Anda di halaman 1dari 5

Masa yang ada….

59. Masa yang ada masa dan masa yang ditentukan

Bila engkau pastikan bahawa bahan masa


ditentukan dan diketahui melalui ilusi,

Seumpama alam semulajadi dalam memberi kesan kuasanya


Sumber alam semulajadi dan masa adalah tidak wujud.

Perkara-perkara ditentukan dengannya, tetapi ia tidak


mmeiliki sumber yang dengannya ia diputuskan.

Akal tidak mampu menyaksikan bentuknya


kerana sebab itu, kami katakan masa adalah ilusi.

Seandainya bukan kerana 'tiada-hubungan', kewujudan Allah tidak akan jadi


ditentukan olehnya. Maka Dia meninggi di dalam hati.

Bila kamu adil dengan akar masa daripada sebelum-masa


keputusannya ialah azali, dan ia dikawal.

Seperti kekosongan yang sambungannya tidak ada kesudahan dalam


badan lain melalui ilusi dan penjelmaan dalamnya.
 

[Kepertamaan Yang Haq dan Wujud-Nya dan kepertamaan alam maya dan wujudnya]

Ketahuilah, mula-mulanya, bahawa Allah adalah Permulaan dan tiada yang lain
mendahului-Nya, dan tiada apa yang bergantung kepada-Nya memiliki kepertamaan tidak juga
ada sesuatu yang mempunyai sempadan yang sama dengan-Nya. Dia adalah Esa - maha suci
Dia! dalam kepertamaan-Nya. Tidak ada sesuatu yang wujudnya perlu dengan dirinya sendiri
melainkan Dia. Dia Kaya dengan Zat-Nya, tidak memerlukan kepada sesiapapun. Allah
berfirman, 
"Allah itu Kaya daripada sebarang keperluan daripada sesiapa" (3:97) melalui bukti lojik
dan Syariat.

Jadi wujud alam ini mestilah samada memiliki kewujudannya yang daripada Allah kepada
Diri-Nya, atapun perkara tambahan yang bukan Dia kerana, seandainya itu adalah Dia, maka
tidak ada tambahan. Sekiranya itu adalah Dia, ia akan menjadi perkara yang kompleks dalam
dirinya dan kepertamaan akan menjadi kepunyaan perkara tambahan itu. Kami telah tetapkan
bahawa tiada kepertamaan kepada apa sahaja dengan-Nya dan tidak juga sebelum-Nya.

Oleh kerana perkara tambahan itu bukan Diri-Nya, ia mestilah wujud atau tidak wujud. Adalah

1/5
Masa yang ada….

mustahil ia menjadi tidak wujud. Yang tidak wujud tidak dapat memiliki kesan untuk membawa
kepada kewujudan dalam apa yang dinyatakan sebagai tidak wujud, iaitu alam maya. Jadi
tidaklah daripada kedua-duanya itu yang lebih memiliki kesan membawa kepada kewujudan
melebihi yang satu lagi kerana kedua-duanya adalah tidak wujud. Yang tidak wujud tidak
memberi kesan kerana ia tidak ada.

Adalah mustahil ia menjadi wujud. Maka dalam itu ia semestinya samada menjadi wujud
dengan dirinya atau tidak. Mustahil wujudnya terjadi dengan dirinya, kerana bukti sudah
dinyatakan tentang mustahil di sana ada kewujudan dua yang wujudnya perlu buat diri mereka.
Maka hanya tinggal kewujudannya oleh yang lain daripada dirinya, dan tidak ada makna bagi
kemungkinan alam maya melainkan kewujudannya adalah oleh yang lain daripadanyha. Jadi ia
adalah alam atau daripada alam.

Seandainya kewujudan alam maya ini adalah daripada Allah melalui hubungan tertentu,
sekiranya bukan kerana hubungan itu, alam maya ini tidak mungkin wujud. Hubungan itu
dipanggil kehendak atau kemahuan atau ilmu atau apa sahaja yang kamu suka daripada
kewujudan itu pada keperluan yang harus. Jadi tanpa keraguan Yang Haq lakukan sesuatu
melalui hubungan tersebut. Keperluan tidak memberi makna melainkan ini, dan ia adalah
mustahil bagi Allah. Allah berfirman, 
"Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesiapapun" (3:97).

Sekiranya dikatakan apa yang dimaksudkan dengan hubungan ini sama seperti Zat-Nya, kami
katakan benda ini tidak memrlukan dirinya. Dia kaya dengan diri-Nya. Maka yang memerlukan
adalah yang tidak berpunya. Semua itu bagi Allah adalah mustahil. Kami nafikan perkara
tambahan. Itu memestikan bahawa kewujudan alam maya ini, oleh kerana ia wujud daripada
yang selainnya, terikat dengan Keperluan kewujudan dengan Diri-Nya. Adalah mustahil sumber
yang harus memebri kesan kepada Keperluan kewujudan melalui Diri-Nya dengan
pembawaan-kepada -kewujudan. Perkara ini hanya mampu difahami demikian.

