Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas taqwa dan
keredhaan Allah SWT yang melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh
Al-Quran dan al-Sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang aman, harmoni dan
mendapat keampunan Illahi.1 Tamadun Islam pernah muncul sebagai sebuah kuasa empayar
yang teragung melalui penaklukan negara Eropah, India, Asia Tenggara dan sebagainya.
Tamadun Islam merupakan satu teladan yang baik kepada peradaban manusia dari segi
politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kewujudan tamadun Islam memiliki sebuah sejarah
yang dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat pada masa kini. Kelahiran Nabi
Muhammad SAW menjadi titik permulaan wujudnya sejarah Islam di rantau dunia ini. Perkara
ini secara tidak langsung telah mengakibatkan kepada wujudnya beberapa pemimpin-
pemimpin yang berkaliber yang menjalankan pemerintahan berasaskan pegangan agama
dan akidah. Kepimpinan dapat ditakrifkan sebagai satu keupayaan individu untuk memimpin
dan mempengaruhi pengikut bagi mencapai sesuatu matlamat2 Dalam sejarah dunia Islam,
semasa sistem pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, Umar Al-Khattab dan juga khalifah keenam
Bani Umaiyah iaitu Umar bin Abdul Aziz telah lahir dan melakukan banyak pembaharuan yang
menyumbang kepada masyarakat sehingga hari ini.

1
Abdullah Zhidi Omar & etc. 2013. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. m/s 26.
2
Yazid Abdul Manap. 2015. Pemimpin Hebat. m/s 35.

1
2.0 Pembaharuan Khalifah Umar al-Khattab dan Umar bin Abdul Aziz Semasa
Pemerintahan

Umar Bin Al-Khattab bin Nufail Bin Abdil ‘Uzza, dikenali juga dengan nama Umar al-Farooq,
Omar atau Umar.3 Umar al-Khattab adalah salah seorang bangsawan Quraisy iaitu dari Bani
Adi. Umar pernah menyandang jawatan terhormat seperti juru diplomasi, utusan khusus, duta
besar dan juru runding. Umar tercatat sebagai orang yang ke-40 memeluk Islam pada Zulhijah
tahun ke-6 kenabian.4 Setelah menyelami diri dalam ilmu Islam, Umar telah banyak berjasa
dalam proses mengukuhkan daulah Islam di serantau dunia. Beliau telah dipilih oleh Saidina
Abu Bakar (khalifah pertama) untuk menjadi khalifah kedua Islam pada tahun 13 Hijrah.
Melalui pelantikan ini, beliau menjadi salah seorang khulafa al-Rasyidin dan telah
menjalankan pemerintahan yang cekap dalam masa 10 tahun pemerintahannya. Mengikut
tradisi bangsa Arab ‘Umar telah muncul sebagai seorang yang telah terbukti kebolehannya
dan hampir merupakan suatu kemestian bahawa beliau dipilih sebagai pemimpin.5

Dalam kerajaan Bani Umaiyah pula, muncul seorang pemimpin yang teragung iaitu
Umar Bin Abdul Aziz Bin Marwan dan dilahirkan pada tahun 682. Beliau adalah keturunan
dari Umar al-khattab dari sebelah ibunya, iaitu Laila Hashim bin Umar bin al-Khattab.6 Umar
bin Abdul Aziz pernah menyandang jawatan sebagai gabenor di Hijaz sewaktu pemerintahan
Abdul Malik dan al-Walid. Pemilihan Umar sebagai khalifah Umaiyah bagi mengantikan
tempatnya diputuskan oleh Sulaiman sebelum kewafatannya. Walaupun pemilhan dilakukan
oleh Sulaiman, namun rakyat sendiri telah membai’at dan menyatakan sumpah setia
kepadanya. Tempoh pemerintahan Umar selama dua tahun merupakan jangka masa yang
pendek namun beliau dapat melakukan beberapa perubahan yang menyumbang kepada
kesejahteraan rakyat.

