1.0 Pengenalan
Kaunseling kelompok telah memperlihatkan potensi yang besar dalam membantu individu
dalam bilangan yang besar. Menjadi lumrah manusia hidup dalam satu komuniti masyarakat.
Perasaan saling memerlukan antara satu sama lain wujud sejak dilahirkan lagi. Ini kerana
setiap manusia saling perlu-memerlukan antara satu sama lain. Dalam institusi pendidikan
keberkesanan intervensi kelompok telah terbukti. Menurut Corey (1995), kaunseling kelompok
boleh membantu bilangan pelajar yang lebih besar di institusi pendidikan.
2.0 Definisi Kelompok Kaunseling dan Kaunseling Kelompok
Menurut Webster’s Third New World International Dictionary kelompok didefinisikan sebagai:
“...a number of individuals bound together by a community of interest, purpose or function”.
Johnson and Johnson (1991) pula berpendapat kelompok adalah:
“..a collection of two or more individuals, who meet in face to face interaction, independently,
with the awareness that each belongs to the group and for the purpose of achieving mutually
agreed-upon goals”
Gadza (1978) mendefinisikan kelompok sebagai:
“…group work refers to the dynamic interaction between collections of individuals for prevention
or remediation of difficulties or for the enhancement of personal growth/ enrichment through the
interaction of those who meet together for a commonly agreed on purpose and at prearranged
times”.
Kaunseling
Kaunseling pula adalah satu proses tolong bantu bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan
seharian. Rogers (1961) mendefinisikan kaunseling sebagai:“..counseling is a relaxed, safe,
and facilitative relationship in which an incongruent, disorganized and troubled person moves
towards becoming open, integrated, secure and fully functioning”. Cottle (1973) pula
berpendapat:“..counseling is the psychological by which a professional person helps a relatively
normal client to explore, understand and accept behavior so that future behavioral choices can
be made particularly those of an educational or vocational nature. Gibson dan Mitchell (1986),
mentakrifkan kaunseling sebagai :“…satu proses dalam membantu klien menyesuaikan diri
dengan hal-hal seharian mengenai perkembangan dan memperbaiki perkembangan itu sama
ada pembaikan terhadap tingkahlaku, perhubungan peribadi, nilai-nilai dan pemilihan
kerjayanya di samping membina kemahiran-kemahiran dalam bidang berkaitan”.Brammer and
Shostrom (1960) pula mendefinisikan kaunseling sebagai:“…a one to one relationship between
counselor and client which focuses on rational planning, problem solving, decision making and
situational pressures as related to the clients daily living).
Kaunseling Kelompok
Kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang
berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain. Ia melibatkan
proses perhubungan individu dalam kumpulan secara dinamik tentang tingkahlaku dan
pemikiran. Ia juga melibatkan fungsi-fungsi terapi yang mana ahli-ahli dalam kelompok
berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya dan kaunselor. Hansen, Warner dan Smith
(1980) menghuraikan kaunseling kelompok sebagai satu perhubungan di antara kaunselor
dengan beberapa orang klien atau ahli-ahli. Mereka menilai diri dan keadaan dalam usaha
mengubah sikap dan kelakuan. Fokusnya adalah pada pencegahan dan rawatan. Kaunseling
pencegahan menolong ahli-ahli menyelesaikan masalah sebelum ia bertambah rumit. Carl
Rogers (1970) mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan
pemulihan proses yang mana setiap orang dirasionalkan mengikut kehendak ramai.
Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan antara individu secara berkelompok
yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli yang mencerminkan diri
mereka serta situasi yang dialami. Tujuan perhubungan tersebut adalah untuk mengubah sikap
dan kelakuan. Ohlsen, Horne and Lawe (1988) menyatakan kaunseling kelompok sebagai:“..a
helping process that provides the opportunity for counseless to identify goals of change to
develop skills necessary to archieve those goals and to practice those skills within a safe and
structure setting”.Menurut Gadza, Duncan and Meadows (1967) :“..group counseling is a
dynamic interpersonal process focusing on conscious thought and behavior and involving the
therapy functions of permissiveness, orientations to reality, catharsis and mutual trust, caring,
understanding, acceptance and support. The therapy functions are created and nurtured in a
small group through the sharing of personal concerns with one’s peers and the counselors. The
group counselees are basically normal individuals with various concerns which are not
debilitating to the extent requiring extensive personality change. The group counselees may
utilize the group interaction to increase understanding and acceptance of value and goals and to
learn and unlearn certain attitudes and behaviors”.