Kehendak, kemahuan, ilmu dan kuasa-Nya adalah Zat-Nya. Allah meninggi atau melampaui
dalam Zat-Nya. Sesungguhnya, Dia memiliki kesatuan yang mutlak, dan Dia yang Esa, yang
Tunggal, Allah, as-Samad 
"yang tidak beranak"
yang seharusnya menjadi yang terdahulu 
"tidak juga diperanakkan"
yang menjadi hasil, 
"dan tiada sesuatu menyamai-Nya" (112:3-4), 
maka kewujudan alam maya oleh-Nya adalah daripada dua dasar - daripada Yang Haq dan
yang bersamaan. Allah melampaui sesuatu!

Demikianlah Dia nyatakan Diri-Nya dalam Kitab-Nya apabila Rasulullah s.a.w ditanya tentang
sifat Tuhannya. Kemudian Surah al-Ikhlas diturunkan dan bebaskannya daripada
dipersekutukan dengan yang lain. Allah melampaui penyifatan dan gambaran yang murni itu.
Tiada apa yang Dia nafikan atau isbatkan dalam surah ini tetapi pengisbatan atau penafian itu
adalah apa yang sebahagian orang katakan tentang Allah.
 

2/5
Masa yang ada….

[Hubungan azali dengan Allah seeprti hubungan masa dengan yang fana]

Kami telah terangkan bagaimana kita wajib berkehendak kepada-Nya - dan Dia adalah allah,
maha suci Dia! Kami akan perjelaskan lagi. Ketahuilah hubungan azali dengan Allah adalah
umpama hubungan amsa dengan kita. Hubungan azali adalah sifat negatif tanpa sumber.
Kewujudan bukan daripada hakikat ini. Jadi masa adalah kepunyaan yang harus dengan
hubungan yang kewujudannya ilusi, bukan wujud, kerana dalam hal apa sahaja yang kamu
boleh bahagikan, kamu boleh tanya "bila" mengenainya. Bila adalah soalan tentang masa,
masa mestilah perkara yang ilusi, bukan wujud. Kerana sebab ini, Allah menunjukkan kepada
Diri-Nya apabila Dia berfirman, 
"dan Allah mengetahui segala perkara" (33:40) "dan kepunyaan Allah segala perintah
sebelum dan selepas" (30:4) . 
Dalam sunnah perkataan penanya disahakan bila dia bertanya, "Di manakah Tuhan kita
sebelum Dia ciptakan makhluk-Nya?" Sekiranya masa adalah perkara yang wujud dalamnya,
maka Allah yang melampaui pembatasan tidak boleh dipakai kerana prinsip masa
mengongkong-Nya. Maka kami perakui bahawa bentuk-bentuk ini tidak ada perkara kewujudan
di bawah mereka.
 

[Masa: mudah difahami dan terbukti]

Kemudian kami katakan manusia mempunyai pendapat yang berbeza tentang ungkapan
"masa" dan apa yang difahamkan dengannya dan dibuktikan dengannya. Orang yang bijaksana
menggunakannya dalam perkara yang berbeza-beza. Kebanyakan mereka mengatakan ia
adalah tempuh ilusi yang disilang oleh pergerakan sfera-sfera. Mutakallimun menggunakannya
kepada sesuatu yang lain: perbandingan dalam-masa kepada dalam-masa mengenai sesuatu
yang ditanyakan "Bila?" Orang Arab menggunakannya untuk memaksudkan malam dan siang.
Ia terkeluar dari tajuk ini. Malam dan siang membahagikan hari. Daripada terbitnya matahari
hingga terbenamnya dipanggil "hari siang", dan daripada terbenamnya hingga terbitnya
dipanggil "malam". Sumber yang dibahagikan ini dipanggil hari. Hari yang diperkatakan ini
menyatakan pergerakan yang lebih besar. Ianya hanya dalam kewujudan yang khusus
kewujudan Penggerak. ia bukanlah sumber masa. Hasil daripadanya ditujukan kepada masa
sebagai perkara ilusi yang tidak ada kenyataan.

Oleh kerana ini sudah dipastikan, yang mudah difahami yang ditentukan ditunjukkan oleh masa
yang ada. Dengannya minggu, bulan dan tahun dinyatakan. Mereka dipanggil hari-hari dan
ditentukan dengan hari kecil yang biasa yang dibahagikan kepada malam dan siang. "Masa
yang ditentukan" adalah apa yang menjadi tambahan kepada hari yang kecil ini yang
dengannya semua hari-hari besar ditentukan. Dikatakan, 
"pada hari yang ukurannya seribu tahun menurut hitungan kamu," (32:5) 
dan 
"pada hari yang ukurannya lima puluh ribu tahun hitungan kamu" (70:4).
 