Persamaan pertama dapat dilihat pada kedua-dua khalifah ini apabila mereka
mengutamakan ajaran Islam dalam memerintah sesebuah kerajaan. Perkara ini dapat
dibuktikan apabila Umar bin al-Khattab memerintah Parsi beradasarkan prinsip Islam dan
mendorong kebanyakan penduduk wilayah tersebut menerima dan memeluk agama Islam.
Begitu juga dengan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz sepanjang pemerintahannya beliau
sentiasa bersikap sederhana dan bersifat Zahid tanpa mementingkan kemewahan. Beliau
juga mahu melihat ahli keluarganya bersikap benar dan adil, justeru itu beliau telah
memansuhkan semua tanah sawafi yang dikurniakan kepada keluarga Marwan, serta wang

3
https://ms.wikipedia.org/wiki/Umar_Al-Khattab
4
Musthafa Murad. 2015. Kisah Hidup Umar Ibn Khattab r.a. m/s 25.
5
Shaban.1984. Sejarah Islam Satu Interpretasi Baru 1. m/s 37.
6
Mohd Mokhtar Shafie.1993. Sejarah Keagungan Kerajaan Islam. m/s 408.

2
awam yang dibayar kepada pengawal-pengawal peribadi mereka.7 Anjakan ini dilaksanakan
semasa daulah Bani Umaiyah kerana pendirian beliau yang mementingkan cara
pemerintahan berdasarkan prinsip agama Islam.

Perubahan yang dilaksanakan oleh Umar bin Abdul Aziz sangat berbeza dengan
khalifah bani Umaiyah yang lain dimana mereka mementingkan kehidupan kebendaan.
Seterusnya, Umar bin Abdul Aziz juga telah mengembalikan rakyat kepada syariat Islam
melalui pemerintahannya seperti pada zaman permulaan Islam dulu.8 Menurut Abdul A’la al-
Maududi, Umar merupakan mujaddid pertama dalam Sejarah Islam.9 Beliau telah dikurniakan
penghormatan ini disebabkan kegigihannya untuk menghidupkan kembali (ihya’revive)
Sunnah dan menghancurkan tradisi yang jahiliah yang semakin menular.

Dalam proses pembaharuan ini, kedua-dua pemimpin ini amat menitikberatkan


kesejahteraan rakyat. Umar bin al-Khattab memberikan perhatian khusus terhadap kebajikan
rakyat sehingga pada zamannya bermula sistem pentadbiran yang serba teratur berdasarkan
kepada prinsip ‘Syura’. Beliau juga akan melakukan rondaan pada waktu malam dalam usaha
untuk mengetahui denyut nadi rakyatnya dan menolong mereka dengan merahsiakan
identitinya. Umar bin Al-Khattab juga bertindak adil dengan menghapuskan pemerasan tuan-
tuan tanah (landlords) terhadap kaum petani. Perhatian khas terhadap kesejahteraan rakyat
telah membawa kepada kewujudan klinik dan rumah sakit semasa pemerintahan Umar.

Umar bin Abdul Aziz juga, telah berusaha gigih dalam membasmi kemiskinan di
kalangan masyarakat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan pengakuan yang diberikan oleh
Yahya Bin Said, dimana menyatakan bahawa Umar telah mengutuskannya ke Afrika Utara
untuk membahagikan zakat kepada fakir-fakir yang memerlukan, tetapi tidak seorang yang
menerimanya kerana sememangnya Umar telah menjadikan mereka kaya.10 Umar juga akan
memilih menggunakan kewangan untuk membantu fakir miskin yang kelaparan dari
memperindahkan dinding masjid. Perkara ini sememangnya telah membuktikan bahawa
kedua-dua pemimpin ini menitikberatkan kepentingan rakyat dalam proses membangunkan
kerajaannya.

Dalam aspek pentadbiran pula, Umar bin al-Khattab dan Umar bin Abdul Aziz telah
bergerak secara bijaksana dengan mengaplikasikan pelbagai rancangan strategik. Umar Bin
Al-Khattab bagi melicinkan pentadbiran wilayahnya, telah melaksanakan dasar disentralisasi
dengan membahagikan negara kepada lapan wilayah. Umar juga turut memperkenalkan

7
Shaban.1984. Sejarah Islam Satu Interpretasi Baru 1. m/s 176.
8
Mohd Mokhtar Shafie.1993. Sejarah Keagungan Kerajaan Islam. m/s 408.
9
Abdul Rahman hj.Abdullah. 2007. Sejarah dan Tamadun Islam. m/s 175.
10
Ibid. m/s 179.

3
istilah perundangan moden yang dipanggil prinsip ‘perasingan kuasa’ dimana para kadi
diberikan kebebasan untuk menjalankan tugas mereka tanpa khuatir terhadap kuasa politik.
Lembaga Konsultansi Hukum turut diperkenalkan oleh Umar agar dapat berfungsi sebagai
penegakan hukum sehingga masyarakat hendak mengadu sesuatu haldi pengadilan.

