Anda di halaman 1dari 5

Pengembara Matahari/Sun Voyager 1990

Jón Gunnar Árnason

Sculpture & Shore Walk, 101 Reykjavík, Iceland.

9 m × 7 m × 18 m (29.5 kaki × 22.9 kaki × 59 kaki)


Arca yang
melihatkan struktur
metalik ini telah
menguasai teluk ibu
kota Iceland dan
diiktiraf sebagai salah
satu patung paling luar
biasa di negara
tersebut.

Viking long-ship

Arca keluli yang berkilauan di tepi laut


Reykjavik ini dikatakan menyerupai
Viking long-ship iaitu kapal perang yang
telah dibuat oleh pengukir Iceland,

Jon Gunnar Arnason.

Terletak dua langkah


dari pelabuhan, telah
melambangkan intipati
kota itu serta sejarah
penempatan Viking.
Kesimbangan pada arca dapat
dilihat melalui kesamaan dari segi
berat, tarikan dan tumpuan.
Imbangan simetri yang dari
kedua-dua sudut pandangan
hadapan mahupun daripada tepi
menunjukkan kadar banding dari
segi berat kiri dan kanan arca Pandangan hadapan
adalah sama. Kaki kapal atau
pengayuh kapal layar juga kelihatan
sama jumlah pada kedua-dua
bahagian kiri dan kanan. Kaki ini
merupakan tunjang utama bedirinya
arca ini dengan seimbang dan
kukuh.

Pandangan tepi
Penggunaan bentuk yang berulang pada bahagian tengah dan kaki kapal
menunjukkan prinsip keharmonian pada karya ini. Selain itu penggunaan
bentuk harmoni seperti melengkung dengan pelbagai saiz, contohnya bentuk
melengkung yang lebih kecil pada bahagian tengah aluminium terpacak,
sederhana pada bahagian kaki kapal layar dan melengkung yang paling
panjang pada badan kapal layar itu. Pengulangan bentuk lengkungan yang
pelbagai saiz juga menunjukkan prinsip rekaan kesatuan
Arca ini juga memberi
gambaran seperti sebuah
pelayaran kerana
kelihatan bahagian
melengkung pada kaki
kapal yang disusun
dengan terancang
sehingga menampakkan
konsep irama dan
pergerakkan pada
penglihat.
Bagi memberikan kesan yang
realistik, pengkarya menggunakan
keluli sebagai bahan menghasilkan
arca ini kerana keluli akan
memantulkan cahaya daripada
pantulan matahari terbit dan
ternbenam.
Penegasan dapat dilihat
menerusi badan kapal itu
sendiri yang kelihatan seperti
sebuah perahu. Bahagian
tengah kapal dan kaki kapal
menunjukkan pengulangan
jarak antara bentuk-bentuk
melengkung sangat konsisten
antara satu dengan yang lain.
Ini memperlihatkan unsur
rekaan ruang yang sangat teiti
dan tersusun.