[Bagaimana hari dikira pada zaman Dajjal]

3/5
Masa yang ada….

Rasulullah s.a.w bersabda, 


"Pada hari Dajjal, satu hari seumpama setahun, satu hari umpama satu bulan, dan satu
hari umpama satu minggu, dan semua hari-harinya adalah seperti hari kamu." 
Ini mungkin disebabkan oleh ketakutan yang amat sangat. Baginda membuang kesamaran
secara zahir pada akhir hadis bila Aisyah berkata, "Bagaimana seseorang lakukan sembahyang
pada hari itu?". Baginda s.a.w menjawab, "Seseorang itu akan tentukan". Sekiranya bukan
kerana perkara itu dalam pergerakan sfera-sfera  masih ada apa yang telah ada tanpa
diganggu, ianya tidak sah ia ditentukan dengan jam yang melalui bentuknya orang yang
berpengetahuan tentang ini bertindak dan melaluinya mereka tahu masa pada hari yang
dipenuhi oleh awan bila matahari tidak terbit.

Pada permulaan kemunculan Dajjal, akan ada banyak awan dan ia akan mengikuti yang lain
hingga ke tahap kewujudan siang dan malam kelihatan sama kepada pandangan mata. Itu
merupakan sat daripada bentuk yang jarang berlaku akan berlaku pada masa hampit kiamat.
Awan-awan yang berbondong-bondong itu akan datang di antara kita dengan langit, tetapi
pergerakan langit adalah seperti biasa. Jadi pergerakan akan muncul dalam peekrjaan yang
sebenar yang akan diketahui oleh mereka yang bertugas dengan ilmu mengenai kemunculan
dan lakaran bintang-bintang. Dengannya mereka tentukan malam dan siang dan jam bagi
sembahyang tanpa keraguan.

Jika hari itu yang satu tahun seperti satu hari, ianya tidak diwajibkan bagi kita untuk tentukan
sembahyang. Kita menantikan tengahhari menurut matahari. Jika ia tidak turun, kita tidak
lakukan smebahyang Zuhur. Jika matahari berhenti dan tidak turun selama dua puluh ribu
tahun, Allah tidak mewajibkan kita sesuatu yang lain. Bila Pemberi peraturan perintahkan kita
beribadat menurut ketentuan, kita tahu bahawa pergerakan sfera-sfera ada dalam kawasan itu
dan strukturnya tidak rosak.
 

[Satu masa (zaman fard) dan satu jauhar]

Kami telah nyatakan apakah masa itu dan apakah maksud hubungan kewujudannya dan
hubungan ketentuan. Di sana ada banyak hari-hari, keduadua-nya kecil dan besar. Yang paling
kecil di antara mereka ialah satu masa yang berdasarkan kepadanya muncul 
"setiap hari Dia di dalam urusan" (55:29). 
Satu masa (zaman fard) dipanggil satu hari kerana "hal" yang diperkatakan mengenainya
adalah masa yang paling kecil dan paling halus. Tidak ada sempadan bagi hari-hari yang besar
yang padanya ia berhenti. Di antara mereka ialah hari pertengahan, yang pertama ialah hari
biasa diketahui umum yang dibahagikan kepada jam. Jam dibahagikan kepada minit dan minit
dibahagikan kepada saat dan seterusnya sehingga ke infiniti bagi sesetengah manusia. Mereka
bahagikan minit kepada saat. Bila keputusan nombor-nombotr memasuki mereka,
keputusannya ialah nombor itu dan nombor tidak berakhir  maka pembahagian juga tiada
kesudahan.

Sebahagian manusia bercakap tentang akhiran dalam yang demikian dan melihatnya dalam
hubungan nombor. Merekalah yang menyatakan masa ada sumber kewujudan. Semua yang
masuk kepada kewujudan sampai kepada akhirannya tanpa keraguan lagi. Yang berlawanan

4/5
Masa yang ada….

dengan mereka mengatakan "yang dinomborkan" oleh kerana ia dinomborkan, tidak masuk ke
dalam kewujudan maka ia tidak digambarkan sebagai pergi kepada akhiran kerana nombor
tidak digambarkan sebagai berakhir. Mereka yang menafikan "zat yang satu (satu jauhar)"
membawa ini sebagai hujah. Tubuh dibahagikan terus menerus dalam akal. Ianya hanya
perkara yang dipertikaikan oleh mereka yang membuat spekulasi yang kurang dalam
pertimbangan yang wajar dan penyelidikan dalam apa yang dibuktikan oleh ungkapan. Ianya
berhubung dengan hadis yang sahih bahawa masa (dahr) adalah salah satu nama Allah.
Keadaan masa yang mudah difahami sudah diketahui umum dan kami akan nyatakannya,
Insya' allah, dalam buku ini. "Allah katakan yang benar dan memimpin ke jalan yang benar". 

5/5

Anda mungkin juga menyukai