Anda di halaman 1dari 1

Gangguan emosi dalam kalangan murid tidak seharusnya dipandang ringan oleh

guru dan ibu bapa. Guru yang profesional dan bertanggungjawab seharusnya prihatin
dan sensitif dengan perubahan diri murid yang mengalami gangguan emosi.
Seterusnya guru perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu murid
bagi mengatasi gangguan emosi tersebut. Di antara langkah-langkah yang boleh
dilaksanakan adalah berbincang secara peribadi dengan murid tersebut untuk
mengenalpasti punca gangguan emosi. Selain itu, guru boleh memberi perhatian dan
penghargaan yang sesuai kepadanya. Guru juga harus memberikan motivasi, dorongan
dan sokongan yang positif untuk meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri yang
mengalami masalah tekanan emosi. Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah
juga dapat membantu murid tersebut untuk mengurangkan rasa tekanan emosi. Guru
juga harus mengambil inisiatif untuk berbincang dengan ibu bapa atau penjaga untuk
mengetahui keadaan anak-anak mereka. Guru juga boleh mengamalkan sikap
demokratik di dalam kelas bagi memastikan murid berasa selesa dan selamat didalam
kelas. Akhir sekali, strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat
memenuhi kehendak dan keperluan murid agar dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif

Anda mungkin juga menyukai