta menolak di tahun satu dengan pelajaran menambah dan menolak
ditahun dua untuk memantapkan pengalaman itu di tahun 3.
Dalam komponen tatacara atau kaedah penyampaian pelajaran, menurut Tyler lagi ada
beberapa prinsip dalam menentukan pengalaman proses belajar pelajar. Pertama,
pengalaman pelajar harus sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai. Oleh itu, guru harus
mengambil kira latar belakang pelajar. Selain itu, guru harus mempertimbangkan
pengetahuan sedia ada yang dimiliki oleh pelajar untuk pembelajaran seterusnya. Kedua,
setiap pengalaman belajar harus memuaskan pelajar. Contohnya, pembelajaran akan
melibatkan interaksi antara pelajar dengan persekitaran atau sumber belajar yang bertujuan
untuk membentuk sikap, pengetahuan dan keterampilan sehingga membentuk tingkah laku
yang baik. Ketiga, setiap rancangan pengalaman pembelajaran sebaiknya melibatkan pelajar.
Oleh sebab itu, proses pembelajaran perlu disusun secara berkesan agar dapat memberikan
gambaran terhadap pelaksanaan kegiatan belajar pelajar. Keempat, mungkin dalam satu
pengalaman belajar dapat mencapai tujuan yang berbeza. Contohnya, guru perlu
menentukan aktiviti pembelajaran pada tujuan yang lebih umum kepada khusus berdasaran
tujuan yang ditetapkan.
Komponen yang juga merupakan prinsip yang terakhir ialah penilaian yang merupakan
langkah terpenting dalam model Tyler untuk menentukan pembinaan kurikulum tercapai
ataupun tidak. Guru boleh membuat penilaian pada pelbagai peringkat untuk mendapatkan
bukti keberkesan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah di nyatakan. Penilaian
yang dilihat ialah dari segi objektif perubahan tingkah laku pelajar hendaklah sesuai dengan
tujuan pendidikan yang telah ditetapkan. Penilaian sebaiknya menggunakan lebih dari satu
alat penilaian dalam suatu waktu tertentu seperti penilaian sumatif dan penilaian formatif.
Penilaian sumatif digunakan untuk memperoleh data tentang pencapaian akhir pelajar seperti
PMR dan SPM. Manakala Penilaian formatif adalah untuk melihat keberkesanan proses
pembelajaran seperti kuiz kerja kursus dan ujian aktiviti.
Mengikut Taba, konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan bahan-
bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai. Penyusunan maklumat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini. Model ini menerangkan
bahawa seseorang pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran atau
pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut;
menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan, menggolong
dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya, membuat
generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu, dan
mengaplikasi generalisasi yang diperolehi.
Oleh yang demikian, dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang
pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang
berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai. Model kurikulum taba ini, guru
merupakan orang yang paling berperanan.
Antara contoh yang kita boleh lihat apabila guru memberikan murid-murid satu topik
secara umum lalu guru meminta murid membuat pemerhatian tentang ciri-ciri persamaan dan
perbezaan maklumat tersebut secara spesifik. Seterusnya mereka diminta membuat
klasifikasi atau mengkategori maklumat berdasarkan kepada ciri-ciri maklumat tersebut.
Daripada maklumat yang telah diklasifikasi atau dikategorikan, murid akan membuat satu
generalisasi atau kesimpulan dan akhirnya diaplikasikan dalam situasi yang baru.
Model ini sesuai digunakan untuk mencapai objektif atau hasil pembelajaran yang
melibatkan bandingbeza data, mengkategori, menganalisis data dan mengaplikasi prinsip.
Tiga langkah pemikiran induktif digunakan iaitu pembentukan konsep, menginterpritasi data
dan mengaplikasi prinsip. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah ini dalam pengajaran
dan pembelajaran untuk menjadikan objektif pembelajaran tercapai secara berkesan.