Dalam soal pentadbiran, Umar bin Abdul Aziz telah melakukan perubahan dengan
mengantikan para pembesar dan pegawai yang tidak layak semasa pemerintahannya. Kuasa
gabenor-gabenor mula diawasi dan pegawai yang zalim telah disingkirkan. Perkara ini
dibuktikan dengan lucutan kuasa Yazid yang gagal menghantar harta rampasan perang.11
Beliau telah mengundurkan kebanyakan tentera Syria di Iraq dan Khurasan bertujuan
mewujudkan masyarakat stabil menerusi perimbangan kuasa politik bagi setiap wilayah.
Selain itu, beliau juga telah memartabatkan kedudukan kadi-kadi (hakim), di taraf yang
terhormat dengan kuasa yang agak luas. Perkara ini agak bersama dengan tindakan yang
diambil oleh Umar al-Khattab dimana mengasingkan kuasa kepada para hakim.

Seterusnya, dari aspek perluasaan kuasa dapat dilihat sedikit perbezaan di antara
pemimpin Umar bin al-Khattab dengan Umar bin Abdul Aziz. Semasa pemerintahan Umar bin
al-Khattab telah berlaku perluasaan empayar Islam dengan penaklukan wilayah Parsi, Rom,
Mesir, Iraq, Syria, Palestin dan sebagainya. Gerakan-gerakan ketenteraan di zaman Umar
tertumpu kepada jajahan-jajahan Rom serta wilayah Parsi sendiri, sebagai penerusan
daripada gerakan pada zaman Abu Bakar dahulu.12 Beliau telah merancangkan pelbagai
strategi dalam proses menjayakan penaklukan dan mewujudkan kuasa empayar Islam yang
teragung.

Pemilihan panglima untuk mengetuai peperangan dibuat secara wajar oleh Umar al-
Khattab agar dapat memastikan kemenangan pasukan Islam dalam pertempuran menentang
wilayah Parsi, Iraq, Syria dan lain-lain. Semasa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, tidak
berlaku sebarang perluasaan kuasa secara drastik. Beliau lebih tumpukan kepada gerakan
dakwah daripada perluasan kuasa. Perkara ini dapat dibuktikan dengan peristiwa raja
Srivijaya iaitu Srindravarman memeluk agama Islam pada 718 Masihi, memanggil balik
angkatan tentera yang bertempur di Constantinople dan pengislaman raja-raja Sind.13
Tambahan pula, Umar juga telah memerintahkan Ibnu Hazm, gabenor Madinah untuk
mengumpulkan hadith-hadith.

Dalam bidang ekonomi juga, Umar bin al- Khattab telah membawa perubahan dengan
menubuhkan Baitulmal (perbendaharaan). Sumber kewangan negara diperolehi melalui cukai

11
Shaban.1984. Sejarah Islam Satu Interpretasi Baru 1. m/s 169.
12
Abdul Rahman hj.Abdullah. 2007. Sejarah dan Tamadun Islam. m/s 176.
13
Ibid. m/s 178.

4
yang dikenakan seperti kutipan zakat, cukai kharaj cukai jizyah serta harta-harta rampasan
musuh dalam peperangan (ghanimah) dan disimpan di dalam baitulmal. Untuk pengurusan
perbendaharaan negara itu, Umar menetapkan tadwin-al-diwan sebuah sistem akaun
pencatatan belanja yang pertama kali ada dalam sejarah Arab.14 Dengan adanya sumber-
sumber kewangan seperti ini, dapatlah Umar melaksanakan program-program sosialnya,
seperti memberi elaun khas kepada rakyat. Umar bin al-Aziz pula, membawa perubahan
dalam bidang ekonomi dengan meringankan cukai-cukai Nasrani dan telah menghentikan
pungutan jizyah terhadap sesiapa yang telah memeluk Islam. Cukai lain seperti usyr (hasil
pertanian) dan Muqasamah (hasil tanah yang diusahakan) maish terdapat semasa
pemerintahannya. Sumber baitulmal juga diteruskan semasa pemerintahan Umar bin abdul
Aziz.