Gladding (1995) mendefinisikan kaunseling kelompok ialah dua orang atau lebih yang
berkumpul bersama untuk tujuan beberapa interaksi yang telah dirancang. Pemimpin
membentuk kumpulan untuk membincangkan atau membuat keputusan tentang sesuatu
perkara, meneroka masalah peribadi atau untuk menyiapkan tugas khusus untuk mencapai
matlamat yang spesifik. Berdasarkan definisi-definisi di atas dapat dirumuskan bahawa
kaunseling kelompok adalah satu proses interaksi antara individu yang dinamik dan melibatkan
seorang kaunselor terlatih yang berperanan sebagai pemimpin dengan beberapa orang ahli
yang ingin menerokai diri sendiri serta keadaan yang dialami dalam usaha mengubah sikap
untuk memperoleh penyesuaian dan perkembangan diri.Kaunseling kelompok mempunyai ciri-
ciri tertentu iaitu dari segi jenis kelompok, matlamat kelompok, tahap-tahap perkembangan
dalam kelompok, peranan ahli-ahli dalam kelompok dan ia juga ada kelebihan dan terdapat juga
limitasi dalam pengendalian kaunseling kelompok.
Kaunseling kelompok melibatkan ahli yang ramai. Oleh yang demikian setiap ahli
mempunyai peranan masing-masing. Kaunselor adalah merupakan pemimpin kelompok yang
mana berperanan untuk menggerakkan kelompok kearah matlamat yang ingin dicapai dalam
kelompok. Dari segi jenis kelompok terdapat pelbagai jenis kelompok dan ianya bergantung
kepada tujuan kelompok itu dibentuk. Antara jenis kelompok ialah kelompok bimbingan,
kelompok kaunseling, kelompok T dan kelompok psikoterapi.
3.0 Matlamat Kaunseling Kelompok
Dalam kelompok ia mempunyai matlamat tertentu. Secara umumnya tujuan atau matlamat
kaunseling kelompok adalah untuk memperbaiki sikap serta perlakuan klien yang tidak
berkesan atau yang tidak mendatangkan faedah. Corey (1995) berpendapat kaunseling
kelompok mempunyai tujuan untuk pencegahan dan pemulihan. Hansen (1976) menjelaskan
tujuan mencegah adalah supaya klien dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum
masalah tersebut menjadi serius manakala tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang
mengalami masalah yang serius dan kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi
untuk mengubah tingkahlaku. Corey (1995) berpendapat adalah baik sekiranya setiap ahli
kelompok dapat membuat matlamat khusus dalam kelompok. Beberapa matlamat umum yang
dikongsi bersama ahli kelompok ialah :
1. Belajar mempercayai diri sendiri dan orang lain
2. Memperoleh pengetahuan tentang diri sendiri dan membentuk keunikan identity diri.
3. Mengenalpasti kesamaan tentang keperluan dan masalah ahli dengan itu berusaha
mewujudkan perasaan kesejagatan
4. Meningkatkan penerimaan, keyakinan dan hormat diri supaya dapat melihat diri dari
perspektif yang baru.
5. Mencari alternative dalam menangani isu perkembangan dalam hidup dan mengatasi konflik
tertentu.
6. Meningkatkan arah diri, outonomi dan bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain.
7. Menyedari hak membuat pilihan secara bijaksana.
4.0 Kelebihan Kaunseling Kelompok
Kaunseling kelompok mempunyai kelebihan tertentu. Antara kelebihan kaunseling kelompok
ialah:
1. Kaunseling kelompok lebih menjimatkan masa dan usaha. Tidak banyak klien yang dapat
dibantu oleh kaunselor melalui kaunseling individu. Dengan membentuk program kelompok
yang baik seseorang kaunselor kelompok dapat membantu ahli menjelaskan nilai atau
menyelesaikan masalah di samping melayan ahli yang memerlukan tumpuan individu.