Kesimpulannya, kedua-dua model objektif ini menekankan pembinaan objektif namun
prosesnya sahaja yang terbalik antara model Tyler dengan model Taba. Model tyler bersifat
deduktif iaitu arahan atau format kurikulum diturunkan dari pihak atasan dan ia dikatakan
terlalu rigid kerana guru perlu mengikut skema yang diberikan. Berbeza dengan Model hilda
taba objektif kurikulum bermula dari bawah iaitu guru, pelajar dan masyarakat. Oleh itu, guru
dapat merealisasikan prinsip-prinsip tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas.
SOALAN 7
Bincangkan peranan IPGM dalam melahirkan bakal guru yang kompeten dan berkualiti tinggi.
Huraian hendaklah disertakan dengan contoh yang relevan.
PENGENALAN :
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan sebuah insitut pendidikan yang melatih
bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. MISI IPG Institut Pendidikan Guru adalah, melahirkan
guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembagunan guru yang dinamik ke arah
pendidikan sekolah bertaraf dunia. DASAR KUALITI adalah, ″Untuk menyediakan perkhidmatan
Pengurusan Pendidikan Keguruan secara professional, cekap dan berkesan untuk menghasilkan guru
yang berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi IPG serta
Falsafah Pendidikan Negara.Oleh itu, terdapat beberapa peranan IPGM dalam melahirkan bakal guru
yang kompeten iaitu, bakal guru yang cekap dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dengan
sempurna serta berkualiti tinggi.
Peranan 1 : IPGM berperanan dalam melahirkan guru yang mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional,
dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.
Huraian : Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada
para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar.
Oleh itu, perlu untuk bakal guru mempunyai kualiti keperibadian untuk melahirkan pelajar yang berkualiti kelak.
Contoh : Dalam IPGM, bakal guru digalakkan untuk melibatkan diri dalam kelab dan persatuan sebagai satu medium
untuk meningkatkan lagi sifat dan kualiti peribadi mereka. Contohnya, penglibatan guru dalam Persatuan Pembimbing
Rakan Siswa (PRS) akan meningkatkan lagi bakal guru tersebut dengan kemahiran dalam bidang sosial iaitu pergaulan.
Peranan 2 : IPGM beperanan dalam melahirkan bakal guru yang bijak dalam mengakses maklumat serta mengaplikasi
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Huraian : Bakal guru perlu menyiapkan diri dengan kemahiran mengakses maklumat serta mengaplikasi teknologi
maklumat. Hal ini demikian kerana, pendidikan abad ke-21 memerlukan ciri guru yang mahir dalam penggunaan teknologi
terkini. Sesuai dengan anjakan ke 7 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Rangkaian ini berfungsi sebagai asas kepada pembinaan platform pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru,
murid, dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif, dan
berkomunikasi secara maya.
Contoh : IPGM beperanan dalam mendedahkan bakal guru dengan cara untuk mengakses maklumat berkaitan kerja
kursus dengan berkesan melalui pengajaran serta mereka juga berperanan dalam memperkenalkan cara untuk
menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik dengan menggunakan teknologi terkini.
Peranan 3 : IPGM berperanan dalam melahirkan guru yang memahami perkembangan murid dan
mempunyai sifat kasih sayang terhadap murid.
Huraian : Dengan adanya pengetahuan mengenai peringkat perkembangan kanak-kanak dalam setiap
diri guru pelatih, maka secara tidak langsung guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid-murid
yang sedang mengalami proses perkembangan atau kematangan. Secara automatik, apabila terdapat
murid yang mempunyai masalah disiplin seperti, bertindak kasar dengan guru dan sebagainya, emosi
guru itu tidak akan terpengaruh dan guru tersebut dapat membuat suatu tindakan secara rasional dan
berada di paras sedar.
Contoh : mendedahkan guru pelatih dengan ilmu-ilmu tentang peringkat-peringkat perkembangan
manusia iaitu, melalui pembelajaran kursus perkembangan kanak-kanak.
Peranan 6 : IPGM berperanan dalam memperkaya dan mempelbagaikan pengalaman guru pelatih
Huraian : pengalaman guru pelatih yang berbagai membolehkan mereka untuk lebih bersedia dalam
menghadapi dunia yang sebenar sewaktu mereka melangkah ke alam perguruan kelak.
