Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS SWOT PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Umum mengetahui bahawa untuk membentuk modal insan yang berguna bukanlah
sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada
agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga
menekankan manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi
setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-
kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi
terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa ‘up to
date’ dengan mengamalkan adab-adab yang terpelihara. Justeru, saya sebagai seorang guru
pada masa hadapan dapt mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya Program
BIna Insan Guru ini.
Sepanjang Program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri pelatih yang
mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain sewaktu melakukan aktiviti bersama.
Program ini telah berjaya memecahkan tembok di antara kami apabila kami mula bercampur
dan bersama-sama memastikan segalanya berjalan lancar sepanjang program ini. Malah, ini
juga dapat dilihat sewaktu aktiviti kembara di mana pelatih saling bekerjasama untuk
mendaki bukit bersama-sama tanpa meninggalkan seorang pun. Selain daripada itu, sifat
keyakinan dan keberanian dalam diri juga dapat dipertingkatkan melalui aktiviti yang
dijalankan sama ada di darat mahupun di air. Keberanian adalah satu tindakan dalam
memperjuangkan sesuatu dengan cara menghadapi segala yang menghalanginya
(Irons,2016). Aktiviti seperti water confident merupakan salah satu contoh aktiviti yang
mempertingkatkan lagi keberanian dalam diri seorang guru pelatih.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang saya dapati sepanjang
program ini berlangsung. Misalnya, pengurusan Ahli Jawatankuasa Induk dan Kecil.
Meskipun, kami telah mengadakan mesyuarat sebelum program BIG ini berlangsung, masih
terdapat ahli jawatankuasa yang keliru mengenai skop tugasannya dan tidak kurang juga
yang mengambil kesempatan dengan memberi seribu satu alasan untuk tidak menghadiri
mesyuarat. Justeru, saya mencadangkan agar pengerusi mengambil kehadiran setiap kali
mesyuarat diadakan. Di samping itu, saya kini sedar bahawa saya kurang keyakinan dan
cepat gementar semasa di hadapan khalayak ramai walhal Hamzah (2013) telah
menyatakan bahawa keyakinan seorang guru akan menjejaskan pengajaran dan
pembelajaran beliau dalam kelas.

1
Peluang yang saya dapat melalui program BIG ini adalah pendedahan diri kepada
budaya masyarakat desa. Aktiviti kembara telah mendedahkan saya kepada satu dunia
baru di mana kini saya merasa amat bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan Tuhan.
Melalui pendedahan seperti ini, bakal pendidik tidak lagi kekok apabila bertugas di
pedalaman sejajar dengan tanggungjawab seorang guru yang tidak mengira lokasi dalam
berkhidmat mendidik anak bangsa. Selain itu, saya juga berpeluang meningkatkan potensi
diri dalam menguruskan program sekolah. Aktiviti Khidmat Komuniti dan Interaksi
bersama Sekolah yang telah diadakan bersama murid-murid di SK Darulaman Heights dapat
saya katakan diurus dengan baik dan lancar.
Namun demikian, di sebalik gelak tawa ceria kami, terdapat beberapa ancaman yang
kami hadapi sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas program ini. Antaranya adalah
persaingan masa dengan praktikum. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama
kami buat kedua program BIG dan praktikum, justeru kami tidak dapat menguruskan masa
dengan baik. Malah, hal ini telah menyukarkan kami untuk duduk di satu tempat dan
berbincang sesame ahli jawatankuasa. Berikutnya adalah melibatkan fenomena alam iaitu
cuaca buruk. Cuaca buruk telah menyebabkan perjalanan aktiviti kembara lebih mencabar
kerana perjalanannya yang licin dan ini telah menyukarkan perjalanan kami.