Pendekatan ini sesuai digunakan di institusi yang mempunyai kekangan masa dan kemudahan
seperti sekolah, penjara dan pusat kesihatan mental.
2. Kehadiran ahli yang ramai dapat memainkan peranan sebagai sumber dalam berkongsi
maklumat, menyumbangkan pelbagai pandangan atau meneroka nilai peribadi individu yang
lain. Pandangan dan pendapat yang berbeza dapat menjadikan sesuatu pengalaman itu lebih
menarik dan lebih rapat dan berkait dengan realiti hidup.
3. Ahli kelompok dapat memberikan sokongan yang lebih luas berbanding dengan kaunseling
individu terutama sekali untuk masalah yang berkaitan dengan konflik antara perseorangan.
Ahli dalam kelompok berpeluang menyelesaikan masalah itu dalam setting sosial yang
berstruktur. Mereka dapat mencuba dan melatih tingkahlaku baru dan memperoleh sokongan
dan maklumbalas daripada ahli yang lain.
4. Ahli kelompok dapat meletakkan masalah mereka dalam perspektif dan memahami
persamaan atau perbezaan masalahnya dengan masalah orang lain.
Proses kaunseling kelompok mempunyai kesesuaian kepada individu seperti berikut :
1. Mereka yang rasa malu atau agresif apabila berinteraksi dengan orang lain.
2. Mereka yang suka membantah atau mengakur kepada jangkaan sosial
3. Mereka yang sukar mendapat kawan atau menjalin hubungan yang lama dengan kawan dan
perlu mempelajari kemahiran bersosial dan berkomunikasi.
4. Mereka yang perlu berkongsi sesuatu dengan orang lain untuk mencapai keperluan merasai
dirinya dipunyai dan diterima.
5. Mereka yang perlu mempelajari menghormati dan memahami sifat manusia yang berbeza-
beza.
Namun kaunseling kelompok tidak sesuai kepada golongan berikut:
1. Mereka yang mangalami konflik peribadi atau konflik antara perseorangan yang terlalu
peribadi untuk dikongsi bersama.
2. Mereka yang mempunyai rahsia yang tidak dapat dikongsi bersama untuk menjaga nama
baik klien atau orang lain.
3. Mereka yang terlalu takut berinteraksi sosial dengan orang lain.
4. Mereka yang mempunyai pengalaman traumatic dalam kelompok.
5. Mereka yang tiada kawalan diri dalam situasi berkelompok
6. Mereka yang tidak faham dan sedar tentang perasaan sendiri sehingga dia merasa
terumbang-ambing dan tidak tahu bagaimana berkongsi perasaan dan pengalaman dengan
orang lain.
5.0 Limitasi Kaunseling Kelompok
Walaupun banyak kelebihan dalam kaunseling kelompok namun ia juga ada limitasi atau
batasannya. Menurut Shertzer dan Stone (1974) antara limitasi ialah:
1. Ada ahli yang tidak sesuai untuk kaunseling kelompok kerana ia lebih sesuai untuk
mendapatkan bantuan individu sebelum mereka dapat berfungsi dengan baik dalam kelompok.
Ahli ini mungkin rasa tidak selamat dan tidak terdaya apabila berada dalam kelompok tanpa
mengalami proses individu terlebih dahulu.
2. Selain itu ada juga ahli yang sukar untuk membina kepercayaan terhadap ahli lain. Dengan
itu mereka tidak menimbulkan isu berkaitan sikap, perasaan, nilai dan tingkahlaku yang mereka
merasakan tidak akan diterima oleh ahli lain dalam kelompok.
3. Perkembangan kelompok tersekat oleh isu yang memerlukan masa yang lama untuk
ditangani bersama. Keadaan ini menyebabkan tumpuan ke atas ahli yang lain semakin kurang.
4. Peranan pemimpin dalam kelompok tidak luas dan lebih kompleks kerana ahli yang ramai.
6.0 Kesimpulan
Sesungguhnya kaunseling kelompok adalah merupakan satu medium yang begitu praktikal
dalam proses membantu setiap klien mencapai kehendak diri kea rah menjadi yang lebih baik.
Kaunseling kelompok merupakan agen pencegahan atau pengubatan kepada seseorang
individu. Melalui kaunseling kelompok akan membantu seseorang individu dan ahli lain
mengalami proses memperbaiki tingkahlaku.