Contoh : IPGM menyokong pelajar untuk melakukan aktiviti – aktiviti luar dengan cara, memberi
perlepasan kepada pelajar sama ada pada peringkat rendah, seperti mengadakan lawatan ke IPG lain
di Malaysia atau pada peringkat yang lebih tinggi iaitu mengadakan lawatan ke luar negara untuk
berkunjung ke institusi-institusi pendidikan atau sekolah di negara tersebut. Tujuan kunjungan atau
lawatan ini adalah supaya guru-guru pelatih mendapat pengalaman bermakna dari segi, pemerhatian
kaedah dan teknik mengajar yang berkesan dan menarik yang telah digunakan oleh tenaga pengajar
di sana untuk diaplikasikan apabila berada dalam bilik darjah kelak. Contohnya, benchmarking.
Perbezaan
Ralph Tyler
Pelopor Lawrence Stenhouse
Hilda Taba
Spesifik Dinamik
Bersifat eksplisit Kandungan Adanya interaksi
Boleh diukur
Berlandaskan matlamat
pendidikan – FFG,FPK
1. Dalam perancangan
1. Objektif kurikulum
2. Kandungan 2. Dalam perancangan
Komponen kurikulum
3. Kaedah empirical
4. Penilaian 3. Dalam perancangan
proses
- Menggalakkan
- Berbentuk sumatif / pengujian secara
formatif kritis
Penilaian
- Menggunakan - Proses
instrumen pembelajaran
diutamakan
Model objektif lebih menitikberatkan pada bagaimana mengembangkan kurikulum sebagai suatu
proses perbaikan dan penyempurnaan kurikulum.
Implikasi model objektif terhadap peranan guru adalah apabila Hilda Taba menyatakan
bahawa guru-guru yang mengajar atau melaksanakan kurikulum harus mengambil bahagian dalam
membangunkan kurikulum .
Model objektif juga memberi implikasi terhadap peranan guru dalam menentukan isi
kandungan atau bahan bagi mencapai tujuan kurikulum serta berdasarkan pengalaman-pengalaman
yangtelah dimiliki oleh pelajar. Bahan yang dipelajari pelajar disusun pada unit-unit yang dapat
menggambarkan suatu urutan pengalaman serta dapat memudahkan dalam implementasi dan
memberikan gambaran terhadap penilaian pembelajaran.
Peranan guru yang seterusnya adalah guru menentukan bagaimana menyesuaikan
pengalaman-pengalaman belajar yang telah ditentukan itu ke dalam aktiviti belajar. Dalam proses
itu,guru seharusnya melibatkan pelajar dalam aktiviti bagi pengalaman yang bermakna kepada pelajar.
Seterusnya, pengujian perlu dilakukan untuk melihat kesesuaian antara isi, pengalaman belajar dan
cara belajar. Oleh yang demikian. Taba tidak menentukan jenis penilaian ia bergantung pada
kebijaksanaan guru.
Guru juga perlu menentukan penilaian pembelajaran. Dalam langkah ini, guru perlu lebih
kreatif dalam membentuk alat pengujian dalam menilai hasil aktiviti yang dijalankan Ini kerana
langkah penilaian ini menentukan sama ada tujuan yang ditentukan pada awal pembinaan kurikulum
tercapai ataupun tidak. Penilaian harus menilai apakah telah terjadi perubahan tingkah laku pelajar
sesuai dengan tujuan pendidikan yang telah dirumuskan.
Manakala model proses pula, ia tidak bermula dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran sebagai komponen utama dalam sesuatu kurikulum. Model proses menekankan
pembelajaran berpusatkan murid. Dalam menjayakan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar,
aspek minda pelajar dan tenaga pengajar serta pendekatan aktiviti P&P perlu selaras
dengan falsafah pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan pelajar.
Dalam model proses, guru memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan
pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000).
Seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri. Maka, guru perlu
mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan iaitu dengan
bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber dan bahan
pengajaran mereka sendiri, guru hanya memantau. Contohnya dengan mencadangkan bahan- bahan
pengajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya
memberikan pemahaman konsep baru yang mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan
interaksi sosial; menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber dan
menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.
Guru hendaklah memupuk sikap positif seperti bekerjasama, bertolak ansur dan
tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai. Hal ini berlaku sekiranya guru
menjalankan kaedah koperatif iaitu pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar
dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya.
Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk
membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif. Guru juga digalakkan
untuk menerapkan nilai murni dalam setiap pengajaran dan pembelajaran mereka. Bukan
sahaja pelajar mendapat ilmu pendidikan malahan juga mendapat ilmu nilai murni yang dapat
diterapkan dapat kehidupan seharian murid.Nilai merupakan antara perkara yang penting pada
masa kini kerana ia digunakandalam kehidupan seharian murid. Tidak kira semasa
berhubung dengan keluarga mahupun dengan masyarakat luar.
SOALAN 9
Buat perbandingan antara Falsafah Tradisional dan moden. Jelaskan secara terperinci
beserta contoh yang sesuai aspek ontologi dan epistemologi yang menjadi pegangan
bagi kedua-dua mazhab tersebut (tradisional dan moden).
Tradisional
Kaedah mengajar:
Ditaktor
Murid: Penerima
ilmu
Kaedah mengajar:
Ditaktor
Murid: Penerima
ilmu yang bersifat
pasif
Moden
Kaedah mengajar:
Induktif
Murid: Mencari
ilmu dan bersifat
aktif
Kaedah mengajar:
Berpusatkan murid
Murid: Berani
mencuba dan
bersifat aktif
Kaedah mengajar:
Berpusatkan murid
dan aktiviti
Murid: Penerima
ilmu yang bersifat
pasif
SOALAN 11
Jelaskan secara terperinci beserta contoh-contoh yang relevan terhadap elemen-elemen yang
terkandung dalam FPK.
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara
sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas
prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat
yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.
Elemen kedua ialah memperkembangkan potensi individu. Setiap individu telah diberkati
Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan
seelok-eloknya dicungkil, dipupuk dan dikembangkan dan dipertingkatkan. Bakat, potensi dan
kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. Contohnya, di
sekolah, terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang telah diwujudkan bagi memberi keseimbangan
dalam akademik dan aktiviti luar. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang
bakat, potensi dan kebolehan mereka. Contohnya, sebuah sekolah yang berunsurkan kesenian iaitu
Sekolah Seni Kuching mengadakan kelas pada sebelah pagi dan pada sebelah petang, pelajar akan
dibahagikan beberapa aktiviti yang telah mereka pilih mengikut minat mereka.
Elemen ketiga ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Bakat, potensi
dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau
diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Contohnya, potensi dari sudut
intelek tidak boleh dipisahkan dengan potensi kerohanian. Pelajar yang bijak adalah tidak seimbang
tanpa ada norma-norma kemanusiaan seperti kasih sayang sesama manusia dan menghormati orang
lain. Contoh lain, potensi rohani dan jasmani dalam satu-satu aktiviti tidak boleh dipisahkan dengan
kemahiran bersosial semasa bermain secara berpasukan seperti sifat-sifat kerjasama dalam
permainan. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi 4 aspek, iaitu intelek, rohani,
emosi dan jasmani (JERI). Contohnya, bidang mata pelajaran seperti matematik dan bahasa untuk
tujuan komunikasi, bidang Pendidikan Agama Islam, moral, geografi dan sains, Muzik, pendidikan
Jasmani dan kesihatan, kokurikulum dan bidang kemahiran-kemahiran manipulatif untuk
memperkembangkan potensi individu secara bersepadu.
Elemen keempat ialah mewujudkan Insan yang seimbang dan harmonis. Keseimbangan
antara keempat-empat aspek (JERI) akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis
dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran
hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.