Seterusnya, bidang ilmuwan turut mendapat perhatian daripada kedua-kedua Khalifah


Islam ini. Khalifah Umar bin al-Khattab menitikberatkan ilmu pengetahuan dengan mendirikan
pusat-pusat pengajian Islam. Tujuan utama beliau memperkembangkan pusat ilmuwan
adalah bagi mengajarkan dan menyebarkan al-Quran ke seluruh pelosok negeri. Umar
berkata bahawa ‘Ajarkanlah kepada mereka firman-firman Allah, juga hadis-hadis
Rasullulah.15 Sorotan daripadanya beliau telah mendirikan pusat-pusat pengajian seperti
madrasah di Basrah, Kufah, Fustat, dan sebagainya16 Umar Bin Abdul Aziz yang
melatarbelakangkan pendidikan yang baik turut mempergiatkan proses keilmuwan dengan
mengerahkan para ulama agar mengembangkan ilmunya. Semasa pemerintahannya, masjid
dijadikan sebagai tempat berkumpul untuk tujuan menimba ilmu.

Fokus terhadap pembangunan kerajaan dengan meningkatkan kemudahan


mendapat perhatian kedua-dua pemimpin ini. Umar bin al-Khattab semasa pemerintahannya
telah membangunkan kota-kota seperti Basyhrah, Fusthath yang memiliki kemudahan seperti
saluran air, masjid dan juga pejabat-pejabat pemerintahan. Semasa pemerintahan Umar bin
Abdul Aziz program-program pembangunan pesat berlaku dimana muncul jabatab-jabatan
pos, rumah-rumah tumpangan, mengali parit, terusan dan sebagainya. Dalam soal
ketenteraan, Umar bin al-Khattab mentransformasikan dengan membahagikan tentera Islam
kepada dua bahagian iaitu aliran sepenuh masa (standing army) dan orang awam yang
dikerahkan di masa-masa tertentu (volunteer). Umar II pula telah mengemukakan undang-
undang yang membayar gaji kepada tenaga tentera yang terdiri daripada masyarakat Arab
dan sebaliknya melalui pengumuman Rasmi Fiskal (Shaban,1984). 17

14
Musthafa Murad. 2015. Kisah Hidup Umar Ibn Khattab r.a. m/s 150.
15
Ibid m/s 141.
16
Abdul Rahman hj.Abdullah. 2007. Sejarah dan Tamadun Islam. m/s 145.
17
Shaban.1984. Sejarah Islam Satu Interpretasi Baru 1. m/s 176.

5
3.0 Kesimpulan

Sumbangan Umar bin al-Khattab dengan Umar bin Abdul Aziz terhadap pembangunan Islam
memang tidak terhingga. Semasa kepimpinan mereka telah berlaku banyak perubahan yang
memberi faedah kepada masyarakat sehingga pada masa kini. Kepimpinan mereka dapat
dijadikan sebagai satu teladan yang baik kepada kanak-kanak dan remaja pada zaman
moden ini. Antaranya, sikap mereka sebagai ketua kerajaan yang menitikberatkan
kesejahteraan rakyat melebihi segalanya dapat dijadikan sebagai satu pengajaran. Perkara
ini sesuatu yang perlu ditanamkan dalam diri seseorang individu yang kian menjadi pemimpin
dalam rutin harian mereka. Contohnya, di sekolah murid yang dilantik ketua kumpulan perlu
memberikan perhatian khas dalam menerima pandangan ahli kumpulan. Ini secara tidak
langsung membantu dalam menjaga kebajikan ahli kumpulan. kedua-dua khalifah ini memberi
Penekanan terhadap ilmu pengetahuan oleh Ibnu Al-Khattab dan Umar bin Abdul Aziz juga
antara perkara yang dapat dijadikan teladan dalam kehidupan. Sifat peribadi yang melayan
semua orang secara adil yang terdapat dalam diri Khalifah ini perlu dicontohi. Di negara
Malaysia, masyarakat terdiri dari berbagai bangsa, kaum, warna, bahasa dan sebagainya.
Oleh itu, sifat ini perlu diterapkan dalam diri setiap warganegara agar tidak berlaku
diskriminasi dan dapat membentuk semua negara bangsa. kedua-dua khalifah ini melibatkan
diri dalam isu rakyat secara langsung iaitu menurun padang untuk melihat keadaan rakyat
adalah sesuatu asas yang perlu dicontohi oleh golongan pemimpin masa kini. Sememangnya,
kelahiran kedua-dua pemimpin, Umar bin al-Khattab dan Umar bin Abdul Aziz menjadi suatu
kurniaan Allah SAW dalam membangunankan tamadun Islam.