Menurut Mahler (1971) melalui kelompok mereka bukan sahaja bekerjasama secara
berpasukan malah mereka juga merasai apa yang dirasai oleh ahli dalam kelompok tersebut.
PROSES KAUNSELING KELOMPOK
Dalam proses perkembangan Kaunseling Kelompok, terdapat beberapa fasa atau peringkat yang
perlu berlaku dan perlu dilalui oleh kaunselor dan klien-kliennya untuk memastikan sesuatu
Kaunseling Kelompok itu mencapai kejayaan serta keberkesanannya. Fasa-fasa yang perlu
berlaku dalam proses Kanseling Kelompok ialah fasa pengenalan atau permulaan, fasa konflik
dan konfrontasi, fasa perkembangan dan bersepadu, fasa hasil dan akhir sekali ialah fasa
penamatan. Setiap fasa-fasa dalam proses perkembangan Kaunseling Kelompok ini mempunyai
sifat-sifat dan ciri-cirinya yang tersendiri dalam menentukan sesi Kanseling Kelompok itu
mencapai matlamatnya. FASA PENGENALAN DALAM PROSES KAUNSELING KELOMPOK
Fasa yang pertama ialah fasa pengenalan atau peringkat permulaan. Peringkat ini biasanya akan
dimulakan dengan sesi berkenalan secara ringkas oleh ahli-ahli kelompok.
Kepercayaan di antara ahli-ahli kelompok masih belum wujud dan masih diragui. Selain
itu, ahli-ahli kelompok juga akan menerangkan tujuan mengikuti sesi itu dan apa yang ingin
mereka capai melalui kelompok itu (Zuraidah,1999). Matlamat dan tujuan utama fasa
pengenalan ini adalah untuk mengekalkan kelompok dan membina asas yang kukuh dalam
sesuatu kelompok yang dibentuk. Dalam tahap ini juga, ahli-ahli kelompok dengan kaunselornya
boleh membina hubungan yang mesra, terbuka , bebas, ikhlas serta jujur di mana hubungan ini
boleh menambahkan kejelikitan di antara mereka dalam menghadapi dan mengambil tindakan
bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi (Malek,2007). Tugas-tugas ahli pada
peringkat permulaan Penglibatan dan mencari identiti diri di mana ahli menyeimbangkan identiti
diri dengan komitmen kepada kelompok. Setiap ahli digalakkan untuk berkenalan dengan ahli
kelompok supaya mereka berasa lebih selesa untuk berkongsi maklumat sepanjang sesi
kelompok berlangsung.
Membina kepercayaan di kalangan ahli. Ahli juga perlu memiliki tahap kepercayaan yang
tinggi bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam sesi Kaunseling Kelompok. Peranan
Pemimpin pada peringkat permulaan Memulakan proses berkenal-kenalan antara satu sama
lain. Menjadi model dalam sesi kaunseling seperti cara percakapan, penerimaan tanpa syarat,
kejujuran, keterbukaan dan lain-lain. Pemimpin mesti membuat penstrukturan Pemimpin juga
perlu membantu mengenal pasti matlamat kelompok Pemimpin perlu menjelaskan soal peranan
dan batas-batas kemampuan serta etika setiap ahli daripada segi penglibatan dalam kelompok.