Dalam aspek intelek, individu perlu mempunyai kemahiran asas 3M, berkemahiran untuk
berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Pelajar sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain dan
persekitaran. Kejayaan intelek bukan hanya bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah
kejayaan merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan
berdikari. Contohnya, apalah gunanya cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak
mampu hidup berdikari dan berfikiran rasional untuk membuat keputusan yang bijak bagi menentukan
masa hadapan.
Dalam aspek rohani, individu menyedari dan percaya kepada Tuhan, bersyukur dengan
pemberian Tuhan, berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Contohnya, matapelajaran
agama Islam di sekolah kebangsaan memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain
(JQAF). Bagi pelajar yang bukan Islam pendidikan moral sudah cukup tetapi amali haruslah diutamakan
dalam proses PdP agar ianya dapat dipraktikan di luar.
Dalam aspek emosi, individu mempunyai emosi yang matang dan stabil, memiliki dan
memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. Terdapat situasi di
mana seseorang yang sihat tubuh badan tetapi bila menghadapi cabaran cepat panas baran, putus
asa atau pun bunuh diri. Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga ditubuhkan di setiap
sekolah di mana ahlinya dipilih di kalangan pelajar-pelajar untuk membantu pelajar-pelajar yang
mempunyai konflik emosi dalam diri mereka.
Dalam aspek jasmani, individu menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal,
mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Selain itu individu turut
menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Contohnya, subjek
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta aktiviti dalam
Kelab dan Persatuan seperti Kelab Kebudayaan yang melibatkan gerakan dan kemahiran.
Elemen ketujuh ialah Rakyat Malaysia yang berketrampilan. Ianya bermaksud mempunyai
kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Individu
juga akan berpandangan jauh dan berinisiatif serta berpembawaan diri yang baik. Sebagai contoh,
pakaian pelajar perlu kemas dan mengikut kod etika pakaian serta harus mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan. Selain itu, pelajar didedahkan dengan kemahiran dan kecekapan dalam menjalankan
sesuatu tugas atau amanah.
Elemen kelapan ialah Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Individu yang mempunyai
perwatakan diri yang baik dan Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Di
sekolah, komuniti sekolah ditekankan ymengamalkan nilai-nilai murni seperti bersopan santun, berbudi
bahasa, jujur, amanah, berintergriti dan sebagainya. Perlu diterapkan kepada rakyat Malaysia sejak
dari peringkat sekolah lagi supaya ia sebati di dalam jiwa rakyat Malaysia.
Elemen yang ke-9 ialah Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Rakyat boleh dipercayai dan
menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan
dengan baik. Individu menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap serta mematuhi peraturan
dan undang-undang negara. Individu perlu berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat
agama, bangsa dan negara. Contohnya, pelajar sedar dan melakukan tugas sebagai murid dan
tanggungjawab sebagai anak kepada ibubapa. Para pendidik bertanggungjawab ke atas pencapaian
akademik dan sahsiah pelajarnya.
Elemen yang kesepuluh ialah Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri.
Individu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi serta berkebolehan untuk mengharungi
liku-liku hidup. Selain itu individu senantiasa Berfikiran waras dan berjiwa tenang. Contahnya, menilai
kesan dan akibat, baik dan buruk apabila membuat sesuatu pertimbangan. Individu dengan tubuh
badan sihat berkemahiran lebih dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain.
Elemen ke-11 ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara. Rakyat berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui
sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan dan hormat menghormati. Individu juga mempertahankan
maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. Contohnya, pendidik dan pelajar berusaha untuk
memajukan diri bagi mencapai taraf pendidikan peringkat dunia. Setiap Individu juga memahami dan
menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup.
Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian
dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana elemen-
elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras kehendak
negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.
SOALAN 12
Pendidikan abad ke 21, menuntut warga guru memiliki beberapa ciri khusus yang penting bagi
menangani keperluan dan tuntutan global. Bincangkan secara kritis tentang peranan anda
sebagai pendidik secara holistik sesuai dengan kehendak FPK.
Pada masa kini, pelbagai cabaran dan isu yang perlu dihadapi oleh guru. Cabaran yang
memperjudikan maruah, nilai, semangat, pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan.
Guru yang memahami dan menghayati peranan sebagai pendidik adalah guru yang berkualiti dan
mampu menghadapi setiap cabaran. Selain itu, guru perlu menyedari dan memahami serta
menerapkan akauntabiliti guru yang terkandung dalam 3 Citra dimensi Model Konseptual Pendidikan
Guru iaitu Kendiri, Ketuhanan dan kemasyarakatan. Dengan kefahaman yang tinggi terhadap
tanggungjawab dan mengetahui apa yang perlu dititiberatkan, guru akan menyedari bahawa guru
berperanan sebagai pendidik yang selaras dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan.
Selain daripada itu, guru sebagai pendidik perlu mengamalkan P&P dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Guru khasnya memperkembangkan individu dan memelhara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Sudah termaktub dalam
elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa pendidikan akan membantu memperkembangkan
potensi individu dan melahirkan masyarakat yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. Oleh itu, guru yang mendidik murid-murid iaitu generasi yang akan memandu masa
hadapan perlulah sentiasa menerapkan dalam jiwa untuk memperkembangkan potensi murid dengan
merancang dan melaksanakannya dengan teratur dan bersungguh-sungguh. Tanpa kesungguhan
dalam memperkembangkan potensi individu, ekonomi dan pembangunan negara akan terbantut serta
matlamat dan hasrat pendidikan tidak tercapai. Hal ini kerana, potensi individu yang tidak
dikembangkan akan menurunkan pencapaian akademik dan akan mempengaruhi indeks
penganggguran negara. Sedar atau tidak, guru bukan sahaja perlu mengajar malah mendidik murid
untuk sentiasa mengetahui potensi masing-masing agar memilih jalan yang betul di masa hadapan.
Selain daripada itu, peranan guru bukan tertumpu pada individu tetapi kesan kepada masyarakat. Jika
individu diperkembangkan potensi, maka lahirlah sekumpulan masyarakat yang berpengetahuan dan
matang dalam memelihara perpaduan negara kerana seimbang dari setiap aspek. Imtihanya,
kefahaman guru sebagai pendidik ini akan menjadikan guru sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi
segala bentuk cabaran. Jika tidak, guru akan melahirkan anak didik yang akan menyumbang kepada
kemunduran negara.
Guru sebagai pendidik juga perlu menyemai dan memupuk amalan nilai murni dan etika
keguruan kepada murid selaras dengan tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.
Persoalannya, apakah keperluan nilai murni dan etika keguruan untuk menangani keperluan dan
tuntutan global? Perlu disedari bahawa, pelbagai perubahan akan berlaku terhadap murid generasi
akan datang. Mereka akan menghadapi kekurangan pemerhatian dan nasihat serta bimbingan
daripada penjaga kerana kesibukan kerja untuk menyara hidup yang kian meningkat. Oleh itu, murid-
murid generasi akan datang mungkin akan bergantung sepenuhnya kepada guru untuk membimbing
mereka kea rah yang lebih baik khususnya dalam menerapkan nilai-nilai murni. Justeru, guru perlu
menerapkan nilai murni dalam diri dan menunjukkan teladan yang baik agar murid mendapat contoh
yang baik dan tidak tenggelam dalam jenayah yang akan kian menular. Disamping itu, persekitaran
murid generasi akan datang akan berbeza dengan masa kini dari aspek pergaulan sosial dan
persekitaran yang akan mencabar emosi dan kognitif. Contohnya, murid akan menghadapi masalah
dalam mempunyai rakan yang terlibat dalam penagihan dadah dan seumpamanya. Peranan ini
bertepatan dengan elemen yang ada dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan dapat
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Oleh yang demikian, guru perlu mempersiapkan diri
untuk menjadi pendidik yang meberi contoh teladan yang baik serta menerapkan nilai murni dalam diri
dan murid agar dapat menghadapi cabaran di masa akan datang khususnya dari aspek rohani dan
emosi.