Pemimpin juga perlu mengajar kemahiran komunikasi asas kepada ahli lain seperti kemahiran
mendengar dan memberi respon. FASA KONFLIK Fasa konflik adalah peringkat kedua selepas
peringkat pertama iaitu selepas fasa pengenalan atau orientasi. Menurut Zuraidah Abdul
Rahman (2006), fasa konflik timbul apabila sifat-sifat tidak puas hati terhadap ketua kumpulan
(Kaunselor) dan kegagalan kumpulan mengemukakan sesuatu pembaharuan dalam kumpulan
itu. Pada fasa ini, ahli-ahli masih lagi ‘bertopeng”, berasa gemuruh, ragu dan berasa tidak
selamat. Akibatnya, timbullah tingkah-tingkah laku yang bertentangan seperti menarik diri,
berprasangka buruk, suka menyalahkan orang lain dan rendah diri. Pada peringkat ini juga
timbulnya ahli yang bersifat monopoli dan memusuhi kelompok dan ditunjukkan melalui tingkah
laku berjenaka dan sindiran secara sinis. Terdapat tiga kategori konflik yang biasanya dialami
dalam kelompok. Konflik yang berpunca daripada dalaman diri ahli. Konflik yang wujud antara
ahli kelompok. Konflik yang berlaku antara ahli dengan pemimpin kelompok. Beberapa tanda-
tanda peringkat konflik. ahli mula bertelingkah, mula mengeji dan mengkritik ahli lain serta
kaunselor di luar kelompok ahli yang berhasrat meninggalkan kelompok dan cuba mempengaruhi
rakan lain, ahli kurang mendengar dan tidak begitu menyokong, ahli suka merungut dan
mengatakan kelompok tidak berfaedah, ahli kurang rela mengambil bahagian, ahli yang mula
datang lewat dan tidak hadir, enggan bercakap dan sengaja mendiamkan diri serta ahli berasa
kecewa kerana matlamatnya tidak diberi perhatian.
Peringkat ini merupakan peringkat yang paling mencabar dan sukar bagi kaunselor tetapi
dia harus sedar bahawa kehadirannya adalah penting bagi kelompok. Kaunselor perlu mantap
menguruskan kelompok yang menghadapi konflik dengan cara yang sesuai dan berkesan.
Antara tindakan kaunselor yang sepatutnya Bersikap positif Mendengar dengan aktif Buat
rumusan berkaitan perbezaan pendapat Nilai kesan konflik kepada anda dan kelompok Guna
teknik yang sesuai FASA BERSEPADU Hansen dalam Mohamed Fadzil dan Rasidah (2002),
fasa bersepadu yang merupakan peringkat di mana wujudnya suasana kemesraan dan
kepercayaan bersama. Ini disebabkan ahli-ahli dalam kelompok mula berasa selesa dan boleh
berinteraksi dengan lebih terbuka sesama mereka. Menurut Ida Hartina (2006), peringkat ini
memperlihatkan penyatuan di kalangan ahli di mana mereka menerima antara satu sama lain
dan bermulanya satu hubungan yang lebih produktif dan seterusnya memudahkan kelompok
digerakkan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Ahli-ahli kelompok dapat bekerjasama,
saling percaya, memahami dan menghormati antara satu sama lain. Ahli-ahli mendapat manfaat
kerana kesediaan berkongsi dan berbincang akan menghasilkan banyak pendapat, idea dan
pengetahuan yang sekaligus dapat membantu ahli sendiri. Ciri-ciri fasa ini: kewujudan rasa
kepercayaan yang tinggi akan memberi keyakinan dan keselesaan di kalangan ahli-ahli. Menurut
Malek Muhamat Said (2007) keadaan ini menggalakkan ahli-ahli melibatkan diri dalam
komunikasi terbuka, menerokai masalah, berkongsi emosi, pengalaman dan bekerjasama
memberi pendapat yang jujur .
Menurut Corey dalam Ida Hartina (2006), berlaku interaksi yang lebih bebas dan berterus-
terang. Ahli-ahli tidak berasa kekok atau terancam untuk meluahkan perkara yang ingin
dibincangkan. Ahli kelompok bersedia mengambil risiko dengan membuat pendedahan rahsia diri
dan merasakan hak kepunyaan bersama dalam sesebuah kelompok itu. Wujudnya empati, jujur,
ikhlas, penerimaan, kasih mesra dan kejelikitan menyebabkan kelompok semakin matang.
Menurut Zuraidah Abdul Rahman (1999) ahli-ahli kelompok akan mengelakkan perselisihan
faham dan mengurangkan amalan memihak sebaliknya pada peringkat ini, ahli mementingkan
norma-norma kumpulan. Maklumbalas ahli lain diterima atau ditolak dengan berhati-hati tanpa
perasaan defensif atau kecil hati. Kaunselor yang berfungsi sebagai pemimpin juga memainkan
peranan: membekalkan pengukuhan secara sistematik pada tingkah laku yang meningkatkan
perpaduan dan produktiviti. bijak mengawal isu agar isu yang dibincangkan dapat dikongsi di
kalangan ahli dan tidak tertumpu kepada seseorang ahli atau sesuatu topik sahaja. memodelkan
sikap yang bersesuaian untuk dicontohi oleh ahli. mendorong, menggalak dan menyokong
kesediaan ahli mengambil risiko serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
menggalakkan ahli menumpukan kepada matlamat dan berusaha mencapainya selain
melakukan perubahan positif dan berterusan. FASA KEJAYAAN Salah satu peringkat yang
penting dalam kaunseling kelompok ini ialah peringkat keempat iaitu Fasa Kejayaan. Menurut
Tang Chee Yee (1989), Fasa kejayaan ini juga turut dikenali sebagai Fasa penyelesaian masalah.
Peringkat ini memecahkan masalah dan semua mesti terlibat dan sama-sama merancang. Ahli-
ahli diberi peluang menyelidik masalahnya lebih dekat, berbincang tentang pilihan resolusi dan
mencuba tingkahlaku baharu. Ahli menyokong sesama sendiri dan kerjasama erat sekali.
Peringkat ini memperlihatkan peringkat berfungsi dan produktiviti. Kaunselor dalam fasa ini
haruslah pandai memainkan peranannya terutama dalam memastikan kejayaan akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya sekiranya kaunselor dapat membantu klien meletakkan keutamaan
ke atas masalah yang telah dikenal pasti. FASA PENAMATAN Fasa Penamatan berlaku apabila
keseluruhan sesi perjumpaan kelompok telah mengisi keperluan kelompok atau ahli. Penamatan
ini memang disedari oleh ahli kerana mereka telah diberitahu sejak awal lagi tentang bilangan
sesi yang akan dijalankan.
Seorang kaunselor harus belajar menamatkan sesi kaunseling dengan berkesan.
Kaunselor harus biasa dengan isu-isu dan kemahiran yang terlibat secara langsung dalam proses
penamatan bagi menamatkan hubungan dalam kaunselingnya. Fungsi kaunselor pada fasa ini
ialah: Membuat rumusan perjalanan sesi kelompok. Membantu ahli menangani perasaan
berkaitan penamatan atau feelings related. Membuka peluang kepada ahli bagi menyelesaikan
unfinished business dalam kelompok. Menekankan semula kepentingan menjaga kerahsiaan
sesi walaupun selepas sesi berakhir. Mengenal pasti ahli yang memerlukan sebarang sesi
lanjutan. Ketua kelompok yang sentiasa peka dengan perkembangan ahli-ahlinya akan menjadi
orang pertama yang menyuarakan supaya kelompok itu ditamatkan pada masa yang sesuai dan
ditetapkan selepas merasakan matlamat kelompok telah tercapai. Ketua kelompok akan cuba
mengingatkan ahli-ahli kelompok bahawa sesi telah hampir kepada penamatan. Dengan itu,
keseluruhan kelompok akan cuba pula untuk menyesuaikan dengan keadaan dan bersedia untuk
berpisah.
Kelompok adalah sekumpulan individu yang bergabung kerana mempunyai minat, tujuan atau
fungsi yang sama (Webster’s Third New World International Dictionary)
Tiga jenis kelompok:
Kaunseling Kelompok
Kaunseling Kelompok ialah proses perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang
peserta. Mereka menilai diri dan situasi dalam usaha menukar sikap dan tingkah laku (Hansen,
Warner dan smith, 1980)
Kaunseling Kelompok adalah satu proses penyesuaian diri dengan menggunakan pengalaman-
pengalaman peserta dalam kelompok sebagai penggalak perkembangan diri peserta kelompok.
Fokus Kaunseling Kelompok ialah menolong peserta menghadapi masalah penyesuaian diri dan
perkembangan diri sehari-hari seperti perubahan kelakuan, memperbaiki kemahiran berhubung,
sikap dan nilai atau kerjaya atau membuat keputusan dalam hidup (Gibson dan Mitchell, 1981,
1999)
Kelompok Bimbingan
Aktiviti kumpulan yang memfokuskan kepada menyedia dan menyebar maklumat melalui aktiviti
1999
Kelompok Terapi
Menyediakan pengalaman-pengalaman yang mendalam untuk individu yang mengalami masalah
penyesuaian diri, emosi dan perkembangan diri yang tenat. Masalah yang dibincang adalah
masalah peribadi yang mendesak, mendalam dan tenat. Ianya memerlukan jangka masa yang
lebih lama berbanding kelompok yang lain (Gibson dan Mitchell, 1981, 1999)
o Melalui proses KK, ahli merancang dan menilai perkembangan mereka, menangai konflik
yang dihadapi demi memperkayakan aspek-aspek hidup mereka seperti perhubungan
mereka dengan keluarga dan rakan-rakan, aspek pekerjaan, aspek kerjaya, agama dan
lain-lain.
o KK merupakan “social oasis” di mana ahli berinteraksi dan dapat mencermin diri melalui
maklumbalas, melalui memberi dan menerima pertolongan serta melalui kemahiran
interpersonal yang digunakan.
o Dalam KK, ahli akan diberi sokongan serta kekuatan supaya dapat menghadapi orang
yang terpenting dalam hidup mereka supaya mereka tidak merasa putus asa semasa
hendak mencuba kelakuan-kelakuan baru.
o Dalam KK, ahli dapat mempercayai kaunselor dan ahli-ahli lain, lalu menjadi lebih terbuka
serta bersikap jujur apabila bercakap tentang dirinya dan masalah yang dihadapi.
KELOMPOK BIMBINGAN
o Dikendalikan oleh guru biasa atau ahli profesional lain; tidak semestinya oleh seorang
kaunselor
o Bilangan ahli tidak terhad
o Fungsi pemimpin sebagai pengajar atau penyebar maklumat
o Pemimpin tidak memfokus kepada individu-individu tertentu; bercakap secara umum
o Mungkin melibatkan aktiviti: permainan, menonton filem
o Tidak memberi perhatian kepada proses atau analisa pasca aktiviti
o Contoh: seminar motivasi, ceramah AIDS/HIV
KELOMPOK KAUNSELING
KELOMPOK PSIKOTERAPI
Kelompok Autoritarian
Kelompok Demokratik
o kepemimpinan yang terbuka kepada ahli untuk membuat sebarang keputusan dan
melaksanakan kuasa
o penglibatan ahli dan pemimpin adalah sama penting
o kelompok semi-direktif
o Contoh: kelompok gestalt, kelompok TA
Kelompok Laissez-faire
1. Merangsang emosi
2. Mengambil berat
3. Memberi makna
4. Melaksanakan tugas
5. Sebagai pakar
6. Mengembangkan interaksi
7. Pemangkin
8. Menghalang atau campurtangan
9. Menyelesaikan perselisihan faham
1. Berani
2. Menjadi contoh
3. Hadir
4. Mengambil berat dan Muhibah
5. Percaya pada proses kelompok
6. Terbuka
7. Tahan dikritik
8. Kuasa peribadi
9. Stamina/bertenaga
10. Lucu
11. Kreatif
12. Bersedia mencari pengalaman baru
13. Kesedaran diri
Proses Membentuk Kelompok
o Menyediakan diri secara aktif dan sedar untuk terlibat dengan kadar maksima
o Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti kelompok
o Mendengar dengan baik dan aktif
o Mempunyai rasa hormat dan menghormati antara satu dengan yang lain
o Belajar berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
o Bersifat terbuka dan menerima konsep perbezaan individu
o Membentuk norma atau peraturan kelompok
o Mempunyai rasa bertanggungjawab penuh terhadap segala maklumat yang akan dikongsi
bersama di dalam kelompok
o Memberi semangat dan motivasi pada dan ketika yang perlu kepada ahli lain
o Merupakan ahli dan juga ketua kepada kelompok kerana setiap ahli mempunyak hak dan
tanggungjawab terhadap kelompok
o Monopoli/membolot
o Dingin
o Tidak hadir
o Kelakar (Too Much Laughter)
o Bosan
o Agresif
o Membalut Luka
o Rasionalisasi/Intelektual
o Diam/Senyap
Faktor Terapeutik/Penyembuh
o Kemuafakatan/Cohesiveness
o Harapan/Instillation of hope
o Kesejagatan/Universality
o memberi maklumat/Maklumbalas
o Pembelajaran antara individu
o Kemahiran sosial
o Meniru Kelakuan
o Catharsis
o Pendedahan Kendiri
o Celik Akal/Insight
o Penerimaan